FOLLOWERS

Showing posts with label SKJ / JAMIN. Show all posts
Showing posts with label SKJ / JAMIN. Show all posts

Wednesday, 14 October 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES ASAS JAMINAN

Malaysia MAHKAMAH TINGGI (IPOH) —

PERMOHONAN JENAYAH NO 54–6–95

Judges ABDUL HAMID EMBONG PK

Date 21 APRIL 1995

Citation [1995] 2 MLJ 385



Catchwords:
Acara Jenayah — Jaminan — Permohonan untuk mengurangkan jaminan — Sama ada terlalu tinggi sehingga menjadi suatu hukuman — Prinsip penentuan amaun jaminan — Amaun jaminan 21Ú2 kali denda maksimum — Sama ada boleh mengambilkira sentimen masyarakat umum dalam penentuan amaun


Facts:
Sepasang suami isteri (‘tertuduh tersebut’) telah didakwa di mahkamah majistret dengan tuduhan berniat bersama untuk menganiayai seorang kanak-kanak dengan cara yang menyebabkan dia mengalami kecederaan fizikal. Kesalahan tersebut boleh dihukum di bawah s 26(1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan/atau penjara maksimum lima tahun.

Tertuduh tersebut telah mengaku tidak bersalah, dan majistret telah mengenakan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, sementara menunggu perbicaraan. Tertuduh tersebut telah memohon ke Mahkamah Tinggi untuk mengurangkan jaminan tersebut, atas alasan bahawa:

(i) amaun jaminan yang terlampau tinggi itu tidak mampu dibayar oleh tertuduh tersebut, dan oleh itu membawa kesan yang sama seperti mereka tidak dibenarkan jaminan;

(ii) tiada bukti yang menunjukkan bahawa mereka akan melarikan diri; dan

(iii) penahanan mereka akibat jaminan yang melampau tinggi adalah bertentangan dengan prinsip bahawa seseorang tertuduh dianggap sebagai tidak bersalah sehingga dibuktikan sebagai bersalah di sisi undang-undang. Timbalan pendakwa raya pula berhujah bahawa amaun jaminan tersebut harus dikekalkan kerana kes ini membangkitkan perasaan kecewa dan marah di kalangan masyarakat umum, dan kanak-kanak yang didera itu telahpun meninggal dunia.


Holdings:


Diputuskan, membenarkan permohonan itu:


(1) Menurut s 389 Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) (‘KAJ’), tujuan pengenaan jaminan ke atas tertuduh ialah untuk memastikan bahawa tertuduh itu hadir di mahkamah pada hari perbicaraan. Jika keseluruhan Bab XXXVIII KAJ yang berkaitan dengan jaminan ditelitikan, dapat dilihat bahawa pendekatan yang diambil adalah berdasarkan prinsip bahawa seseorang tidak bersalah di sisi undang-undang sehingga terbukti demikian. Berpandukan prinsip yang sama, s 389 KAJ juga menyatakan bahawa amaun jaminan yang dikenakan itu tidak haruslah keterlaluan. Oleh itu, mahkamah perlu meneliti sama ada amaun jaminan yang dikenakan itu tidak keterlaluan sehingga menjadi satu bentuk hukuman ke atas tertuduh tersebut.


(2) Seksyen 389 KAJ telah memberikan budi bicara yang luas kepada mahkamah untuk menentukan amaun jaminan dengan mempertimbangkan perihal yang khusus dan faktor peribadi tertuduh tersebut, misalnya pendapatan keluarganya dan kehadiran seorang bayi yang masih memerlukan jagaan mereka.


(3) Walaupun kes ini membangkitkan perasaan marah dan kecewa di kalangan masyarakat umum, mahkamah tidak dapat menerima sentimen itu sebagai suatu faktor yang boleh dipertimbangkan, dan perlu menegakkan keadilan berlandaskan prinsip undang-undang.


(4) Dalam kes sini, mahkamah membuat kesimpulan bahawa amaun yang dikenakan sebagai jaminan tersebut adalah terlalu tinggi dan mendatangkan kesan sebagai suatu hukuman. Mahkamah juga tidak nampak asas bagi menetapkan amaun jaminan yang 21Ú2 kali melebihi denda maksimum. Lantaran itu, mahkamah menurunkan amaun jaminan kepada RM7,500 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan memerintahkan supaya Jabatan Imigresen Malaysia tidak meluluskan sebarang bentuk pas perjalanan kepada tertuduh tersebut.

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari paparan kes di atas. Tq

Wednesday, 30 September 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES BERKAITAN JAMINAN !


[1992] 1 MLJ 672
Public Prosecutor v Ilamaran
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CRIMINAL REVISION NO 43–7–91
Judges WAN YAHYA J
Date 5 AUGUST 1991



Bahasa Malaysia Summary:

Si tertuduh telah ditangkap dan dituduh dalam mahkamah majistret mengedarkan dadah kanabis sebanyak 261g. Pertuduhan itu telah dibaca dan dijelaskan kepada si tertuduh tetapi beliau tidak diminta membuat akuan. Si tertuduh kemudiannya telah ditahan bawah pensementara menanti laporan ahli kimia dan keizinan penraya. Si tertuduh telah dikemukakan setiap bulan di hadapan majistret untuk sebutan.

Apabila si tertuduh dikemukakan pada kali yang ketiga, beliau telah memohon mendapatkan jaminan yang telah dibenarkan oleh majistret itu. Pihak pendakwa memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengkaji semula perintah majistret tentang jaminan. Si tertuduh berhujah bahawa kerana berat dadah itu belum diperakui oleh ahli kimia, pertuduhan itu tidak boleh dijelaskan dengan sepatutnya kepada beliau dan s 39B(4) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta itu’) oleh kerana itu tidak dipatuhi.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Tiada apa-apapun di dalam nota majistret yang menunjukkan sebarang kekusutan dalam menjelaskan pertuduhan itu kepada si tertuduh. Tidak juga dicadangkan di mana-manapun bahawa si tertuduh tidak dapat memahami pertuduhan itu. Hanya jangkaan pindaan berat dadah kanabis yang disebutkan di dalam pertuduhan itu tidak boleh menyebabkan pertuduhan itu tidak boleh dijelaskan, meragukan atau bagaimana sekalipun cacat.

(2) Dalam sebarang penangkapan yang dibuat sesuai dengan s 39B Akta itu, pihak pendakwa hanya dikehendaki mengemukakan orang yang ditangkap itu di hadapan mahkamah dan perlu memdan menjelaskan pertuduhan kepadanya. Sebaik sahaja prosedur ini telah dipatuhi mahkamah mesti membuat perintah menahan orang yang dituduh itu mengikut peruntukan mandatori s 41B Akta itu.

(3) Tidaklah terbuka kepada pihak pembela atas hanya hipotesis bahawa amaun terakhir dadah itu seperti yang diputuskan oleh ahli kimia itu berkemungkinan kurang daripada amaun dengan mana si tertuduh telah pada mulanya dituduh, untuk memohon mahkamah membenarkan jaminan di bawah s 388(1) Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’). Ini adalah kerana tidaklah lojik dan tak sah bagi si tertuduh mencabar pihak pendakwa membuktikan sebahagian kesnya sebelum permulaan perbicaraan.

(4) Oleh kerana itu tiada mahkamah boleh, dengan maksud mengkuasanya berpunca dari s 388 Kanun itu, membenarkan jaminan kepada sesiapapun yang dituduh atas sebarang kesalahan yang ditentukan dalam fasal (a), (b) ataupun (c) s 41B(1) Akta itu.

(5) Dalam menggunakan kuasa penyemakan mahkamah, perintah majistret tentang jaminan diketepikan dan si tertuduh diperintahdikemukakan dari masa ke semasa di hadapan majistret untuk pengeluaran perintah tahanan selanjutnya sementara menanti analisa oleh ahli kimia itu.

(6) Peguam berhak merujuk satu autoriti bertentangan yang lebih diutamakan daripada yang lain oleh mahkamah berbidang kuasa setara tetapi apabila soalan undang-undang yang sama telah dioleh penghakiman mahkamah yang lebih tinggi, tatkala itu peguam sebagai pegawai mahkamah berkewajipan untuk memberitahu kes itu kepada mahkamah kecuali jikalau dia tidak sedar sama sekali akan kes itu.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat sesuatu menafaat dari alasan penghakiman kes ini. Terima kaseh.

Friday, 25 September 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES BERKAITAN JAMIN !






