MALAYSIAKINI
Mufti: Darah halal sebab mahu guling k'jaan
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya yang menggelarkan peserta perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada 31 Disember lalu sebagai golongan yang halal dibunuh atau “bughah” dalam bahasa Arab
.Katanya, kenyataan itu berdasarkan berdasarkan dakwaan bahawa kumpulan peserta demonstrasi tersebut berhasrat untuk menggulingkan kerajaan.Harussani dalam satu wawancara disiarkan akhbar Sinar Harian berkata, kenyataan itu juga berdasarkan ayat al-Quran bahawa darah golongan itu halal kerana mereka mahu menggulingkan kerajaan dan membahayakan orang lain.
“'Bughah' atau darah halal itu dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan
.“Mereka kata mereka benar, tetapi cara mereka salah. Ayat al-Quran itu sudah lengkap. Walau apa pun alasan, cara itu tetap salah.“Saya juga tidak bercakap kosong. Lihat sahaja pada hari kejadian polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri. Apakah itu dikatakan aman?,” katanya dalam wawancara itu.
Beliau berkata, kenyataan itu berpandu kepada surah al-Hujurat, Ayat 9 - “Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang; maka damaikanlah di antara kedua-duanya;“Jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah;“Jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara kedua-duanya dengan adil (menurut hukum Allah),” katanya yang membacakan semula tafsir ayat tersebut.
........AKU SETUJU BENOR DGN HARUSSANI DARI SEGI KONSEPNYA. ISLAM KATA BEGITU. TAPI TAK ADALAH AKU SUROH BUNUH. ADA JALAN LAIN LAGI. DAKWA DAN PENJARAKAN MEREKA NI. DAH BANYAK MENYUSAHKAN ORANG RAMAI. DAKWA DAN PENJARA AJE!!!!!
Salam.
ReplyDeleteTS Mfti dah cerita pendapat yg betul. Dia tak suruh bunuh pun. Mulanya disebut yg peserta himpunan tu patut ditangkap. Kemudian baru disebut yg bughah halal darah. Jika peserta himpunan tu bertindak ganas dan menyerang, ketika tu pihak keselamatan boleh bertindak.
Masalahnya pihak yg tak sukakan TS Mufti saja yg tambah perencah dalam cerita sampai lari maksud.
Kita amat sukar menghadapi umat yg sudah mati hatinya...mereka sudah tidak kenal batas hukum...dan lebih malang gatal mulut bercakap soal agama pula........itulah keadaan diakhir zaman ini...... ini belum lagi berhadapan dgn 'dajal' sebenar....
ReplyDeleteAda banyak isu dalam kenyataan Mufti ini. 1. Guling kerajaan itu niat asal berhimpun 2. Ada musuh yang akan ambil kesempatan seperti SYIAH sesat dan Liberal songsang 3.Membahayakan negara budaya demo jalanan kerana tak puas hati. 4. Fitnah ke atas umat Islam di negara ini yang menyukai cara aman tetapi sebab nila seliter rosak susu 100 galon.
ReplyDelete