FOLLOWERS

Showing posts with label MLJ / WASIAT. Show all posts
Showing posts with label MLJ / WASIAT. Show all posts

Friday, 23 September 2011

MALAYAN LAW JORNAL : KES WASIAT !!!!

( Telur ikan di Pulau Lima , Pulau Redang )

[1995] 3 MLJ 165
Lim Kim Hua v Ho Chui Lan & Anor
Case Details:

Malaysia

Judges STEVE SHIM J

Date 27 JUNE 1995

Citation [1995] 3 MLJ 165



Catchwords:


Land Law — Indefeasibility of title and interests — Fraud — Onus of proof — Transferor bequeathed property to grandchildren in will — Transferee knew contents of will — Transferor trusted and depended on transferee in management of property — Transferor old and illiterate — Transferee did not draw transferor’s attention to will when transferor was executing transfer in her favour — Whether amounting to fraud — Whether transfer null and void


Land Law — Indefeasibility of title and interests — Undue influence — Transferee daughter of transferor — Transferor old and illiterate — Transferee depended on transferor for physical and financial needs — Whether special relationship existed — Whether transferee in a position to dominate transferor’s will — Whether could vitiate validity of transfer executed in transferee’s favour

Bahasa Malaysia Summary:


Plaintif merupakan tuan punya berdaftar sebuah rumah kedai di Kanowit (‘rumah kedai tersebut’). Pada tahun 1983, plaintif telah menyempurnakan suatu wasiat bagi mendevis dan membekues rumah kedai tersebut kepada empat orang cucunya seperti berikut: 1Ú2 bahagian untuk defendan kedua, yang merupakan anak lelaki defendan pertama, dan 1Ú2 bahagian yang tinggal untuk dibahagi sama di antara tiga orang cucunya yang lain. Pada 3 Mei 1984, beliau menyempurnakan suatu memorandum pindahmilik (‘MT1’) untuk memindahmilik 1Ú2 bahagian daripada rumah kedai tersebut kepada defendan kedua. Kemudiannya, pada 30 Disember 1985, beliau menyempurnakan satu lagi memorandum pindahmilik (‘MT2’) untuk memindahmilik kepada defendan pertama dan seorang yang bernama Ho Chui Hiong 1Ú4 bahagian setiap seorang. Dalam guaman ini, plaintif telah memohon untuk, antara lain, suatu deklarasi bahawa kedua-dua MT1 dan MT2 adalah batal dan tak sah, dan untuk pembatalan catatan di dalam daftar tanah, atas alasan bahawa:


(i) pindahmilik itu telah didapatkan melalui fraud atau ketidakjujuran; dan


(ii) defendan telah mengenakan pengaruh tak wajar ke atasnya untuk memindahmilik rumah kedai tersebut. Adalah tidak dipertikaikan bahawa plaintif yang tua, buta huruf dan mempunyai daya ingatan yang lemah adalah bergantung kepada defendan pertama untuk makanan, tempat tinggal dan pengurusan hal-ehwal rumah kedai tersebut di antara 1983 dan 1986. Plaintif berhujah dengan selanjutnya bahawa defendan pertama yang sedar akan kandungan wasiat itu dengan sepenuhnya dan pindahmilik 1Ú2 bahagian daripada rumah kedai tersebut kepada anak lelakinya, iaitu defendan kedua, telah secara sengaja menyembunyikan perkara itu daripada plaintif apabila MT2 disempurnakan, untuk melampaui kepentingan benefisiari. Walau bagaimanapun, defendan-defandan menyatakan bahawa plaintif sendiri yang mencadangkan penyediaan pindahmilik itu dan bahawa kerani pejabat daerah telah menerangkan kandungan pindahmilik tersebut kepada plaintif sebelum beliau mengecapkan ibu jarinya di dokumen-dokumen yang relevan.

Diputuskan:
Diputuskan, mengisytiharkan bahawa MT2 adalah batal dan tak sah, dan memerintahkan supaya catatan di dalam daftar tanah berkaitan dengan MT2 dibatalkan:

(1) Adalah mantap bahawa standard pembuktian yang tinggi adalah diperlukan apabila fraud dikatakan telah berlaku. Mengikut keterangan, plaintif belum dapat membukti pada imbangan kebarangkalian bahawa terdapat fraud atau ketidakjujuran pada defendan kedua yang berkesan menjadikan MT1 tidak sah, kerana tidak ada apa-apa yang mencadangkan bahawa defendan kedua mengetahui tentang kewujudan wasiat itu apabila MT1 disempurnakan.

(2) Walau bagaimanapun, fraud telah dibuktikan terhadap defendan pertama kerana selepas mengambil kira perhubungan yang rapat dan kepercayaan yang diletakkan ke atas defendan pertama oleh plaintif, beliau mempunyai kewajipan moral untuk membentangkan kesemua maklumat mengenai kandungan wasiat kepada plaintif sebelum beliau menyempurnakan MT2. Oleh kerana terdapat penyembunyian suatu fakta material secara aktif dan kelakuan yang tidak jujur pada pihak defendan pertama, MT2 adalah batal dan tak sah.

(3) Dalam kes ini, terdapat keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan kewujudan suatu perhubungan yang istimewa di antara plaintif dengan defendan pertama kerana plaintif sangat bergantung pada defendan pertama untuk kedua-dua keperluan fizikal dan kewangannya. Boleh diinfer secara munasabah daripada keadaan kes ini bahawa defendan pertama telah mengenakan pengaruh tak wajar ke atas plaintif untuk menyempurnakan MT2.

(4) Untuk mematahkan dakwaan pengaruh tak wajar, defendan pertama harus menunjukkan dengan bukti yang ketat bahawa plaintif memahami maksud dan kesan sepenuhnya pindahmilik pada masa penyempurnaan, dan bahawa beliau telah menarik perhatian plaintif kepada peruntukan wasiat itu untuk membolehkan plaintif membuat keputusannya dengan bebas mengenai apa yang beliau ingin buat dengan hartanya. Dalam kes ini, defendan pertama telah gagal melakukan ini.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Wednesday, 7 October 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES BERKAITAN HARTA / WASIAT !

[1996] 1 MLJ 761 - Khaw Poh Chhuan v Ng Gaik Peng & Ors

[1996] 1 MLJ 761
Khaw Poh Chhuan v Ng Gaik Peng & Ors
Case Details:

Malaysia FEDERAL COURT (MALAYA) — CIVIL APPEAL NO 02–239–1992

Judges CHONG SIEW FAI (SABAH & SARAWAK) CJ
MOHD AZMI FCJ
PEH SWEE CHIN FCJ

Date 20 JANUARY 1996

Citation [1996] 1 MLJ 761

Bahasa Malaysia Summary:


Dalam tahun 1943, seorang yang bernama Encik Yap Cheng (‘si mati’) telah meninggal tak berwasiat, meninggalkan suatu estet yang terdiri daripada, antara lain, empat bidang tanah. Dia meninggalkan dua balu dan zuriat mereka, dan kesemua mereka mempunyai kepentingan benefisial dalam estet itu. Apabila seorang daripada dua orang balu tersebut yang telah dilantik sebagai pentadbir estet itu meninggal dunia (ibu penyerahhak’), salah seorang daripada zuriat (‘penyerahhak tersebut/penentang kelima’) telah dilantik sebagai pentadbir de bonis non.

Penyerahhak tersebut berhak ke atas syer dalam estet kedua-dua si mati dan ibunya yang telah meninggal. Menurut terma dua perjanjian yang telah dibuat dalam tahun 1964 dan tahun 1965 (‘perjanjian-perjanjian tersebut’), penyerahhak tersebut telah menyerahhak kesemua kepentingan benefisialnya dalam estet-estet itu kepada perayu. Perayu kemudiannya mengemukakan, sebagai pembeli dan pemegang serahhak, suatu kaveat terhadap empat bidang tanah itu.

