FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PR. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PR. Show all posts

Friday, 2 July 2010

GELI-GELI PAGI : RAJA LAWAK

Dipetik dari : Malaysia Instinct com



Penghuni Gua : Tak pernah habis lawak mereka. Begitulah selamanya. Itu belum masuk Raja Lawak musim sebelumnya seperti si Mahfuz, Si Tantawi dan Si Shamsul AMK. Si Shamsul tu lagi lawak. Kah kah kah kah kah kah kah kah!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, 27 January 2010

BUBAR DUN PERAK ? NIZAR DAN PR SERTA BLOGGER MEREKA MIMPI KE !


Penghuni Gua : 2 ke 3 hari ini, parti-parti pembangkang terutama pemimpin mereka mengwar-warkan bahawa DUN Perak akan bubar. Ini berikutan , menurut mereka keputusan Mahkamah Rayuan adalah berpihak kepada PR. Ini ramalan mereka. Ada pula katanya YAA Hakim-Hakim telah memutuskan kemenangan kepada DS Nizar dengan keputusan majoriti 4-1.

2. Apalah kemaruk sangat ini. Bubar DUN tu kuasa mutlak Sultan. Apa yang Nizar dan penyokongnya heboh? Seolah mereka boleh bubar DUN bila-bila masa. Tak ada fikiran ke mereka ini ? Atau mereka ini muka tak malu ke, Ke Bawah Duli Tuanku. Tak sedar ke , dengan cara begini ia seolah merendahkan dan menghina DYMM Sultan Perak? Pakai fikiran lah sikit.

3. Juga mereka mengwar-warkan keputusan 4-1. Ini semua mainan politik. Jika keputusan sebaliknya berlaku ( dan memang begitu pun serta mereka juga mengetahuinya ) , maka mereka ini akan memberitahu penyokong tegar mereka bahawa mereka sudah jangka ini akan berlaku. Keputusan telah diubah dan dipengaruhi oleh kerajaan kata mereka. Tangan-tangan ghaib mengubah keputusan tersebut. Jadi lagu lama dimainkan kembali.

4. Maka berbaring di atas jalan lah lagi nampaknya. Yang hairannya penyokong-penyokong PR ini termasuk blogger mereka yang sebahagiannya bergelar pensyarah dan ada Phd lagi boleh percaya dengan khabar angin sebegini. Itu yang hairan tu.

5. PG tak hairan, demo haram dan berbaring atas jalan akan berulang kembali. Kepada Nizar, PG nak pesan satu perkara sahaja. Anda ni lebih kemaruk dari yang lain. Nak sangat jadi MB. Kamu jadi MB pun atas ehsan DYMM sahaja. Berapa kerusi PAS di Perak berbanding dengan DAP dan PKR. Jadi cermin-cermin lah diri!!!!!!. Juga PG tengok dan perhatikan dalam hal ini, DAP nampak relak sahaja. Nizar dan penyokongnya le terjerit mereka tempat , siang dan malam. Tok dalang relak aje. Itulah kebijaksanaan ( kejelekkan ) DAP yang manusia-manusia PAS ini masih leka. Kesian.
6. ^%$%^&_)(*&^%^&*()_)(*&^% )(*^%^&*()_(*&^%^&*()(*&

Tuesday, 22 December 2009

PR : JANGAN TERGODA DAN TERTIPU DENGAN AGENDA BODOH MEREKA!


Penghuni Gua : Kelmarin, dasar bersama PR dimeterai pada Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama menggariskan empat agenda penting yang akan dilaksanakan apabila parti itu berjaya mengambil alih tampuk pimpinan daripada Barisan Nasional (BN). Dasar bersama Pakatan Rakyat (PR) diumumkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah ’indah khabar dari rupa’ kerana ia jelas tidak menggambarkan kesepakatan gabungan tiga parti dalam PR dalam beberapa isu penting.

2. Dasar itu tidak jelas dan hanya menyatakan penyataan umum kepada rakyat bagi meraih sokongan terhadap Pas, PKR dan DAP. Dasar yang digubal terlalu umum, sebagai contoh dasar keadilan sosial dan pembangunan insan dari segi agama, PR berikrar menubuhkan mekanisme menyeluruh untuk penyelesaian adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil .

3. Dalam syariah , PR hanya ingin menubuhkan, dan bukan memberi cara penyelesaian bagi isu tersebut .

4.Dasar itu seharusnya mendapat kata sepakat daripada ketiga-tiga parti, berterus terang dan diperjelaskan secara terperinci. Contohnya Sekiranya hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan, adakah pemuda Pas juga akan bersetuju dengan cadangan tersebut?

5. Itu kata Dr Chandra Muzaffar. Memang benar pun. Itulah PR. Hanya sebuah retorik. Kepada semua bakal pengundi PRU13 , berhati-hatilah. Mereka hanya mempunyai dasar umum yang bertujuan hanya satu. Untuk menjatuhkan BN sahaja. Tidak lebih dari itu. Perlaksanaanya kosong.

6. Butiran lanjut dasar tersebut akan dipusing seligat-ligatnya apabila memerintah nanti. Kepada semua kaum pun, berhati-hatilah dengan dasar kosong parti ini. Mendengarnya memang sedap. Perlaksanaannya ...................zlihat sahajalah apa yang berlaku di Selangor dan dibeberapa tempat / negeri yang diperintahnya.

7. Janji dan dasarnya hanya kosong dan tidak bertujuan untuk kepentingan negara dan rakyat. Hanyalah untuk menjatuhkan BN . Itu sahaja. Sebab itu hendak mendaftar PR pun mereka masih terkapai-kapai dan berdalih. Sebenarnya tiada ikatan untuk mereka bersatu. Hanya omongan kosong dari dasar seorang peliwat dan dari parti perkauman.

8. Berhati-hatilah......

Saturday, 19 December 2009

PR SEBUAH PAKATAN ? BAGAIMANA PAS ? MASIH ISLAM ?




Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yagn menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pakatan Rakyat berkumpul di Selangor hari ini bagi membentuk PR secara rasmi sebagai satu gabungan parti politik seperti BN. Baguslah begitu. Bukan pakatan haram yang dibentuk secara mengejut dan tiba-tiba selepas PRU12 setelah melihat ada peluang memerintah . Maka bergabung lah mereka secara haram ( hanya tak dilarang mengikut undang-undang ) walaupun mereka bukan gabungan. Biarkanlah.

2. Selepas ini kita lihat sahajalah kemajuan dan kesepakatan mereka. PG percaya pakatan ini hanya sementara sebab asas kesepakatan ( ? ) mereka hanya rapuh sahaja iaitu hanya untuk menumbangkan BN . Itu sahaja. Tidak lebih dari itu. Ia bukan seperti gabungan BN : walaupun ada perbezaan dasar tetapi asasgabungan mereka lebih ikhlas iaitu untuk membangunkan bangsa Malaysia. Sebab itu mereka bergabung selepas merdeka bagi tujuan tersebut.

3. Cuma PG nak tanya PAS, tak haram ke menyertai PR ini? Tak kafir ke mereka ini? PR menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya? Tidakkah dengan menyokong dan mendokong dasar PR maka mereka atau parti mereka ( termasuk PAS dan penyokong ) juga akan menjadi KAFIR seperti kafirnya UMNO dan penyokongnya ?

4. Pertanyaan ini hanyalah mengulang semula apa yang PAS tanyakan dan katakan kepada UMNO dan BN dahulu. Tak ada lebih tak ada kurang. PKR dan pemimpin melayu islamnya masih islam ke kerana menyertai PKR? UMNO dikafirkan kerana dasarnya tidak islam. UMNO terus dikafirkan oleh PAS kerana itu. Shamsul iskandar masih islam ke, DSAI masih islam ke, Zaid Ibrahim masih islam ke dan lain-lain pemimpin Melayu PKR itu masih islam ke. Kalau ikut fatwa PAS samada fatwa NIK Aziz sdan fatwa Haji Hadi memang sah kafirnya semua pemimpin islam dalam PKR. Termasuklah DSAI, Zaid apatah lagi Shamsul si boroi tu.

5. Adakah PAS masih memperjuangkan HUDUD semasa dalam pakatan? Atau , adakah kerana PKR melaksanakan dasar islam termasuk HUDUD PAS, maka PAS menyertai PR?

6. Kalau jawapan PAS semua tidak bagi persoalan diatas, maka adakah fatwa kafir kepada UMNO dulu , sekarang kafir juga kepada PAS dan juga kepada pemimpin islam PKR?

7. Apa bezanya PR dan BN sekarang? . Kerana Islamnya ke maka PAS menyertainya atau kerana PR boleh laksanakan hudud maka PAS menyertainya? DSAI nak laksanakan hudud ke ?
7. Bebaskah PAS untuk bercakap tentang hudud dengan menyertai PR? Selepas PRU12, PG tak dengar sekalipun perkataan hudud keluar dari mulut pemimpin PAS. Jauh sekalilah PAS nak meminda perlembagaannya. Tak ada perkataan hudud sepatah pun dalam perlembagaan PAS sehingga kini. Yang ada hanya ingin melaksanakan pemerintahan dengan nilai-nilai islam sahaja. Nilai sahaja. Tak lebih dari itu.

8. Jadi kepada PAS : minta jawapan sikit.! Kepada beliau dan orang , muda, berhati-hatilah dengan mereka yang boleh berubah warna kali sehari atau lebih. Parti dan pemimpin begini bahaya dalam bernegara. Negara mukan medan perjuadian. Jadi telitilah pertanyaan PG terhadap PAS tersebut maka adakah jawapan mereka. Soalan tersebut juga tidak lebih dan tidak kurang adalah pusingann soalan dan sumpah seranah PAS kepada UMNO. Jadi sekarang bagaimana?



10. PR nak mengambil alih Putra Jaya? Lupakanlah. Nak ambil macam mana, dulu katanya kalau dapat memerintah, Haji Hadi dan DSAI kata nak gadaikan Putra Jaya kepada kuasa asing sebab ia projek membazir. .... Sudahlah. Hanya angan kosong sahaja.

11. Cuba lihat ( KLIK ) dasar PR yang diperstujui hari ini. Tak lebih dan tak kurang hanyalah untuk tujuan jangka pendek iaitu untuk menumbangkan kerajaan yang ada sahaja. Bukan tujuan jangka panjang untuk bangunkan rakyar. Ia cuma untuk memikat pengundi dan negeri-negeri tertentu agar menyokong mereka. Dasar mereka itu tak lebih seperti dari menifesto pilihanraya. Tak komprehensif langsung. Bacalah.

12. Dasar PR ini juga hanya bohong. Contoh yang jelas ialah : Menifesto PRU12 pun seperti itu juga tetapi tak terlaksana juga. Hanya beri air percuma di Selangor. Lepas tu yang lain semuanya diam membisu. Jadi kepada pengundi baru, tapislah banyak-banyak sebelum percaya dengan janji manis mereka ini. Apatah lagi kalau DSAI yang berjanji. janji seorang peliwat. Mana kita boleh percaya. Peraturan yang Allah buat dan perbuatan yang paling dikutuk Allah pun boleh dibuatnya apatah lagi sekadar nak berbohong. Tak ada apa pada DSAI. Lihat keputusan YAA Hakim - Hakim dalam rayuan akhir kes liwatnya terdahulu.

13. DSAI adalah seorang pengamal homoseksual. Itu sahaja faktanya

Thursday, 6 August 2009

AL MAHFUD BERI CADANGAN & CARA DISIPLINKAN PEMIMPIN PR !



Displinkan pemimpin Pakatan Rakyat, elak imej tercalar
Azamin Amin Thu Aug 06, 09 9:20:48 am MYT



KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Parti-parti komponen Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP mestilah mendisplin pemimpin masing-masing, supaya sebarang tindakan dan kenyataan tidak melampaui batas sehingga menjejaskan imej baik yang ada di mata rakyat, sekaligus mencalarkan dan memberi kesempatan kepada musuh untuk merosakkan hubungan baik yang sedia ada

Ini termasuk juga Ketua Menteri dan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang mesti berperanan dalam hal yang sama supaya exco dan pegawai masing-masing dalam mengurus tadbir akan memberi gambaran postif kerajaan negeri masing-masing.

Demikian pandangan Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar dalam mengulas tindakan dan kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan Exco Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu mutakhir ini.

"Pengajaran di sini ialah, pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh melihat kepentingan sebelah pihak sahaja dengan mengabaikan yang lain kerana kita hidup berbilang bangsa dan undi kita juga datangnya daripada orang Islam dan bukan Islam.

"Justeru, sebarang ketidakpuasan hati, berbincang dengan baik dan bukannya bercakap di luar, sehingga memberi gambaran yang buruk dan salah kepada Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau merujuk kepada insiden yang berlaku di Kedah berkaitan isu pusat penyembelihan babi yang akhirnya dapat diselesaikan dengan baik di meja rundingan.

"Jangan emosi dan terburu-buru dalam bertindak hingga mencetuskan rasa kurang senang pihak lain. Berhati-hati keluar kenyataan. Ada saluran perbincangan baik di dalam parti mahupun kerajaan negeri," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata terpulang kepada DAP untuk mengambil tindakan sewajarnya sama ada melalui jawatankuasa displin atau kaedah yang lain dalam menangani dua anggotanya yang telah mencetuskan isu hangat baru-baru ini.

"PAS juga ada jawatankuasa displin, jika pemimpinnya tersasar. Itu terpulanglah kepada DAP nak buat macam mana, itu urusan dialah," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan isu itu akan dibangkitkan dan dibincangkan dalam pertemuan para pemimpin Majlis Pakatan Rakyat, namun yakin kebijaksanaan kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut.

"Kita kena tengok sejauh mana peringkat negeri selesaikan. Saya percaya kerajaan negeri lebih arif hal masing-masing dan boleh diselesaikan seperti isu di Kedah tempoh hari.

"Dan bukan isu ini sahaja, setiap kali pemimpin Pakatan Rakyat bertemu, masing-masing sering mengingat antara satu sama lain batas-batas dan sensitiviti rakyat yang perlu dijaga," katanya yang kini berada di Kedah. - azm_

Penghuni Gua : Pandai pulak pembelit Mahfuz ini bercakap dan menasihatkan pemimpin PR ini. Beliau pandai pulak mengingatkan agar pemimpin PR kena kawal dan berfikir bila bercakap dan mengeluarkan pendapat.

2. Katanya perlu ambil kira negara ini berbilang kaum dan agama.

3. Mengapa dengan UMNO / BN anda mengecam berbagai perkara tanpa menagmbil kira perbezaan kaum, budaya dan agama. Mengapa dengan DAP jahanam dan PKR jahanam anda boleh berkata dan nasihatkan demikian.

4. Jika islam kata tak betul , anda kena tegur dalam apa cara pun. Ini yang anda selalu kritik UMNO/ BN. Dengan alasan tidak islam dan sebagainya. Mengapa anda tidak berani mennegur dan cakap mula berapik serta boleh menasihati agar pemimpin PAS yang lantang mengkritik Ronnie Liu dan Jeff Oi : agar mereka berfikir tentang perbezaan agama, budaya dan kaum.

5. Mengapa bila bercakap dan mengkritik UMNO dan BN anda tidak berfikir sedemikian? Kerana anda terpaksa menjaga kepentingan politik maka anda perlu berpura-pura dan mula takut bersuara agar menang pilihanraya? Mengapa takut untuk pertahan kan islam jika anda betul perjuangkan islam dan hudud?

6. Bila terlibatkan kepentingan politik ,maka agama anda belakangkan. Ia demi menjaga persahabatan dan survival politik.

7. Jadi kalau beginilah caranya PAS atau mahfuz berpolitik : cukup-cukuplah bercakap bahawa anda pejuang islam. Anda hanya pejuang politik dan hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik anda sahaja. Tidak lebih dari itu. Cakap aje berdegar: Nak sebut hududd pun tak berani sekarang.

8. Puihhhh....
Sudah-sudah lah Mahfuz. Menyampah kami menyampah mendengarnya.

Thursday, 9 July 2009

DUA PENJILAT TEGAR : MEREKA TELAN SEMUANYA !




Penghuni Gua : Atas kepentingan peribadi dan politik maka kedua pemimpin PKR ini iaitu Johari dan Thomas di Pulau Pinang dan Kedah menjilat balik segala ludah dan kahak yang mereka semburkan kepada Lim Guang Eng ( Ketua Menteri PP ) dan Azizan ( MB Kedah ).

2. Kahak dan ludah tersebut sedap agaknya ( menang sedap ) sebab itu mereka menjilat dan menelanya semula. Mereka ini semuanya hipokrit dan tiada maruah. Tiada rasa malu.


3. Inikah pemimpin dan parti yang perlu kita beri sokongan. Semuanya hipokrit dan munafik.


4. Hentamlah labu........................

Friday, 3 July 2009

SIAPA PEMBELIT ISU DAP KEDAH KELUAR PAKATAN !


Lihat kenyataan DSAI semalam 2 jul 2009 berkenaan DAP kedah keluar pakatan :

Berita Harian
2 jul 2009

Anwar salahkan media, nafi DAP Kedah keluar pakatan

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah. Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu. "Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. Berita lanjut : KLIK

Apa kata DAP Kedah hari ini mengenai perkara yang sama :


Utusan
3 jul 2009


ALOR SETAR 2 Julai – Tindakan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang negeri ini adalah serius dan bukan diperbesar-besarkan media seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut muktamad setelah kesemua ahli DAP negeri sebulat suara bersetuju untuk bertindak sedemikian.

Kami telah menghantar surat kepada jawatankuasa tertinggi parti untuk memaklumkan bahawa DAP ingin keluar daripada pakatan pembangkang negeri Kedah.

“Sekarang kami hanya menunggu kelulusan daripada pusat sama ada DAP Kedah akan kekal di dalam pakatan pembangkang negeri ini,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Siapa pembelit. DSAI, DAP Kedah atau akhbar arus perdana?

2. Pada PG pembelitnya ialah DSAI. Dan memang itu kerjanya sejak dulu. Biasalah. Di atas adalah hanya perbandingan ringan pagi-pagi ini sebagai pembuka blog.

