FOLLOWERS

Saturday 23 May 2009

KONSPIRASI / PAKATAN JAHAT MENGIKUT AKTA KETERANGAN


Nota : Ini juga adalah siri nota undang-undang Keterangan lama yang PG belajar pada tahun 2000. Jadi kepada para pelajar, buat tambahan kepada kes-kes rujukan melalui Malaysia Law Journal ( MLJ ) yang baru iaitu selepas tahun 2000. Jangan copy paste aje.Nanti ilmu tak berkembang. Semuga semuanya memperolehi menafaat.

Ingat undang-undang perlu di baca. Selepas belajar , maka kita perlu baca undang-undang baru tahu maksud yang tersurat dan tersirat. Jangan belajar sahaja. Kita akan terkongkong dengan idea dan pandangan guru kita sahaja. Jadi baca. Nabi Mohamad pun, Allah melalui malaikat menyuruh Nabi Mohamad membaca nya pada surah yang mula-mula sekali diturunkan dan di baca berulang-ulang.


Pakatan Jahat (Conspiracy).

1. Seksen 10 Akta Keterangan, 1950 adalah mengenai pakatan jahat.

10. Things said or done by conspirator in reference to common design

Where there is reasonable ground to believe that two or more persons have conspired together to commit an offence or an actionable wrong, anything said, done or written by any one of those persons, in reference to their common intention after the time when the intention was first entertained by any one of them, is a relevant fact as against each of the persons [believed to be so conspiring, as well for the purpose of proving the existence of the conspiracy as for the purpose of showing that any such person was a party to it.

2. (Apabila terdapat alasan untuk mempercayai terdapat 2 atau lebih orang membuat pakatan jahat untuk melakukan satu kesalahan atau perbuatan salah ,apa saja yang dikatakan, lakukan atau ditulis oleh seorang dari mereka dalam mencapai niat bersama adalah fakta relevan kepada setiap dari mereka).

3. Seksen 120A Kanun Keseksaan memberi definisi pakatan jenayah sebagai apabila dua atau lebih orang bersetuju atau menyebabkan suatu perbuatan :

i. tidak sah atau,
ii. suatu perbuatan yang sah tetapi dengan jalan yang tidak sah dilakukan.

4. Oleh kerana perbuatan pakatan jahat dilakukan dalam keadaan terlindung, sulit dan dalam gelap adalah mustahil untuk menjejaki pakatan jahat dengan keterangan terus (direct evidence). Ianya selalu diandaikan dari gabungan perbuatan, kenyataan dan perlakuan pihak yang terlibat dalam pakatan jahat iaitu dari keterangan berdasarkan keadaan (circumstantial evidence).

5. Seksen 10 dengan sengaja disusun perkataannya supaya orang yang melakukan pakatan jenayah bertanggungjawab kepada semua yang terbabit dalam pakatan jahat. Sebelum seksen 10 diguna pakai terdapat 5 elemen utama mesti dipenohi sebelum ianya relevan kepada pakatan jahat jenayah.

6. Jelas seksen ini adalah pengecualian kepada peraturan umum iaitu seorang tidak boleh bertangggungjawab jenayah oleh kerana perbuatan atau kenyataan yang dibuat oleh orang lain. (Maksudnya seksen ini pula menyatakan seorang itu bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan oleh orang lain iaitu satu pengecualian umum ).

7. Keterangan pakatan jahat terpakai kepada pembicaraan jenayah dan sivil. Dalam perkara sivil ia dirujuk sebagai tanggungan diwakilkan/atau melalui orang lain (vicarious liability). Oleh itu jika terbukti salah seorang melakukan suatu perbuatan dan seorang lagi pula melakukan perbuatan lain dalam mencapai niat bersama mereka, mahkamah mempunyai kebebasan untuk membuat inferen/andaian mereka semua melakukan pakatan jahat untuk mencapai niat bersama. (nota : rujuk juga seksen 34 Kanun Keseksaan).

Maksud pakatan jahat.

8. Pati kepada pakatan jahat adalah persetujuan untuk melakukan perbuatan yang tidak sah.

9. Tetapi tidak perlu semua perbuatan perlu berlaku untuk mencapai persetujuan yang dibuat. Tidak kira samada perbuatan jenayah dilakukan atau tidak, persetujuan yang dibuat sudah boleh di hukum. Bukti bahawa perbuatan telah dilakukan hasil persetujuan adalah tidak relevan.

10. Kes yang mengepalai dalam hal ini adalah kes dari Sri Langka - Queen V Liyanage [1965] 67 N.L.R 193 yang menerangkan seksen 120A Kanun Keseksaan.

11. “Ianya tidak penting samada perbuatan tidak sah adalah matlamat sepenohnya persetujuan yang dibuat atau hanya secara tidak sengaja terlibat kepada niat bersama” (maksudnya perbuataan tidak penting, tetapi persetujuan yang dibuat”.

( It is immaterial whether the illegal act is ultimate object of such agreement ,or merely incidental to that object)

12. Kemudian ianya mestilah dibuktikan bahawa setiap yang melakukan pakatan jahat mempunyai pengetahuan umum plot jahat yang dibuat , sungguhpun setiap seorang dari mereka tidak diberi tahu secara terperinci akan niat bersama yang dirancang. (Lihat ilustrasi seksen 10 Akta Keterangan).

13. Persetujuan yang dibuat selepas niat adalah mengcukupi dan adalah juga pati kepada pakatan jahat.

14. Ini bukan bermaksud persetujuan pakatan jahat tidak lagi ujud selepas masa sebenar persetujuan dibuat . Pakatan jahat masih berterusan selagi persetujuan masih kekal dan selagi mereka bertindak selaras dengan persetujuan yang dibuat.

15. Keterangan untuk menyokong pakatan jahat adalah biasanya keterangan berdasarkan keadaan.

16. Kes mengepalai di India adalah Jhabwala V R – 34 Cr.LJ 967.

“Pati kepada pakatan jahat adalah persetujuan atau plot jahat itu sendiri. Apabila persetujuan telah dibuktikan ,tidak perlu dibukti lagi perbuatan . Apa yang perlu adalah mereka yang melakukan pakatan jahat telah membuat persetujuan kepada niat bersama. Salah seorang mungkin membuat perancangan dan lain mungkin mengambil bahagian kemudian. Semua mereka adalah sama-sama bersalah. Tambahan pula dengan tidak ada perkataan dan kelakuan oleh ahli yang menyertai pakatan jahat adalah sukar untuk membuat andaian bahawa mereka yang lain terlibat.

17. 5 Elemen sebelum pakatan jahat boleh diterima di bawah seksen 10 Akta Keterangan.


18. Elemen Pertama.

19. Terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa pakatan jahat wujud .

Keujudan pakatan jahat hendaklah dibuat melalui keterangan “ Prima Facie” . Apa-apa yang dikatakan, dibuat atau ditulis hendaklahb dibuktikan ketahap Prima Facie sebelum dapat di gunakan kepada setiap mereka melakukan pakatan jahat,

20. Pati kepada pakatan jahat adalah gabungan persetujuan yang dibuat oleh 2 atau lebih orang untuk melakukan satu perbuatan yang tidak sah.

Chandrasekaran & Ars v PP [1971] 1 MLJ 153.-Kes mercu tanda

21. Dalam kes ini Chandrasekaran seorang kerana Jabatan Akauntan telah membuat pakatan jahat dengan dua orang pegawai polis dari Cawangan khas untuk menipu kerajaan telah dihukum dan sabit bersalah di bawah seksen 4(c) Akta Pencegahan Rasuah, 1961.

22. Pakatan jahat telah dirancang dengan terliti, sengaja dan berani. Akaun bank satu syarikat racun rekaan telah dibuka di Bank Oversea- Chinese, Sg. Besi,Kuala Lumpur. Mereka kemudian telah mereka sebuah rumah telah disewa di alamat no.43A, Kg. Dollah, Kuala Lumpur. Dua cek palsu pembelian racun bernilai RM 111,889.50 dan RM 95,740 dari kementerian Perdangangan dan Industri dikemukakan kepada Chandrasekaran.