Dalam tahun 1973, apabila penyerahhak dan pentadbir bersama gagal mentadbir dan membahagi harta, suatu tindakan pentadbiran telah dimulakan terhadap mereka oleh beberapa benefisiari di bawah estet itu. Sebagai balasan, dan dalam menyatakan kerelaan mereka untuk membahagi aset-aset, kedua-dua pentadbir telah mengemukakan satu perjanjian penyelesaian keluarga (‘perjanjian penyelesaian tersebut’). Kewujudan dan kepentingan perayu tidak disebut dalam penyelesaian dan tidak juga didedahkan dalam tindakan pentadbiran. Selepas itu, suatu perintah persetujuan seperti dikehendaki telah diberikan menurut peruntukan perjanjian penyelesaian tersebut.

Penyerahhak tersebut kemudiannya telah membuat tawaran untuk membuat penyelesaian dengan perayu melalui bayaran balik wang dan pampasan kewangan. Perayu telah menolak tawaran itu dan enggan menarik balik kaveatnya. Penyerahhak tersebut dan pentadbir bersama kemudiannya telah cuba membatalkan kaveat, tetapi mereka tidak berjaya. Menurut perintah persetujuan, satu daripada empat bidang tanah (‘bidang tanah keempat’) telah dijual kepada penentang kesembilan.

Pindahmilik itu telah didaftarkan walaupun pengendorsan kaveat tetap tidak dibatalkan atas daftar. Perayu memulakan tindakan untuk suatu deklarasi bahawa perintah persetujuan dan perjanjian penyelesaian tersebut adalah terbatal, dan memohon untuk berbagai relief termasuk suatu tuntutan hak ke atas hasil jualan yang telah diperolehi daripada jualan bidang tanah keempat. Hakim perbicaraan telah menolak tindakan itu atas alasan:

(i) penyerahhakan adalah terbatal kerana ianya tidak mutlak atau bersyarat dan bahawa, oleh sebab itu, s 4(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘Akta tersebut’) telah tidak dipatuhi; dan

(ii) bahawa perayu tidak mempunyai kausa tindakan terhadap penentang-penentang kerana pentadbiran estet bakian tidak sempurna pada masa penyerahan hak dan penyerahhak tersebut hanya merupakan seorang benefisiari bakian yang tidak mempunyai kepentingan dalam sebarang aset estet itu. Adalah juga diputuskan bahawa dengan demikian perayu telah mendaftarkan kaveat secara tak sah. Perayu membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:


(1) Atas suatu pentafsiran yang betul terhadap perjanjian-perjanjian tersebut, kepentingan benefisial penyerahhak tersebut dalam estet kedua-dua si mati dan ibunya telah dipindahmilik tanpa syarat kepada pemegang serahhak. Penyerahhakan adalah mutlak dan tidak bersyarat. Oleh kerana ianya mutlak dan juga bertulis dan notis penyerahan hak telah diberikan kepada penghutang-penghutang, s 4(3) Akta tersebut telah dipatuhi. Bagaimanapun, pematuhan s 4(3) bukan merupakan suatu prasyarat kepada kesahan penyerahan hak, kerana penyerahan hak itu masih sah di bawah ekuiti (lihat ms 774H dan 775E–F).


(2) Perayu mempunyai kausa tindakan dalam pemfailan tindakan itu. Pada masa tindakan difailkan, ia bolehlah dikatakan bahawa pentadbiran estet itu adalah sempurna kerana estet itu telah dibahagikan menurut perjanjian penyelesaian tersebut. Perayu berada dalam keadaan untuk menuntut sebahagian daripada bakian, iaitu hasil jualan dan tanah yang akan diberikan khusus kepada benefisiari bakian bagi memuaskan syer benefisial bakian. Pada masa pemfailan, baki bersih telah pun ditentukan sebagai terdiri daripada tiga bidang tanah untuk diberi kepada benefisiari-benefisiari tersebut sebagai penyelesaian dan hasil jualan harus diterima daripada penentang kesembilan bagi jualan bidang tanah keempat (lihat ms 777I dan 778A–C).


(3) Persoalan kesahan atau pembatalan sesuatu kaveat hanya boleh ditentukan dalam prosiding yang dimulakan untuk tujuan itu menurut prosedur yang dibuat oleh Kanun Tanah Negara 1965 untuk pembatalannya atau perlanjutannya. Suatu transaksi yang didaftarkan dan melanggar suatu kaveat adalah tidak dilindungi oleh ketakbolehan disangkal hakmilik yang akan diperolehi biasanya; pindahmilik sedemikian tidaklah pada keseluruhannya tak sah ab initio akibat pelanggaran itu tetapi ‘boleh batal’ dalam prosiding yang dimulakan untuk tujuan itu. Maka, status quo sebelum pengemukaan pindahmilik yang melanggar kaveat haruslah dikembalikan semata-mata atas fakta pelanggaran sebegitu dalam suatu usul ke mahkamah tanpa keperluan untuk memeriksa dengan teliti dasar transaksi antara pihak-pihak yang berkenaan (lihat ms 780F dan 781A–E); Woon Kim Poh v Sa’amah bt Haji Kasim [1987] 1 MLJ 400 dan Rose Hall Ltd v Reeves[1975] AC 411 diikut.


(4) Satu perintah persetujuan yang telah didaftarkan dengan sempurna hanya boleh diketepikan dalam tindakan baru yang difailkan untuk tujuan itu, dan ianya boleh diketepikan atas alasan yang sama seperti suatu perjanjian (lihat ms 782G dan 783D); Huddersfield Banking Co Ltd v Henry Lister & Sons Ltd [1895] 2 Ch 273 diikut.


(5) Walaupun perayu bukan suatu pihak kepada saman pemula dalam mana perintah persetujuan telah dibuat, dia mempunyai locus standi untuk menuntut relief bagi mengetepikan perintah persetujuan. Perjanjian penyelesaian tersebut, yang membentuk asas perintah persetujuan, tidak mengikat pada perayu sebab dia bukan suatu pihak kepadanya dan ia bertujuan untuk menghapuskan kepentingannya tanpa pengetahuan dan kebenarannya. Justeru itu, ketidakadilan serius telah diakibatkan kepada perayu. Ekoran itu, perjanjian penyelesaian tersebut dan perintah persetujuan, melainkan bahagian perintah itu yang memberikan kebenaran untuk menjual tanah keempat, haruslah diketepikan (lihat ms 783B, E dan 784 A–B); Huddersfield Banking Co v Lister [1895] Ch 278 dan Marsden v Marsden[1972] 2 All ER 1162 diikut.


(6) Bahagian perintah itu yang memberikan kebenaran untuk menjual bidang tanah keempat haruslah dikekalkan supaya tidak memudaratkan penentang kesembilan yang berhak kepada dan telah pun menerima terma perintah persetujuan, yang adalah suatu perintah dari mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten. Pengekalan ini juga adalah berjustifikasi atas autoriti dan prinsip, dengan mengingat bahawa adalah merupakan hak eksklusif seseorang pentadbir untuk memutuskan sama ada atau tidak untuk menjual mana-mana tanah semasa menjalankan kewajipan pentadbiran estet si mati yang berkenaan dan untuk memohon kebenaran mahkamah untuk berbuat demikian tanpa sebarang keperluan untuk memperolehi persetujuan daripada mana-mana benefisiari bakian estet itu, termasuk pemegang serahhak kepentingan seseorang benefisiari bakian (lihat ms 784C–G).]

Penghuni Gua: Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari kes yang dipaparkan. Tq

PETA PELAYAR