FOLLOWERS

Saturday 23 July 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PEMBELIAN SAHAM / BANK GUARANTEE !!!!!



[1994] 3 MLJ 551
Nik Sharifuddin bin Nik Kadir v Mohaiyani Securities Sdn Bhd
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — ORIGINATING SUMMONS
NO D4–24–29 OF 1993

Judges ZAKARIA YATIM J

Date 29 JUNE 1994
Citation [1994] 3 MLJ 551


Catchwords:


Contract — Guarantee — Banker’s guarantee — To secure due performance of remisier’s agreement — Whether unconditional guarantee payable on demand — Whether court could look at underlying contract and conduct of parties

Bahasa Malaysia Summary:


Plaintif adalah seorang remisier yang bekerja dengan defendant, sebuah syarikat broker saham. Mengikut perjanjian remisier di antara plaintif dan defendan, plaintif dikehendaki meletak wang sebanyak RM50,000 dengan defendan untuk menggerenti pelaksanaan wajar obligasi dan waadnya di bawah perjanjian itu. Bagaimanapun, defendan telah menerima suatu gerenti bank untuk jumlah tersebut sebagai ganti wang tunai. Plaintif kemudiannya telah membeli 44,000 saham bagi pihak pelanggannya. Mengikut terma perdagangan di BSKL, seseorang pembeli mempunyai tujuh hari untuk membayar harga belian sahamnya. Bagaimanapun, plaintif mengatakan bahawa sebelum tempoh tujuh hari itu luput, defendan telah menjual saham tersebut tanpa pengetahuannya ataupun pengetahuan pelanggannya, lalu menyebabkan suatu kehilangan keuntungan kepada pelanggannya itu dan suatu defisit di dalam akaun perdagangan plaintif. Defendan telah menulis surat kepada plaintif untuk meminta beliau menjelaskan defisit itu, jikalau tidak ia akan membuat tuntutan atas gerenti bank tersebut.

Plaintif telah memohon suatu perintah untuk menahan defendan daripada menunaikan gerenti bank itu atas dasar bahawa kalau tidak kerana tindakan defendan itu, tidak akan terdapat sebarang defisit di dalam akaun plaintif dan dengan demikian, defendan tidak berhak untuk ditanggung rugi. Defendan, sebaliknya, mengatakan bahawa plaintif telah membeli saham itu secara salah dan bahawa beliau tidak mempunyai kredit untuk menyokong pembelian itu. Isunya adalah sama ada gerenti bank itu merupakan suatu gerenti tanpa syarat yang mesti dibayar oleh bank apabila dituntut.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan plaintif:

(1) Gerenti bank itu tidak merupakan suatu gerenti tanpa syarat, berbeza daripada suatu gerenti pelaksanaan atau tuntutan yang mesti dibayar apabila dituntut tanpa bukti atau syarat. Ia diperlukan sebagai kolateral oleh defendan, iaitu sebagai suatu bentuk cagaran, untuk menggerenti pelaksanaan obligasi dan waad plaintif di bawah perjanjian itu. Lagipun, tidak terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa suatu tuntutan telah dibuat ke atas gerenti itu.

(2) Oleh kerana gerenti itu bukan tanpa syarat, mahkamah terpaksa melihat kepada perjanjian yang mendasari gerenti itu. Oleh sebab terdapat persoalan serius untuk dibicarakan berkenaan dengan kelakuan defendan di bawah terma perjanjian itu, defendan seharusnya ditahan daripada menunaikan gerenti bank itu. Imbangan kemudahan memihak kepada plaintif.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR