FOLLOWERS

Showing posts with label UNDANG-UNDANG. Show all posts
Showing posts with label UNDANG-UNDANG. Show all posts

Saturday, 26 March 2011

KONSPIRASI : ULANG TAYANG MENGIKUT UNDANG-UNDANG !!!!


Dipetik dari Blog : Penghuni Gua

Saturday, 23 May 2009

KONSPIRASI / PAKATAN JAHAT MENGIKUT AKTA KETERANGAN




Nota : Ini juga adalah siri nota undang-undang Keterangan lama yang PG belajar pada tahun 2000. Jadi kepada para pelajar, buat tambahan kepada kes-kes rujukan melalui Malaysia Law Journal ( MLJ ) yang baru iaitu selepas tahun 2000. Jangan copy paste aje.Nanti ilmu tak berkembang. Semuga semuanya memperolehi menafaat. Ini ulang tayang / paparan semula artikel ini bagi kita memahami makna konspirasi dan pembuktian yang diperlukan. Bukan main cakap kosong aje. Asyik nak liwat undang-undang aje.


Ingat undang-undang perlu di baca. Selepas belajar , maka kita perlu baca undang-undang baru tahu maksud yang tersurat dan tersirat. Jangan belajar sahaja. Kita akan terkongkong dengan idea dan pandangan guru kita sahaja. Jadi baca. Nabi Mohamad pun, Allah melalui malaikat menyuruh Nabi Mohamad membaca nya pada surah yang mula-mula sekali diturunkan dan di baca berulang-ulang.


Pakatan Jahat (Conspiracy).1. Seksen 10 Akta Keterangan, 1950 adalah mengenai pakatan jahat.10. Things said or done by conspirator in reference to common design


Where there is reasonable ground to believe that two or more persons have conspired together to commit an offence or an actionable wrong, anything said, done or written by any one of those persons, in reference to their common intention after the time when the intention was first entertained by any one of them, is a relevant fact as against each of the persons [believed to be so conspiring, as well for the purpose of proving the existence of the conspiracy as for the purpose of showing that any such person was a party to it.2.

(Apabila terdapat alasan untuk mempercayai terdapat 2 atau lebih orang membuat pakatan jahat untuk melakukan satu kesalahan atau perbuatan salah ,apa saja yang dikatakan, lakukan atau ditulis oleh seorang dari mereka dalam mencapai niat bersama adalah fakta relevan kepada setiap dari mereka).3. Seksen 120A Kanun Keseksaan memberi definisi pakatan jenayah sebagai apabila dua atau lebih orang bersetuju atau menyebabkan suatu perbuatan :i. tidak sah atau,ii. suatu perbuatan yang sah tetapi dengan jalan yang tidak sah dilakukan.4. Oleh kerana perbuatan pakatan jahat dilakukan dalam keadaan terlindung, sulit dan dalam gelap adalah mustahil untuk menjejaki pakatan jahat dengan keterangan terus (direct evidence). Ianya selalu diandaikan dari gabungan perbuatan, kenyataan dan perlakuan pihak yang terlibat dalam pakatan jahat iaitu dari keterangan berdasarkan keadaan (circumstantial evidence).5. Seksen 10 dengan sengaja disusun perkataannya supaya orang yang melakukan pakatan jenayah bertanggungjawab kepada semua yang terbabit dalam pakatan jahat.

Sebelum seksen 10 diguna pakai terdapat 5 elemen utama mesti dipenohi sebelum ianya relevan kepada pakatan jahat jenayah.6. Jelas seksen ini adalah pengecualian kepada peraturan umum iaitu seorang tidak boleh bertangggungjawab jenayah oleh kerana perbuatan atau kenyataan yang dibuat oleh orang lain. (Maksudnya seksen ini pula menyatakan seorang itu bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan oleh orang lain iaitu satu pengecualian umum ).7. Keterangan pakatan jahat terpakai kepada pembicaraan jenayah dan sivil. Dalam perkara sivil ia dirujuk sebagai tanggungan diwakilkan/atau melalui orang lain (vicarious liability). Oleh itu jika terbukti salah seorang melakukan suatu perbuatan dan seorang lagi pula melakukan perbuatan lain dalam mencapai niat bersama mereka, mahkamah mempunyai kebebasan untuk membuat inferen/andaian mereka semua melakukan pakatan jahat untuk mencapai niat bersama. (nota : rujuk juga seksen 34 Kanun Keseksaan).Maksud pakatan jahat.

8. Pati kepada pakatan jahat adalah persetujuan untuk melakukan perbuatan yang tidak sah.

9. Tetapi tidak perlu semua perbuatan perlu berlaku untuk mencapai persetujuan yang dibuat. Tidak kira samada perbuatan jenayah dilakukan atau tidak, persetujuan yang dibuat sudah boleh di hukum. Bukti bahawa perbuatan telah dilakukan hasil persetujuan adalah tidak relevan.

10. Kes yang mengepalai dalam hal ini adalah kes dari Sri Langka - Queen V Liyanage [1965] 67 N.L.R 193 yang menerangkan seksen 120A Kanun Keseksaan.

11. “Ianya tidak penting samada perbuatan tidak sah adalah matlamat sepenohnya persetujuan yang dibuat atau hanya secara tidak sengaja terlibat kepada niat bersama” (maksudnya perbuataan tidak penting, tetapi persetujuan yang dibuat”.( It is immaterial whether the illegal act is ultimate object of such agreement ,or merely incidental to that object)

12. Kemudian ianya mestilah dibuktikan bahawa setiap yang melakukan pakatan jahat mempunyai pengetahuan umum plot jahat yang dibuat , sungguhpun setiap seorang dari mereka tidak diberi tahu secara terperinci akan niat bersama yang dirancang. (Lihat ilustrasi seksen 10 Akta Keterangan).

13. Persetujuan yang dibuat selepas niat adalah mengcukupi dan adalah juga pati kepada pakatan jahat.

14. Ini bukan bermaksud persetujuan pakatan jahat tidak lagi ujud selepas masa sebenar persetujuan dibuat . Pakatan jahat masih berterusan selagi persetujuan masih kekal dan selagi mereka bertindak selaras dengan persetujuan yang dibuat.

15. Keterangan untuk menyokong pakatan jahat adalah biasanya keterangan berdasarkan keadaan.

16. Kes mengepalai di India adalah Jhabwala V R – 34 Cr.LJ 967.“Pati kepada pakatan jahat adalah persetujuan atau plot jahat itu sendiri. Apabila persetujuan telah dibuktikan ,tidak perlu dibukti lagi perbuatan . Apa yang perlu adalah mereka yang melakukan pakatan jahat telah membuat persetujuan kepada niat bersama. Salah seorang mungkin membuat perancangan dan lain mungkin mengambil bahagian kemudian. Semua mereka adalah sama-sama bersalah. Tambahan pula dengan tidak ada perkataan dan kelakuan oleh ahli yang menyertai pakatan jahat adalah sukar untuk membuat andaian bahawa mereka yang lain terlibat.

17. 5 Elemen sebelum pakatan jahat boleh diterima di bawah seksen 10 Akta Keterangan.

18. Elemen Pertama.

19. Terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa pakatan jahat wujud .Keujudan pakatan jahat hendaklah dibuat melalui keterangan “ Prima Facie” . Apa-apa yang dikatakan, dibuat atau ditulis hendaklahb dibuktikan ketahap Prima Facie sebelum dapat di gunakan kepada setiap mereka melakukan pakatan jahat,

20. Pati kepada pakatan jahat adalah gabungan persetujuan yang dibuat oleh 2 atau lebih orang untuk melakukan satu perbuatan yang tidak sah.Chandrasekaran & Ars v PP [1971] 1 MLJ 153.-Kes mercu tanda

21. Dalam kes ini Chandrasekaran seorang kerana Jabatan Akauntan telah membuat pakatan jahat dengan dua orang pegawai polis dari Cawangan khas untuk menipu kerajaan telah dihukum dan sabit bersalah di bawah seksen 4(c) Akta Pencegahan Rasuah, 1961.

22.Pakatan jahat telah dirancang dengan terliti, sengaja dan berani. Akaun bank satu syarikat racun rekaan telah dibuka di Bank Oversea- Chinese, Sg. Besi,Kuala Lumpur. Mereka kemudian telah mereka sebuah rumah telah disewa di alamat no.43A, Kg. Dollah, Kuala Lumpur. Dua cek palsu pembelian racun bernilai RM 111,889.50 dan RM 95,740 dari kementerian Perdangangan dan Industri dikemukakan kepada Chandrasekaran.

23. Chandaserakan hanya seorang sahaja bertanggungjawab memereksa cek terus meluluskan cek berkenaan.

24. Perbuatan ini adalah pembuktian keterangan “Prima Facie” bahawa terdapat niat bersama dan boleh diterima di bawah seksen 10 bagi mengaitkan kesemua mereka.

25. Keterangan berdasarkan keadaaan lain yang boleh mengaitkan mereka adalah kelakuan/perbuatan mereka selepas kejadian yang boleh diterima di bawah seksen 8.

26. Seorang dari perayu memberitahu rakan sepejabat dia telah membeli cincin berlian untuk isterinya selepas memenangi hadiah lumba kuda, membayar bil mess berjumlah RM 396,35 selepas tidak berupaya membayarnya, Bayaran penoh kepada Finance pinjaman kereta dan bayaran kepada pemimjam wang yang sama-sama dibuat oleh Chandasekaran.

27. Mahkamah tidak pecaya wang tersebut adalah kemenangan lumba kuda. Diputuskan pakatan jahat dilakukan untuk menipu kerajaan adalah niat bersama dan begitu juga perlakuan mereka. Perancangan dibuat oleh perayu bukan saja keterangan “prima facie “ malah keterangan yang kuat untuk melakukan jenayah.

28. Elemen kedua.

29. Ianya mestilah dua pihak terlibat dalam pakatan jahat. Seorang tidak dapat melakukan pakatan jahat Topandas V State of Bombay AIR [1956] SC 33.

30. Elemen ketigaApa saja yang dibuat, sebut atau ditulis adalah fakta relavan kepada pakatan jahat.

31. Mirza Akhbar V The King Emperor [1940] AIR PC 176.

32. Perayu bersama pembunuh bernama Umar Sher dan seorang perempuan Mt, Mehr Taja telah dituduh membunuh Ali Askar iaitu suami kepada Mt Mehr Taja. Keterangan terhadap Umar Sher adalah jelas kerana ditangkap semasa kejadian membunuh dan pada masa itu memegang senapang patah yang baru ditembak dan dengan kelonsong peluru tersekat di dalam barel.

33 Umar Sher telah dirasuah oleh perayu untuk membunuh Ali Askar. Pakatan jahat ini diperolehi dari 3 surat yang dihantar oleh Mt.Mehr Taja kepada perayu. Mt. Mehr Taja dalam suratnya menyatakan ingin menghapuskan Ali Askar dan dengan itu mereka berdua boleh berkahwin dan terdapat juga kandungan untuk mencari duit.

34. Hakim memutuskan apa saja yang dilakukan, ditulis atau disebutkan adalah boleh diterima sebagai keterangan pakatan jahat.Re N. Ramaratnam [1944] AIR Mad. 302.

35. Statement yang dibuat oleh mana-mana ahli pakatan jahat selepas niat bersama/tujuan perbuatan telah dicapai tidak boleh diterima di bawah seksen 10.Contoh : A bersetuju untuk membekalkan B satu peket bahan letupan yang cukup untuk meletupkan sebuah jambatan keretapi. B kemudian cuba meletupkan jambatan tersebut tetapi tidak berjaya. B kemudian menghantar surat kepada A meminta bahan letupan yang lebih bagi tujuan tersebut. Diputuskan surat kepada A adalah tidak boleh diterima oleh kerana niat bersama telah hapus setelah percubaan memusnahkan jambatan gagal dan surat pula ditulis selepas pakatan jahat telah berakhir.

36. Elemen ke empat.

37. Tindakan mestilah dalam lingkungan masa pakatan jahat dilakukan. Bermaksud dari masa persetujuan dibuat sehingga niat bersama/motif bersama dicapai. Ini bermaksudnya juga apa-apa yang dibuat,disebut dan ditulis mestilah dalam masa niat bersama wujud.

38. Elemen kelima.Apa yang dilakukan, disebut dan ditulis tidak boleh diterima sebagai keterangan pakatan jahat selepas niat bersama selesai dijalankan/dicapai .

39. Liew Kaling & Anor V PP [1960] 26 MLJ 306.3 orang perayu telah dituduh dan disabitkan kerana membunuh 3 orang perempuan. 3 perempuan tersebut telah dijumpai mati tertikam di dalam telaga. Sebelum mati salah seorang dari perempuan itu didapati membawa sejumlah wang yang banyak untuk membeli bijih timah yang dicuri. Keterangan terhadap ketiga-tiga tertuduh adalah sepenohnya keterangan berdasarkan keadaan.

40. Keterangan terhadap tertuduh pertama,Liew.a) Kenyataan anak kepada salah seorang perempuan yang dibunuh. Malam sebelum emaknyan dibunuh dia telah melihat Liew bersama tertuduh kedua Boo datang kerumahnya dan bercakap dengan emaknya. Boo memberitahu emaknya terdapat 800 paund bijih timah di sebuah kampung (di mana emaknya dibunuh) dan meminta emaknya membawa duit yang boleh dianggap untuk membeli.b) Kenyataan Mrs. Lee iaitu iaitu seorang lagi anak kepada perempuan yang dibunuh. Pada tengahhari sebelum pembunuhan berlaku Liew bersama tertuduh ke tiga Foo telah datang kerumahnya,membersih pakaian ,mandi dan makan bersama dengan suaminya. 3 hari selepas itu Liew ditangkap dengan beberapa note duit terdapat kesan darah manusia dalam miliknya. Dia selepas itu memandu polis mendapatkan sebilah parang yang terdapat kesan darah dari sebuah kolam kira-kira ½ batu dari tempat kejadian.

41. Keterangan terhadap tertuduh kedua BOO.a) Keterangan dari dua orang murid sekolah.b) Kenyataan seorang lagi murid sekolah berumur 17 tahun iaitu anak kepada salah seorang perempuan yang dibunuh. Pada tengahhari sebelum pembunuhan dia telah melihat Boo dan seorang lelaki yang tidak dikenali berdekatan dengan tempat kejadian. Boo pada masa itu menaiki basikal dan menolak satu lagi basikal yang dipercayai kepunyaan emaknya. Tertuduh kedua menerangkan setelah menemui basikal dia ingin membawanya ke balai polis. Selepas ditangkap telah membawa polis kira-kira ½ batu dari tempat kejadian dan setelah pemereksaan sebilah gunting tanpa kesan darah dijumpai.

42. Keterangan terhadap tertuduh ketiga Foo.a) Liew dan Foo juga melawat rumah Mrs Lee. Mandi,membersih pakaian dan makan bersama suaminya.Isteri Mr.Lee telah bertanya kepada Foo mengenai emaknya dan Lee menjawab ada seorang lelaki yang tidak dikenali menolak basikal telah ditangkap oleh polis. Foo kemudian telah membuat pengakuan bahawa Boo dan seorang lagi bernama Soh Chee mempunyai “share” dan telah menjemput untuk mengikut sama ( share mengenai bijih timah yang dicuri).b) Keterangan sokongan dari Mr. Lee . Mr Lee juga menyatakan beberapa hari selepas kejadian pembunuhan dia mendengar perbualan Foo dengan isterinya bahawa dia tidak terlibat dengan pembunuhan dan Liew,Boo dan Soh yang terlibat.(nota:kenyataan Foo bahawa dia tidak telibat dan Liew, Boo dan Soh yang terlibat diberi perhatian samada ianya terjumlah statement pakatan jahat atau tidak).

43. Setelah dirayu hakim Thomson berkata :Tidak keterangan bahawa pakatan jahat ujud antara ketiga-tiga tertuduh. Ia dikatakan terdapat pakatan jahat apabila apabila Foo dan Liew datang bersama kerumah Mrs. Lee.Perkara ini tidak boleh dibuat spekulasi pakatan jahat telah berlaku. Adalah juga dikatakan Liew dan Boo telah bersama dirumah salah seorang yang perempuan yang mati dan jika keterangan ini dipercayai maka lawatan tersebut adalah berkaitan dengan pembunuhan.Tetapi adalah mustahil untuk menyatakan terdapat pakatan jenayah oleh kerana Foo juga adalah salah seorang ahli dan kenyataannya boleh diterima di bawah seksen 10 yang mengaitkan Foo dan Liew . Tuduhan juga tidak menyatakan bahawa terdapat pakatan jahat atau bersubahat terhadap ketiga-tiga tertuduh.

44. Kenyataan yang dibuat oleh Foo untuk menyokong pakatan jahat juga tidak boleh diterima oleh kerana ia dibuat selepas beberapa hari kejadian. Keputusan kes Mirza Akbar V King Emperor dirujuk :“Prinsipnya perkataan di bawah seksen 10 hendaklah di tafsir sewajarnya dan tidak ditafsir lebih luas untuk memasukkan statement perbuatan selepas ahli pakatan jahat selesai perbuatan pakatan jenayahnya”

45. Keterangan terhadap Boo dan Liew adalah tidak kuat. Keterangan terhadap Foo adalah selepas kejadian. Keterangan yang ada hanyalah syak.

