FOLLOWERS

Friday 23 December 2011

LYNAS : KISAH PENIPUAN PENENTANG LYNAS !!!!








Saya ingin berkongsi pengalaman ketika hadir pada majlis makan malam anjuran bersama Persatuan Saintis Kanan Malaysia dan Kelab Rotari pada Jumaat, 16 Disember lepas bertempat di Kelab Diraja Selangor (RSC), Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Saya ingin memuji pihak penganjur kerana menjemput seorang penceramah ke majlis makan malam tersebut, untuk bercakap mengenai projek Lynas - projek pemprosesan logam tanah jarang bernilai RM2.3 bilion - yang mendapat bantahan daripada segelintir penduduk Kuantan, Pahang.

Bagi diri saya sendiri, saya membuat keputusan untuk hadir pada majlis tersebut semata-mata untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu berkenaan, dengan cuba mendapat maklumat secara langsung daripada pakar-pakar.

Pada majlis makan malam itu, penceramah jemputan berkenaan yang didakwa sebagai pakar mewakili puak anti-Lynas, telah bercakap tentang berbahayanya kilang tersebut - Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan. Menurutnya, ia bakal menyebabkan pendedahan radiasi di sana.

Dengan menggunakan klip video yang memaparkan kesan buruk daripada peristiwa kebocoran reaktor nuklear Chernobyl di Rusia, penceramah berkenaan telah menyatakan dengan yakin betapa radiasi pada tahap mana sekalipun masih berbahaya. Menurutnya, radiasi akan menyebabkan barah. Justeru katanya, projek Lynas adalah memudaratkan.

Penceramah itu juga mendakwa bahawa Lynas telahpun diberikan lesen pra-operasi dan betapa projek seumpama itu tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada negara. Beliau juga mendakwa, projek itu hanya memfokuskan kepada keuntungan tanpa mengambil peduli tentang keselamatan dan kesejahteraan penduduk yang terlibat.

Kepada dakwaan-dakwaan tersebut, hati saya berkata-kata betapa penceramah itu cuba menimbulkan kebimbangan dan kerisauan dalam kalangan mereka yang hadir, dengan mengemukakan maklumat yang tidak menyeluruh dan tidak benar. Tetapi, saya bukanlah pakar untuk membantah atau menyanggahnya.

Namun, pada sesi soal-jawab kemudian, seorang profesor yang memperkenalkan dirinya sebagai Penasihat Keselamatan Radiologi di Lynas Malaysia Sdn. Bhd., telah membetulkan dakwaan-dakwaan liar tersebut.

Profesor ini telah menerangkan bahawa Lynas Malaysia Sdn. Bhd. setakat ini, belum lagi menerima lesen pra-operasi daripada Kerajaan Persekutuan sepertimana dakwaan penceramah itu .

Profesor ini juga menjelaskan, apa yang dipaparkan dalam klip video tentang peristiwa Chernobyl itu adalah tidak lengkap dan pula dilapor luar daripada perspektif yang sebenar. Tambahan pula katanya, peristiwa di Chernobyl (sebuah reaktor nuklear) tiada kaitan langsung dengan projek Lynas (sebuah kilang pemprosesan logam tanah jarang).

Alangkah terkejutnya saya kerana setelah mendengar penjelasan professor tersebut, penceramah tadi memohon maaf kepada yang hadir kerana telah mengelirukan mereka dengan kenyataan yang tidak benar dalam persembahannya tadi.

Sebaliknya, ramai dalam kalangan yang hadir telah terpesona dengan fakta-fakta dan penerangan yang telah diberikan oleh profesor berkenaan.

Ditambah pula dengan beberapa soalan dalam kalangan yang hadir yang tidak dapat dijawab oleh penceramah tersebut, makan malam itu telah menyedarkan mereka yang hadir betapa selama ini mereka tidak mendapat fakta-fakta betul dan gambaran menyeluruh dan sebenar mengenai projek Lynas ini. Saya ialah seorang daripadanya!

Saya simpulkan bahawa memang terdapat banyak dakwaan yang dihasilkan daripada maklumat-maklumat tidak lengkap dan diselewengkan. Dakwaan-dakwaan ini kemudian digunakan untuk mempengaruhi pihak-pihak yang tidak mempunyai pengetahuan secukupnya tentang Lynas, bagi membolehkan mereka membuat pandangan seimbang mengenainya.

Saya sekali lagi menyatakan penghargaan kepada Persatuan Saintis Kanan Malaysia dan Kelab Rotari, yang telah melakukan tugas yang baik dengan penganjuran makan malam ini. Sesungguhnya, orang awam tidak boleh dikelirukan oleh pihak-pihak yang sengaja hendak menanam perasaan takut dan tidak selesa terhadap projek Lynas ini.

2 comments:

  1. Kita percaya dengan PG sebab rumah kampung dekat Bt Hitam, Quatan. Jika dulu PG tak setuju, takut, tapi PG sekarang setuju bagiamana. That is kira OKlah tu...

    ReplyDelete
  2. Tak ada isu sebenarnya. Sengaja dijadikan isu oleh pembangkang. Itu saja ceritanya.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR