FOLLOWERS

Wednesday, 30 November 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KUASA MAHKAMAH / MELUCUT HAK HARGA BARANG TERKAWAL !!!!!



[1996] 4 MLJ 213
MP Machinery (M) Sdn Bhd v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA KINABALU) — CRIMINAL APPEAL NO
K41–14 OF 1995

Judges TEE AH SING JC

Date 5 DECEMBER 1995

Citation [1996] 4 MLJ 213



Catchwords:


Criminal Procedure — Forfeiture — Price control offence — Failure to indicate price — Whether court has discretion to forfeit goods seized — Whether goods seized were price controlled goods — Whether goods should be forfeited under s 407(2) Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) or s 14(2)(b) Price Control Act 1946 — Whether magistrate exercised his discretionary power to forfeit correctly

Bahasa Malaysia Summary
:


Perayu, seorang penjual runcit, telah dituduh di bawah perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 (‘Perintah itu’) kerana tidak melekatkan label, teg atau tanda harga pada beberapa barang runcit yang tertentu. Perayu mengaku bersalah dan telah didenda RM1,000 dan barang runcit yang menjadi perkara dalam pertuduhan itu telah dirampas dan dilucut hak oleh majistret di bawah s 407(2) Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) (‘KAJ’). Perayu merayu di atas alasan yang berikut: (i) bahawa majistret tidak mempunyai kuasa untuk membuat perintah perlucuthakan di bawah s 22 Akta Kawalan Harga 1946 (‘Akta itu’); (ii) bahawa majistret membuat kesilapan dari segi undang-undang dalam memutuskan bahawa barangan itu boleh dilucut hak di bawah s 407(2) KAJ itu kerana s 14(2)(a) dan (b) Akta itu berkaitan dengan perlucuthakan yang hanya digunakan ke atas barang harga terkawal manakala perkara dalam pertuduhan itu bukan barang harga terkawal; dan (iii) bahawa perintah perlucuthakan adalah berlebihan memandangkan faktor peringanan dalam kes itu.
Diputuskan:

Diputuskan, menolak rayuan itu:


(1) Di bawah s 14(2)(b) Akta itu, mahkamah mempunyai budi bicara sama ada untuk melucutkan hak mana-mana barang harga terkawal yang dirampas ataupun tidak. Barang yang disebut dalam pertuduhan di bawah A 3(1) Aturan itu adalah barang harga terkawal kerana Aturan itu dibuat di bawah kuasa yang diberikan oleh s 13(1)(d) Akta itu, dan s 14(4) Akta menyifatkan barang harga terkawal sebagai ‘mana-mana barang atau kelas barang yang mana pengawal harga telah ditetapkan tanda atal label untuk dipamerkan di bawah s 13(1)(d)’. Maka, majistret mempunyai budi bicara untuk memerintahkan perlucuthakan barang yang disebut dalam pertuduhan di bawah s 14(2)(b) Akta itu (lihat ms 216I, 217A–F; PP v Chu Beow Hin [1982] 1 MLJ 135 diikut).

(2) Walau bagaimanapun, majistret telah membuat perintah perlucuthakan di bawah s 407(2) KAJ. Dengan mengambil kira bahawa s 14(2)(b) Akta itu adalah peruntukan khas yang dibuat dalam statut khas, prinsip generalibus specialia derogant mesti dipertimbangkan dan oleh itu Akta itu menggantikan peruntukan am KAJ. Majistret sepatutnya menggunakan kuasa budi bicara perlucuthakan di bawah s 14(2) (b) dan bukannya s 407(2) KAJ. Dari alasan keputusan majistret itu, beliau telah menjalankan kuasa budi bicaranya untuk mengarahkan perlucuthakan dengan betul, dan dengan menjalankan kuasa kembalian, mahkamah boleh membuat satu perintah perlucuthakan di bawah s 14(2)(b) Akta itu (lihat ms 217G–I, 218A–C; PP v Chu Beow Hin [1982] 1 MLJ 135 diikut).]

Penghuni Gua
: Semoga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Tuesday, 29 November 2011

PENGKISAHAN MENGENAI LELAKI Y !!!!!!!

Dipetik dari : KLIK





Penghuni Gua
: (*&^%$#@!#$%^&*()_)(*&^%$#$%^&*()_(*&^%$#$%^&*()_)(*&^%REDFGHI(*&^%$#@puih%$#$%^7

HELLO SAIFUDDIN !!! ANDA GOLONGAN MANA?







Sekalipun Umno mentadbir negara ini sejak merdeka, ahli Majlis Tertingginya Datuk Saifuddin Abdullah mengakui parti itu masih dikuasai ahli yang dianggap sebagai hardliner atau beraliran keras.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu perlahan-lahan semakin mengecil dengan kehadiran golongan yang percaya pada tranformasi dan mahu membuat perubahan berdasarkan kehendak pucuk pimpinan parti.

Jumlah kedua-dua kumpulan itu kini masih lagi kecil, dan beliau berharap untuk melihat bilangannya bertambah.

"Sokongan terhadap reform (pembaharuan) - atau istilah yang Datuk Seri Najib (Razak) transformasi - saya lihat ia berlaku dalam tiga keadaan.

"Pertama, memang ada kumpulan dalam Umno yang percaya kepada tranformasi, dan mereka akan bercakap tentang tranformasi itu, sama ada Datuk Seri Najib bercakap ataupun tidak. Yang ini angkanya sangat kecil.

"Kedua, ada yang menyokong tranformasi, bila Datuk Seri Najib cakap. Bila Datuk Seri Najib cakap, dia akan sokong. Kalau Datuk Seri Najib tak cakap, dia tak sokong. Dan dia pun tak cakap.

"Yang ketiga dan lebih besar ialah (mereka) yang selesa dengan keadaan semasa dan merasakan apa yang Umno lakukan sudah memadai," kata Saifuddin ketika ditanya tentang cabaran pembaharuan Umno, yang terpaksa berdepan "orang lama" dan kumpulan "beraliran keras". Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Wah, wah, wah. Pandai betul MP ini menggolong-golong MP dan ADUN BN dan UMNO.

2. YB ini nak tunjuk pandai lebih. Sebab itu beliau selalu menaentang arus dan lidahnya dalam kebanyakkan masa merlidah pembangkang. Lebih tepat lagi lidah lelaki Y.

3. Bagi PG, MP ini pula tergolong dalam golongan keempat dan kelima. Iaitu golongan yang pandai bercakap dan kelimanya cakap lidah bercabang dalam banyak hal. Selalu tak mengaku apa yang telah dikatakan bila dikritik oleh MP kerajaan. maka dipusingnyalah dan akhirnya salahkan wartawan , kononya salah petik. Lihat ajelah kenyataannya dalam penagkapan siswazah semasa PRK atau pengantungan Aziz Bari. Selau campurtangan dalam otonomu Univerrsiti. Kemudian pusing balik bila ditegur oleh menteri atau rakyat terbanyak.

4. Boleh jalanlah Saifuddin. Anda tak siapa-siapa dalam UMNO pun. Dari dulu lagi pun iaitu dari UM lagi, lelaki Y lah sanjugan anda.

5. Kini dan selamanya pun, itulah anda. Kini menyorok sikit-sikit dan kemudian timbul sikit-sikit. Matlamat utama akhirnya ialah lekai Y jugalah destinasi politiknya. Kepada PM, singkirkan MP ini dari PRU 13.

Nota
: Lihat aje pendirianya. Isu BERSIH 3.0, isu Aziz Bari, Isu pelajar U yang ditangkap di PRK Ijok. hati-hati PM. Hati-hati dengan MP ini. Diani dua alam.

DISCO HALAL DI SERAMBI MEKAH !!!!!!!

Dipetik dari blog : Kickdefella



Penghuni Gua : Mereka ini cakap aje labih. Islam situ,Islam sini. Hudud itu, hudud ini. Amalan dan tindakannya , hampas aje. Modal air liur boleh lah.


2. fikirkan pengundi muda. Fikirkan perangai pemimpin dan parti politik yang banyak bercakap dari buatnya.


3. Fikirkan!!!!!!!!!!

SINGKIRKAN AJE YB MANGKOK NI !!!!!









Selain Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, sekurang- kurangnya tiga akta lain perlu dipinda bagi membolehkan mahasiswa terlibat dengan politik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya, tiga lagi akta yang perlu dipinda bersama adalah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996, Akta Institusi Pendidikan (Displin) 1976 dan Akta Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1976.

Tambahnya, pindaan terhadap akta tersebut perlu dilakukan bersama supaya pindaan AUKU dilihat "lebih konsisten". Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Kepada PM, singkir aje YB ini dari di calunkan dalam PRU 13. Dia ini suara lelaki Y.

2. Menteri /os dioa sendiri pun dia tak hormat. Otonomi U dicampuri setiap kali universiti nak ambil tindakan kepada pelajar atau pensyarah. Cakap kebebasan dan otonomi U. Tapi buatnya lain .

3. Ingat !!!! Namanya pun hangat dalam isu 16 sep. Dan memang betul pun. Dia ni pengikut totok lelaki Y di UM dulu dari 1981 ke 1984.

4. Singkirkan aje. Menyampah !!!!!!!!

Monday, 28 November 2011

CAKAP AJE BOLEHLAH !!!!!




Tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi perdana menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana jawatan itu harus disandang oleh pemimpin berbangsa Melayu, kata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Justeru, katanya, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi perdana menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua. Berita llanjut : KLIK

Penghuni Gua : Cakap boleh lah. Cakap politik aje. Ini semua hanya nak " damage control " yang dibuat oleh budak dungu Sam AMK hari tu yang mencabar UMNO pinda perlembagaan untuk tetapkan PM Malaysia hanya untuk Melayu. Hingga semalam, terpaksa lelaki Y buat kenyataan bahawa PM Malaysia boleh terdiri dari sesiapasahaja.

2. Lihat aje apa pemimpin DAP cakap sebelum dan semasa serta selepas 13 mei.Itu baru menang kerusi KL dan sedikit di Selangor. Habis nak halau orang Melayu.

3.Juga lihat sikap perkauman dan bencinya DAP kepada Melayu Islam di malaysia. Jika ada bukan Islam peluk Islam dan ada yang dah peluk Islam kemudian meninggal dunia , maka sibuklah DAP dan peguamnnya termasuk Karpal, membela dan memaki hamun kerajaan . Sejak dulu lagi. Sehingga Tun Mahathir bantai sekali baru senyap.

4. Tun Mahathir cakap, DAP dan pemimpinnya memang bencikan Melayu dan Islam. Sebab itu kalau bab berebut mayat atau ada remaja bukan Islam peluk Islam bukan main mereka ke depan.

5. Tetapi bila ada pengikut Hindu peluk agama buddha dan sebaliknya atau ada mayat buddha di kebumi ikut agama Hindu , tak ada pulak mereka nak lantang mengecam dan membelanya.

6. Seolah peluk Islam aje salah.Tanam cara Islam aje salah.!!!!

7. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan. Melayu dalam DAP dan India dalam DAP hanyalah lembu-lembu yang dicucuk hidung. Seberang tambak Johor adalah contoh terbaik untik gambarkan wajah DAP.

8. Fikirkan.!!!!!!!!!!!!

Sunday, 27 November 2011

(&^%e!@#$%^&*(%$#$^**^%$ MENYAMPAH !!!!!









SEOUL: Kira-kira 40 anggota polis Korea Selatan cedera apabila kumpulan penunjuk perasaan yang membantah perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat bertukar menjadi ganas.

Jurucakap Agensi Polis berkata, kira-kira 2,200 orang berkumpul dalam tunjuk perasaan itu dengan menumbuk dan menyepak polis ketika kejadian berkenaan di daerah Gwanghwamun Seoul petang semalam. Antara mereka yang cedera ialah Ketua Polis Daerah. Kebanyakan mereka mengalami kecederaan ringan. Polis mengarahkan kira-kira 8,000 anggotanya dengan puluhan bas polis bagi mengawal laluan ke tapak tunjuk perasaan berkenaan. - AFP

Penghuni Gua
: Inilah yang selalu kita semua takuti. Bila dibenarkan perhimpunan haram tanpa memperdulikan nasihat polis, maka inilah yang terjadi.

2. kemudian polis juga yang dikambing hitamkan. Negara porak peranda. Ahli politik bodoh memang tak peduli semua ini. Yang penting tercapai hajat mereka.

3. Sebab itu PG amat tak setuju dengan kelonggaran yang diberi oleh kerajaan untuk perhimpunan aman. Apa jaminannya?

4. Perhimpunan aman tak aman ke, kesemuanya menyusahkan kami semua yang tak terlibat ni.

5. Seba itu , PG naik menyampah sekarang ini, kerana kerajaan dilihat terlalu lembik. Hanya membuat sesuatu untuk kekal populis. Bukan untuk kepentingan negara. Kerajaan perlu berani ambil risiko jika nak negara maju dan aman,

6. Berlembut bukan jalannya. Fikirkan. Jangan jadi seperti zaman Pak Lah. Kita semua dah naik menyampah. Kemenangan lebih daripada biasa PR dalam PRU 12 bukan kerana kekuatan mereka ,tetapi gambaran rasa menyampah kami semua kepada Pak Lah dan Si Kitol tu!!!

7. Tak gitu ?

Nota
: Buat apa pun, puak lelaki Y ini macam tu juga. Jadi kerajaan jangan dok layan sangat !!!!!!

Saturday, 26 November 2011

SAKIT ADA MAKNA NI !!!!


Penghuni Gua :
Kes meliwat Saiful dah nak hampir tamat. Kes membuat lapuran palsu dalam vedeo seks pun dah nak mula dituduh di mahkamah. Itu yang makin sakit.

2. Sengaja buat momentum sakit. Bila di penjara mulalah buat permohonan untuk berubat ke luar negara.

3. Biasalah kaki auta. Lepas bebas, siap boleh menari lagi atas pentas ceramah . Sondol menyondol dah jadi kebiasaan.

4. Kaki auta katakan. Tak gitu ?

PARTI DAN YB PALING BODOH DI POLITIK MALAYSIA !!!!



Penghuni Gua
: YB berotak bodoh dan dungu. Dan inilah wajah parti ini sejak dan semasa 13 mei lagi. Menghina kaum lain adalah sikap sebenar parti ini. Mereka cuba sorok wajah sebenar mereka tetapi sedikit demi sedikit terpapar dan terlepas juga.

2. Fikirkan pengundi muda. Nak ke kita dipimpin oleh YB dan parti sebegini? Low class. Paling low class. Inilah parti paling perkauman di Malaysia sejak dulu. Dan mereka tak pernah berubah pun. 13 mei dulu hina, hanya menang sedikit, tetapi, orang melayu di hina seperti binatang oleh parti dan pemimpin parti ini.

3. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan. Mereka hanya mementingkan warna kulit. Lihatlah, adakah YB berkulit gelap dalam parti ini mendapat tempat? Lihat adakah Melayu dan India mendapat tempat? Tak ada. Mereka hanyalah melukut ditepi gantang. Dan hanya dilembukan oleh pemimpin dan parti ini.

4. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan!!!!!!!!!!!!!!Mereka tak akan berubah.................!!!!!

Friday, 25 November 2011

SAMSUL, SAMSUL , LAWAK TAK HABIS-HABIS !!!! KAH KAH KAH KAH







Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0.

Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul.

Katanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan.

"Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.

"Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya).

"Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini.

Sementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan.

"Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu.

Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Ha ha ha ha ha !!!! Samsul, Samsul. Anda pun nak buat lawak macam si Azmin Dayus tu juga rupanya.

2. Buatlah BERSIH 3.0 ke BERSIH 4.0 ke , BERSIH 5.0 ke!!! Apa hairan. Tak berbekas pun.

3. Dan kini kita tahu wajah BERSIH. Rupanya bukan nak bantu untuk baiki piliharaya tetapi adalah kuda tunggangan untuk lelaki Y dan politik PR. Itulah yang sebenarnya.

4. Jadi yang Amiga dok war-warkan, bahawa BERSIH bukan NGO politik adalah temberang. Semuanya adalah kuda tunggangan politik dan kuda tunggangan lelaki Y.

5. Ada Sam AMK ini juga adalah kuda tunggangan lelaki Y jugalah !!!! Buat lah demo wahai Sam. Siapa tak kenal Sam penakut ini. Hanya berada di belakang aje. Buat sibok untuk jadi calun PRU. Itu aje.


6. Sudahlah Sam. Jangan dok buat lawaklah!!!! Meluat !!!!!!!!!! Kah kah kah kah kah kah !!!!!

PM KE 7 ? KAH KAH KAH KAH KAH !!!!





Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menyatakan ikrar untuk terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum parti itu.

Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar.

"Kami anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

"Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah perdana menteri Malaysia yang ketujuh," katanya disambut tepukan kira-kira 1,500 orang perwakilan ketika menyampaikan dalam ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Kah kah kah kah. PM ketujuh? Kah kah kah kah !!! Lawak, lawak. Masuk Hollywood, boleh menang hadiah Grammy.


2. Nak lepas tengkok kes liwat dan kes zina/ lapuran palsu China Doll pun tak lepas, nak mimpi jadi PM ke 7.

3. Tolonglah Azmin. Jangan dok lawaklah. Nak pertahankan Selangor pun semput. Kalau PR Selangor gagah sangat, buatlah PRK untuk DUN Selangor awal. Berani ke ? Kalau dah kuat sangat apa nak takut bubar DUN awal?

4. Nak ke Putra Jaya? Nak lepas Sg Besi pun tersangkut-sangkut. Tak lepas pun. Kah kah kah kah.

5. Yang sebanrnya , bukan PM 7 tetapi menjadi PM Negara Sg Buloh SDN BHD kemungkinan besarlah. Ini yang pasti.

6. Hari ini Azmin ugut nak robohkan penjara Sg Buloh, kalau lelaki Y di penjarakan. Nak tengok jugak acah cacing Azmin ini. Nak di ISA pun , lari lintang pukang masa reformasi dulu. Eleh.......cakap nak pecahkan penjara..............Kah kah kah kah kah !!!!

7. Cakap boleh lah. Shamsidar berzina dengan lelaki Y dulu pun ( telah disahkan oleh pakar DNA bahawa terdapat air mani bersetubuh Shamsidar dan lelaki Y di Tivoli Villa ) Azmin tak berjaya nak halang. Ini nak pecah penjara? Kah kah kah kah kah !!!!