46. Badri Rai V State of Bihar [1959] S.C. J 117.Tertuduh pertama telah berjumpa dengan inspector polis dan meminta supaya penyiasatan jenayah di hentikan. Beberapa hari kemudian tertuduh kedua datang berjumpa inspector berkenaan di balai polis dan menawarkan wang RS 500 supaya penyiasatan jenayah berkenaan dihentikan.

47. Kedua-dua mereka dituduh kerana membuat pakatan jahat untuk merasuah pegawai polis. Isunya adakah statement yang dibuat oleh tertuduh kedua dibalai polis boleh diterima terhadap tertuduh pertama. Diputuskan :i. Keterangan perbualan tertuduh pertama adalah sebab munasabah bagi mempercayai bahawa tertuduh telah membuat pakatan jahat untuk melakukan kesalahan.ii. Oleh itu di bawah seksen 10, kenyataan yang dibuat oleh salah seorang dari mereka dalam melakukan pakatan jahat adalah relevan kepada seorang lagi.

48. KesimpulanNampaknya seksen 10 mempunyai syarat yang ketat. Ianya mestilah ada keterangan “Prima Facie” sebab munasabah sebelum mahkamah pecaya dua atau lebih orang adalah ahli pakatan jahat.

49. Jika syarat tersebut tidak dipenohi maka apa-apa yang dibuat, disebut atau ditulis dalam mencapai niat bersama tidak akan diterima sebagai keterangan terhadap mereka yang lain.50. Dengan itu juga bermakna dari masa persetujuan dibuat untuk menjalankan plot, apa-apa yang dibuat, disebut, ditulis dalam melaksanakan niat bersama adalah relevan di bawah seksen 10 untuk menunjukan pakatan jahat.51. Seksen 10 mempunyai makna yang lebih luas dari Undang-undang di England. Undang-undang umum hanya menyatakan apa-apa statement dan perbuatan adalah diterima dalam mencapai niat bersama bukan keterangan Prima Facie dengan alasan munasabah.


ARIF OMAR


Nota : Lelaki Y sibuk dakwa konspirasi dalam 2 kes liwatnya. Konspirasi juga di dakwa dalam kes vedeo berzinaannya.. Jadi jangan cakap banyaklah. Buktikan ianya konspirasi. PAS pun dah keluar fatwa kena buktikan. Kelmarin TGHH dan TGNA keluarkan fatwa tersebut bagi membela Lelaki Y. Jadi dalam 2 kes liwat lelaki Y ini, semua dibuktikan di mahkamah. Bukan cakap kosong dan mahkamah dah buktikan dan mengakui memang kejadian liwat berlaku antara lelaki Y dan Azizan. Dalam kes ini pun , bulan Apr nanti terdedahlah buktinya. Vedeo zina juga. Jangan tuduh konspirasi . Ia dibuktikan dengan vedeo. Bukan macam puak ini, tuduh macam-macam pada kerajaan dan PM , tetapi bukti tak ada. Jadi artikel di atas , boleh membantu kita memahami makna konspirasi mengkitu undang-undang . Bukan main cakap aje macam tong kosong. Banyak pihak bercakap berkenaan konspirasi sejak kes liwat DSAI. Jadi buktikanlah dengan bukti seperti yang diterangkan di atas. Cakap senang le. Pembuktian itu yang mustahak dan keutamaannya. Jika tiada bukti itu maknanya hanya dakwaan atau bahasa kasar sikit fitnah le.


Posted by Arif Omar at 15:19

Saturday, 30 May 2009

AKTA KETERANGAN : KEISTIMEWAAN ( PRIVILEGE ) DARI SEGI UNDANG-UNDANG


Nota : Ini ialah sebahagian dari nota-nota kuliah undang-undang yang masih ada dalam simpanan PG. Mungkin ia berguna kepada pembaca dan pelajar untuk mengetahui sedikit sebanyak perihal perundangan.

Menurut ahli falsafah : Biar kita pakar dalam satu perkara , tetapi kita juga perlu mengambil tahu sedikit sebanyak perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan. Hidup akan lebih bermakna dan lebih terbuka.

Keistimewaan
(Privilege).

1. Keistimewaan adalah kuasa untuk menahan/menghalang (withhold) dari keterangan di kemukakan. Apabila seorang saksi mendapat keistimewaan dia tidak boleh dipaksa untuk menjawab soalan atau mendedahkan apa-apa keterangan walaupun keterangan tersebut relevan kepada fakta menjadi isu. Ini adalah pengecualian kepada peraturan umum di mana tidak ada orang boleh menghalang proses keadilan walaupun dengan menahan keterangan dari dikemukakan.

2. Di dalam Akta Keterangan, komunikasi berikut adalah keistimewaan daripada didedahkan :

i. Seksen 122 – komunikasi semasa perkahwinan.
ii. Seksen 123 – Keterangan mengenai hal ehwal negara.
iii. Seksen 124 – komunikasi rasmi.
iv. Seksen 125 – maklumat mengenai perlakuan jenayah.
v. Seksen 126- 129 – Kumunikasi peguam dengan pelanggannya.
vi. Seksen 132 – keistimewaan dari terlibat dengan jenayah.

3. Seksen 132 – saksi tidak di kecualikan dari menjawab soalan atas alasan akan terlibat dengan jenayah.

4. Maxim : Nemo Tenetur Seipsum Accusare/prodere – tidak ada orang terikat untuk terlibat dalam jenayah dan meletakkan dirinya dalam bahaya ( no one is bound to incriminate himself and to place himself in peril ).

5. Di bawah seksen ini tidak ada saksi boleh menolak dari menjawab soalan atas alasan :

i. Akan terlibat dengan jenayah atau,
ii. Mungkin berkecenderungan secara langsung atau secara tidak lansung terlibat dengan jenayah atau,
iii. Ia akan terdedah atau,
iv. Secara langsung atau tidak langsung terdedah kepada sebarang hukuman atau lucuthak.

6. Keistimewaan di bawah seksen 132 bukanlah mutlak :

i. Saksi adalah terikat untuk menjawab semua soalan samada dalam kes sivil atau jenayah.
ii. Semua jawapan yang terdedah kepada pendakwaan atau tangkapan sahaja yang di lindungi tetapi bukan memberi keterangan/jawapan palsu .
iii. Mahkamah hendaklah menerangkan terlebih dulu kandungan seksen 132 (2) kepada saksi, jika tidak saksi boleh menolak dari menjawab.

7. Chye Ah San V R [1954] MLJ 217 Hakim Spencer Wilkinson berkata

“Di England saksi tidak terikat menjawab soalan di mana ia akan cenderung terlibat dengan jenayah. Walau bagaimanapun di negara ini Maxim yang berkuatkuasa adalah berbeza kerana di bawah seksen 132 saksi adalah terikat untuk menjawab semua soalan sungguhpun ia akan terlibat dengan jenayah. Jika dia memberi jawapan tidak ada tindakan undang-undang boleh diambil kecuali memberi keterangan palsu”.

8. R V GA Philips [1936] MLJ 131

- Perlindungan di beri di bawah seksen ini hanyalah kepada saksi yang dipaksa oleh mahkamah untuk menjawab soalan.

9. Chean Siong Guat V PP [1969] 2 MLJ 63 hakim Abdul Hamid berkata

“Adalah tugas mahkamah sebelum memaksa saksi untuk menjawab soalan untuk menerangkan kandungan seksen 132 (2)”.

10. Adalah bahasa yang jelas di bawah sub-seksen 3, mahkamah hendaklah menerangkan kepada saksi sebelum dipaksa menjawab sesuatu soalan. Ini bermakna tugas mahkamah timbul apabila terdapat bentuk bantahan dari saksi atau peguam untuk menjawab soalan dan mahkamah memaksanya menjawab dengan penerangan terlebih dulu.

11. Kesan kepada keistimewaan/perlindungan yang diberikan.

Chua Ah Moy V PP [1965] 4 MC 58

– saksi yang diberi perlindungan tidak boleh dirujuk sebagai tidak boleh di percayai.

12. Isu : samada defendant yang diberi perlindungan adalah dikira sebagai saksi .

Television Broadcast Ltd.& Ors V Mandarin Video Holding Snd. Bhd [1983] 2 MLJ 346 hakim Chan berkata

“ seorang saksi adalah orang yang memberi atau mengemukakan keterangan, jika seorang memberi atau dipaksa oleh mahkamah memberi keterangan maka ia adalah juga seorang saksi”.

