FOLLOWERS

Friday, 19 November 2010

GELI-GELI PAGI : DSAI DAN ZAID PUNYA HAL !!!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com

Penghuni Gua : Eeee geli, geli. EEeeeee geli-geli. Eeee .....geli geleman den dibuatnya. Korban percintaan politik songsang. Keh keh keh keh !!!! Aaaaaaawwwwwuuuuuuuuuuuuuu. !!!!

Thursday, 18 November 2010

KASTAM NI, ASYIK RAMPAS BARANG SELUDUP AJE, MANA PENYELUDUPNYA ???





PETALING JAYA 18 Nov. -Jabatan Kastam berjaya mematahkan kegiatan satu sindiket menyimpan dan mengedar rokok putih seludup yang berselindung di sebalik aktiviti kilang membuat batu bata di Jalan Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Datuk Saadon Mohd Dros berkata, dalam serbuan pukul 2 petang Isnin lepas, sebanyak 29.081 juta batang rokok putih dan kretek bernilai lebih RM4.8 juta dirampas melibatkan cukai tidak berbayar hampir RM14.4 juta, rampasan terbesar tahun ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sejak PG hidup ini, saban hari PG akan membaca tangkapan dan rampasan yang dilakukan oleh pihak Kastam Malaysia. Tak pernah terlepaslah. PG berminat rampasan Kastam terhadap minuman keras, dan rokok. Baik di darat, atau laut.

2. Bukan apa. Cuma PG hairan dan ajaib, 99% tak ada tangkapan terhadap orang / penyeludup berkenaan. Asyik rampas barang aje. Ada apa-apa ke?

3. Kalau kes dadah tu, PG lihat ada juga sesekali atau kadang-kadang , Kastam ada merampas serta menangkap pengedarnya sekali. tapi kalau bab arak / minuman keras dan rokok boleh dikatakan tak pernah le ada tangkapan terhadap penyeludup 2 barang ini.

4. SPRM , kalau boleh tengok-tengok sikit operasi Kastam ini. Macam-macam cerita di luarni dengar. Satunya ialah kalau dapat rampasan barang aje, tanpa tangkapan orang , maka sumber ( dan lain-lain le ..... kih kih kih ) akan mendapat duit ganjaran dengan cepat. Kalau ada tangkapan, kata mereka lambat sikit. Sehingga habis bicara lah baru wang hadiah / ganjaran dapat kepada pemberi maklumat ) dan ......... Tahu , tahu aje le !!!!

5. Jadi kepada ketua di jabatan Kastam ini, lihat le sikit anak buah bekerja dan buat operasi ini. Jangan bekerja di karpet merah aje. Sesekali buatlah spot check. Bukannya salah. Takkan bodoh sangat pegawai kastam nak fikir dan rancang operasi mereka bagi merampas dan menangkap penyeleudupnya sekali. Kalau rampas juga tanpa tangkapan maknanya pegawai perancangnya kira bodohlah . Tak gitu?

6. SPRM, tolong lah jenguk-jenguk sikit. Sakit hati kami di luar ini. Kami bayar cukai. jadi biar kerja tu , berpadanan dengan gaji hasil dari cukai pendapatan kami tu. Jangan makan kedarah gaji haram . Suroh kerja tapi buat main-main. tak sepenuhnya !!!

Nota : Bukan semuanya pegawai dan anggota kastam begitu, cuma isunya itulah. Mengapa 99 % rampasan dua barang ini tak ada tangkapan orang. Kes dadah boleh pulak rampas dadah dan tangkap orang nya sekali. Itu isunya !!!

Nota 2 : Alasan yang diberi oleh Kastam bahawa penyeludup berjaya melarikan diri tiap kali operasi dibuat adalah alasan bodoh belaka. Segala bot, kereta, peralatan, latihan semuanya canggih kastam ini. Jadi patut ke rampasan tanpa tangkapan. Banyak sangat peratusan gagalnya. ... Itu isu keduanya !!!!

KEBEBASAN MEDIA : TENGKOK USTAT NASARUDDIN TANTAWI TERBELIT SERBAN !




Ini bukan isu baru.Bagi orang suratkhabar memang dah lali bab kena tuduh berat sebelah segala macam.

Sebab tu masa sembang-sembang dengan geng ada yang gelak saja tengok tindakan kerajaan negeri Kedah blok sesetengah media buat liputan sidang Dewan Undangan Negeri Kedah.

Ada yang kata nak blok terus pun ikut suka hampa lah.Macam kata orang Kedah…Tak rugi seduit pun.

Seronok juga baca Ketua Dewan Pemua PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Tantawi taruk sakan sokong tindakan kerajaan negeri Kedah tu.

Katanya memang layak media yang tidak beretika mesti diajar sebagai teladan untuk mereka mengkaji semula laporan yang berat sebelah.

Kawan sendiri tak suka nak bersyarah panjang bab ni.Sebabnya macam kata seorang kawan lain yang dok sembang sekali bab laporan berat sebelah ni adalah sesuatu yang subjektif.

Ustaz Nasrudin kena tau dalam dunia ni jarang ada makhluk yang suka kena kritik @kena hentam apa lagi parti politik.

Bukan saja PAS,begitu juga DAP,PKR,UMNO,MCA,MIC dan lain-lain parti yang ada di muka bumi Malaysia ni.

Jangan cakap bab media yang pro pembangkang atau yang pro BN segala macam.

Tak payah pi jauh.Selak dalam rumah tangga sendiri dulu.kalau Ustaz Nasrudin ada lebih sikit masa lapang cuba ambil semua naskah akhbar Harakah.
Renung dan baca satu persatu setiap muka surat yang ada.

Untuk feedback Ustaz Nasrudin ramai kawan-kawan kata kalau baca Harakah terasa macam Malaysia ni macam duduk dibawah rejim Idi Amin di Uganda dulu ataupun Pol Pot di Kemboja dulu.

Mungkin dalam situasi semasa boleh ambil contoh Burma kot.

Depa punya tibai dan balon macam tak ada satu benda pun yang bagus.Sana seleweng,sini rasuah,situ kejam,tindas….blah…blah…blah…

Juga kalau-kalau Ustaz Nasrudin ada masa lapang lagi tinjau pula Roket dan Suara Keadilan.

Juga tolong jenguk perhati stail laman-laman web yang mendakwa kononnya mereka bebas dok main isu perkauman cara yang cukup halus dan licik.

Kawan-kawan pun dah cukup sedar misi depa memang nak bagi orang bukan Melayu benci habis pada orang Melayu dan kerajaan.

Mungkin dalam sibuk-sibuk berpolitik Ustaz Nasrudin tak sedar ada saja bab melibatkan orang bukan Melayu…sebesar kuman pun depa akan highlight macam nak meletup satu negara.

Tengok macam hari tu..depa punyalah usaha…sampai seludup masuk menyamar ke dalam forum tertutup Puteri UMNO nak cari kesalahan orang Melayu.

Cuba tanya pasal apa depa tak curi masuk forum anjuran bukan Melayu…intai tengok apa yang tak betul depa cakap.

Motifnya jelas…nak pastikan undi bukan Melayu terus memihak pada pembangkang.

Bunyi depa punya laporan macam orang bukan Melayu hidup tertindas dan merempat di Malaysia.

Sedangkan Ustaz Nasrudin punya tahu majoriti depa yang hidup paling senang lenang,kuasai perniagaan,hartanah segala macam.

Baguslah PAS dan orang-orang Melayu dalam PKR jadi tukang sorak depa.Harap-harap kampong tak tergadai nanti.

Itu semua bukan berat sebelah...laporan seimbang...tak gitu Ustaz.

Juga cuba Ustaz Nasrudin tumpang tanya bos-bos PKR ada depa syok dak dengan laporan media mengenai lintang pukang pemilihan dalam parti itu..kerusi terbang,bergaduh,bertengkar dan protes.

Mesti bos-bos PKR kata media yang saja besar-besarkan isu sedangkan satu dunia tengok dengan mata kepala sendiri kecoh sana…kecoh sini masa pemilihan cabang-cabang PKR tu.

Ni kontroversi terus dalam pemilihan jawatan utama PKR.Cakap bab demokrasi dan ketelusan bukan main melambong tapi bila nampak Datuk Zaid Ibrahim boleh jadi ancaman depa tibai dia kiri kanan.

Kawan juga teringat kisah gambar Tok Guru Nik Aziz dok bagi duit kat saudara baru Orang Asli masa kempen pilihanraya kecil Galas baru ni.

Pemimpin PAS cepat nak cover line kata itu zakat.

Cubalah PAS dapat gambar pemimpin UMNO dok bagi duit macam tu...tentu hilang bab zakat terus jadi rasuah nak beli...kita boleh bayang sendiri depa punya gamat dan heboh satu Malaya.

Dalam bab banjir di Kedah ni mungkin Ustaz Nasrudin tak begitu sedar dari awal musibah itu lagi kawan-kawan orang suratkhabar dah dapat feedback kerajaan negeri Kedah lembab dalam hulur bantuan di tempat-tempat yang kena.

Feedback ini bukan dari orang UMNO dan BN yang nak tibai PAS tapi dari orang-orang kampong yang bercempera bila kena banjir yang teruk tu.

Kawan-kawan orang suratkhabar pun ada ramai kawan dan adik beradik di Kedah.

Depa tulis dari feedback yang dapat dari serata tempat.Depa sendiri kata kata agensi-agensi kerajaan pusat dan pimpinan UMNO dan BN tempatan tak bergerak pantas tolong depa…memang lagi demam.

Ini bukan bab politik..tapi bab orang dalam kesusahan ditimpa bencana.

Sebagai parti politik wajiblah Ustaz Nasrudin apalagi Datuk Azizan Razak kena nafi cepat dan terus tuduh media lapor berat sebelah.

Rasa macam selalu pernah dengar.

Kawan: Sokong kata Ustaz Nasrudin…orang kampong lebih tau

Penghuni Gua : Nasaruddin ini sebenarnya terbelit tengkok dengan serban nya sendiri. Itu yang dia tak nampak apa berlaku pada Harakah dan akhbar serta portal pembangkang lain.

2. Ini semuanya mat serban yang lebih cakap tapi tak tahu buat. Ini semuanya ustat jahat yang hanya gunakan agama untuk tujuan dan kepentingan politik.

3. Contoh senangnya ialah : lihat sahaja cakapnya yang nak tolong bekas isteri muda calun BN Rohaizat dulu. Hari-hari dia aibkan Rohaizat kononnya beliau dedahkan bukan tujuan nak aibkan Rohaizat tetapi nak bantu bekas isteri muda Rohaizat. Akhirnya selepas PRK dan menang pulak tu, hapah pun tak ada. Terkulat-kulat perempuan tu sehingga kini. Tak usah kata si Tantawi yang berserban besar ini nak menjenguk perempuan tu, bertanya khabar pun tidak.

4. Ini semuanya ustat bermulut jahat aje. tak sepadan dengan jubah dan serban yang dipakai. Pembawaan dan percakapannya, masyaAllah. Syaitan mendengarnya pun boleh lari lintang pukang.

5. Jadi kepada pengundi muda , hati-hatilah dengan si Nasaruddin ini. Jangan ambil pot lah apa yang dicakap. Hapah pun tak ada.

MALAYSIA WAJIB MENCONTOHI KETEGASAN SINGAPURA !!!!


Dipetik dari blog : LoverReading


British author jailed for claims made in Once a Jolly Hangman: Singapore's Justice in the Dock

British author Alan Shadrake has been sentenced to six weeks in prison by the High Court in Singapore after being convicted over a book criticising the island's use of the death penalty.

Shadrake, 76, was also fined US$15,400 (£9,600) over allegations he made in Once a Jolly Hangman: Singapore's Justice in the Dock, which discusses the republic's controversial use of capital punishment.