23. Chandaserakan hanya seorang sahaja bertanggungjawab memereksa cek terus meluluskan cek berkenaan.

24. Perbuatan ini adalah pembuktian keterangan “Prima Facie” bahawa terdapat niat bersama dan boleh diterima di bawah seksen 10 bagi mengaitkan kesemua mereka.

25. Keterangan berdasarkan keadaaan lain yang boleh mengaitkan mereka adalah kelakuan/perbuatan mereka selepas kejadian yang boleh diterima di bawah seksen 8.

26. Seorang dari perayu memberitahu rakan sepejabat dia telah membeli cincin berlian untuk isterinya selepas memenangi hadiah lumba kuda, membayar bil mess berjumlah RM 396,35 selepas tidak berupaya membayarnya, Bayaran penoh kepada Finance pinjaman kereta dan bayaran kepada pemimjam wang yang sama-sama dibuat oleh Chandasekaran.

27. Mahkamah tidak pecaya wang tersebut adalah kemenangan lumba kuda. Diputuskan pakatan jahat dilakukan untuk menipu kerajaan adalah niat bersama dan begitu juga perlakuan mereka. Perancangan dibuat oleh perayu bukan saja keterangan “prima facie “ malah keterangan yang kuat untuk melakukan jenayah.

28. Elemen kedua.

29. Ianya mestilah dua pihak terlibat dalam pakatan jahat. Seorang tidak dapat melakukan pakatan jahat Topandas V State of Bombay AIR [1956] SC 33.

30. Elemen ketiga

Apa saja yang dibuat, sebut atau ditulis adalah fakta relavan kepada pakatan jahat.

31. Mirza Akhbar V The King Emperor [1940] AIR PC 176.

32. Perayu bersama pembunuh bernama Umar Sher dan seorang perempuan Mt, Mehr Taja telah dituduh membunuh Ali Askar iaitu suami kepada Mt Mehr Taja. Keterangan terhadap Umar Sher adalah jelas kerana ditangkap semasa kejadian membunuh dan pada masa itu memegang senapang patah yang baru ditembak dan dengan kelonsong peluru tersekat di dalam barel.

33. Umar Sher telah dirasuah oleh perayu untuk membunuh Ali Askar. Pakatan jahat ini diperolehi dari 3 surat yang dihantar oleh Mt.Mehr Taja kepada perayu. Mt. Mehr Taja dalam suratnya menyatakan ingin menghapuskan Ali Askar dan dengan itu mereka berdua boleh berkahwin dan terdapat juga kandungan untuk mencari duit.

34. Hakim memutuskan apa saja yang dilakukan, ditulis atau disebutkan adalah boleh diterima sebagai keterangan pakatan jahat.

Re N. Ramaratnam [1944] AIR Mad. 302.

35. Statement yang dibuat oleh mana-mana ahli pakatan jahat selepas niat bersama/tujuan perbuatan telah dicapai tidak boleh diterima di bawah seksen 10.

Contoh : A bersetuju untuk membekalkan B satu peket bahan letupan yang cukup untuk meletupkan sebuah jambatan keretapi. B kemudian cuba meletupkan jambatan tersebut tetapi tidak berjaya. B kemudian menghantar surat kepada A meminta bahan letupan yang lebih bagi tujuan tersebut. Diputuskan surat kepada A adalah tidak boleh diterima oleh kerana niat bersama telah hapus setelah percubaan memusnahkan jambatan gagal dan surat pula ditulis selepas pakatan jahat telah berakhir.

36. Elemen ke empat.

37. Tindakan mestilah dalam lingkungan masa pakatan jahat dilakukan. Bermaksud dari masa persetujuan dibuat sehingga niat bersama/motif bersama dicapai. Ini bermaksudnya juga apa-apa yang dibuat,disebut dan ditulis mestilah dalam masa niat bersama wujud.