13. Dalam kes ini plantiff yang menjalankan pernyiasatan mempercayai defendant telah membuat salinan video secara haram dan tanpa kebenaran plantif. Plantif memohon arahan ex-parte atau dinamakan Anthon Piller iaitu mengambil tindakan tanpa memberi notis kepada pihak terlibat iaitu defendant kerana bimbangkan sukar mendapat keterangan dan plantif ingin menangkap defendant secara mengejut. Defandent membantah tindakan demikian kerana ia mempunyai keistimewaan dari terlibat dengan jenayah. Mahkamah memutuskan seperti berikut :

“Di negara ini keistimewaan perlindungan dari terlibat dari jenayah telah dikeluarkan: Seksen 132 Akta Keterangan. Dalam peruntukan seksen 132(3) arahan Anton Piller hendaklah ubah suai untuk membawa maksud seksen 132(2). Defendant mestilah diberitahu bahawa jawapan yang diberikan kepada arahan yang dikeluarkan tidak akan membawa mereka dalam bahaya akan ditangkap atau pendakwaan kecuali memberi jawapan palsu kepada jawapannya”.

( in this country the privilege against self-incrimination has been withdrawn: section 132 of the Evidence Act 1950. In view of s 132(3), the Anton Piller order had to be modified to carry a statement in terms of s 132(2). The defendants must be informed that the answers given by them in response of the order will not subject them to the risk of arrest or prosecution and that their evidence will not be used in any criminal proceedings, except a prosecution for giving false evidence by their answers).

14. PKM Rajah V Worldwide Commodities Sdn.Bhd & Ors [1985] 1 MLJ 86

– Hakim Zakaria berkata “ Seorang saksi adalah orang yang memberi keterangan secara bersumpah di dalam mahkamah atau dihadapan tribunal kehakiman dan mereka boleh dibuat pemereksaan utama, pemereksaan balas dan pemereksaan semula. Defendant pula tidak boleh dikatakan sebagai saksi kecuali dia dengan sengaja bersetuju untuk memberi keterangan.

15. Defendant boleh berdiam diri tanpa memanggil pembelaannya dan mahkamah tidak boleh memaksanya menjawab. Defendant boleh bergantung kepada keistimewaan perlindungan terlibat dengan jenayah. Keputusan kes ini telah di persetujui oleh mahkamah tinggi Singgapura dalam kes :

i. Riedel – de Haen AG V Liew Keng Pang [1989] 3 MLJ 400.
ii. Guccio Gucci SPA V Sukdar Singh [1992] 1 CLJ 278.

16. Seksen 123 hendaklah dibaca bersama dengan seksen 162(2).

123. Evidence as to affairs of State

No one shall be permitted to produce any unpublished official records relating to affairs of State, or to give any evidence derived there from, except with the permission of the officer at the head of the department concerned, who shall give or withold permission as he thinks fit, subject, however, to the control of a Minister in the case of a department of the Government of Malaysia, and of the Chief Minister in flee case of a department of a State Government.

162. Production of documents and their translation

(2) The court, if it sees fit, may inspect the document unless it refers to affairs of State, or take other-evidence to enable it to determine on its admissibility.

17. Tidak ada definisi hal ehwal negara di dalam Akta Keterangan. Ianya berdasarkan keadaan sesuatu kes dan diputuskan berdasarkan merit sesuatu kes. Pertimbangan utama adalah samada ianya akan menyebabkan kecederaan kepada kepentingan awam. Jelas sekali pendedahan suratan cabinet dan perkara bersangkut dengan keselamatan awam atau hubungan diplomatic dengan negara asing akan menjejaskan kepentingan awam.

Isu : Jika terdapat keistimewaan adakah affidavit berbentuk sijil dari Menteri atau ketua menteri sudah mengcukupi dan adakah mahkamah boleh mengarahkan pemereksaan.

19. Kedudukan di England.

Duncan V Camnell Laird & Co. Ltd [1942] AC 642 dan Ellis V Home Office [1953] 2 QB 135

– Mahkamah adalah terikat untuk mengikut sijil yang dikeluarkan oleh menteri untuk tidak mengemukakan apa-apa kandungan dokumen yang boleh menjejaskan kepentingan awam.

20. Walaubagaimanpun dalam kes Conway V Rimmer [1968] 2 AC 910

Mahkamah memutuskan interpretasi yang dibuat dalam kes Duncan adalah salah. Mahkamah boleh melihat kepada dokumen yang diberi sijil oleh menteri tanpa menunjukkan kepada pihak yang terbabit dan selepas itu akan membuat keputusan akan justifikasinya.

21. Kedudukan di England adalah pada kes Conway. Mahkamah boleh memereksa dokumen dengan syarat tidak ada arahan boleh dikeluarkan ( arahan mendedahkannya) jika dibuat akan menjejas/memudaratkan kepentingan awam.

22. Kedudukan di Amerika.

Mahkamah berterusan menolak kuasa mutlak badan eksekutif melarang pendedahan maklumat hal ehwal negara.

23. Kes yang mengepalai adalah United State V Reynolds [153] 35 US 1.

Dalam kes ini beberapa orang awam pemerhati menaiki kapal terbang tentera untuk menguji peralatan letronik rahsia. Semua mereka terbunuh apabila kapal terbang tersebut terhempas dan isteri mereka membuat tuntutan ganti rugi kepada kerajaan. Lapuran kemalangan dibuat tetapi kerajaan enggan mengemukakan atas alasan ia adalah keistimewaan (privilege). Mahkamah menolak kuasa eksukutif dalam soal pengemukaan lapuran. Mahkamah mengambil kira rahsia kerajaan, tetapi untuk memastikan ianya rahsia kerajaan adalah fungsi kehakiman dan jika mahkamah berpuas hati dengan mendedahkan perkara ketenteraaan akan menjejaskan keselamatan negara, maka mahkamah akan menghalang ia didedahkan.

24. Di Australia ,mahkamah membuat keputusan affidavit dari menteri adalah tidak konklusif dan mahkamah boleh memanggil dokumen dan memereksanya bagi menentukan kesahihan tuntutan.

25. Keputusan dibuat dalam kes Robinson V South Australia [1931] AC 704 , di mana mahkamah di Victoria dan New South Wales mempunyai kuasa untuk mengenepikan kuasa eksekutif yang mendakwa keistemewaan kecuali dalam hal pertahanan dan perkara negara.

26. Di New Zealand dalam kes Corbertt V Social Security Commission [1962] NZLR 878 , mahkamah enggan mengikut keputusan dalam kes Duncan dan lebih suka mengikut kes dalam kes Robinson.

27. Di India dan di Malaysia undang-undang mengenai sabjek ini terdapat dalam seksen 123 dan seksen 162 Akta Keterangan.

Uttar Pradesh V Raj Narain AIR [1975] SC 865 , mahkamah agong mengambil pendekatan berikut :

“Asas undang-undang di bawah seksen 123 dan seksen 162 akta keterangan adalah sama seperti undang-undang di England. Menjejaskan (injury) kepentingan awam adalah sebab pengecualian dari pendedahan suatu dokumen yang kandungannya akan menjejaskan awam dan kepentingan negara. Sulit bukanlah satu keistimewaan. Penganalisaan teliti kandungan dokumen akan dapat lihat kepentingan awam di mana dokumen tersebut tidak boleh didedahkan.

28. Raj Narain

– mahkamah menerima principal bahawa affidavit yang dikemukakan mendakwa sesuatu dokumen adalah keistimewaan (privilege) adalah tidak konklusif dan mahkamah mempunyai kuasa untuk memereksa dokumen bagi mendapat kepuasan ianya memerlukan perlindungan. Keduanya dakwaan ianya keistimewaan tidak boleh ditolak oleh kerana tidak ada affidavit dikemukakan atau affidavit dikemukakan terdapat kesilapan. Jika tidak ada affidavit, affidavit boleh dikemukakan kemudian atau jika affidavit terdapat kesilapan arahan memberikan affidavit lebih baik hendaklah diberi peluang. Dalam semua perkara, keistimewaan adalah resolusi kehakiman.

29. Mahkamah mempunyai kuasa untuk memanggil dokumen, memereksanya dan menentukan kesahihan tuntutan. Kecuali mahkamah berpuas hati terdapat asas sah untuk memberi keistimewaan , keterangan tidak dikecuali dari dikemukakan. Ianya adalah untuk mahkamah dan bukan kuasa mutlak eksekutif bagi menentukan asas sebenar dakwaan ianya melibatkan hal-ehwal negara sebelum tidak membenarkan pengeluarannya.

30. Kes yang mengepalai di Malaysia adalah

Ba Rao & Ors V Sapuran Kaur & Anor [1978] 2 MLJ 146.

Dalam kes ini tuntutan ganti rugi kecuaian dibuat terhadap pegawai perubatan Bentong dan Mentakab di atas kematian simati. Pada masa yang sama kerajaan telah melantik jawatan kuasa untuk menyiasat pentadbiran dan kemudahan hospital dan membuat komen serta cadangan. Wakil kepada simati meminta dokumen tersebut didedahkan , tetapi ditolak atas alasannya ianya dokumen keistimewaan (privilege) .

31. Keputusan mahkamah Persekutuan.

i. Lapuran jawatan kuasa bukanlah lapuran yang tidak boleh dikemukakan berkaitan hal ehwal negara.
ii. Apabila kerajaan atau doctor di tuntut ganti rugi atas kecuaian , kerajaan tidak boleh menapis tindakan salah tersebut dari pandangan mahkamah atas alasan ianya hal ehwal negara yang memerlukan perlindungan. Dalam pentadbiran keadilan tidak ada yang lebih tinggi kepentingannya dari semua keterangan relavan diterima dan didengar oleh tribunal yang diberi tanggungjawab membuat keputusan mengikut kebenaran. Mahkamah menyatakan dokumen tersebut bukan berkaitan hal ehwal negara. Ianya adalah mahkamah, bukan eksukutif sepenohnya menentukan dokumen adalah berkaitan hal ehwal negara.

32. Seperti dinyatakan di bawah seksen 162(2) “ mengambil keterangan lain untuk membolehkan menentukan kebolehterimaanya sesuatu dokumen” adalah mahkamah membuat pertanyaan mengenai status sesuatu dokumen dengan memanggil ketua jabatan memberi keterangan dan memereksa atau memintanya membekalkan affidavit atau membuat keputusan atas affidavit yang telah dibekalkan. Mahkamah akan membuat keputusan setelah mendapat maklumat mengcukupi :

i. Apakah kecederaan/mudarat awam yang berlaku.
ii. Apakah hal ehwal (affair) negara yang terlibat dalam perkara tersebut.

Jika tidak dokumen tersebut mestilah dikemukakan kepada mahkamah untuk pemereksaan.

Penghuni Gua : Semuga ianya bermenafaat. tq

Saturday, 23 May 2009

KONSPIRASI / PAKATAN JAHAT MENGIKUT AKTA KETERANGAN


Nota : Ini juga adalah siri nota undang-undang Keterangan lama yang PG belajar pada tahun 2000. Jadi kepada para pelajar, buat tambahan kepada kes-kes rujukan melalui Malaysia Law Journal ( MLJ ) yang baru iaitu selepas tahun 2000. Jangan copy paste aje.Nanti ilmu tak berkembang. Semuga semuanya memperolehi menafaat.

Ingat undang-undang perlu di baca. Selepas belajar , maka kita perlu baca undang-undang baru tahu maksud yang tersurat dan tersirat. Jangan belajar sahaja. Kita akan terkongkong dengan idea dan pandangan guru kita sahaja. Jadi baca. Nabi Mohamad pun, Allah melalui malaikat menyuruh Nabi Mohamad membaca nya pada surah yang mula-mula sekali diturunkan dan di baca berulang-ulang.


Pakatan Jahat (Conspiracy).

1. Seksen 10 Akta Keterangan, 1950 adalah mengenai pakatan jahat.

10. Things said or done by conspirator in reference to common design

Where there is reasonable ground to believe that two or more persons have conspired together to commit an offence or an actionable wrong, anything said, done or written by any one of those persons, in reference to their common intention after the time when the intention was first entertained by any one of them, is a relevant fact as against each of the persons [believed to be so conspiring, as well for the purpose of proving the existence of the conspiracy as for the purpose of showing that any such person was a party to it.

2. (Apabila terdapat alasan untuk mempercayai terdapat 2 atau lebih orang membuat pakatan jahat untuk melakukan satu kesalahan atau perbuatan salah ,apa saja yang dikatakan, lakukan atau ditulis oleh seorang dari mereka dalam mencapai niat bersama adalah fakta relevan kepada setiap dari mereka).

3. Seksen 120A Kanun Keseksaan memberi definisi pakatan jenayah sebagai apabila dua atau lebih orang bersetuju atau menyebabkan suatu perbuatan :

i. tidak sah atau,
ii. suatu perbuatan yang sah tetapi dengan jalan yang tidak sah dilakukan.

4. Oleh kerana perbuatan pakatan jahat dilakukan dalam keadaan terlindung, sulit dan dalam gelap adalah mustahil untuk menjejaki pakatan jahat dengan keterangan terus (direct evidence). Ianya selalu diandaikan dari gabungan perbuatan, kenyataan dan perlakuan pihak yang terlibat dalam pakatan jahat iaitu dari keterangan berdasarkan keadaan (circumstantial evidence).

5. Seksen 10 dengan sengaja disusun perkataannya supaya orang yang melakukan pakatan jenayah bertanggungjawab kepada semua yang terbabit dalam pakatan jahat. Sebelum seksen 10 diguna pakai terdapat 5 elemen utama mesti dipenohi sebelum ianya relevan kepada pakatan jahat jenayah.

6. Jelas seksen ini adalah pengecualian kepada peraturan umum iaitu seorang tidak boleh bertangggungjawab jenayah oleh kerana perbuatan atau kenyataan yang dibuat oleh orang lain. (Maksudnya seksen ini pula menyatakan seorang itu bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan oleh orang lain iaitu satu pengecualian umum ).

7. Keterangan pakatan jahat terpakai kepada pembicaraan jenayah dan sivil. Dalam perkara sivil ia dirujuk sebagai tanggungan diwakilkan/atau melalui orang lain (vicarious liability). Oleh itu jika terbukti salah seorang melakukan suatu perbuatan dan seorang lagi pula melakukan perbuatan lain dalam mencapai niat bersama mereka, mahkamah mempunyai kebebasan untuk membuat inferen/andaian mereka semua melakukan pakatan jahat untuk mencapai niat bersama. (nota : rujuk juga seksen 34 Kanun Keseksaan).

Maksud pakatan jahat.

8. Pati kepada pakatan jahat adalah persetujuan untuk melakukan perbuatan yang tidak sah.

9. Tetapi tidak perlu semua perbuatan perlu berlaku untuk mencapai persetujuan yang dibuat. Tidak kira samada perbuatan jenayah dilakukan atau tidak, persetujuan yang dibuat sudah boleh di hukum. Bukti bahawa perbuatan telah dilakukan hasil persetujuan adalah tidak relevan.

10. Kes yang mengepalai dalam hal ini adalah kes dari Sri Langka - Queen V Liyanage [1965] 67 N.L.R 193 yang menerangkan seksen 120A Kanun Keseksaan.

11. “Ianya tidak penting samada perbuatan tidak sah adalah matlamat sepenohnya persetujuan yang dibuat atau hanya secara tidak sengaja terlibat kepada niat bersama” (maksudnya perbuataan tidak penting, tetapi persetujuan yang dibuat”.

( It is immaterial whether the illegal act is ultimate object of such agreement ,or merely incidental to that object)

12. Kemudian ianya mestilah dibuktikan bahawa setiap yang melakukan pakatan jahat mempunyai pengetahuan umum plot jahat yang dibuat , sungguhpun setiap seorang dari mereka tidak diberi tahu secara terperinci akan niat bersama yang dirancang. (Lihat ilustrasi seksen 10 Akta Keterangan).

13. Persetujuan yang dibuat selepas niat adalah mengcukupi dan adalah juga pati kepada pakatan jahat.

14. Ini bukan bermaksud persetujuan pakatan jahat tidak lagi ujud selepas masa sebenar persetujuan dibuat . Pakatan jahat masih berterusan selagi persetujuan masih kekal dan selagi mereka bertindak selaras dengan persetujuan yang dibuat.

15. Keterangan untuk menyokong pakatan jahat adalah biasanya keterangan berdasarkan keadaan.

16. Kes mengepalai di India adalah Jhabwala V R – 34 Cr.LJ 967.

“Pati kepada pakatan jahat adalah persetujuan atau plot jahat itu sendiri. Apabila persetujuan telah dibuktikan ,tidak perlu dibukti lagi perbuatan . Apa yang perlu adalah mereka yang melakukan pakatan jahat telah membuat persetujuan kepada niat bersama. Salah seorang mungkin membuat perancangan dan lain mungkin mengambil bahagian kemudian. Semua mereka adalah sama-sama bersalah. Tambahan pula dengan tidak ada perkataan dan kelakuan oleh ahli yang menyertai pakatan jahat adalah sukar untuk membuat andaian bahawa mereka yang lain terlibat.

17. 5 Elemen sebelum pakatan jahat boleh diterima di bawah seksen 10 Akta Keterangan.


18. Elemen Pertama.

19. Terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa pakatan jahat wujud .

Keujudan pakatan jahat hendaklah dibuat melalui keterangan “ Prima Facie” . Apa-apa yang dikatakan, dibuat atau ditulis hendaklahb dibuktikan ketahap Prima Facie sebelum dapat di gunakan kepada setiap mereka melakukan pakatan jahat,

20. Pati kepada pakatan jahat adalah gabungan persetujuan yang dibuat oleh 2 atau lebih orang untuk melakukan satu perbuatan yang tidak sah.

Chandrasekaran & Ars v PP [1971] 1 MLJ 153.-Kes mercu tanda

21. Dalam kes ini Chandrasekaran seorang kerana Jabatan Akauntan telah membuat pakatan jahat dengan dua orang pegawai polis dari Cawangan khas untuk menipu kerajaan telah dihukum dan sabit bersalah di bawah seksen 4(c) Akta Pencegahan Rasuah, 1961.

22. Pakatan jahat telah dirancang dengan terliti, sengaja dan berani. Akaun bank satu syarikat racun rekaan telah dibuka di Bank Oversea- Chinese, Sg. Besi,Kuala Lumpur. Mereka kemudian telah mereka sebuah rumah telah disewa di alamat no.43A, Kg. Dollah, Kuala Lumpur. Dua cek palsu pembelian racun bernilai RM 111,889.50 dan RM 95,740 dari kementerian Perdangangan dan Industri dikemukakan kepada Chandrasekaran.

23. Chandaserakan hanya seorang sahaja bertanggungjawab memereksa cek terus meluluskan cek berkenaan.

24. Perbuatan ini adalah pembuktian keterangan “Prima Facie” bahawa terdapat niat bersama dan boleh diterima di bawah seksen 10 bagi mengaitkan kesemua mereka.

25. Keterangan berdasarkan keadaaan lain yang boleh mengaitkan mereka adalah kelakuan/perbuatan mereka selepas kejadian yang boleh diterima di bawah seksen 8.

26. Seorang dari perayu memberitahu rakan sepejabat dia telah membeli cincin berlian untuk isterinya selepas memenangi hadiah lumba kuda, membayar bil mess berjumlah RM 396,35 selepas tidak berupaya membayarnya, Bayaran penoh kepada Finance pinjaman kereta dan bayaran kepada pemimjam wang yang sama-sama dibuat oleh Chandasekaran.

27. Mahkamah tidak pecaya wang tersebut adalah kemenangan lumba kuda. Diputuskan pakatan jahat dilakukan untuk menipu kerajaan adalah niat bersama dan begitu juga perlakuan mereka. Perancangan dibuat oleh perayu bukan saja keterangan “prima facie “ malah keterangan yang kuat untuk melakukan jenayah.

28. Elemen kedua.

29. Ianya mestilah dua pihak terlibat dalam pakatan jahat. Seorang tidak dapat melakukan pakatan jahat Topandas V State of Bombay AIR [1956] SC 33.

30. Elemen ketiga

Apa saja yang dibuat, sebut atau ditulis adalah fakta relavan kepada pakatan jahat.

31. Mirza Akhbar V The King Emperor [1940] AIR PC 176.

32. Perayu bersama pembunuh bernama Umar Sher dan seorang perempuan Mt, Mehr Taja telah dituduh membunuh Ali Askar iaitu suami kepada Mt Mehr Taja. Keterangan terhadap Umar Sher adalah jelas kerana ditangkap semasa kejadian membunuh dan pada masa itu memegang senapang patah yang baru ditembak dan dengan kelonsong peluru tersekat di dalam barel.

33. Umar Sher telah dirasuah oleh perayu untuk membunuh Ali Askar. Pakatan jahat ini diperolehi dari 3 surat yang dihantar oleh Mt.Mehr Taja kepada perayu. Mt. Mehr Taja dalam suratnya menyatakan ingin menghapuskan Ali Askar dan dengan itu mereka berdua boleh berkahwin dan terdapat juga kandungan untuk mencari duit.

34. Hakim memutuskan apa saja yang dilakukan, ditulis atau disebutkan adalah boleh diterima sebagai keterangan pakatan jahat.

Re N. Ramaratnam [1944] AIR Mad. 302.

35. Statement yang dibuat oleh mana-mana ahli pakatan jahat selepas niat bersama/tujuan perbuatan telah dicapai tidak boleh diterima di bawah seksen 10.

Contoh : A bersetuju untuk membekalkan B satu peket bahan letupan yang cukup untuk meletupkan sebuah jambatan keretapi. B kemudian cuba meletupkan jambatan tersebut tetapi tidak berjaya. B kemudian menghantar surat kepada A meminta bahan letupan yang lebih bagi tujuan tersebut. Diputuskan surat kepada A adalah tidak boleh diterima oleh kerana niat bersama telah hapus setelah percubaan memusnahkan jambatan gagal dan surat pula ditulis selepas pakatan jahat telah berakhir.

36. Elemen ke empat.

37. Tindakan mestilah dalam lingkungan masa pakatan jahat dilakukan. Bermaksud dari masa persetujuan dibuat sehingga niat bersama/motif bersama dicapai. Ini bermaksudnya juga apa-apa yang dibuat,disebut dan ditulis mestilah dalam masa niat bersama wujud.

38. Elemen kelima.

Apa yang dilakukan, disebut dan ditulis tidak boleh diterima sebagai keterangan pakatan jahat selepas niat bersama selesai dijalankan/dicapai .

39. Liew Kaling & Anor V PP [1960] 26 MLJ 306.

3 orang perayu telah dituduh dan disabitkan kerana membunuh 3 orang perempuan. 3 perempuan tersebut telah dijumpai mati tertikam di dalam telaga. Sebelum mati salah seorang dari perempuan itu didapati membawa sejumlah wang yang banyak untuk membeli bijih timah yang dicuri. Keterangan terhadap ketiga-tiga tertuduh adalah sepenohnya keterangan berdasarkan keadaan.

40. Keterangan terhadap tertuduh pertama,Liew.

a) Kenyataan anak kepada salah seorang perempuan yang dibunuh. Malam sebelum emaknyan dibunuh dia telah melihat Liew bersama tertuduh kedua Boo datang kerumahnya dan bercakap dengan emaknya. Boo memberitahu emaknya terdapat 800 paund bijih timah di sebuah kampung (di mana emaknya dibunuh) dan meminta emaknya membawa duit yang boleh dianggap untuk membeli.

b) Kenyataan Mrs. Lee iaitu iaitu seorang lagi anak kepada perempuan yang dibunuh. Pada tengahhari sebelum pembunuhan berlaku Liew bersama tertuduh ke tiga Foo telah datang kerumahnya,membersih pakaian ,mandi dan makan bersama dengan suaminya. 3 hari selepas itu Liew ditangkap dengan beberapa note duit terdapat kesan darah manusia dalam miliknya. Dia selepas itu memandu polis mendapatkan sebilah parang yang terdapat kesan darah dari sebuah kolam kira-kira ½ batu dari tempat kejadian.

41. Keterangan terhadap tertuduh kedua BOO.

a) Keterangan dari dua orang murid sekolah.

b) Kenyataan seorang lagi murid sekolah berumur 17 tahun iaitu anak kepada salah seorang perempuan yang dibunuh. Pada tengahhari sebelum pembunuhan dia telah melihat Boo dan seorang lelaki yang tidak dikenali berdekatan dengan tempat kejadian. Boo pada masa itu menaiki basikal dan menolak satu lagi basikal yang dipercayai kepunyaan emaknya. Tertuduh kedua menerangkan setelah menemui basikal dia ingin membawanya ke balai polis. Selepas ditangkap telah membawa polis kira-kira ½ batu dari tempat kejadian dan setelah pemereksaan sebilah gunting tanpa kesan darah dijumpai.

42. Keterangan terhadap tertuduh ketiga Foo.

a) Liew dan Foo juga melawat rumah Mrs Lee. Mandi,membersih pakaian dan makan bersama suaminya.Isteri Mr.Lee telah bertanya kepada Foo mengenai emaknya dan Lee menjawab ada seorang lelaki yang tidak dikenali menolak basikal telah ditangkap oleh polis. Foo kemudian telah membuat pengakuan bahawa Boo dan seorang lagi bernama Soh Chee mempunyai “share” dan telah menjemput untuk mengikut sama ( share mengenai bijih timah yang dicuri).

b) Keterangan sokongan dari Mr. Lee . Mr Lee juga menyatakan beberapa hari selepas kejadian pembunuhan dia mendengar perbualan Foo dengan isterinya bahawa dia tidak terlibat dengan pembunuhan dan Liew,Boo dan Soh yang terlibat.(nota:kenyataan Foo bahawa dia tidak telibat dan Liew, Boo dan Soh yang terlibat diberi perhatian samada ianya terjumlah statement pakatan jahat atau tidak).

