FOLLOWERS

Saturday, 3 December 2011

INI AJARAN ISLAM KE ?








KABUL 2 Dis. - Presiden Afghanistan mengampunkan seorang wanita yang menjadi mangsa rogol oleh seorang ahli keluarganya, tetapi kemudian dipenjarakan atas kesalahan melakukan zina, dalam kes yang menimbulkan kebimbangan mendalam terhadap hak asasi wanita di negara ini.

Namun, masih tidak jelas sama ada Gulnaz, 21, akan berkahwin dengan lelaki yang menyerangnya iaitu suami kepada sepupunya selepas tawaran membebaskannya sebelum ini mengarahkan dia berkahwin dengan lelaki tersebut.

Kenyataan pengampunan yang dikeluarkan oleh Hamid Karzai semalam merupakan langkah yang jarang-jarang dilakukan memandangkan Afghanistan merupakan sebuah negara yang berpegang kuat kepada kehidupan Islam yang konservatif.

Kes wanita itu menarik perhatian antarabangsa selepas dia menyertai sebuah filem dokumentari yang dihasilkan oleh Kesatuan Eropah (EU) tetapi penggambaran filem itu kemudian dihalang.

Gulnaz sebelum ini telah bersetuju dengan syarat untuk berkahwin dengan penyerangnya jika mahu dibebaskan tetapi peguamnya berkata, pengampunannya minggu ini tidak meletakkan syarat tersebut.

Menurut peguam Gulnaz, Kimberley Motley, masih tidak jelas sama ada dia akan meneruskan rancangannya berkahwin dengan lelaki itu.

Penyerang Gulnaz itu kini menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun atas jenayah yang dilakukan.

Motley berkata, dia berharap anak guamannya itu akan dibebaskan secepat mungkin dan ditempatkan di pusat pelindungan wanita. - Reuters


Penghuni Gua
: Inilah rupa mereka yang selalu mendakwa sahabat nabi, nabi ( kalau ikut seorang mangkok berkopiah PAS yang di dedahkan oleh Kickdefella ) dan mereka yang selalu mendakwa lebih Islam dari yang lain.


2. Kemudian semua tindakan mereka ini termasuk tindakan memenjarakan wanita ini pun dikatakan dibuat atas nama Islam. Jika orang Islam bantah, dikafirkannya kita semua kerana mendakwa menentang hukum Allah. Maka dicari dan dibacakan berjela-jela ayat yang entah dimana-mana dan dibaca sekerat-sekerat untuk penyedap telinga dan kemudian menghalalkan tindakan mereka seterusnya mengkafirkan penentang mereka.


3. Sebenarnya, mereka jenis inilah perosak Islam. iaitu mereka yang selalu merasakan mereka lebih Islam dari orang Islam yang lain. Merasakan mereka lebih lebai dari yang lain. Mereka yang begitu senang memurtadkan orang hanya kerana kerja di Singapura.

4. Inilah contoh jika perlaksanaan hukum agama hanya dibuat sekadar untuk capai maksud politik. Dan guna agama untuk politik. Dah bercakap hudud 50 tahun. Bila dicabar oleh Tun Mahathir, barulah terhegeh nak kaji hukum hudud . Alih-alih tiru bulat-bulat undang-undang seperti Kanun Acara Jenayah, akta keterangan, Kanun Prod=sedur jenayah yang mereka dakwa undang-undang kafir.


5. Baru-baru ini pulak, bila dicabar lagi, barulah terkial-kial nak tubuh jawatan kuasa teknikal. tapi kalau dengar puak ini cakap di pentas ceramah politik bukan main gah. Boleh dilaksanakan dengan memetik hujung jari aje.


6. Jadi inilah wajah perosak agama Islam. Mereka ini berhati buta dan kemudian nak membutakan mata dan mata hati kita semua. ..................Contoh jelas ialah apa yang terjadi pada wanita di atas................


7. Apa komen " Nabi-nabi PAS " berkaitan ini agaknya..........................Mungkin dikafirkan Hamid Karzai pulak lepas ini kerana membebaskan wanita ini kot ?

2 comments:

  1. Nyatalah akhirnya bahawa segala kerja menghukum dan melebel itu semuanya adalah umtik merampas kuasa sahaja.

    Mana lebih ganas; merampas kuasa dengan rusuhan dengan merampas kuasa dengan memalsukan hukum Islam.

    ReplyDelete
  2. PASRAEL NAK IKUT STAIL CAMTU LER BROO. ANUWAR MESTI HEPI PUNYEEE KEHKEHKEH

    ReplyDelete

PETA PELAYAR