The book claims that well-connected defendants, particularly in drugs cases, often get off relatively lightly while the poor and less well-connected are sentenced to death.

Penghuni Gua : PG amat kagun dengan Singapura dalam hal ini. Singapura benarkan penulis bodoh ini melancarkan bukunya di Singapura dan selepas itu menangkap penulis British ini dan kemudiannya memenjarakannya. Dakwaan nya kerana menghina sistem kehakiman Singapura.

2. Di Malaysia, bukan kata menghina aje, bahkan menuduh hakim itu rasuah , hakim ini rasuah, Hakim dipengaruhi oleh kerajaan dan sebagainya. Tetapi apa yang kerajaan kita buat? Yilek. Semua tidor. Sebab itu ketua peliwat dan kawan-kawanya bermaharajela untuk mengata apa sahaja. Pemimpin DAP yang rasis boleh berkata apa sahaja. Langsung tak ada tindakan. Kalau ada pun, terhegeh-hegeh dan macam kura-kura dalam mengambil tindakan mengikut akta hasutan.

3. Selain itu hanya memberi amaran, amaran keras dan amaran terakhir. Kemudian balik semula kepada amaran , amaran keras, amaran terkahir. Harapkan SKMM, dan Menterinya Pak Rais hapah pun tak ada. Katanya tak cukup orang dan tak ada pakar forensik komputer. Semuanya memberikan alasan bodoh dan alasan yang tak boleh diterima dek akal. Sambil tu, kepala pengat dan pengacau ini terus bermaharajalela dengan membuat berbagai fitnah dan menghina serta perkauman dengan begitu bebas. Horey, horey, horey!!

4. Bila lagi Malaysia hendak bertegas. Tunggu sehingga negara hancur? Undang-undang dah cukup lengkap . Cuma yang kurang ialah perlaksanaan dan penguatkuasannya sahaja. Mungkin penguatkuasanya masih tidor dan dibuai mimpi. Peguam negara pun asyik jelaskan tiada kes. Itu ajelah !!! Namawee terus bebas. Gobala terus bebas, Lim Kit Siang terus bebas. Peliwat tu jangan kira lah. Terlalu bebas.

5. Yang merananya kami rakyat ini. Saban hari gelisah aje dengan suasana politi yang tak menentu !!!!! Nak harapkan Hatta NUJ tu? Mulut dia dah naik kurap dan kena demam terkejut. Tak boleh bercakap dan lemah jantung kerana tiada wartawan nak ikut seruannya untuk boikot Kedah !!!!

Wednesday, 17 November 2010

GELI-GELI PAGI : GELI MB KEDAH DAN MAHFUZ & GANG !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com

Penghuni Gua : Tak tau, tak tau, tak tau, tak tahu. Tahu cakap tak tau ajelah !!!!! Kalau banjir kat Johor dulu dikatakan bala Allah. Kena di Kedah ujian Allah. Ape cite ?? Tak gitu ?

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA !!!

Penghuni Gua : Selamat Hari Raya Aidil Adha , maaf zahir batin dari PG sekeluarga.

Tuesday, 16 November 2010

HARAKAH MEMFITNAH : APA KATA PAS MENGENAI KEBEBASAN MEDIA ?






Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, PAS tidak perlu bimbang mengenai penambahan anggota sukarelawan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) kerana anggota agensi itu sememangnya tidak layak menjadi pengundi pos. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pada minggu lepas PAS memfitnah, bahawa RELA akan menjadi simpanan tetap untuk menyelematkan kerajaan BN. Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS pun bukan main memfitnah kerajaan mengenai isu ini. Harakah jangan kira lah . Apa lagi bloggers mereka.

2. Jadi kepada MB Kedah., Mahfuz dan semua pemimpin PAS yang bercakap mengenai pengharaman media perdana bagi sidang DUN Kedah baru-baru dengan mendakwa alasan larangan media utama diharamkan kerana berita yang berat sebelah dan tidak benar. Begitu juga kata Mahfuz dalam Harakah semalam.

3. Jadi dengan menggunakan sifir yang sama, tidakkah Harakah, Idris Ahmad juga memaparkan berita fitnah? Mengapa tak diharamkan juga Harakah ini? Apa macam Mahfuz. Anda juga yang kata, media misti bebas dari segi berita, telus dan tidak menyebarkan berita yang tidak benar. Jadi Harakah juga menyebarkan berita fitnah dalam isu undi RELA ini. Mengapa PAS tak ambil tindakan terhadap Harakah? Apa bukti Harakah dan Idris Ahmad yang menuduh pendataran RELA untuk poengundian adalah bagi memenagkan kerajaan BN melalui undi pos. Harakah dan Idris Ahmad ada bukti ke?

4. Kalau tak ada bukti tak ke fitnah namanya? Kalau fitnah apa hukumannya. Minta sedikit fatwa ustat dan ulama PAS. Juga fatwa dari ustat Azizan MB tak tahu tu atau dari Mahfuz ke!!! HATTA NUJ tu jangan cakaplah. Dia dah masuk hospital sungai buloh kerana diserang oleh penyakit bisu dan terkejut. Terkejut dengan tindakan MB Kedah tersebut sehingga dia tak terkata-kata. Juga terkejut kerana tak seorang pun wartawan nak ikut saranannnya supaya boikot kerajaan Kedah. Hatta sedang nazak sekarang ini. Jadi fatwa darinya tak perlu.

5. Kepada PAS, bagaimana sekarang? Adakah media PAS bebas dan menulis berita yang benar? Sudahlah PAS. Cakap aje lebih. Punggung sendiri penuh dengan najis sendiri. Tak gitu ?

MALAYAN LAW JOURNAL : KES DADAH / ILLEGAL PROPERTY !!!!


[1995] 2 MLJ 238
Kanagasavey a/l Sinayah v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PULAU PINANG) — CRIMINAL APPEAL NO
42–404–93

Judges JEFFREY TAN JC

Date 26 JANUARY 1995

Citation [1995] 2 MLJ 238



Catchwords:

Criminal Procedure — Forfeiture — Dangerous drugs — Forfeiture of moneys in bank accounts — Claimant of property released by writ of habeas corpus — Whether claimant ‘liable person’ under s 7 of the Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 — Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 ss 7 & 32(2)

Evidence — Presumption — Illegal property — Moneys in bank accounts forfeited under Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 — Whether court must presume property is illegal and owner is liable — Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 s 35

Statutory Interpretation — Construction of statutes — Penal statutes — Legislative intent to be given effect to — Whether statute should be construed narrowly where language clear and unambiguous — Whether judicial interpretation excluded — Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 s 7(1)(a)(ii)

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1988 dan jumlah sebanyak RM7,500 yang disimpan dalam dua akaun bank perayu (‘harta itu’) telah disita oleh responden di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 (‘Akta itu’). Perayu kemudiannya telah dilepaskan melalui suatu writ habeas corpus dan menuntut harta itu. Responden telah merujukkan tuntutan itu kepada mahkamah sesyen untuk keputusannya di bawah s 32(2) Akta itu.

Mahkamah sesyen telah memutuskan bahawa perayu telah gagal mematahkan anggapan di bawah s 35 Akta itu dan harta itu diperintah untuk diperlucuthakkan. Perayu telah membuat rayuan, menegaskan bahawa pelepasannya daripada tahanan, secara ipso facto menyebabkan tahanannya tidak sah ab initio dan tidak selaras dengan undang-undang dan tidak termasuknya sebagai orang yang berliabiliti di bawah Akta itu. Perayu menegaskan selanjutnya bahawa perkataan-perkataan ‘yang ditahan atau telah ditahan’ di dalam s 7(1)(a)(ii) Akta itu bermakna tahanan sah, dan memandangkan peruntukan untuk perlucuthakan adalah bersifat penal, s 7(1)(a)(ii) perlu ditafsirkan secara terhad dengan memihak kepadanya, dan dengan itu menarik perkataan ‘sah’ untuk dibaca ke dalam s 7 Akta itu.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Tuntutan perayu kepada mahkamah sesyen adalah dikawalselia oleh s 35 Akta itu. Dari permulaan hingga penamatan prosiding di bawah Akta itu, mahkamah perlu menganggap bahawa orang terhadap mana tindakan itu dibawa adalah seorang yang berliabiliti dan bahawa harta itu adalah harta yang haram, kecuali jika sebab sebaliknya boleh ditunjukkan dengan keterangan boleh terima, dan orang terhadap mana tindakan itu dibawa perlu mematahkan anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian.

(2) Walaupun perayu telah dilepaskan melalui writ habeas corpus,secaraex facie, beliau tidak akan menjadi ‘seorang yang ditahan secara sah’. Walau bagaimanapun, itu tidak boleh disinonimkan dengan tidak menjadi seorang yang berliabiliti. Seksyen 7 mengenal pasti kategori orang-orang yang berliabiliti untuk ditindak terhadap dan perkataan ‘telah ditahan’ akan termasuk sebagai orang yang berliabiliti, seorang yang ditahan tetapi dilepaskan tanpa menjalani tempoh tahanan atau sekatan, seorang yang ditahan tetapi dilepaskan oleh suatu perintah kehakiman, dan seorang yang ditahan tetapi dilepaskan setelah menjalani tempoh penuh (atau sebahagian) daripada tahanan atau sekatan, tertakluk kepada proviso bahawa orang tersebut telah ditahan atau disekat setelah berkuatkuasanya Akta itu di bawah mana-mana undang-undang berkenaan dengan sebarang aktiviti yang berkaitan atau melibatkan pengedaran apa-apa dadah berbahaya.

(3) Apa-apa pembacaan atau pentafsiran s 7(1)(a)(ii) Akta itu dengan memasukkan perkataan ‘sah’ tidak akan termasuk kategori kedua di atas dan memberinya maksud yang lebih terhad. Bahasa dalam s 34 Akta itu adalah jelas dan tidak taksa, iaitu dalam prosiding di bawah Akta itu, Akta itu perlu ditafsirkan untuk memberi kesan kepada niatnya. Adalah jelas bahawa tafsiran kehakiman atau apa-apa tafsiran yang lain adalah tidak termasuk kecuali untuk memberi kesan kepada tujuan Akta itu.

(4) Setelah mengenal pasti seorang yang berliabiliti untuk ditindak terhadap sebagai seorang yang kini ditahan atau yang pada masa lalu telah ditahan, keesahan tahanannya sebagai harus ditahan bukan sahaja merupakan tafsiran kehakiman yang bertentangan dengan tujuan Akta itu, tetapi juga mempertimbangkan ketaksaan atau kelemahan bahasa, atau kecacatan atau kekurangan dalam s 7(1)(a)(ii). Itu jelas tidak dibenarkan, kerana Akta itu memberikan kepada mahkamah budi bicara yang amat kurang untuk bergantung kepada tafsiran sendirinya apabila mengendalikan terma Akta itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

KEBEBASAN MEDIA PAS !! KEBEBASAN TAHI KUCING !!!!





ALANGKAH baiknya jika kerajaan negeri Kedah menyerahkan kepada masyarakat membuat hukuman terhadap organisasi media, jika mempercayai sesuatu media berlaku tidak adil dalam membuat laporan melibatkannya.

Langkah melarang akhbar dan stesen televisyen tertentu membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri sebenarnya hanya mendedahkan betapa kerajaan negeri pimpinan Pas tidak yakin pada dasar keterbukaan dan kebebasan bersuara.

Mereka perlulah menelan kritikan oleh media. Laporan atau liputan media tidak semestinya memihak atau selari dengan pendirian mana-mana pihak. Dalam isu ini kerajaan negeri Kedah.

Namun, ia tidak pula bererti media terbabit tidak bebas. Kebebasan media, jika difahami betul-betul, ialah ia bebas menyokong, mengkritik atau menyatakan pendapat yang bertentangan dengan sesuatu idea atau tindakan.

Janganlah kita cuba menyatakan laporan atau liputan sesuatu media itu cukup adil hanya semata-mata kerana kandungannya sealiran atau tidak menyanggahi kita.

Apabila berlaku larangan ke atas media massa tertentu daripada memasuki Wisma Darul Aman, Awang teringat bagaimana pakatan pembangkang mencanang kebebasan bersuara menjelang pilihan raya umum 2008. Kebebasan bersuara apa?

Awang – Sudah lali.

Penghuni Gua : Kebebasan bersuara ? PAS bercakap mengenai kebebasan bersuara? Kebebasan bersuara tahi kucing dia. Cuba lihat fitnah Harakah sebaik buka mata. Apa yang tidak difitnahnya Tun Mahathir dan PM DS Najib. Lihat aje bila mereka mainkan isu Atlantuya kononnya PM terlibat.

2. Tapi PM tak bising pun. Itulah yang PG selalu katakan. Kalau mereka memerintah Malaysia bukan kata Akta Hasutan, Akta Mesin cetak atau ISA nak dihapuskan. Mereka akan ketatkan lagi adalah. Kita semua blogger ini memang bungkus semuanya sebab tak menyokong mereka. Tengok pada gayanya begitulah.

3. Kebebasan tahi kucing lah PAS. Cuba lihat pandangan Mahfuz serba tahu mengenai kebebasan media di Harakah semalam. Kita membacanya pun naik gelak. Patutnya Mahfuz tujukan pandangannya pada Harakah Daily lagi baik. Mahfuz. Mahfuz. Mahfuz mengata pada diri sendiri. Gelak-gelak !!!!

Monday, 15 November 2010

KES PERTUKARAN AGAMA ANAK : SHARMALA MENDAPAT HAK PENJAGAAN YANG TIDAK SAH !!!!





PUTRAJAYA 12 Nov. - Seorang wanita Hindu gagal meneruskan permohonan untuk merujuk isu perlembagaan bagi mencabar undang-undang syariah dan sivil dalam kes perebutan hak penjagaan dua anaknya hasil perkahwinan dengan bekas suami yang kini beragama Islam.

Ia berikutan keputusan penting Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan bantahan awal Dr. Muhammad Ridzwan Mogarajah, 42, yang mempertikaikan kewajaran tindakan S. Shamala, 38, sedangkan ketiga-tiganya dipercayai berada di Australia.

Mualaf itu turut membantah permohonan tersebut kerana bekas isterinya yang diberikan hak penjagaan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menghadapi tindakan menghina mahkamah kerana enggan membenarkannya melawat kedua-dua anaknya sejak enam tahun lalu.

Berikutan keputusan itu, Shamala terlepas peluang untuk mendapat penjelasan berhubung percanggahan undang-undang Islam dan sivil melibatkan pertukaran agama dan hak penjagaan anak, setelah permohonan rujukannya itu ditolak dengan kos.

Isu perlembagaan itu antara lain berkaitan kesahihan pertukaran agama kanak-kanak daripada satu perkahwinan sivil kepada agama Islam oleh bapa atau ibu tanpa persetujuan dan pengetahuan pihak yang tidak menukar agama.

Ia merupakan isu kepentingan awam melibatkan hak penjagaan anak bagi ibu bapa yang bercerai dalam keadaan seorang daripada mereka bertukar agama.

Keputusan itu dicapai oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; dan Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Bagaimanapun, panel bersidang mencapai pendapat majoriti 4-1 setelah tidak bersetuju dengan Hakim Malanjum yang lebih cenderung memerintahkan Shamala dan dua anaknya hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding itu.

Hakim Malanjum menyatakan, jika ketiga-tiganya gagal hadir dalam tempoh tiga bulan, permohonan tersebut akan ditolak dengan kos.

Ketua Hakim Negara sebaliknya mengembalikan rayuan kedua-dua pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pertikaian mengenai hak penjagaan anak, ke Mahkamah Rayuan.

Hakim Zaki berpendapat, Shamala tidak harus diberi masa kerana dia ternyata mengelak untuk menghadapi tindakan menghina mahkamah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Mei 2004 akibat melanggar perintah sementara agar Muhammad Ridzwan diberi hak melawat anak-anaknya.

Pada hemat beliau, Shamala mendapat hak penjagaan secara tidak sah selama enam tahun setelah melarikan anak-anaknya sejak 2004 manakala kedua-dua kanak-kanak itu, J. Saktiwaran dan adiknya, Theiviswaran jika ditanya sekalipun, kemungkinan memilih tinggal bersama ibu mereka.

Hakim Zaki memberitahu, Shamala turut gagal mematuhi perintah mahkamah agar menyerahkan dokumen perjalanan anak-anaknya, sekali gus menunjukkan dia memperoleh kelebihan daripada suaminya secara tidak adil.

''Tindakan memberi masa untuk mendengar permohonan itu akan memberi manfaat kepada Shamala tanpa perlu baginya menunaikan tanggungjawab sedangkan dia boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.

''Dengan memberinya peluang sedemikian akan menggalakkan lebih ramai pihak melakukan kesilapan yang membawa kepada tindakan menghina mahkamah, dengan harapan mereka dapat membetulkan kesalahan yang dilakukan,'' ujar Hakim Zaki.

Sementara itu, Hakim Arifin turut sependapat dengan Ketua Hakim Negara atas alasan panel itu tidak akan berlaku adil kepada Muhammad Ridzwan jika permohonan Shamala dibenarkan sedangkan wanita itu jelas enggan mematuhi perintah mahkamah.

Beliau menyatakan, banyak masa berlalu sedangkan Shamala berada di luar bidang kuasa mahkamah menyebabkan tindakan menghina mahkamah tidak dapat dilaksanakan ke atasnya.

''Mahkamah tidak harus dipergunakan oleh Shamala untuk kepentingannya semata-mata. Dengan membenarkannya meneruskan permohonan itu, akan menjadikan hak suaminya di sisi undang-undang hanya bayangan semata-mata, tidak kira siapa yang akan menang,'' ujar beliau.

Sementara Hakim Malanjum dalam penghakimannya menyatakan, isu utama kes itu adalah berkaitan hak penjagaan anak dan ia perlu dipertimbang dengan mengambil kira kebajikan kanak-kanak tersebut.

Menurut beliau, tindakan melarikan dua beradik itu ke luar negara adalah serius dan bukan sahaja menunjukkan Shamala gagal mematuhi perintah mahkamah, malah menidakkan hak bekas suami terhadap anak mereka.

Shamala diwakili oleh peguam Datuk Dr. Cyrus V. Dass manakala Muhammad Ridzwan diwakili peguam Muralee Menon.

Shamala berkahwin dengan Jeyaganesh C. Mogarajah mengikut undang-undang perkahwinan sivil pada 1998 tetapi empat tahun kemudian, Jeyaganesh memeluk agama Islam dengan nama Muhammad Ridzwan Mogarajah.

Muhammad Ridzwan turut menukar agama kedua-dua anak lelaki mereka yang ketika itu berumur tiga dan dua tahun kepada agama Islam tanpa pengetahuan dan persetujuan Shamala.

Shamala yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu kemudian ke Mahkamah Tinggi dan memperoleh hak penjagaan sementara menyebabkan bekas suaminya memfailkan pula permohonan hak penjagaan (Hadanah) di Mahkamah Syariah.

Muhammad Ridzwan berjaya dalam permohonan itu menyebabkan Shamala dikenakan waran tangkap di bawah undang-undang Islam kerana gagal hadir dan mengemukakan kedua-dua kanak-kanak tersebut.

Pada Julai 2004, Shamala memperoleh hak penjagaan penuh terhadap dua anak lelakinya itu dan diperintah untuk tidak mengajar agama kepercayaannya kepada kedua-dua anaknya itu atau memberi mereka makan babi.

Penghuni Gua : Ambil pengajaran darinya. Kita tunggu perkembangan lanjut kes ini !!!!

PETA PELAYAR