2 of 2 DOCUMENTS
Mohd Jalil bin Abdullah & Anor v Public Prosecutor
CRIMINAL APPLICATION NO 44-34-1996
HIGH COURT (KOTA BHARU)
1996-5 MLJ 564; 1996 MLJ LEXIS 1122
DECIDED-DATE: 23 June 1996




CATCHWORDS:
[*1] Criminal Procedure - Bail - Bailable offence - Repeated failure of accused persons to attend court - Whether magistrate correct in revoking bail and remanding accused persons - Whether bail mandatory in bailable offence - magistrate has discretion not to grant bail if offence is bailable - Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 387(1)

Bahasa Malaysia summary

Kedua-dua tertuduh ('pemohon-pemohon') telah dituduh pada 8 November 1987 di bawah s 353 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45). Di bawah ruang kelima, Jadual 1 kepada Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) ('KAJ') kesalahan tersebut adalah kesalahan boleh jamin dan ikat jamin dibenarkan sebanyak RM500 setiap orang.

Kes itu telah ditangguhkan beberapa kali disebabkan ketidakhadiran pemohon-pemohon sama ada secara bersama ataupun secara individu. Ikat jamin dinaikkan pada mulanya kepada RM1,000 dan kemudiannya kepada RM3,000 dengan seorang penjamin setiap orang. Kes itu akhirnya ditetapkan untuk perbicaraan pada 21 Mei 1996 di mana pemohon-pemohon sekali lagi telah tidak hadir.

Kesudahannya, waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mereka. Pada 27 Mei 1996 pemohon-pemohon telah menyerah diri kepada mahkamah. Majistret yang bijaksana enggan menerima penjelasan pemohon-pemohon dan seterusnya telah membatalkan ikat jamin, menahan pemohon-pemohon dan menetapkan 25 Jun 1996 sebagai tarikh perbicaraan. Majistret yang bijaksana telah menolak permohonan ikat jamin. Maka, permohonan ini dibuat kepada Mahkamah Tinggi.

Diputuskan, membenarkan permohonan ini:

(1) Ungkapan 'shall be released on bail' di bawah s 387(1) KAJ adalah mandatori. Di bawah peruntukan ini, seorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan yang boleh jamin adalah berhak untuk diikat jamin. Tidak timbul persoalan mengenai budi bicara dalam memberikan ikat jamin dan mahkamah mestilah mematuhi peruntukan di bawah seksyen tersebut (lihat ms 567D-G); R v Lim Kwang Seng & Ors
(1956) MLJ 178 diikut.

(2) Tujuan ikat jamin adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh pada hari dan masa yang ditetapkan untuk menjawab tuduhan terhadapnya. Ianya bukanlah bertujuan sebagai hukuman dan ikat jamin yang keterlaluan seharusnya tidak diperlukan (lihat ms 567H); Zulkifflee bin Hj Hassan v PP
(1987) 2 MLJ 527 diikut.

(3) Majistret yang bijaksana adalah betul ketika beliau mengisukan waran tangkap terhadap pemohon-pemohon serta mengemukakan notis untuk menjawab kepada penjamin-penjamin untuk ketidakhadiran pemohon-pemohon. Beliau juga adalah betul ketika memberikan pemohon-pemohon peluang untuk didengar sebelum ikat jamin dibatalkan (lihat ms 567I-568A); Phang Yong Fook v PP
(1988) 1 MLJ 267 diikut.

(4) Walau bagaimanapun majistret yang bijaksana adalah salah ketika beliau memerintahkan supaya pemohon-pemohon ditahan. Ini adalah tidak sah dan tidak mematuhi undang-undang. Selepas membatalkan ikat jamin yang lama, majistret yang bijaksana sepatutnya memerintahkan ikat jamin yang baru dengan jaminan secukupnya seperti yang difikirkan wajar. Hanya jikalau pemohon-pemohon gagal melaksanakan ikat jamin tersebut barulah mahkamah mempunyai kuasa untuk menahan pemohon-pemohon (lihat ms 568B-C).

CASES-REF-TO:
Phang Yong Fook v PP (1988) 1 MLJ 267
R v Lim Kwang Seng & Ors (1956) 22 MLJ 178
Zulkifflee bin Hj Hassan v PP (1987) 2 MLJ 527

LEGIS-REF-TO:
Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) ss 387(1), 389, Sch 1
Penal Code (FMS Cap 45) s 353


Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari keputusan kes ini.

PETA PELAYAR