FOLLOWERS

Showing posts with label PR MANGKOK HAYUN. Show all posts
Showing posts with label PR MANGKOK HAYUN. Show all posts

Wednesday, 1 August 2012

HAIK ? SEMUA SALAHKAN ORANG JUGAK !!!!! KAH KAH KAH KAH !!!





 


Pemimpin pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat mengecam tindakan menahan dan mendakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) pagi ini.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua berkata, tindakan itu memberi tamparan hebat kepada usaha membasmi rasuah yang mahu dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"(Ia) melemahkan lagi prestasi yang lebih rendah mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP)," kata Pua dalam kenyataannya hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Padan muka. Dan nampak sangat, bila mereka ditangkap aje, tuduh kerajaan berkonspirasi. Salah, salah lah. dah aktanya begitu.

2. Adakah PKR dan DAP serta PAS nakkan orang dedah simpanan mereka di bank kepada umum? Apa jadi dengan negara ini jika semua akaun syarikat luar di dedahkan kepada umum> Semua pelabor akan melarikan diri dari Malaysia. Kemudian rakyat kita yang akan kebulor.

3. Juga apa kesalahan NFC? Kesnya baru disebut di mahkamah dan belum dibicarakan lagi apatah lagi belum dijatuhkan hukuman bersalah atau tidak? jadi tindakan mangkok Rafizi ini memang salah dari segi perundangan.

4. Adakah Rafizi dan lelaki y serta Lim Kit Siang, TGHH , Husam Musa , LGE bersetuju dan merelakan akuan bank mereka didedahkan kepada umum seperti mereka dedahkan NFC? Dan kemudian diadakan perbicaraan terbuka?

5. Kalau ye pun , mereka dapat maklumat dalaman bank mengenai salah laku NFC dan sebagainya, kalau jujurlah dan tiada kepentingan politik.... mengapa tak hantar sahaja butiran akuan NFC itu kepada pihak berkuasa seperti kepada PDRM atau SPRM?

6. Tak ada sebab lain...... sebab nak buat gempak politik. Bukan nak selesai masalah.  Kalau hantar butiran akaun bank itu kepada PDRM serta SPRM tak timbul Rafizi akan di dakwa di bawah BAFIA dan malah akan dilindungi di bawah akta perlindungan saksi.  Itu aje isunya.

7. Jadi.................pergi jahanam lah kepada kau orang. Semua orang salah bila sendiri yang buat silap dan kesalahan jenayah.  Sudahlah....... Lihat diri sendirilah!!!!!!!!!

8. Zina nak salahkan orang, liwat nak salahkan orang, khalwat nak salahkan orang, menghisap dalam tandas nak salahkan orang, bunuh diri nak salahkan orang!!!!!!!!!!!!!!

9. Ppppppppppppppppooooooooodddddddaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!!!!! Kah kah kah kah kah kah !!!!!

Tuesday, 19 June 2012

NAK KENCING LAGI ? KAH KAH KAH KAH KAH !!!!


Malaysiakini

Ahli Parlimen Pas tegaskan radiasi Lynas rendah


KUALA LUMPUR 19 Jun - Ahli Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menegaskan, tahap radiasi di projek memproses nadir bumi, Lynas berada pada paras rendah berbanding yang dibenarkan.

Beliau yang merupakan seorang pakar nuklear juga berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat hari ini.

"Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa mengutip pandangan-pandangan dan masalah-masalah masyarakat. Kalau baca daripada muka surat 17 hingga 18 laporan itu, memang betul, itu bagus dan saya setuju.

"Saya tidak berani kata projek Lynas ini selamat atau tidak, tetapi daripada segi radiasi saya tahu ia rendah sebab saya sendiri ukur benda itu. Tahap radiasi memang rendah daripada yang dibenarkan, bagaimanapun banyak faktor lain perlu diberikan perhatian," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Che Rosli sebelum ini menimbulkan kontroversi dalam pakatan pembangkang apabila mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, dalam satu sesi temu bual dengan stesen televisyen TV3 sebelum ini, Che Rosli menyifatkan tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat sebagai tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik.

Ditanya mengenai pemberian lesen sementara operasi kepada Lynas untuk beroperasi, Che Rosli memberitahu bahawa ia merupakan tindakan yang betul.

"Lynas perlu buat 'lapscale' dari awal, macam mana nak simpan (nadir bumi) dan pemberian lesen sementara operasi perlu supaya rakyat boleh melihat sendiri tiada aktiviti penyebaran (radiasi) ke Sungai Balok seperti didakwa," jelasnya. - UTUSAN

Penghuni Gua : Apa cerita sekarang? Pakar PAS dah sahkan. Apa agaknya yang nak dikencing oleh pemimpin PAS yang lain seperti mahfuz yang lulus takat SRP atau si Fauziah Kuantan tu.!!!!!  kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!  kah kah kah kah kah kah !!!

2. main politik, politik jugak..... yang betul cakap betul lah. Macam kata TGHH... Kalau nak tahu kelapa sawit mesti rujuk pakar kelapa sawit... kalau nak tahu bab nuklear tanyalah pakar nuklear. Jangan tanya si mahfuz atau kakli peliwat tu yang tahu hanya meliwat dan berzina sahaja.!!!!!  kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!  kah kah kah kah kah kah !!!

3. Tahniah Dr Rosli. Berkata benarlah walaupun pahit.................Lynas itu ada keburukannya seperti juga perkara lain, tetapi ianya lebih banyak kebaikan dari keburukannya !!!!!!!!!!!!!!!!  kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!  kah kah kah kah kah kah !!!

4. tahniah kerana anda tidak seperti pemimpin PAS lain yang berlagak lebih pandai dari mereka yang pakar !!!! Dengan lain kata BODOH SOMBONG !!!!!  kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!  kah kah kah kah kah kah !!!

Nota : malaysiakini yang dakwa ia portal; bebas pun tak siar pandangan MP PAS Dr Rosli ini. Cuma mereka siar kenyataan Dato Khalid aje. Nak sorok dari pengikut PR tahu apa yang benar oleh Dr Rosli. PPPPpppppooooooooooorrrrrrrrrrrraaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh. KLIK

Lihat kenyataan sebenar Dr Rosli di Parlimen hari ini : KLIK

Friday, 13 April 2012

CONTOH OTAK SAMPAH PEMBANGKANG !!!!!


Dipetik dari blog : Papagomo


BIADAP - Pemimpin Pembangkang Perlekeh Raja Raja Melayu






Insiden buruk ini di ceritakan oleh Dr Rahman Kadir (Pegawai Perubatan), semasa pertabalan DYMM YDP Agong.

11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.

Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.

Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.

Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Azmin Buat Bising Dan Biadap Semasa Pertabalan.

Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.

Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut“Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini.Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.

Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.

Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.

Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.

Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.

Daulat Tuanku.

Dr Rahman Kadir – AIDC

Penghuni Gua : Inilah otak sampah pembangkang. Selamanya begitu. Harapkan mereka nak jaga institusi ini? Maaflah!!!!! Mereka hanya nak pergunakan sahaja dan kemudian akan hapuskan. Percayalah!!!!!!!!! Otak mereka hanya nak menang aje atas apa alasan sekali pun. Bab Agung dan DYMM Sultan  pun boleh dihina ( memang sah ) apa lagi hal lain. Fikirkan pengundi muda.... Fikirkan!!!!!

PETA PELAYAR