43. Setelah dirayu hakim Thomson berkata :

Tidak keterangan bahawa pakatan jahat ujud antara ketiga-tiga tertuduh. Ia dikatakan terdapat pakatan jahat apabila apabila Foo dan Liew datang bersama kerumah Mrs. Lee.Perkara ini tidak boleh dibuat spekulasi pakatan jahat telah berlaku. Adalah juga dikatakan Liew dan Boo telah bersama dirumah salah seorang yang perempuan yang mati dan jika keterangan ini dipercayai maka lawatan tersebut adalah berkaitan dengan pembunuhan.Tetapi adalah mustahil untuk menyatakan terdapat pakatan jenayah oleh kerana Foo juga adalah salah seorang ahli dan kenyataannya boleh diterima di bawah seksen 10 yang mengaitkan Foo dan Liew . Tuduhan juga tidak menyatakan bahawa terdapat pakatan jahat atau bersubahat terhadap ketiga-tiga tertuduh.

44. Kenyataan yang dibuat oleh Foo untuk menyokong pakatan jahat juga tidak boleh diterima oleh kerana ia dibuat selepas beberapa hari kejadian. Keputusan kes Mirza Akbar V King Emperor dirujuk :

“Prinsipnya perkataan di bawah seksen 10 hendaklah di tafsir sewajarnya dan tidak ditafsir lebih luas untuk memasukkan statement perbuatan selepas ahli pakatan jahat selesai perbuatan pakatan jenayahnya”

45. Keterangan terhadap Boo dan Liew adalah tidak kuat. Keterangan terhadap Foo adalah selepas kejadian. Keterangan yang ada hanyalah syak.

46. Badri Rai V State of Bihar [1959] S.C. J 117.

Tertuduh pertama telah berjumpa dengan inspector polis dan meminta supaya penyiasatan jenayah di hentikan. Beberapa hari kemudian tertuduh kedua datang berjumpa inspector berkenaan di balai polis dan menawarkan wang RS 500 supaya penyiasatan jenayah berkenaan dihentikan.

47. Kedua-dua mereka dituduh kerana membuat pakatan jahat untuk merasuah pegawai polis. Isunya adakah statement yang dibuat oleh tertuduh kedua dibalai polis boleh diterima terhadap tertuduh pertama. Diputuskan :

i. Keterangan perbualan tertuduh pertama adalah sebab munasabah bagi mempercayai bahawa tertuduh telah membuat pakatan jahat untuk melakukan kesalahan.
ii. Oleh itu di bawah seksen 10, kenyataan yang dibuat oleh salah seorang dari mereka dalam melakukan pakatan jahat adalah relevan kepada seorang lagi.

48. Kesimpulan

Nampaknya seksen 10 mempunyai syarat yang ketat. Ianya mestilah ada keterangan “Prima Facie” sebab munasabah sebelum mahkamah pecaya dua atau lebih orang adalah ahli pakatan jahat.

49. Jika syarat tersebut tidak dipenohi maka apa-apa yang dibuat, disebut atau ditulis dalam mencapai niat bersama tidak akan diterima sebagai keterangan terhadap mereka yang lain.

50. Dengan itu juga bermakna dari masa persetujuan dibuat untuk menjalankan plot, apa-apa yang dibuat, disebut, ditulis dalam melaksanakan niat bersama adalah relevan di bawah seksen 10 untuk menunjukan pakatan jahat.

51. Seksen 10 mempunyai makna yang lebih luas dari Undang-undang di England. Undang-undang umum hanya menyatakan apa-apa statement dan perbuatan adalah diterima dalam mencapai niat bersama bukan keterangan Prima Facie dengan alasan munasabah.

ARIF OMAR
Nota : Banyak pihak bercakap berkenaan konspirasi sejak kes liwat DSAI. Jadi buktikanlah dengan bukti seperti yang diterangkan di atas. Cakap senang le. Pembuktian itu yang mustahak dan keutamaannya. Jika tiada bukti itu maknanya hanya dakwaan atau bahasa kasar sikit fitnah le.

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : MOTIF DAN PERSEDIAAN


Dipaparkan nota kuliah undang-undang lama yang masih ada dalam simpanan PG. Nota ini ditulis pada tahun 2000 semasa mengikuti Diploma Lanjutan di UKM. Mungkin ianya berguna untuk kita semua khasnya kepada pelajar undang-undang yang baru mengikuti Pengajian Undang-undang. Semuga bermenafaat. Rujukan dipadamkan agar pelajar-pelajar mencari sendiri tambahan yang perlu dan bagi mengelakkan copy paste sahaja. Untuk kebaikan anda semua juga.


MOTIF DAN PERSEDIAAN

A. Motif


1. Motif adalah tindakan yang mendorong seseorang itu melakukan sesuatu tindakan . Setiap perbuatan yang dilakukan dengan sengaja ia dikatakan ada mempunyai motif. Motif dan niat mistilah ditentukan . Niat ini adalah keputusan seseorang itu untuk lakukan sesuatu perkara . Manakala motif adalah merupakan sebab untuk seseorang itu membuat keputusan . Contohnya :

2. “ seseorang perempuan miskin yang punyai seorang anak mencuri sebuku roti. Niat wanita itu ialah untuk mencuri. Tetapi motif beliau mencuri ialah untuk memberi makan untuk anaknya. Oleh itu motif adalah merupakan satu emosi beliau untuk lakukan perbuatan tersebut. Ia merupakan faktur saikologi yang dapat dibuktikan oleh perbuatan yang dilakukan ” .

3. Walau babaimanapun adakalanya sukar untuk kita mengetahui di sebalik perbuatan tersebut . Walaubagaimana pun ini tidak bermakna perbuatan tersebut tidak mempunyai motif . Keterangan motif adalah relevan dalam kes jenayah . Walau pun begitu keterangan langsung dan bukti yang jelas bahawa yang di tuduh melakukan kesalahan jenayah adalah persoalan mengenai motif tidak menjadi relevan untuk menentukan sabitan . Bila sesuatu kes itu bergantung sepenuhnya di atas keterangan mengikut keadaan , maka isu motif menjadi penting dan perlu.

4. Dalam kes Nath Singh v R ( 1949 ) . Madras Law Jurnal ms 297. Hakim Perbicaraan memutuskan bahawa keterangan yang menunjukkan motif jenayah adalah diterima pakai , walaupun keterangan tersebut menyarankan bahawa jenayah lain yang dilakukan oleh tertuduh. Di dalam kes ini tertuduh dibicarakan di dalam satu kes bunuh terhadap seorang lelaki bernama Karnail Singh. Keterangan menunjukkan bahawa Karnail Singh telah memeras ugut wang dari tertuduh di atas alasan bahawa dia mengetahui tertuduh telah membunuh penama Bhan Singh.

5. Fakta keterangan ini dikemukakan bagi menunjukkan tentang motif melakukan pembunuhan tersebut . Perlu di jelaskan bahawa motif tidak boleh diterimapakai sekiranya keadaan menyarankan tertuduh akan melakukan perbuatan tersebut . Lain-lain motif untuk menunjukkan kelakuan ( conduct ) jahat tertuduh adalah tidak relevan di bawah seksyen 54 AK.

6. Dalam kes Boota Singh v PP ( 1933 ) 2 MLJ pg 195 , lapuran polis yang dibuat sebelumnya oleh si mati telah diterimapakai dalam akta keterangan untuk membuktikan motif jenayah . Hakim perbicaraan menjelaskan , dalam kes ini lapuran polis yang dibuat oleh simati terhadap tertuduh sembilan bulan sebelum pembunuhan telah diterima pakai sebagai keterangan untuk menunjukkan motif jenayah.

7. Peguambela dalam hujahnya pula menyentuh :

· Bahawa report polis tidak boleh diterimapakai di bawah mana-mana seksyen akta keterangan.
· Dan sekiranya ianya diterimapakai , maka ianya akan mempengaruhi keseluruhan prosiding perbicaraan dan yang tertuduh berhak dibebaskan.

8. Walaubagaimana pun , report polis telah dikemukakan oleh pendakwa untuk menunjukkan motif di bawah seksyen 8 . ini menunjukkan bahawa si mati mempunyai hubungan tidak baik dengan tertuduh . Perbuatan si mati membuat lapuran polis terhadap tertuduh adalah relavan di bawah seksyan 8 . Kenyataannya , bahawa lapuran polis ini bukanlah kelakuan ( conduct ) , dalam ertikata sebenar seksyen tersebut tetapi dalam kes ini kenyataan lapuran itu menunjukkan bahawa si mati bertindak membuat report polis . Ianya diterimapakai oleh mahkamah di bawah “ Illustration “ di bawah sek syen 8 .

9. Perlu dinyatakan bahawa lapuran polis bukanlah keterangan sebenar tuduhan si mati terhadap tertuduh . Ianya dikemukakan dalam keterangan pihak pembela semasa perbicaraan dan adalah jelas bahawa tujuan lapuran polis tersebut dikemukan oleh pembelaaan adalah kerana iannya dikemukakan sebagai keterangan , setelah fakta isu ( lapuran polis ) telah disiasat dan tiada tindakan diambil oleh pihak polis. Dan ini memihak kapada tertuduh bahawa tuduhan pembunuhan tersebut adalah tidak benar.

10. Di dalam kes Lim Kong v PP ( 1962 ) 28 MLJ 195 ……….keterangan ketidakstabilan kewangan telah diterimapakai di bawah seksyen 8 , untuk menunjukkan motif penculikan . Hakim Perbicaraan menjelaskan ,

11. “ Kam Chow telah mendedahkan rahsia tertuduh yang mempunyai tunggakkan hutang untuk pembelian minyak petrol sejak 1959 berjumlah RM 1200. Tan Oon Cheng telah memberi keterangan bahawa tertuduh telah meminjam RM 4000 untuk menukar injin diesil pada SR 6959 dan dia tertunggak pembayaran bagi bulan Jan dan Feb ” .

12. Hakim Perbicaraan juga merujuk kapada pemerikasaan balas tertuduh terhadap keterangan tersebut . Ianya tidak dipertikaikan dan sebalikny a menunjukkan di dalam rekod keterangan tersebut semasa pemeriksaan balas menunjukkan bahawa tertuduh berada di dalam kesempitan kewangan . Hakim Perbicaraan kemudiannya membuat keputusan bahawa keterangannya diterimapakai di bawah akta keterangan 1957 bagi menunjukkan motif.

13. Mr Marsall menghujah bahawa keterangan tersebut adalah keterangan tingkahlaku yang jahat jadi ia tidak boleh diterimapakai dibawah sek 54 AK. Merujuk kapada kenyataan tersebut Hakim Bicara menjelaskan bahawa kesempitan kewangan tidaklah semistinya tingkahlaku yang jahat dalam pengertian jahat yang sebenar mengikut sek 54 . Lagipun keterangan ketidakstabilan kewangan menyokong kes terhadap tertuduh oleh pendakwaan sebagai motif. Memandangkan kes jenayah ini adalah kes kewangan , maka keterangan bahawa tertuduh bertindak untuk mencari wang bagi menjelaskan hutang adalah relevan bagi menunjukkan motif.

14. Dalam kes Wong Foh Hin v PP ( 1964 ) MLJ pg 149 , Mahkamah persekutuan membenarkan perlakuan hubungan sumbang mahram yang tertuduh (Bapa ) dengam si mati ( anak perempuan ) bagi membuktikan motif pembunuhan .

15. Fakta dalam kes di mana :

“ Tertuduh telah disabitkan atas pertuduhan membunuh anak perempuannya ” .

16. Keterangan telah diterimapakai dalam perbicaraan tentang kejadian 3 ( tiga ) bulan sebelum kematian anak perempuannya di mana isteri pada tertuduh telah membuat aduan kapada ketua kampung bahawa tertuduh telah membuat hubungan sulit dengan anaknya . Isu tersebut telah diselesaikan oleh ketua kampung dengan amaran bahawa sekiranya kejadian tersebut berulang ianya akan dilaporkan kepada pihak polis .

17. Dalam rayuan persoalannya ialah samada keterangan kejadian di atas dan keterangan kejadian yang sama sebelum kematian anak perempuan tertuduh telah diterimapakai . Pihak peguambela menghujah bahawa :

18. Keterangan perbuatan yang menyarankan hubungan sulit ini anatara tertuduh engans imati adalah keterngan kelakuan jahat dan denga itu tidak boleh diterimapakai.
· Sekiranya diterima, mahkamah sepatutnya menggunakan budibicara untuk mengenepikan nya atas adasar prejudis.

19. Mahkamah mendapati keterangan tersebut diterimapakai : dengan alasan , di dalam kes ini hanya terdapat keterangan mengikut keadaaan ( circumstantial evidence ) motif yang kuat adalah menjadi nilai keterangan yang tinggi. Seterunya mahkamah menyatakan pihak hakim yang bicara dalam kes ini adalah betul dengan tidak menggunapakai budibicara dalam mengenepikan keterangan kejadian tersebut atas dasar prejudis .

20. Rumusan

21. Dari perbincangan di atas , dapatlah dibuat rumusan bahawa setiap jenayah yan dilakukan oleh seseorang misti mempunyai motif walau pun adakalanya ia sukar untuk dibuktikan : tetapi keadaan ini tidak menafikan bahawa setiap perbuatan jenayah misti mempunyai motif . Dalam undang keterangan motif adalah fakta relevan dalam kes jenayah di Malaysia sehingga kini. Ini di perjelaskan dalam seksyen 8 Akta Keterangan.

B. Persedian

1. Adalah perbuatan permulaan yang mengarah kapada melakukan sesuatu kesalahan . Kebiasaannya ia permulaan untuk melakukan kesalahan tapi pada peringkat ini , ia masih bukan merupakan satu jenayah . Walaubagaimana pun setelah sesuatu kesalahan dilakukan maka fakta yang dituduh membuat persedian itu menjadi relevan .

2. Persediaan juga merupakan fakta relevan di bawah bahagian ( 1 ) sek 8 Akta Keterangan. Keterangannya menunjukkan yang di tuduh buat persedian melakukan jenayah boleh diterima . Perbuatan jenayah boleh dibahagi pada 4 peringgkat:

· Niat
· Persedian
· Percubaan
· Melakukan jenayah tersebut.

3. Bila seseorang itu mempunyai niat melakukan jenayah , ia dikatakan tidak melakukan apa-apa liabiliti jenayah . Walaubagaimana pun setelah niat untuk melakukan sesuatu jenayah pada peringkat kedua ( persedian ) sebagai contoh :

· Sesesorang beli sesuatu alat untuk melakukan pembunuhan . Ini jelas menunjukkan satu peringkat persedian.

4. Walaubagaimana pun pada peringkat ini , beliau masih belum melakukan apa-apa kesalahan jenayah . Ada beberapa kes sebagai contoh seperti dalam kes hasutan . Di mana seseorang itu dikatakan melakukan kesalahan jenayah , walaupun peringkat itu masih di peringkat persediaan . Kesalahan yang sah itu hanya di peringkat ketiga ( percubaan ) dan keempat ( perbuatan melakukan jenayah ) sahaja.

5. Dalam kes Mohan Lai vs Emperor ( AIR 1937 sind 239 ) , telah dituduh dengan kesalahan menipu dalam perdagangan pengimportan barang tanpa menjelaskan duti kastam dengan cara menipu pihak berkuasa Kastam . Keterangan yang tertuduh melawat ke pelabuhan untuk membuat beberapa persedian di mana ia boleh mengimport barangan tanpa membayar cukai telah diterima pakai di bawah seksyen ini .

6. Rumusan

7. Dari penjelasan di atas dapatlah dirumuskan bahawa persedian tidak merupakan satu jenayah dan kesalahan walaupun di sertakan dengan niat tetapi apabila disertai dengan percubaan dalam melakukan perbuatan jenayah tersebut dan juga melakukan perbuatan jenayah tersebut maka barulah ia menjadi satu kesalahan yang sah.

Arif bin Omar

Monday, 11 May 2009

ISA , UNDANG-UNDANG LEKEH ? PANDANGAN PROF DR ABD RANI KAMARUDDIN : UIAM


Undang2 pencegahan seperti ISA... ISA Undang2 Lekeh?Undang2 pencegahan seperti ISA 1960 (Keselamatan Negara), Undang2 Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, POPOC (kesejahteraan dan Ketenteraman Awam) bukannya Undang2 sembarangan dan pemakaian undang-undng ini merupakan jalan terakhir dalam membendung suatu keadaan yang meruncing dan terdesak.

Pihak berkuasa hendaklah memikir semasak-masaknya sebelum menggunakkan undang2 pencegahan tersebut. Namun, sebaik digunakan terhadap mana-mana orang, janganlah pula dengan mudah mereka-mereka itu dilepaskan kerana jika mudah sangat dilepaskan, dimanakah letaknya kredibiliti undang-undang tersebut?

Ianya akan menampakkan seolah-olahnya ada elemen penyalahgunaan, penganiayaan dan ketidaktulenan dalam tangkapan dan penahanan tersebut.Kesalahan ragutpun, jika sabit, apakah pesalah itu dapat keluar penjara dalam masa setahun atau duduk didalam penjara satu hingga dua tahun atau lebih?

Kesalahan liwatpun (seksyen 377B Kanun Keseksaan) boleh dihukum sehingga 20 tahun. Apatah lagi sesuatu yang melibatkan keselamatan Negara – bolehkan dengan mudah dilepaskan?. Pada pandangan saya, pelepasan mereka-mereka itu dengan begitu mudah menampakan seolah-olahnya Kementerian sendiri kurang arif akan filosof undang-undang tersebut – wallahu `alam.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

PETA PELAYAR