Wednesday, 1 July 2009

DAP KEDAH KELUAR PAKATAN !


Malaysiakini

DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Beginilah yang terjadi sekiranya dasar perkahwinan hanya berdasarkan kepada cinta yang buta. Cinta hanya kepada fizikal seseorang bukan kepada roh dan semangatnya.

2. Cinta itu hanya di mata. Mata kita ini penuh dengan syaitan. Nampak cantik maka katanya jatuh cinta. Wal hal bukan cinta tetapi nafsu.

3. Dalam prkahwinan ini yang mustahak ialah kasih sayang dan kesihan belas. Ini hanya ada di hati. Jika hati kita kata sayang maka itulah perkahwinan yang kekal.

4. Kekalnya satu-satu perkahwinan itu juga adalah kerana satu perkataan sahaja iaitu : " PERCAYA ". Kalau tidak ada kepercayaan maka terlerailah perkahwinan tersebut. Kita bukan pernah lihat Nabi Muhamad tetapi kita percaya. Maka pegangan kita kekal sehingga hari ini.

5. Dalam hal DAP di kedah dan PR seluruh negara, ia hanya perkahwinan syaitan. Bukan ada hala tuju dan niat kerana untuk agama, bangsa dan negara. Ia hanya perkahwinan berdasar untuk kepentingan peribadi, untuk jatuhkan UMNO dan mahu berkuasa sahaja dan agenda peribadi oleh beberapa orang pemimpin atasan. Bukan ikhlas. Jadi kesan akhirnya ialah: BERCERAI.

6. Perkahwinan PR hanya menunggu masa untuk terlerai. Tunggulah masa untuk mereka berpisah. Ini mungkin permulaannya.


TERKINI
MB Kedah serah kepada DAP Pusat

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyerahkan kepada DAP Pusat untuk menentukan tindakan DAP negeri ini keluar daripada Pakatan Rakyat. Katanya, beliau bersedia menerima keputusan itu jika DAP negeri ini mengatasi keputusan DAP Pusat.

Beliau berkata, DAP Kedah tidak sepatutnya memutar belitkan isu perobohan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini dan mengaburi mata rakyat hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

"Saya tidak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan bagi kerjasama. Saya minta mereka cari tempat baru dulu tapi mereka bohong selepas sebulan tidak ada apa-apa sekarang mereka kata hendak keluar...keluarlah kalau DAP Kedah mengatasi DAP Pusat.

"Saya serahkan Pas Pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat Pusat untuk menentukan isu ini. Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa...perbuatan ini seolah-olah mahu mengembalikan kerajaan Kedah kepada Barisan Nasional (BN). "Dulu masa kita bincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau sekarang kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun mereka kacau," katanya. Berita lanjut : KLIK

PERHIMPUNAN 100 RIBU : 4000 ORANG AJE : MALAYSIAKINI !


Malaysiakini

Tiada k'jaan perpaduan, hentam BN
author_photo("Jimadie Shah Othman")
Jimadie Shah OthmanJul 1, 0911:21am

Himpunan pakatan pembangkang, yang diuar-uarkan ingin menjelaskan isu kerajaan perpaduan PAS-Umno malam tadi, berakhir tanpa menyentuh langsung isu kontroversi itu.Berucap di hadapan kira-kira 4,000 penyokong, tokoh-tokoh atasan Pakatan Rakyat yang berucap hanya mengambil peluang menghentam BN dan mempertegaskan perpaduan di antara parti dalam gabungan itu – PKR, DAP dan PAS. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ha ha ha ha. Rupanya 4000 aje menurut Malaysiakini. Mungkin mata PG kelabu. Cermin mata tebal. Juga mungkin yang hadir tu pakai jubah dan serban. seorang , nampak dua le. Dah besar. Duduk pulak rapat-rapat. Itu yang PG nampak macam 10 k semalam. KLIK

2. Kesiannya. Patut kemetot pun. Dalam harakah dan Suara Keadilan pun tak adalah gambar dan berita besar mengenai perhimpunan 100 k di atas.

3. Tafsirlah isyarat ini dengan jelas wahai PR. Orang pun dah mula menyampah.

Tuesday, 30 June 2009

PERHIMPUNAN 100 RIBU : HABUK PUN TAK ADA !


Penghuni Gua melihat tak ada pun perhimpunan 100 ribu penyokong PR. Ada lah tak sampai 10,000 . Itu pun campur dengan orang berniaga. Cakap aje berdegar. Habuk pun tak ada. Tak ubah seperti gempar filem hindustan di saluran ASTRO ZEE 108.

2. Jadi lain kali jangan dok temberanglah. Tak orang nya nak bersusah payah ke perhimpunan yang dikatakan 100 k tersebut kalau setakat nak memaki hamun, mencarut, memfitnah dan melabelkan orang-orang tertentu dengan berbagai gelaran yang menjijikkan. Yang hadir pun macam biasalah. Itu juga mukanya.

3. Yang dok takbir pun, muka tu juga. Orang suruhan. Jenis yang buta mata dan minta aje yang tak miss pergi mendengar ceramah-ceramah politik ini. Mendidik anak-anak lebih afdal dan berzikir di rumah lagi banyak menafaatnya.

4. Bulan depan atau minggu depan kalau nak adakan lagi perhimpunan, maka bolehlah PR atau PAS , gembar gemburkan perhimpunan 200 k pula. Jadi kepada pengikut dan pemimpin PAS, jangan lupa maklumkan kepada PG : bukan apa , nak pergi kira. Kali ini nak bawa sempua yang besar dan double sempua. Setakat 2 sempua tu pandai le juga kita sehinga trilion. Lebih tak ada le.
5. Malas nak tunggu lama-lama di perhimpunan tersebut. Buang masa. Pergi kerana nak mengira aje jumlah yang diwar-warkan 100 k tersebut. Hampehhhhh....................

HIMPUNAN PR MALAM NI : KITA KIRA CUKUP KE 100 K !


Penghuni Gua : Kita semua pergi. Bawa sempua bersama. Sempua tak akan silap. Tengok , adakah benar perhimpunan 100 k ini mencapai sasaranya. Gah sangat mencanangkan. Jadi sama-sama kita lihat dan kira.............

2. Biasanya hampas je !

Wednesday, 24 June 2009

PERHIMPUNAN 100 RIBU PENYOKONG PR : BIAR BETUL !


Harakah

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini
Irwan Muhammad Zain Wed Jun 24, 09 9:30:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Nak dibuatnya di Stadium MPPJ, Kelana Jaya Selasa depan. Ye ke? Ramainya nak pergi berhimpun. PG telah lihat sebelum ini. Banyak sudah pengumuman perhimpunan 100 ribu ISA, 100 ribu di parlimen, 100 ribu sana, 100 ribu sini. Akhirnya, hampas pun tak ada orang datang. Ada le 15 ribu penyokong tegar yang semua telinga, mata, mata hati mereka memang dah tertutup.

2. Tak hairan langsung. PG nak juga pergi kke perhimpunan itu. InsyAllah. Nak bawa sempua bersama. Senang sikit nak kira. Pakai Culculator kan mungkin silap tekan atau berlaku litar pintas jika hujan. Jadi bawa sempua ( alat kuno cina ) . Jadi tiada le berlaku maslah di atas.

3. He............................................e. Lawak, lawak!

Monday, 15 June 2009

MP PR DIHALAU KELUAR PARLIMEN : SENGAJA CARI PASAL !


Berita Harian
15 jun 2009

Nizar, rakan diarah keluar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, dan beberapa rakan Pembangkang lain diperintah keluar Dewan Rakyat selepas ingkar arahan Speaker supaya tidak memakai pelilit kepala bertulis "Bubar Dun".

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan demikian selepas mereka enggan mematuhi arahannya supaya membuka pelilit kepala berkenaan. Sebelum itu, Nizar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Penghuni Gua : Sengaja cari pasal. Sengaja untuk tujuan mendapat publisiti. Idea tak ada nak dibawa ke parlimen. Jadi dah tahu lilitan dilengan tu salah , mengapa dipakai. Parlimen bukan tempat kempen. Tetapi tempat di mana MP mengemukana pendapat dan cadangan dan memerah otak masing-masing untuk kepentingan negara.


2. Ini adalah cara politik kebudakkan dan cara murahan untuk mendapatkan publisiti. Itu aje. Satu lagi nak alihkan perhatian penyokong PR bagi melupakan bahawa 1 jul 2009 , DSAI akan dibicarakan atas tuduhan meliwat Saiful.


3. Pengikut tegar dan pengikut yang otak dah dibelenggu bolehlah percaya dan mengagumi tindakan kebudakkan ini. Seperti kami ini, sori le.


4. Carilah cara lain nak dapatkan publisiti. Anda yang bawa ke mahkamah kes DUn Perak. Dah mahkamah buat keputusan , ikut lah. Apa sibuk nak bubar DUN. Cukuplah nak bodohkan rakyat.


5. Orang Kelantan kata MACAM PERANGAI BEROK MAT YIH MP-MP INI. ( Setelah ditonton berita TV3 jam 130 ptg tadi, nampak sangat bodohnya mereka ini dan amat biadap.)

6. MP-MP bodoh ini ingat rumah bapak dia kot boleh bertempik ikut suka hati mereka. Atau mereka ingat ini majlis ceramah PAS. Lepas angkat sumpah boleh bertempik depan Yang DiPertua Dewan. MP-MP kampung ini. Mesyuarat JKKK PAS da PR boleh lah buat begini.

Terkini : Berita Harian 15 jun 2009

Anwar pertahan tindakan Nizar, rakan


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertahan tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dan beberapa wakil pembangkang lain memakai lilitan bertulis "Bubarkan DUN Perak" semasa permulaan sidang Dewan Rakyat hari ini. Berita lanjut : KLIK


Nota : DSAI kata di negara lain boleh pakai lilitan kepala. Ini Malaysia , bukan US. Di US main belakang pun halal ikut undang-undang mereka.


2. Isunya bukan pakai lilitan kepala sahaja. Tapi melalungkan perkataan Bubar DUN selepas angkat sumpah. Bodoh sangat ke nak faham peraturan majlis. Ini bukan pasar malam tempat jual makan minum dan sayuran.

align="justify">
3. Kepada DSAI semuanya boleh. Main belakang pun halal, bini orang ( Samsidar : isteri Azmin ) pun halal. Nota : Buat apa Samsidar pergi ke Tivoli Villa kalau pun tak jumpa DSAI sehingga keluar maninya ( samsidar ) atas tilam. Takkan Azmin pergi dengan dia tidor di sana . Kepada DSAI PKM ( Chin Peng ) pun halal ke Malaysia.


4. Semua halal. Hapus semua hak Melayu dalam perlembagaan juga halal padanya. Yang tak halal ialah bila nak bicara kes liwatnya pada 1 jul 2009. Ini tak halal padanya. Haram. Sebab itu asyik nak mengelak dari hadir bicara dan memperlambatkan perbicaraan. Sumpah laknat juga tak halal ( haram) . Yang lain halal.


5. Mampuih Malaysia kalau ada 2 ke 3 ekor lagi macam ni di Malaysia.

Monday, 8 June 2009

PR PULAU PINANG TAWAR EXCO PADA ARIF SHAH : BUKAN RASUAH ?


Berita Harian
8 mei 2009

Arif Shah tolak tawaran Exco Pakatan Rakyat

BUTTERWORTH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah terus dipikat kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menyertai mereka, terbaru menawarkan jawatan Exco. Arif Shah yang mengesahkan menerima surat tawaran rasmi kerajaan negeri bagi dilantik Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Masyarakat Penyayang, minggu lalu, menyatakan tidak berminat dan tidak mengendahkannya. Beliau juga sudah memaklumkan penerimaan tawaran itu kepada Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang dan dinasihati memberi tumpuan terhadap tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat Barisan Nasional. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Melihat dan membaca berita di atas, PG ingin bertanya SPRM! Bukan rasuah ke tawaran sebegini. Jika tawaran tersebut diberikan setelah Arif Shah menyertai dahulu PR boleh diterima dan bukan rasuah. Jika di tawar jawatan tersebut sebelum Arif Shah menyertai PR / PKR maka ia adalah rasuah.

2. Kepada SPRM jalankan siasatan segera dan ini kes mudah kerana ia dibuat secara bertulis oleh kerajaan PR Pulau Pinang.

3. Parti yang bersih ini rupanya perasuah juga dan mengamalkan juga budaya lompat parti. Kalau ADUN PR lompat pada BN tak sah. ADUN BN lompat ke PR sah dan demokrasi. Demokrasi subur. Inilah politik DSAI.

4. Apa macam PAS. Tak ada komen ke. Tak mahu ke buat usul tergempar untuk mendesak agar satu suruhanjaya siasatan DiRaja menyiasat perkara ini ke? Semalam pandai sangat buat usul bagi ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk siasat kerajaan Perak yang dikatakan merampas kuasa. Ini bukan cuba merampas ke?

5. Ada ke hadith menghalalkan tindakan PR Pulau Pinang ini wahai PAS?

6. Fikirkalah sendiri hipokrasi gabungan PR ini.

7. Kepada Dato Arif Shah, buat lapuran polis segera atas tawaran rasuah ini . Jangan bercakap sahaja. Atau ada pihak lain yang buat repot. Atau jika tidak benar maka PR sendiri buat lapuran polis. Lihat siapa yang kena.

Saturday, 6 June 2009

PERBALAHAN PR MENGENAI YANG DIPERTUA MPSP : TAK ADA STANDARD LANGSUNG !




Agenda Daily
6 mei 2009


DAP menafikan dakwaan Ketua Whip Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kassim, bahawa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pernah bersetuju jawatan Yang Dipertua MPSP diserahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas negeri berkata, PR Pulau Pinang tidak pernah memutuskan jawatan itu diserahkan kepada PKR. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Melihat perbalahan PR mengenai perlantikan YDP MPSP Pulau Pinang , PG senyum sendiri dan mengeleng kepala.

2. Senyum dan mengeleng kepala kerana, gabungan ini bukan main gah dengan pelan 16 sep untuk mengambil alih pemerintahan negara. Jadi kalau perkara sekecil ini pun boleh bergaduh dan memboikot, bagaimana nak mentadbir negara yang jauh lebih rumit?

3. Semuanya kerana duit dan kuasa. Tak ada sebab lain. Jadi yang mereka canang tentang ketelusan , CATS, keterbukaan, rasuah dan sebagainya hanyalah untuk menipu dan memperbodohkan penyokong mereka yang memang suka diperbodohkan.

4. Ia semuannya duit dan kuasa. Jika tidak perkara sekecil itu tidak akan membawa kepada pergaduhan. Bagaimana PR akan dapat memerintah negara jika asyik bergaduh tentang, YDP-YDP, Ahli Majlis dan ketua kampung sahaja bila dapat memerintah. Inilah dari dahulu pun. Baik mereka yang berkopiah putih, yang bertanda di dahi ( Islam ) semuanya bergaduh pasal ini.

5. PG sudah bekerja di Kelantan dan di Terengganu di bawah PAS. Inilah kerja dan rupa mereka ini . Tak ada kerja lain. Semuanya berkaitan projek, duit, jawatan dan kuasa. Ia berkaitan semuanya.

6. Semuanya lahir dari hati yang tidak jujur dan gabungan ini tidak ada dasar yang jelas ( gabungan haram ) untuk mentadbir negara. Semuanya hanya cakap dan menggulakan pengikutnya yang patuh seperti robot. Semuanya menjadi burung kakaktua.

7. Gabungan hanya terikat dan bersatu atas dasar untuk menumbangkan BN sahaja. Tiada sebab lain. Jadi sekiranya mereka berjaya mengambil alih pemerintahan negara, maka ranaplah negara dikerjakan oleh mereka ( Hanya angan-angan mereka sahaja untuk ambil alih ) .

8. Jadi kepada semua rakyat Malaysia, sedarlah tentang keburukan pakatan dann gabungannini. Semua lahir atas dasar dendam dan kepentingan sempit. PKR lahir untuk membela kes liwat DSAI. PAS lahir juga kerana mereka ini gulungan yang kecewa di dalam UMNO dan keluar serta menubuhkan parti PAS.

9. Sebab itu PAS hanya bercakap sahaja tentang kerajaan Islam dan hudud tetapi sejak 50 tahun dahulu mereka hanya menipu penyokong mereka. Ini kerana tak ada satu pun dalam perlembagaan PAS ada menyebutkan bahawa PAS akan melaksanakan pemerintahan berdasarkan Islam dan hudud. tak ada langsung dalam perlembagaan PAS.

10. Jika mereka jujur , mereka boleh meminda perlembagaan semasa muktamar agung semalam. Tapi mereka hanya diamkan sahaja kerana jika dipinda , PAS tahu, ia akan menjerat dirinya sendiri. Sebab mereka tahu, mereka tidak boleh dan tidak mampu untuk melaksanakan pemerintahan islam dan hudud seperti yang digembar genburkan.

11. DAP dasarnya hanya untuk kaum tertentu sahaja dengan mengenepikan pribumi. Pada mereka, sama ialah adil. Adil buka persamaan. Adil ialah meletakkan sesuatu ditempatnya. Jika satu kaum tak layak menerima sesuatu bantuan , tapi diberikan juga maka tidak adil. Tapi pada DAP semuanya sama.

12. Akhirkata, kalau inilah caranya PR memerintah, maka jauh sangatlah standard nya untuk memerintah negara. Lupakan sahaja. Perkara sekecil ini pun tak boleh selesaikan. Atas sebab? Kerana tidak ikhlas dan mempunyai unsur kepentingan diri.

13. Kepada Presiden PAS yang mengutuk BN semasa ucapan dasar di muktamar Agung PAS semalam, beri satu salinan ucapan dasar tersebut kepada PKR dan DAP Pulau Pinang bagaimana nak mentadbir negara. Jangan nak jaga tepi kain orang sahaja wahai Hj Hadi. Di bawah jubah anda itu ............macam-macam ada........

PETA PELAYAR