MALAYSIAKINI
Keputusan mahkamah bukti akta himpunan harus dimansuh'|
1:50PM Jan 12 2014
Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat lalu melepaskan beberapa pimpinan utama PKR membuktikan Akta Perhimpunan Aman patut dimansuhkan
.Mahkamah melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan empat yang lain dari dakwaan menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 dua tahun lalu.Hakim Ahmad Bache mengangkat penghakiman Mahkamah Rayuan sebelum ini yang berkata perintah majistret melarang perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tidak sah.
"Justeru, saya menuntut supaya pihak kerajaan mengambil memansuhkan akta ini dan menghormati keputusan mahkamah yang secara jelas membuat penghakiman berdasarkan prinsip keadilan dan kebebasan.“Kerajaan perlu bertindak memulihkan semula demokrasi dan menjamin hak kebebasan berhimpun selaras dengan Perkara 10 yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," kata beliau dalam kenyataan semalam.
Shamsul yang juga ahli Parlimen Bukit Katil (kiri) berkata keputusan mahkamah ini akan menjadi duluan bagi kes-kes berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA2011) kelak kerana ia bertentangan dengan hak kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Saya berpandangan bahawa pihak mahkamah secara tidak langsung cenderung mengambil pendirian menolak penggunaan Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA2011) yang sememangnya diketahui bersifat antikebebasan dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat untuk bebas berhimpun.
"Keputusan mahkamah ini akan menjadi duluan bagi kes-kes susulan yang berkait dengan APA2011 dan semestinya menjadi tamparan hebat buat kerajaan Umno-BN yang sebelum ini begitu bersungguh-sungguh untuk meluluskan akta ini meski pun dengan tidak melalui proses yang betul dan pada masa sama mengenepikan bantahan wakil-wakil Pakatan Rakyat di Parlimen," kata beliau.'
Polis tak sensitif pada tuntutan perlembagaan'Pada masa sama, Shamsul turut menyanggah kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa bahawa tiada demonstrasi yang boleh berlangsung dalam keadaan aman di negara ini.
"Kenyataan beliau menggambarkan beliau tidak sensitif terhadap tuntutan Perlembagaan yang telah digubal oleh para pendiri kemerdekaan.“Beliau sewajarnya tahu bahawa perhimpunan dan demonstrasi aman sebegini adalah sebahagian daripada proses mendapatkan kemerdekaan seumpama demonstrasi bagi membantah Malayan Union," kata beliau.
PENGHUNI GUA : HOTAK KAU LE SAMSUL. KAU HANYA LOYAR BURUK. LOYARVYGVTAK PERNAH VAWA KES DI MAHKAMAH PUN.
2. PANDAI KAU PUSING. MAHKAMAH LEPAS TANPA FIBEBAS KERANA TUDUHAN CACAT AJE.
3. ITU AJE. TUDUHAN BOLEH PINDA. SEBAB ITU AL JUBURI TERMASUK ANDA BOLEH DI TUDUH SEMULA.
4. KALAU IKUT OTAK BODOH SAMSUL INI, SEKSYEN LIWAT PUN KENA HAPUS DAN KANUN KESEKSAAN PUN KENA HAPUS.
5. KES BUNUH ALTANTUYA PUN KENA HAPUS SEBAB SI SAIFUL BEBAS. TAK GITU !!!!!
5. HOTAK KAU LE SAMSUL !!!!!!
6. TUDUHAN CACAT JE. BUKAN KECACATAN UNDANG-UNDANG. PEGAWAI PENYIASAT KURANG TELITI . ITU AJE ISUNYA!!!!!
Tuduhan cacat kerana kesilapan Peguan Negara membuat tuduhan. Entah kenapa peguam negara boleh selalu silap membuat dakwaan terhadap Anwar. Tak tahu juga.
ReplyDeletekena kira..kena ada kira kira..so tanya lah kera pasal peguan negara..he.he.he
ReplyDeleteSETUJU BENAR DGN SHAMSUL.
ReplyDeleteESOK PAKATAN MENANG, BARISAN BOILH BUATVDEMO TIAP TIAP HARI...............OTAK BODOH BOLIH JADI MENTRI KE ?
..hari ni pakatan menang, esok ISA dah ade balik....tak boleh nak demo dah.....itulah nanti penangan 'penipu rakyat'...
ReplyDeletePeguan Negara pun takut dengan Anwar ka? Bila Pencen boleh kautim tolong cari makan kot?
ReplyDeleteMaklumlah depa ni loya ada yang elok ada yang buruk.