8. Jangan buat lawak bodoh lah Azmin. Jaga rumah tangga dan anak bini anda lagi baik. Kah kah kah kah kah kah !!!!

9. Tak gitu ?

10. PM ke 7? kah kah kah kah kah kah kah kah !!!!

INGAT APA YANG DAP BUAT DULU !!!!!!!!












Perbahasan untuk mansuhkan Proklamasi Darurat 1966,1969 dan 1977 di Dewan Rakyat pada Khamis menconteng arang di muka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang apabila dua ahli parlimen Bebas ‘hentam cukup-cukup’ Ketua Pembangkang dan penasihat DAP itu.

Puncanya, Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timor yang bangun membahaskan usul itu mempersoalkan kenapa kerajaan tunggu 34 tahun untuk mansuhkan proklamasi tersebut.

Bagaimanapun, ahli parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang turut membahaskan usul itersebut mengambil peluang menjawab soalan itu dengan meminta Kit Siang bertanya kepada Anwar jawapannya.

“Ipoh Timor patut tanya Anwar Ibrahim. Sejak 1982 hingga dipecat, beliau ada 14 tahun dalam kerajaan. Beliau pegang jawatan Ketua Pemuda, Naib Presiden dan kemudian Timbalan Perdana Menteri,”.

“Anwar patut cadang ISA dimansuhkan, begitu juga dengan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) serta undang-undang Darurat,” sindir Presiden Perkasa itu.

Menurut Ibrahim, isu ini hanya timbul sejak Anwar dipecat dari UMNO.

“Kalau dia (Anwar) cadang dulu lagi bukan macam sekarang, semua dah selesai,” kata Ibrahim.

Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin kemudian bangun mencelah dan mendakwa Kit Siang sengaja ‘spin’ isu itu dan lupa sejarah mengapa undang-undang Darurat dikuatkuasakan.

Menurut beliau, kewujudkan undang-undang itu adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah dil luar kawalan dan tindakan rasis yang melampau didalangi Ipoh Timor (merujuk Kit Siang) dan partinya pada masa itu.

Antara tindakan itu, saya nak baca, biar rakyat dengar balik apa mereka kata pada 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa masa itu adalah bermakna antaranya Mati Melayu..,” tegas Zulkifli.

Katanya, kenyataan lain dikeluarkan adalah,” dalam perhimpunan dan perarakan yang di buat dan kenyataan yang mereka buat pada 11 Mei (1969) di Bukit Bintang... Apa polis boleh buat, Mati Melayu, Sakai Pergi Masuk Hutan, pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah,.. KL sekarang Cina Punya, pada 12 Mei, Jalan Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Rahman...Melayu Balik Kampung, Melayu Sekarang Tiada Kuasa,”.

“Di Kampung Baru depan orang Melayu, ini kenyataan parti Ipoh Timor..Melayu Keluar, apa lagi duduk sini, Kita hantam Lu, Sekarang kita ada kuasa,”
ujar Zulkifli.

Pada masa itu Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar menegur Zulkifli kerana masa yang diperuntukkan kepada Ibrahim selama 10 minit hampir tamat.

Ibrahim sendiri nampak gelisah kerana Zulkifli terus berhujah mendedahkan apa dikatakan parti diwakili Ipoh Timor sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei.

Zulkifli kemudian mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berani melakukan anjakan dan transformasi politik ke arah demokrasi lebih matang.

Beliau kemudian mencabar Ipoh Timur dan partinya melakukan transformasi yang matang seperti dilakukan kerajaan dengan mengungkai proklamasi Darurat.

“Saya cabar Ipoh Timor antara dalang tercetusnya 13 Mei jadi ‘anak jantan’ meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas apa berlaku pada 13 Mei 1969 dan tidak mengulang perbuatan terkutuk tersebut,” tegasnya.

Wan Junaidi terus menegur Zulkifli dan berkata tidak gembira dengan apa diluahkan Zulkifli.

Bagaimanapun, Ibrahim yang meneruskan perbahasan menyokong apa didedahkan Kulim Bandar Bharu dan mahu ucapannya Zulkifli dimasukkan sebagai sebahagian ucapannya.

Lebih parah, Ibrahim kemudian berkata, waktu berlaku 13 Mei, ahli Ipoh Timor adalah Ketua DAPSY atau ketua pemuda DAP.

“Dia (Kit Siang) bangun nak menutup sejarah. Tapi dia lupa kita masih segar dalam ingatan sejarah,
” katanya.

Ibrahim kemudian meneruskan krutikan terhadap Anwar yang sebelum ini dalam perbahasan mendakwa proklamasi Darurat bertujuan menjatuhkan rakyat Kelantan.

“Pada waktu itu Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang adalah Pengerusi UMNO Kelantan, Dan waktu itu, PAS berada dalam Barisan Nasional. Krisis dalam parti PAS menyebabkan huru hara Kelantan. Kalau dituduh ini rancangan jatuhkan kerajaan negeri, Ketua Pembangkang menuduh Tengku Razaleigh sebagai penger usi UMNO negeri,” jelasnya.

Ibrahim turut menyatakan sokongan terhadap Akta Perhimpunan Aman dan pindaan AUKU.

Beliau mengakui sebagai orang terbanyak anjur dan terbabit tunjuk perasaan satu ketika dulu.

“Apapun, akta ini untuk izinkan rakyat Malaysia adakan perhimpunan dan aman. Ertinya menghormati kebebasan rakyat dan pada masa sama jamin perhimpunan aman,” katanya.

Katanya, orang yang menentang akta itu mengamalkan politik gila dan menghargai soal keamanan negara.

Menariknya, sama ada ketika Ibrahim atau Zulkifli berhujah, Dewan sunyi dan pasti kalau ada yang merah telinga adalah Anwar dan Kit Siang.

Itulah akibat men jolok sarang tebuan.- 24/11/2011-OLEH ROSLAN BIAN

Penghuni Gua
: Pengundi dan orang muda................... Inilah wajah DAP sebenar. Anda mungkin lupa dan tidak tahu wajah sebenar DAP. Tapi kami tahu. Kami hidup di zaman itu.

2. Itulah wajah dan perangai DAP sebelum 13 mei sehingga mencetuskan peristiwa bersejarah. Mereka hanya menyimpan kuku buat masa ini. Sampai masa mereka akan menunjukkan wajah mereka sebenar.

3. Wajah mereka ini hampir nampak semasa dapat memerintah Perak sekejap selapas PRU 12.

4. Ingat pengundi muda Melayu. Jangan tertipu dengan penyamaran DAP ini. Kami dah merasainya dan kami tak akan lupakan.

5. Ingat orang muda.. Ingat. Jangan kita menyesal dan disumpah anak cucu kita di kemudian hari kerana bersekongkonl dengan parti jahanam ini.

6. Lelaki Y tu jangan diharaplah. Dia semuanya boleh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 24 November 2011

MARINA !!!!! PESANAN UNTUK ANDA !!!!!!



Dipetik dari blog: Tun Dr Mahathir




1. Masyarakat mana-mana pun tahu adanya orang yang dilahirkan dengan jantina tidak menentu. Ada yang memiliki tubuh badan lelaki tetapi bahagian-bahagian tertentu lebih mirip kepada perempuan. Mereka dikenali sebagai pondan atau ponen dan ada yang sebaliknya, iaitu tubuh badan perempuan tetapi mirip lelaki.

2. Mereka diterima oleh masyarakat sejak dahulukala lagi tanpa banyak masalah.

3. Tetapi di Barat, kerana gerakan bagi mendaulatkan kebebasan (freedom), mereka ini digesa untuk menuntut hak supaya diiktiraf sebagai sejenis yang berlainan. Mereka juga manusia dan manusia mesti diberi kebebasan untuk melakukan apa sahaja.

4. Yang menjadi masalah ialah mereka yang tidak ada apa-apa kecacatan tetapi menuntut supaya larangan agama dan undang-undang terhadap perbuatan seks di luar tabii seperti meliwat dihalalkan.

5. Dari sini tuntutan diteruskan untuk bukan sahaja dihalalkan seks songsang tetapi juga perkahwinan sejenis, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Akhirnya perlakuan seks dibebaskan di Barat sehingga apa sahaja diterima oleh masyarakat sebagai hak seseorang manusia. Anak perempuan dan anak lelaki belasan tahun pun boleh tidur dengan siapa sahaja, melakukan apa jenis seks sesuka hati mereka. Tidak ada lagi anak dara atau teruna semasa berkahwin.

6. Kita banyak terpengaruh dan menerima pendapat dan nilai hidup serta adat resam Barat. Kita hidup dalam dunia yang berpusat kepada Eropah (Eurocentric). Kita terima sistem pemerintahan demokrasi umpamanya.

7. Tetapi perlukah kita turut dan terima segala-galanya yang dilakukan di Barat? Sebenarnya budaya dan nilai hidup Barat sudah runtuh, runtuh kerana terlangsung taksub dengan kebebasan (freedom). Apa sahaja yang hendak dilakukan oleh seseorang individu tidak boleh dilarang kerana larangan bermakna menidakkan hak asasi individu atau kumpulan.

8. Sesuatu yang dilarang oleh agama memang mempunyai sebabnya. Mungkin kita tidak kenal atau tahu sebabnya. Tetapi kita harus ingat penyakit HIV Aids dahulu tidak ada. Ia mula dikenali dikalangan mereka yang mengamalkan seks songsang di California, Amerika Syarikat, secara pilihan walaupun tidak ada kecacatan apa-apa. Sehingga kini tidak ada ubat yang boleh menyembuh penyakit HIV Aids. Mereka yang mengidap penyakit ini bukan sahaja akan musnahkan diri sendiri tetapi juga isteri, suami dan anak cucu. Mereka tidak akan hidup sempurna.

9. Manusia yang bertamadun tidak menurut nafsu semata-mata. Budaya Barat menggalakkan manusia mengikut nafsu. Kebebasan bagi mereka bermakna apa sahaja yang didorong oleh nafsu tidak boleh ditegah oleh agama atau undang-undang manusia.

10. Sifat ini adalah sifat haiwan. Manusia memiliki akal fikiran. Orang yang bertamadun menggunakan akal fikiran untuk menghalang diri dari terikut-ikut dengan nafsu. Sebabnya nafsu perlu dibendung ialah sesuatu yang tidak baik akan menimpa mereka yang mengikut nafsu. Tamadun yang utamakan nafsu akan runtuh akhirnya.

11. Kita sedang melihat keruntuhan akhlak dalam masyarakat Barat. Sementara agama mereka melarang seks songsang, paderi mereka secara terbuka mengamalkan seks songsang. Mereka ditugaskan untuk mengahwini sepasang lelaki dan perempuan. Apakah maknanya apabila mereka menasihati pasangan itu supaya setia kepada masing-masing. Sesungguhnya institusi perkahwinan dan kekeluargaan sudah luput dalam masyarakat Barat. Ramai daripada mereka tidak tahu siapa bapa mereka. Kemungkinan besar akan berlaku perkahwinan atau hubungan seks antara adik dengan abang, kakak dengan adik, bapa dengan anak, anak dengan ibu.

12. Mereka yang taksub dengan kebebasan akan berkata apa salahnya jika ini berlaku. Percayalah, masyarakat selepas ini akan dipenuhi dengan manusia yang cacat tubuh-badan, cacat akal fikiran dan besar kemungkinan aneka jenis penyakit baru akan menyerang msyarakat itu.

13. Sementara kita akui ada manusia yang jantina mereka tidak jelas, janganlah kerana ingin tidak memencilkan mereka, kita terima amalan Seksualiti Merdeka atau Free Seks dalam masyarakat kita. Amalan ini bukan sahaja berdosa tetapi akan runtuhkan masyarakat kita.

Penghuni Gua
: Pesanan untuk anda dan mereka yang sejenis dengan anda Marina. Bukan dari orang lain. Tapi dari bapa anda dan bapa kami.

2. Taubatlah. Hentikanlah dari memalukan bapa anda dan negara dengan gerakan bodoh dan songsang ini. Niat anda mungkin baik dan tak seperti yang diperkatakan tetapi niat sebenar mereka yang mempergunakan anda atas kebodohan anda tu yang tak betul dan ada tujuan tersirat serta jangka panjang. Itu yang anda tak dapat baca.

3. Gerakan yang anda ceburi ini mempunyai matlamat jangka panjang. Jangka panjang nanti , maka ramai lagi lelaki Y akan lahir dan terbentuk sebegitu. Nak ke ?

4. Taubat ajelah!!!!!!!!!!!!!!!!!

SINGA TUA MASIH BERGUNA : ZAM !!!!

Hanging Point Sipadan









Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun belum menampakkan bukti jelas pemulihan perpaduan dan sokongan rakyat terutama sekali daripada masyarakat Cina tetapi gegaran kerja kerasnya siang dan malam dengan pelbagai program transformasi ekonomi, sosial dan politik telah dapat dirasakan oleh rakyat.

Umum melihat Najib lebih mengutamakan strategi ekonomi untuk kemenangan politik kerana yang akan memberikan sokongan dalam pilihan raya kelak adalah masyarakat umum berbilang kaum yang dapat merasakan kehidupan mereka lebih diutamakan.

Ini dibuktikan oleh kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dapat keluar dengan kejayaan besar dari dua pilihan raya umum dalam keadaan yang tercabar oleh taufan politik dalaman dan serpihan UMNO; Parti Semangat 46 dan kemudiannya dari Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri yang disingkirkan.

Kejayaan strategi politik dan ekonomi atas keberanian mengambil risiko telah menanam perasaan bangga dan keyakinan tinggi di kalangan rakyat.

Kekuatan ekonomi dan politik yang dipulihkan dan diwariskan ketika persaraannya menyebabkan rakyat mulai bermimpi untuk mendapat sebuah kerajaan uthopian dan melihat Abdullah Badawi yang berimej agama sebagai paling layak untuk menyempurnakan janji Dr. Mahathir untuk menegakkan sebuah kerajaan yang Bersih, Cekap dan Amanah (BCA).

Kejayaan gilang-gemilang BN dalam Pilihan Raya Umum 2004 melonjak keyakinan dan semangat penggantinya Abdullah untuk mencipta era baru dengan dasar liberalisasi sekali gus memberikan gambaran bahawa demokrasi yang berjalan sekian lama di negara ini hanyalah setengah masak.

Bagaimanapun oleh kerana liberalisasi itu diisytiharkan tanpa persediaan untuk menguruskannya dengan baik telah menyebabkan rakyat merasakan “sekali merdeka, merdeka sekali” dan meruntuhkan asas-asas perpaduan yang dibina sejak merdeka.

Media cetak pelbagai bahasa di negara ini termasuk yang dipunyai oleh parti pemerintah sendiri menjuarai kebebasan baru ini dalam keadaan euphoria.

Kumpulan New Straits Times (NST) di bawah pimpinan baru merayakannya dengan penyiaran berita rencana dan surat-surat forum yang tidak lagi menampakkan keprihatinan terhadap dasar UMNO dan orang Melayu yang menunjang kerajaan.

Liberalisasi baru telah mendedahkan perasaan terpendam sekian lama di akhbar-akhbar bukan Melayu sehingga kepada peringkat memijak Perlembagaan, kontrak sosial, kedudukan agama Islam dan sebagainya yang sebelumnya dihormati dan dipatuhi.

Pelbagai langkah dijalankan untuk memadamkan program-program ekonomi dan politik yang diwariskan oleh Dr. Mahathir dengan keyakinan bahawa Abdullah akan dapat mencipta sejarah menerusi kebebasan baru.

Penasihat NST, Kalimullah Hasssan menulis dalam New Straits Times, Ahad 26 Februari 2006 yang diterjemahkan ke Berita Minggu pada hari yang sama di bawah tajuk Erti Sebuah Persahabatan: “Kita kini berada di bawah era baru kepimpinan negara diterajui insan lebih mesra yang sedia mendengar suara rakyat, penyalahgunaan kuasa berkurangan, institusi kehakiman dan perundangan kembali meniti kegemilangan seperti yang pernah dikecapi, ketelusan dan juga kebebasan lebih meluas.”

Ini adalah tamparan secara langsung kepada Dr. Mahathir.

Terdahulu selepas sahaja kemenangan besar BN pada PRU 2004 Kalimullah terus membela Anwar. Dalam tulisannya di NST pada 5 September 2004, beliau meminta rakyat dan UMNO khususnya, berbaik semula dengan Anwar yang baru dibebaskan di bawah tajuk “Buang yang keroh”. Pasport dihantar kepada Anwar untuk dirawat “sakit tengkok” di luar negara yang menimbulkan reaksi marah di kalangan rakyat, khususnya ahli-ahli UMNO.

Katanya " sesetengah pihak menganggap pemecatan Anwar adalah usaha untuk menyingkirkan pesaing utamanya bagi membolehkan Dr. Mahathir terus berkuasa.

“Episod buruk sejarah ini perlu ditutup tidak kiralah bagaimana masa depan menterjemahkannya dengan harapan kita mendapat pengajaran darinya. Jika tidak ia akan menjadi satu lagi tragedi buat kita dan negara” kata Kalimullah.

Seterusnya dalam tulisannya bertajuk Erti Sebuah Persahabatan itu juga, Kalimullah menyifatkan Mahathir sebagai ‘singa sarkas tua’.

Katanya: “Kami juga pelajari apabila masa lemah, si dubuk tua dan singa sarkas pencen pun tiba-tiba mendapat suntikan tenaga baru untuk menentang buruan tidak berdaya”.

Serangan ini yang mendapat tindak balas daripada Dr. Mahathir telah menyebabkan wujudnya keadaan tidak harmoni dalam parti, perpecahan antara pencinta Dr. Mahathir dan penyokong Abdullah yang melibatkan juga kekacauan sikap rakyat terutama dalam masyarakat Melayu.

Mereka yang waras dan tidak mempunyai kepentingan politik atau yang di luar UMNO tidak dapat memejam mata terhadap tugu-tugu kebaktian Dr. Mahathir dalam pemerintahannya lebih 20 tahun.

Walaupun perpecahan dalam parti tidak kelihatan tetapi pada orang ramai, khususnya pemimpin-pemimpin dan ahli parti merasa tidak selesa dan bimbangkan kesannya pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menjelang Pilihan Raya Umum 2008 keadaan menjadi semakin buruk walaupun di permukaan nampak tenang. TV3 menjuarai peranan menjalankan perang saraf bagi memburukkan wakil-wakil rakyat yang telah disenarai hitamkan bagi diganti dengan calon mereka sendiri tanpa mengambil kira kesan menyeluruh kepada parti.

TV3 dipergunakan sepenuhnya untuk tujuan itu dengan mendedahkan kelemahan dan kepincangan di kawasan wakil-wakil rakyat BN sendiri yang akan digugurkan.

Tidak pernah sebelumnya cara ini dilakukan kerana kesannya bukan sahaja kepada wakil rakyat berkenaan tetapi merosakkan imej kerajaan dan parti pada keseluruhannya dan melibatkan jentera kerajaan.

Oleh kerana hal ini dilakukan ketika hampir dengan pilihan raya maka tentunya langkah memperbaikinya tidak dapat dilakukan dengan serta-merta seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Yang paling dahsyat dan kejam sekali mempamerkan keadaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dalam keadaan yang daif kerana serangan angin ahmar untuk mendorong beliau berhenti dan digantikan.

Pada masa sama, RTM melaporkan mengenai pembangunan di kawasan-kawasan Parlimen untuk mendedahkan kepada rakyat pembangunan setempat tetapi tidak dapat menyaingi laporan negatif TV3 yang mempunyai penonton lebih 3 juta sedangkan RTM tidak melebihi 500,000 penontonnya bagi program bersifat dokumentari atau berita.

Bagaimanapun Abdullah membawa parti kepada Pilihan Raya 2008 dengan penuh keyakinan berasaskan sokongan media kepadanya tanpa menyedari kesan kekeruhan hubungannya dengan Dr. Mahathir. Beliau meyakini sikap diamnya tidak menjawab kecaman Dr. Mahathir mendapat simpati ramai.

Tindakan Dr. Mahathir keluar dari parti selepas tsunami 2008 dan usaha gigih membawanya kembali kepada parti oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO membuktikan betapa beliau masih berharga dan disayangi oleh parti sekalipun telah dihina oleh wartawan-wartawan yang menyokong komplot untuk menunjukkan bahawa beliau tidak relevan lagi.

Kritikan keras, tajam dan pedas Dr. Mahathir terhadap kepimpinan Abdullah mengenai rasuah, penyelewengan dan kronisme telah merendahkan pandangan rakyat terhadap BN.

Dr. Mahathir sendiri mengakui dalam suatu ucapannya di sebuah hotel di Petaling Jaya selepas tsunami politik 2008 bahawa beliau tidak menjangka kesannya kepada BN begitu parah sekali.

Dr. Mahathir tidak dapat menafikan bahawa beliau turut menyumbang kepada kekalahan parah itu kerana setiap katanya tetap dipercayai dan diminati oleh kebanyakan rakyat.

Tindakannya keluar UMNO adalah suatu pembedahan yang diperlukan untuk dirinya dan juga untuk menyelamatkan UMNO daripada keadaan yang lebih memudaratkan.

Selain dari fakta krisis Mahathir-Abdullah yang menyebabkan rakyat berada dalam kebingungan, penyiaran langsung perdebatan dalam Perhimpunan Agung UMNO di PWTC dari 5 hingga 9 November 2007 oleh Astro telah membawa malapetaka kerosakan imej baik UMNO di kalangan bukan Melayu yang dibina berpuluh tahun dalam sekelip mata sahaja.

Penyiaran itu menggemparkan masyarakat Cina oleh perbahasan-perbahasan yang bersifat sentimen Melayu dan agama walaupun hakikatnya hal ini bukanlah kali pertama, sebaliknya berlaku pada setiap kali Perhimpunan Agung UMNO malah berlaku juga di mesyuarat parti politik bukan Melayu.

Wartawan-wartawan akhbar bahasa Cina yang berpengalaman membuat liputan berasa Perhimpunan Agung UMNO tidak lagi mengejutkan mereka kerana mereka telah terdidik untuk mengenali yang sensitif atau tidak.

Mereka melakukan penapisan sendiri untuk menulis apa yang wajar atau diketepikan demi memelihara prasangka baik antara kaum.

Kebanyakan wartawan dari akhbar semua bahasa berhati-hati dalam penyiaran laporan perdebatan panas di Perhimpunan Agung UMNO.

Selain itu, para pengarang mereka juga turut mengawal tetapi siaran langsung Astro adalah ibarat memberikan lesen kepada seluruh media menyiarkan semua perbahasan tanpa penapisan untuk membuktikan bermulanya suatu era baru kebebasan di Malaysia.

Perwakilan juga tidak boleh disalahkan kerana mereka tidak diberitahu mengenai adanya siaran langsung perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO itu.

Kejadian ini telah memberikan senjata yang besar dan sangat berkesan kepada parti-parti pembangkang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum terutamanya masyarakat Cina tentang perkauman UMNO. Sekali gus siaran langsung itu menghitamkan imej UMNO yang kesan kekotoran amat sukar untuk dibersihkan hingga ke hari ini.

Untuk mengawal kerosakan ini maka usaha memperbaiki semula imej UMNO dilakukan sehingga kepada peringkat Pemuda UMNO meminta maaf kerana menghunuskan keris yang selama ini menjadi lambang kebanggaan dan nasionalisme UMNO. Permohonan maaf ini disiarkan di muka depan NST dan Berita Harian dalam bentuk rencana pengarang.

Kepada rakyat, UMNO terlihat sebagai parti yang dalam ketakutan untuk menyuarakan hak dan mempertahankan maruah bangsanya.

Suatu perkara lagi yang mungkin tidak disedari atau tidak diberikan perhatian dan tidak diperkatakan ialah BN menghadapi Pilihan Raya 2008 tanpa penyebaran manifesto.

Pada mulanya percetakan manifesto itu diserahkan kepada Syarikat Utusan Melayu tetapi “diculik” dengan bijak untuk dicetak oleh sebuah percetakan akhbar lain tetapi hanya segelintir kecil sahaja calon yang mendapatnya.

Kebanyakan calon tidak pernah melihatnya langsung kecuali mengetahui pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri menjelang beberapa hari lagi sebelum pilihan raya.

Sama ada manifesto itu dicetak dalam jumlah yang diperlukan atau dicetak hanya sebagai contoh untuk pengumuman tidak diketahui keadaan sebenarnya hingga hari ini tetapi yang pasti sebahagian besar calon tidak menerimanya.

Inilah pertama kali berlaku pilihan raya umum tanpa penyebaran manifesto parti pemerintah. Khabarnya manifesto itu sukar untuk difahami kerana ditulis oleh orang yang sangat tinggi akal fikirannya.

Dalam suasana kebebasan baru yang serba pincang inilah BN memasuki Pilihan Raya Umum 2008 dan menerima padah yang paling buruk dalam sejarahnya.

Bagaimanapun nampaknya pilihan raya umum kali ini akan dihadapi dengan persediaan yang cukup rapi dan semangat yang tinggi. Media yang didukung oleh parti terutama TV3 juga telah menunjukkan proaktif, faham dan komited terhadap tanggungjawabnya untuk memulihkan keyakinan rakyat.

Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak telah memulihkan keyakinan orang Melayu yang merosot kepada UMNO di zaman Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman kerana sikap tolak ansur menerusi strategi ekonomi dan keselamatan.

Dr. Mahathir membina pemodenan negara di atas kestabilan ekonomi dan politik yang diasaskan oleh Tun Razak.

Najib mengambil tanggungjawab kepimpinan negara dalam keadaan kerajaan hilang kuasa dua pertiga dan keruntuhan asas dan tunjang kekuatan negara yang dibina oleh ayahnya.

Jika beliau dapat mengeluarkan negara daripada krisis keyakinan ini kepada kedudukan yang lebih mantap, maka rakyat pastinya akan menobatkannya sebagai seorang lagi pemimpin dalam barisan terbilang kerana dapat membina semula negara daripada keping-keping perpecahan dan keruntuhan.

Dr. Mahathir sekalipun membuat teguran keras terhadap beberapa kelemahan kepimpinan Najib tetapi beliau sendiri pada peringkat ini tidak menampakkan keyakinan kepada orang lain yang lebih layak dan lebih berdaya untuk memimpin UMNO dan negara.

Teguran dan kritikan oleh pemimpin yang dianggap sebagai singa sarkas tua ini adalah lebih kepada untuk mengingatkan Najib supaya mengenali kelemahan dan kepincangan yang masih wujud daripada hanya mendengar cerita-cerita indah bagi memastikan agar Najib boleh meneruskan kepimpinan negara dalam suatu keadaan yang lebih meyakinkan.

Ngauman “Singa Tua” masih menggegarkan.


TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN ialah

Karyawan Tamu Institut Pemikiran

Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia

Wednesday, 23 November 2011

CONTOHI THAILAND !!!!!!!








BANGKOK: Mahkamah Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menghina pemerintahan beraja.

Ampon Tangnoppakul, 61, dijatuhkan hukuman penjara di bawah undang-undang ketat lese-majeste Thailand, iaitu kesalahan membabitkan keluarga diraja negara itu. Mahkamah Jenayah Bangkok, berkata Ampon didapati bersalah menghantar SMS kepada setiausaha peribadi bekas perdana menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, dalam tiga tarikh berlainan pada Mei 2010. Ampon ditahan Ogos tahun lalu dan mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dikenakan ke atasnya ketika perbicaraan berlangsung. - AFP

Penghuni Gua
: di Malaysia pun, wajib dibuat begitu. Biar mereka yang besar kepala ini tahu langit tu tinggi ke rendah.

BERUK-BERUK DI PARLIMEN PERAK !!!!!


Penghuni Gua
: Lakonan beruk-beruk berhormat di Parlimen Perak. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan. Masa beruk ini memerintah, tanah diberi percuma dengan pajakan 999 tahun.Bukan seekar dua, tetapi beribu ekar. Tak pernah dibuat orang.

BANDARAYA ISLAM ? KAH KAH KAH KAH KAH !!!!


Penghuni Gua : kah kah kah kah !!!!! Bandaraya tahi minyak ada le !!!! Kah kah kah . Cakap aje lebih. Nak lanjut lihat : KLIK

NAK BANTAH APANYA !!!!!








Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam sama sekali bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini, kata bagi AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

Menurut Mohamed Hanipa (kiri) yang juga seorang peguam, tindakan menamakan rang undang-undang itu sebagai Akta Perhimpunan Aman sedangkan hakikatnya melarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan kerajaan BN Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas rakyat. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Apa nak sibok lagi ni. Akta tersebut bertujuan nak menjaga ketenteraman awam. Hanya perlu hantar notis sahaja. Dan syarat-syarat dalam keadaan apa pun mesti ada. mana ada kebebasan mutlak.

2. Takkan nak buat depan masjid, kuil dan depan hospital. Lainlah kalau sengaja pihak PR nak buat di situ untuk salahkan polis pulak bila ditembak dengan gas pemedih mata. Selalunya begitulah. Tempat-tempat tersebut dipileh oleh mereka untuk membuat hal bagi salahkan polis dan kerajaan.

3. Mereka bantah akta ini kononnya menyekat kebebasan berhimpun. Tetapi bila ada pihak berdemo depan komtar dan depan pejabat MB Kelantan dan MB Kedah serta MB Selangor , tahu pulak mereka marah dan minta pihak polis suraikan perhimpunan haram ini.

4. Mungkin perhimpunan haram hanya halal untuk mereka , dan haram pihak lain buat ke atas mereka.

5. Inilah otak parti sampah ini kot? Otak Maidin........................................ Sudahlah ................

Tuesday, 22 November 2011

MALAYAN LAW JOURNAL :SAKSI PAKAR / IMBANGAN KEBERANGKALIAN !!!!!



[1996] 4 MLJ 121
Pendakwa Raya lwn Sanusi bin Ismail
Case Details:

Malaysia MAHKAMAH TINGGI (KOTA BAHRU) — PERBICARAAN
JENAYAH NO 45–17–1993

Judges NIK HASHIM PK

Date 30 NOVEMBER 1995

Citation [1996] 4 MLJ 121


Catchwords:


Keterangan — Saksi-saksi pakar — Analisa bahan oleh ahli kimia — Sama ada ujian-ujian yang dijalankan oleh ahli kimia ke atas bahan tumbuhan untuk menentukan sama ada ianya ganja adalah teratur — Sama ada berat contoh yang diambil mencukupi untuk membuat analisa kimia untuk pengesanan ganja

Undang-Undang Jenayah — Akta Dadah Berbahaya 1952 — s 39B(1)(a) — Mengedar dadah merbahaya — Anggapan memilik di bawah s 37(d) dan anggapan mengedar di bawah s 37(da) — Sama ada anggapan-anggapan itu telah dipatahkan atas imbangan kebarangkalian — Sama ada pendakwaan telah membuktikan kes tanpa keraguan munasabah

Facts:


Tertuduh didapati membawa 882.3g dadah merbahaya iaituganja dalam suatu bungkusan di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan. Maka, tertuduh menghadapi tuduhan mengedar dadah di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta itu’). Ganja itu telah diperiksa oleh ahli kimia (‘SP1’) yang memeriksa dan menjalankan ujian ke atas bahan tumbuhan (‘E1A dan E1B’) itu secara berasingan. Empat jenis ujian telah dijalankan olehnya iaitu: (i) pemeriksaan fizikal; (ii) mikroskopik; (iii) ujian ‘dequenois levine test’ (‘DLT’); dan (iv) ujian ‘thin layer cromatography’ (‘TLC’). Mengenai ujian DLT dan TLC, SP1 telah mengambil 32 contoh E1A dan E1B yang berjumlah 144.02g secara rambang dan dapati positif menunjukkan ada resin ganja pada bahan tumbuhan tersebut. Berdasarkan kepada keputusan keempat-empat ujian tersebut dan dengan mengambil empat keputusan secara sekaligus, SP1 mengesahkan bahawa E1A dan E1B adalah ganja seperti yang ditakrifkan di bawah s 2 Akta itu. Pembelaan mendakwa bahawa SP1 sepatutnya mengambil 64 contoh untuk membuat kedua-dua ujian DLT dan TLC itu, bahawa berat contoh yang kurang dari 200g tidak dapat menimbulkan anggapan mengedar dan bahawa barang kes telah diganggu gugat. Juga, tertuduh mengatakan dalam pembelaan bahawa dia tidak mengetahui langsung adanya ganja di dalam bungkusan itu dan dia telah diperalatkan oleh seorang bernama Rahim.


Holdings:
Diputuskan, menyabit tertuduh dan menjatuhkan hukuman mati mandatori:


(1) Tidak terdapat keraguan mengenai ujian yang dijalankan oleh ahli kimia ke atas E1A dan E1B kerana kesemua empat ujian dibuat secara berasingan dan keputusan ke atas E1A dan E1B adalah sama dan bahan tumbuhan dari kedua E1A dan E1B adalah ganja seperti yang ditakrif di bawah s 2 Akta itu (lihat ms 127E–F).


(2) Berat contoh yang diambil cuma perlu mencukupi atau memadai sebagai contoh perwakilan bagi tujuan membuat analisa kimia ke atas bahan tumbuhan untuk pengesanan ganja di bawah takrifan s 2 Akta itu. Walau bagaimanapun, tiada peruntukan atau autoriti yang khusus mewajibkan ahli kimia membuat analisa dengan menggunakan 100% bahan tumbuhan yang ada bagi tujuan pengesahan ganja seperti ditakrif di bawah s 2 Akta itu. Dengan itu, mahkamah berpuashati dengan keterangan dan hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh ahli kimia tersebut tanpa sebarang keraguan walaupun barang tumbuhan yang diuji hanya 144.2g daripada berat bersih 882.3g itu (lihat ms 128B–D, F–G; Leong Bon Huat lwn Pendakwa Raya [1993] 3 MLJ 11 dibeza, PP v Mohamad bin Ambunani [1994] 4 CLJ 871 dan PP v Alex bin Hamzani [1995] 3 CLJ 102 tidak diikut).

(3) Penjagaan dan kawalan ke atas barang kes tidak terputus dari mula ia dirampas oleh polis hingga ia dikemukakan di mahkamah. Maka, tidak mungkin barang tuduhan tersebut boleh diganggu gugat. Juga, kegagalan pendakwa memanggil Ketua Polis Daerah sebagai saksi tidak menyebabkan rangkaian keterangan terputus kerana kehadirannya tidak perlu (lihat ms 128G–H; Mohd Osman bin Pawan v PP [1989] 2 MLJ 110 dan Su Ah Ping v PP [1980] 1 MLJ 75 diikut).

(4) Perkara-perkara yang bercanggah di antara keterangan saksi pendakwaan adalah perkara-perkara kecil dan tidak menyentuhi apa-apa perkara pokok ataupun penting. Dengan itu, kes pendakwa dan kebolehpercayaan saksipendakwa tidak terjejas langsung (lihat ms 128I).
(5) Keterangan perbualan di antara tertuduh dan Ketua Insp Ahmad Kamaruddin bin Abdullah yang dikemukakan oleh pihak peguambela tidak dapat diterima oleh mahkamah di atas sebab maklumat dan pengakuan tertuduh tersebut dilakukan selepas tertuduh ditangkap dan tidak beramaran. Oleh itu terdapat percanggahan mengikut peruntukan di bawah s 37A Akta itu (lihat ms 129A–D).

(6) Selepas penilaian maksima ke atas segala keterangan, didapati pendakwaan telah berjaya mengadakan kes di bawah s 180 Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6). Juga, anggapan-anggapan di bawah s 37(d) dan (da) Akta itu wujud. Untuk mematahkan anggapan-anggapan dibawah s 37(d) dan (da)(vi), pembelaan haruslah mematahkannya di atas imbangan kebarangkalian. Tertuduh hanya menafikan keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi tanpa keterangan lain untuk mengeluarkan dengan munasabah keterangan pendakwaan dan ini adalah tidak mencukupi. Juga, kewujudan Rahim, sekiranya ada, tidak membawa apa-apa kesan kepada kes pendakwa kerana kes pendakwa berasaskan milikan dan pembawaan bukan kepada kepunyaan ke atas ganja itu. Oleh itu, pembelaan telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan ke atas pembawaan ganja. Dengan itu, anggapan-anggapan milikan serta pengedaran cannabis wujud di bawah s 37(d) dan (da)(vi). Pendakwaan telah membuktikan kesnya tanpa keraguan munasabah. Maka, hukuman mati mandatori dijatuhkan ke atas tertuduh (lihat ms 131C, G–I, 132A–C).

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Monday, 21 November 2011

SENANGNYA NAK MURTADKAN ORANG !!!!!!



Penghuni Gua
: Eh eh eh eh. Senangnya memurtadkan orang. Bertaubatlah Bob. Bertaubatlah. Cukup-cukuplah nak kafir dan memurtadkan orang.

2. Kalau ye pun, mereka tak sembahyang, baik doakan agar mereka terbuka hati mereka untuk sembahyang di sepanjang perjalanan. Bukan menghukumkan mereka murtad.

3. Cara anda tu, bukannya baik untuk islam pun. Memburukkan nama Islam adalah. Seruan anda tu betul cuma tak bijak sana.

4. Apa komen ulama PAS mengenai fatwa murtad terhadap orang Johor yang berulang alik bekerja di Singapura dan dikatakan tak sembahyang suboh. Betul ke fatwa tu? Bob ada bukti ke mereka tak sembahyang?

5. Main tuduh pakai serkap jarang aje mana boleh. Mana buktinya. Dah le bukti vedeo dikatakan besi , bisu dan pekak.
6. Meluat dengan mereka yang bertopengkan lebai Islam tetapi mulut dan perangai mereka, Ya Allah................tak sanggup nak dengar. Macam mulut baghal pun ada ...............................Baik anda pergi belajar lagilah Bob. Baru boleh cakap .................

CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!!!!!!!!!!!!!!!!









Keputusan sama ada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan dibubarkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat akan hanya dibuat selepas perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat.

Justeru, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beliau tidak akan tergesa-gesa membuat sebarang keputusan kerana keadaan mungkin berubah mengikut senario semasa. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Cakap berani sangat. Berdegar-degar. Sikit-sikit desak kerajaan bubarkan parlimen. Sikit-sikit desak kerajaan tubuhkan kerajaan sementara , ketika PRU berlangsung.

2. Rupanya penakut nak PRU. Selama ini berani sangat. Kalau dah kuat, bubarlah DUN-DUN negeri PR dan tubuhkan badan bebas sementara PRU/ PRK beralngsung. Tahu pulak takut.

3. Seperti PG selalu cakapkan, mereka ini berani tahi minyak aje. Sebenarnya, mereka dah tahu dan merasakan sokongan rakyat kepada mereka semakin mengecil. Menang dulu pun , bukannya mereka kuat tetapi UMNO berpecah kerana Pak Lah yang lemah. Memang kami pun benci pada Pak Lah dan menantunya itu.

4. Itu sahaja sebabnya. Bukan mereka kuat pun.

5. Bubarlah DUN awal kalau berani sangat. Juga , tubuhkanlah kerajaan berkecuali sementara PRU/ PRK berlangsung............ Berani ke ? Selangor, Penang dan Kedah............. Sama aje. Penakut rupanya !!!!!

Sunday, 20 November 2011

PANDIR-PANDIR AGAMA ISLAM !!!!!!










WANITA Arab Saudi sejak sekian lama diwajibkan menutup muka dan seluruh tubuh ketika keluar di khalayak ramai.Peraturan baru bagi elak pergaduhan

JEDDAH: Wanita yang mempunyai mata menarik mungkin dipaksa menutupnya dengan kain menerusi peraturan Arab Saudi yang baru. Akhbar The Daily Mail melaporkan negara Islam konservatif itu berkata pihaknya mempunyai hak menyekat wanita daripada mendedahkan mata yang cantik dan memukau. Cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan. - Laporan laman web berita Bikya Masr Jurucakap Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi, Sheikh Motlab al Nabet, berkata cadangan melaksanakan undang-undang itu akan dibentangkan secepat mungkin.

Wanita Arab Saudi sejak sekian lama memakai jubah hitam atau abaya yang menutup rambut serta badan dan di sesetengah wilayah menutup muka di khalayak ramai.

Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka berdepan hukuman termasuk denda dan sebat.

Satu laporan dalam laman web berita Bikya Masr memberitahu cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa terbabit terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan.
Wanita itu sedang berjalan dengan suaminya yang berakhir dengan beliau ditikam dua kali selepas berlaku perbalahan.

Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar beberapa kali didakwa melanggar hak asasi manusia. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 1940, berfungsi memastikan undang-undang Islam tidak dicabuli di Arab Saudi.

Pada 2002, jawatankuasa itu enggan membenarkan sekumpulan pelajar keluar dari sekolah yang terbakar di Makkah kerana tidak memakai tutup kepala dengan betul.
Keputusan itu dilaporkan mengakibatkan kematian 15 pelajar.

Mereka turut melarang wanita memandu dan tidak dibenarkan berjalan tanpa ditemani penjaga lelaki.

Pada September lalu, seorang wanita Arab Saudi dikenakan 10 sebatan kerana melanggar larangan memandu tetapi hukuman itu dibatalkan apabila Raja Arab Saudi, Raja Abdullah masuk campur.

Pada bulan sama, Raja mengumumkan wanita diberi hak mengundi dan bertanding untuk kali pertama pada pilihan raya majlis perbandaran 2015. – Agensi

Penghuni Gua
: Semua jual nama Islam. Yang rosaknya adalah Islam. Yang merosakkan adalah mereka yang mengaku alim dan alim ulama serta Ustat atau pakar agama.

2. Bila kita menegur, dikatakan kita tak ada ilmu dan tidak layak bercakap. Lepas tu , habis dikafirkan mereka yang tak sependapat dengan gulongan ini.

3. Bagi isu di atas............... masalahnya bukan wanita tersebut , tetapi lelaki tersebut yang tak dapat mengawal nafsu. Sepatutnya dan wajib pemerintah membuat peraturan dan didikan yang lebih kepada kaum lelaki. Bukan mengenakan sekatan kepada wanita. Dah mata wanita memang semuanya cantik. Ia anugerah Allah...........................

4. Isunya bukan mata wanita, tetapi lelaki bermata jalang.


5. Yang mendapat nama buruknya ialah agama Islam...................semuanya gara-gara pandir agama.............................. Yang tak boleh ditegur dan menerima pendapat orang lain. Di Malaysia pun bersepah...............................................

Saturday, 19 November 2011

KEKALKAN ISA !!!!!!!!!!!!






jihad513Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap memertahankan tindakan menahan 13 orang di Tawau Isnin lalu dibawah ISA sekalipun dipertikaikan oleh Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan parti-parti pembangkang kerana didakwa tidak hormati semangat pengumuman kerajaan untuk mansuhkan ISA.

Serentak dengan itu beliau membidas Suhakam sebagai tidak bertanggongjawab mendesak pembebasan mereka tanpa mengetahui latar belakang dan faktanya.

Beliau menjelaskan kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

Beiau menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat di Kluang Sabtu,beliau menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.

"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.

Hasmy di dalam kenyataan itu melahirkan rasa terkejutnya tentang tindakan menahan 13 individu itu termasuk enam warga asing di bawah ISA dan menyatakan ia bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta terbabit.

Menurutnya, Suhakam mahu kesemua mereka itu di hadapkan ke perbicaraan terbuka dan diwakili peguam.

Hishammuddin berkata, kenyataan Suhakam itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memikul tugas mereka.

"Jikalau mereka betul cuba membebaskan (13 individu) tanpa soal siasat dan tanpa mengetahui fakta, biarlah rakyat yang menilainya sendiri ke mana arah Suhakam pada masa ini," katanya.

Katanya, isu mengenai penahanan 13 individu itu tidak harus dipolitikkan dan ini kerana ISA hanya spesifik digunakan untuk tujuan memerangi keganasan dan tidak untuk tujuan politik.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang sering bercakap tentang hak asasi manusia juga mempunyai undang-undang menangani keganasan seperti Patriot Act dan Anti-Terrorism Act. -19/11/2011

Penghuni Gua : Aku rindukan ISA. Inilah kelebihan ISA. Ia dapat mengekang para pengkhianat negara dari menjahanamkannya.

2. Kepada PM dan Menteri kabinet................... Masa masih ada dan belum terlambat. Batalkan hasrat kerajaan nak mansuhkan ISA.

3. Jangan kerana nak mengemis undi ( yang belum tentu dapat dari mereka ini ) dari puak politik bangkrap ini, kita menggadaikan keselamatan negara keseluruhannya.

4. Kami dah hidup 50 tahun dengan ISA............. Tak ada susah dan diancam ISA pun? Apa isunya? Kalau tak buat mengapa takut dengan ISA?

5. Hanya pelacur-pelacur yang menjaja dan memakai topeng hak asasi manusia sahaja yang nakkan ISA di hapuskan. Bukan kami rakyat terbanyak.............

6. Buatlah kajian. Kerajaan akan memperolehi dapatan seperti yang PG katakan........... Cubalah buat kajian. Banyak professor di Universiti kita. Mereka boleh buat kajian untuk ini.

7. ...............KEKALKAN ISA..............KEKALKAN ISA.............KEKALKAN ISA.............

8. Tahniah PDRM.............. Kami senantiasa bersama anda !!!!!!!!!!!!

TAHI PELIWAT DAN TAHI PENZINA NAK DITUTUP DENGAN TAHI LEMBU !!!!!



Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya,Begitu halnya dengan riuh rendah yang cuba dicetuskan oleh budak-budak PKR dalam isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menjelang pilihanraya umum ke 13 mereka kalut terhendap sana sini untuk cari apa saja yang dapat balon kerajaan tanpa mempedulikan fakta dan kisah benar.

Ini lebih-lebih lagi bos besar mereka sedang berserabut bergelumang dengan isu video seks dan perbicaraan kes liwat.

Sasaran dalam isu NFC tidak lain tidak bukan ialah Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil.Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail ialah suaminya.

Harapan mereka jentera Wanita UMNO yang menjadi tulang belakang kempen jadi lintang pukang jika Shahrizat dapat dilumpuhkan.

Sumber-sumber dalam parti itu memberitahu Agendadaily strategi mereka kini ialah lanyak dulu,janji dapat wujudkan persepsi negetif terhadap kerajaan…lain hal belakang kira.

Maka kita dapat lihat akhbar lidah rasmi PKR yang digantung di kedai–kedai terpampang dengan tajuk untuk menyakitkan hati orangramai – lembu dan kondo mewah.

Terbaru dengar cerita budak-budak PKR yang galak main isu NFC sudah jadi makin kelamkabut bila pengurusan NFC membawa media arus perdana melawat ladang fidlot di Gemas Khamis.

Penjelasan terperinci mengenainya sudah diberi oleh Dr Mohamad Salleh pada media semasa lawatan itu.

Malah peguam NFC,Datuk Shafie Abdullah sudah senaraikan sembilan tuduhan tidak berasas dibuat oleh budak-budak PKR yang boleh disaman.

Kini sudah makin jelas isu pembelian kondo mewah yang cuba diputar oleh budak-budak PKR,ialah pelaburan sementara – yang disifatkan oleh Dr Mohamad Salleh ‘satu keputusan perniagaan yang bijak’

Itulah nampak lojiknya dari letak duit pinjaman kerajaan untuk projek fidlot itu yang belum dapat digunakan lagi dalam simpanan tetap di bank ia mendapat pulangan tahunan yang lebih besar dengan melaburkan beli dua unit kondo mewah.

Budak-budak PKR cuba menyakitkan hati orangramai dengan mendakwa berlaku penyelewengan dalam pembelian kondo di Bangsar itu tanpa mempedulikan rasional perniagaan sebaliknya.

Usaha mereka untuk mengaitkan Menteri Kerjaraya Datuk Shaziman Abu Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Zulhasnan Rafiqe kononya ‘dapat free’ lembu dari NFC juga kantoi.

Shaziman kata beliau tidak tahu menahu mengenai sumbangan lembu dari NFC,malah berterima kasih jika benar ,kerana ia merupakan sumbangan kepada orang miskin.

Pegawai kepada Zulhasnan pula menjelaskan mereka bukan dapat percuma tetapi telah menjelaskan bayaran untuk lembu-lembu berkenaan.

Dr Mohamad Salleh sendiri telah menjelaskan projek fidlot berkenaan bukan gagal seperti didakwa.Beliau mengakui memang ada masalah diperingkat awal kerana pelbagai masalah teknikal.

Namun katanya NFC baru beroperasi tiga tahun sedangkan projek berkenaan seluruhnya memakan masa 30 tahun.

Kini budak-budak PKR yang gabra itu sudah pusing minta didedahkan pula minit mesyuarat kabinet sewaktu meluluskan projek fidlot berkenaan.

Ada juga orang yang ketawa melihat gelagat mereka yang nak tenggelam punca ini kerana dalam bab bos besar mereka terpampang didakwa sedang belasah pelacur China, siapa pun tak berani langsung berbunyi minta siasatan terperinci dibuat.

Masing-masing kalau boleh nak cuba tutup dan buat tak faham keatas isu yang semua orang ingin tahu jawapan pasti itu.

“Ini gelagat macam lembu suruhan yang main sondol saja…kita tengoklah nanti siapa yang bakal jadi lembu dalam isu NFC ni,”- itu antara komentar sinis yang kedengaran tentang ini.-19/11/2011

Penghuni Gua : Tahi peliwat dan penzina dicuba nak ditutup dengan tahi lembu. Berhempas pulas puak dan kaki kipas peliwat dan penzina cuba menutup tahi dan kencing peliwat yang bertaburan serata Malaysia dengan tahi lembu.

2. Kesiannya, tak menjadi. Tahi peliwat dan penzina tetap bertaburan di sana sini. Tak cukup tahi lembu NFC nak ditutup.

3. Isu NFC puak peliwat ini nak minta kertas kabinet. tapi ius UNISEL dan isu JAIS membuat pemeriksaan di gereja cuba disembunyikan oleh puak ini. Tak ada pulak puak ini berani keluarkan lapuran. Asyik berlindung di belakang titah DYMM Selangor.

4. Isu Kohilal di Kelantan dan isu Arif Fahmi serta rasuah haji Tok Guru dan isu Bazaar / lubang kubor tok guru, tak ada pulak puak ini minta minit mesyuarat Exco. Kemetot semuanya.

5. Tahi dan kencing , tututp macam mana pun tetap berbau. Semerbak!!!!!!!!! Kah kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!

Friday, 18 November 2011

BOLEH JALANLAH !!!!!!!!!!!!!!!








KUALA LUMPUR 17 Nov. – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan untuk tidak bertanding sebagai calon dalam mana-mana kawasan sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu, Tsu Koon, 62, berkata, secara asasnya, ia merupakan keputusan peribadi dan telah dibincangkan bersama Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan Jawatankuasa Pusat (CC) Gerakan.

Namun katanya, beliau tidak berada di bawah tekanan untuk membuat keputusan itu walaupun berhadapan pelbagai kritikan sejak kebelakangan ini termasuk dari dalam parti yang mendesaknya supaya meletak jawatan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan mengenai hasrat saya ini dan beliau menerima serta menghormati keputusan tersebut. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Apa yang nak ditunggu lagi. Baik keluar baris terus. Apa n ak main silap mata dan menjadi liabiliti kepada BN?

2. Letak semua sekali jawatan politik dan kerajaan. Apa nak main tarik tarli ini.

3. Bertanding pun kalah. Tak payah cakap pun nak bertanding atau tidak. Memang tak layak bertanding pun. Ada baiknya letak jawatan Menteri tu. Bukan pandai buat kerja pun. Mujurlah ada Idris Jala. Tidaknya tak berjalan GTP , KPI dan sebagainya. Harapkan beliau, membuta dan asyik dok ikut PM sana sini. Kerja langsung tak buat.

4. Ini Presiden Gerakan tak nak letak jawatan. Tapi tak mahu bertanding. Maka beliau akan letak proksinya di merata tempat bagi menjamin hayat politik nya dalam GERAKAN. Silap hari bulan, bila hampir PRU 13 , maka beliau akan " u Turn " dengan alasan " Disebabkan PM memujuknya bertanding di dalam PRU 13, maka beliau terpaksa bertanding dalam PRU 13 nanti ".

5. Rasa-rasanya begitulah, kesudahan skripnya nanti...........................Baik berambus aje!!!!! Ada pun buat semak dalam parlimen dan mesyuarat kabinet aje !!!!!!!!!!!!

6. Tak gitu ?

TUKAR FESYEN RAMBUT NAMPAK ?


Penghuni Gua
: Hai, hai, hai.!!!! Tukar fesyen rambut nampak. " New look " . Ada apa-apa ke ni brother?

2. Keh keh keh keh keh keh keh !!!!!!!!!!!!! Lain macam aje nampaknya !!!!

Thursday, 17 November 2011

KAYUH DR HASAN, KAYUH !!!!!










Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.

Katanya, cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain.

Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi.

Tawaran hiburan

Menurut jawapan Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor, dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.

Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain.

Katanya lagi, bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka.

“Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam.

“Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA.

“Menterjemahkan Injil ke dalam bahas Melayu,” jawapan itu dipetik.

Selain itu, Hasan juga berkata penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian.

Sehubungan itu, menurut Hasan bagi mencegah orang Islam daripada murtad, JAIS akan memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan.

Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.

Penghuni Gua
: kayuh Hasan kayuh. Kayuh dan terus kayuh. Jangan pedulikan pelacur agama ini. Samada dalam parti anda atau melayu Islam PKR. Kayuh!!! Kami menyokong anda.

2. Puak anda dalam PAS ini dok sibok dagangkan hudud untuk undi aje. Tapi perkara mustahak dan utama seperti ini mereka abaikan. Abai tak apa lagi. Siap pulak kutuk anda dan mencemuh anda.

3. Apa lagi Khalid Gereja dan si Mahfuz Mr Bean tu. Pedulikan mereka.

4. Kayuh, dan terus kayuh. Baik kita buat apa yang kita cakap. Tak seperti puak anda dalam PAS tu, cakap lebih. Kerja dan tindakan hampas pun tak ada.

5. Tahniah Dr Hasan.

PETA PELAYAR