38. Elemen kelima.

Apa yang dilakukan, disebut dan ditulis tidak boleh diterima sebagai keterangan pakatan jahat selepas niat bersama selesai dijalankan/dicapai .

39. Liew Kaling & Anor V PP [1960] 26 MLJ 306.

3 orang perayu telah dituduh dan disabitkan kerana membunuh 3 orang perempuan. 3 perempuan tersebut telah dijumpai mati tertikam di dalam telaga. Sebelum mati salah seorang dari perempuan itu didapati membawa sejumlah wang yang banyak untuk membeli bijih timah yang dicuri. Keterangan terhadap ketiga-tiga tertuduh adalah sepenohnya keterangan berdasarkan keadaan.

40. Keterangan terhadap tertuduh pertama,Liew.

a) Kenyataan anak kepada salah seorang perempuan yang dibunuh. Malam sebelum emaknyan dibunuh dia telah melihat Liew bersama tertuduh kedua Boo datang kerumahnya dan bercakap dengan emaknya. Boo memberitahu emaknya terdapat 800 paund bijih timah di sebuah kampung (di mana emaknya dibunuh) dan meminta emaknya membawa duit yang boleh dianggap untuk membeli.

b) Kenyataan Mrs. Lee iaitu iaitu seorang lagi anak kepada perempuan yang dibunuh. Pada tengahhari sebelum pembunuhan berlaku Liew bersama tertuduh ke tiga Foo telah datang kerumahnya,membersih pakaian ,mandi dan makan bersama dengan suaminya. 3 hari selepas itu Liew ditangkap dengan beberapa note duit terdapat kesan darah manusia dalam miliknya. Dia selepas itu memandu polis mendapatkan sebilah parang yang terdapat kesan darah dari sebuah kolam kira-kira ½ batu dari tempat kejadian.

41. Keterangan terhadap tertuduh kedua BOO.

a) Keterangan dari dua orang murid sekolah.

b) Kenyataan seorang lagi murid sekolah berumur 17 tahun iaitu anak kepada salah seorang perempuan yang dibunuh. Pada tengahhari sebelum pembunuhan dia telah melihat Boo dan seorang lelaki yang tidak dikenali berdekatan dengan tempat kejadian. Boo pada masa itu menaiki basikal dan menolak satu lagi basikal yang dipercayai kepunyaan emaknya. Tertuduh kedua menerangkan setelah menemui basikal dia ingin membawanya ke balai polis. Selepas ditangkap telah membawa polis kira-kira ½ batu dari tempat kejadian dan setelah pemereksaan sebilah gunting tanpa kesan darah dijumpai.

42. Keterangan terhadap tertuduh ketiga Foo.

a) Liew dan Foo juga melawat rumah Mrs Lee. Mandi,membersih pakaian dan makan bersama suaminya.Isteri Mr.Lee telah bertanya kepada Foo mengenai emaknya dan Lee menjawab ada seorang lelaki yang tidak dikenali menolak basikal telah ditangkap oleh polis. Foo kemudian telah membuat pengakuan bahawa Boo dan seorang lagi bernama Soh Chee mempunyai “share” dan telah menjemput untuk mengikut sama ( share mengenai bijih timah yang dicuri).

b) Keterangan sokongan dari Mr. Lee . Mr Lee juga menyatakan beberapa hari selepas kejadian pembunuhan dia mendengar perbualan Foo dengan isterinya bahawa dia tidak terlibat dengan pembunuhan dan Liew,Boo dan Soh yang terlibat.(nota:kenyataan Foo bahawa dia tidak telibat dan Liew, Boo dan Soh yang terlibat diberi perhatian samada ianya terjumlah statement pakatan jahat atau tidak).

43. Setelah dirayu hakim Thomson berkata :

Tidak keterangan bahawa pakatan jahat ujud antara ketiga-tiga tertuduh. Ia dikatakan terdapat pakatan jahat apabila apabila Foo dan Liew datang bersama kerumah Mrs. Lee.Perkara ini tidak boleh dibuat spekulasi pakatan jahat telah berlaku. Adalah juga dikatakan Liew dan Boo telah bersama dirumah salah seorang yang perempuan yang mati dan jika keterangan ini dipercayai maka lawatan tersebut adalah berkaitan dengan pembunuhan.Tetapi adalah mustahil untuk menyatakan terdapat pakatan jenayah oleh kerana Foo juga adalah salah seorang ahli dan kenyataannya boleh diterima di bawah seksen 10 yang mengaitkan Foo dan Liew . Tuduhan juga tidak menyatakan bahawa terdapat pakatan jahat atau bersubahat terhadap ketiga-tiga tertuduh.

44. Kenyataan yang dibuat oleh Foo untuk menyokong pakatan jahat juga tidak boleh diterima oleh kerana ia dibuat selepas beberapa hari kejadian. Keputusan kes Mirza Akbar V King Emperor dirujuk :

“Prinsipnya perkataan di bawah seksen 10 hendaklah di tafsir sewajarnya dan tidak ditafsir lebih luas untuk memasukkan statement perbuatan selepas ahli pakatan jahat selesai perbuatan pakatan jenayahnya”

45. Keterangan terhadap Boo dan Liew adalah tidak kuat. Keterangan terhadap Foo adalah selepas kejadian. Keterangan yang ada hanyalah syak.

46. Badri Rai V State of Bihar [1959] S.C. J 117.

Tertuduh pertama telah berjumpa dengan inspector polis dan meminta supaya penyiasatan jenayah di hentikan. Beberapa hari kemudian tertuduh kedua datang berjumpa inspector berkenaan di balai polis dan menawarkan wang RS 500 supaya penyiasatan jenayah berkenaan dihentikan.

47. Kedua-dua mereka dituduh kerana membuat pakatan jahat untuk merasuah pegawai polis. Isunya adakah statement yang dibuat oleh tertuduh kedua dibalai polis boleh diterima terhadap tertuduh pertama. Diputuskan :

i. Keterangan perbualan tertuduh pertama adalah sebab munasabah bagi mempercayai bahawa tertuduh telah membuat pakatan jahat untuk melakukan kesalahan.
ii. Oleh itu di bawah seksen 10, kenyataan yang dibuat oleh salah seorang dari mereka dalam melakukan pakatan jahat adalah relevan kepada seorang lagi.

48. Kesimpulan

Nampaknya seksen 10 mempunyai syarat yang ketat. Ianya mestilah ada keterangan “Prima Facie” sebab munasabah sebelum mahkamah pecaya dua atau lebih orang adalah ahli pakatan jahat.

49. Jika syarat tersebut tidak dipenohi maka apa-apa yang dibuat, disebut atau ditulis dalam mencapai niat bersama tidak akan diterima sebagai keterangan terhadap mereka yang lain.

50. Dengan itu juga bermakna dari masa persetujuan dibuat untuk menjalankan plot, apa-apa yang dibuat, disebut, ditulis dalam melaksanakan niat bersama adalah relevan di bawah seksen 10 untuk menunjukan pakatan jahat.

51. Seksen 10 mempunyai makna yang lebih luas dari Undang-undang di England. Undang-undang umum hanya menyatakan apa-apa statement dan perbuatan adalah diterima dalam mencapai niat bersama bukan keterangan Prima Facie dengan alasan munasabah.

ARIF OMAR
Nota : Banyak pihak bercakap berkenaan konspirasi sejak kes liwat DSAI. Jadi buktikanlah dengan bukti seperti yang diterangkan di atas. Cakap senang le. Pembuktian itu yang mustahak dan keutamaannya. Jika tiada bukti itu maknanya hanya dakwaan atau bahasa kasar sikit fitnah le.

1 comment:

  1. kawan, masukkan lagi pasal akta keterangan. aku ingin tahu lagi, kalu bleh seleuruh inti pati dalm buku akta ketrangan berkenaan.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR