FOLLOWERS

Monday 18 June 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMALANGAN / TUNTUTAN INSURAN !!!!!



[1996] 1 MLJ 576
Samsuri bin Saad & Anor v Chew Kit Toh (t/a Kit Thong Woh Hup) and another appeal
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (TAIPING) — CIVIL APPEAL NOS 12–24–93(T) AND
                                12–25–93(T)

                Judges ABDUL MALIK ISHAK J

                Date      8 FEBRUARY 1995

                Citation                [1996] 1 MLJ 576


Catchwords:

Civil Procedure — Appeal — Memorandum of — Memorandum of appeal incorporated into record of appeal — Whether memorandum served — Effect of failure to serve memorandum — Rules of the High Court 1980 O 55 r 2

Damages (Personal Injuries or Death) — Action for — Recovery of damages — Both deceased and respondents equally blameworthy — Whether innocent victim entitled to recover 100% against respondents
Damages (Personal Injuries or Death) — Fatal accident — Dependency claim — Apportionment of liability — Findings of sessions court judge — Whether appellate court judge may interfere — Deceased found to be 50% blameworthy — Whether father of deceased entitled to recover 100% damages — Civil Law Act 1956 s 7

Bahasa Malaysia Summary:
[Bahasa Malaysia summary

Anak lelaki perayu pertama (A) (‘si mati’) telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalanraya yang melibatkan subuah motosikal dan sebuah lori. Si mati adalah penunggang motorsikal itu dan perayu kedua, yang mengalami cedera parah, adalah pembonceng. Pemandu lori adalah penentang (C). A membuat suatu tuntutan tanggungan di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956. Hakim mahkamah sesyen mendapati bahawa si mati dan pemandu lori sama-sama patut dipersalahkan tetapi seterusnya memutuskan bahawa, setakat mana kuantum ganti rugi adalah berkenaan, C adalah bertanggungan untuk membayar 100% kepada A and B. Kesemua pihak membuat rayuan. Isu dalam kedua-dua rayuan berkisar pada liabiliti dan kuantum ganti rugi. 

Dalam rayuan pertama, A dan B berhujah bahawa C adalah bersalah pada keseluruhannya dan ekoran itu, liabiliti tidak patut diagihkan. Dalam rayuan kedua, C berhujah bahawa B adalah tidak berhak untuk mendapatkan 100% gantirugi daripada C kerana hakim mahkamah sesyen telah mendapati bahawa si mati dan C were adalah sama-sama bersalah. Satu lagi isu yang timbul yang berkenaan dengan soal ganti rugi ialah sama ada A, sebagai bapa si mati, berhak memperolehi 100% ganti rugi walaupun si mati didapati 50% cuai. Dalam rayuan kedua, A dan B mambangkitkan satu bantahan permulaan bahawa memorandum rayuan tidak disampaikan kepada mereka tetapi dimasukkan di dalam rekod rayuan, bertentangan dengan A 55 k 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT’).

Diputuskan:
Diputuskan, menolak kedua-dua rayuan itu:

(1) Memorandum rayuan tidak membentuk sebahagian daripada rekod rayuan dan patut oleh itu difailkan secara berasingan. Oleh itu, rayuan kedua patut ditolak (lihat ms 580F–H); Sobri bin Hasan v Ramalingam [1993] 3 CLJ 70 dan Siang Galau v Ang Wak Hiong [1994] 1 CLJ 82 diikut.

(2) Mahkamah rayuan harus elakkan diri daripada bercampur tangan dengan pengagihan liabiliti jika ia berpuas hati bahawa tidak terdapat kesilapan undang-undang atau fakta dalam penghakiman hakim perbicaraan. Dalam kes ini, pengagihan liabiliti atas asas 50%:50% antara pihak-pihak telah dicapai dengan betul oleh hakim mahkamah sesyen (lihat ms 583B–D); Uval & Anor v Zainal [1970] 1 MLJ 74 diikut.

(3) Berkenaan dengan soal kuantum ganti rugi, sebuah mahkamah rayuan tidak akan bercampur tangan semata-mata kerana jumlah yang diaward oleh hakim perbicaraan adalah lebih atau kurang daripada apa yang akan diaward oleh mahkamah rayuan sendiri. Cuma apabila hakim perbicaraan telah bertindak atas prinsip undang-undang yang salah atau telah memahami fakta-fakta dengan salah atau telah membuat satu jangkaan yang salah tentang kerosakan, barulah mahkamah rayun berhak bercampur tangan. Dalam kes ini award yang dibuat adalah adil dan munasabah — hakim mahkamah sesyen telah mempertimbangkan semua autoriti-autoriti yang dikemukakan kepadanya dan telah mencapai jumlah-jumlah itu dengan beul (lihat ms 583D–G); Lim Joo Chiang v Lim Siew Choo & Anor [1955] MLJ 201 diikut.

(4) Satu pihak ketiga seperti B yang tidak bersalah berhak memperolehi keseluruhan ganti rugi (100%) tanpa mengira dapatan bahawa si mati dan C sama-sama patut dipersalahkan. Adalah mencukupi untuk B membuktikan kecuaian terhadap C walaupun bukan keseluruhan kecuaian itu (lihat ms 584A,B); Reliance Omnibus Co Sdn Bhd & Anor v Ishak bin Mohd Jaafar & Anor[1993] 4 CLJ 291 dan Oli Mohamed v Keith Murphy & Anor [1969] 2 MLJ 244 diikut.

(5) Kedudukan adalah sama untuk A, bapa si mati, yang membuat tuntutan tanggungan ini di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956. Dia tidak bersalah dan tidak bertanggung jawab atas kesalahan itu. Dia berhak mendapat 100% ganti rugi sungguhpun si mati didapati 50% bersalah (lihat ms 585G); Veronica Joseph (F), An Infant & Anor (by Cyril Augustus Joseph, their Next Friend) v Tu Kon Lin & Anor[1987] 1 CLJ 81 diikut; Lim Chai Oon & Anor v Normah bte Ismail (Widow) Suing on Behalf of Herself and Seven Minors as Dependants of Fadzin bin Abu & Anor[1994] 2 CLJ 783 diikut.]

Penghuni Gua : semuga paparan inimemberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR