AGENDA DAILY
Bekas mufti jangan meroyan di media sosial - Nooh Gadut
Selasa, 14 Januari 2014 22:38 Administratorin
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyelar tindakan bekas rakan sejawatannya yang kerap menggunakan medium media sosial untuk menghentam kerajaan.
Beliau yang juga merupakan bekas Mufti Johor itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah yang bertajuk “Husnul Khotimah, Allah Dan Rasul Disisiku” di perkarangan Masjid Kg Baru, semalam.
Beliau yang tidak menyebut nama mana-mana individu itu menjelaskan Islam ada menggariskan beberapa panduan berhubung adab dan kaedah untuk menasihati pemimpin.“
Sebagai seorang mufti, kita sepatutnya menggunakan adab sopan yang digariskan untuk menegur pemimpin. Jangan disebabkan kita tidak lagi menjadi mufti, kita meroyan di dalam media sosial dengan menghentam kerajaan.“Saya juga pernah menjadi mufti, namun saya tidak meroyan.
Tak perlulah saya, menyebut nama mana-mana individu, semua faham-faham sendirilah” katanya.Islam ada menggariskan beberapa cara untuk menegur pemerintah, contohnya hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang mana Nabi Muhammad s.a.w mengajar cara kita menegur pemerintah.
“Menegur pemerintah bukanlah dengan cara memaki hamun, menghina dan bukannya menyampaikannya di mimbar-mimbar khutbah dengan terbuka, itu bukan adab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menegur dan menasihati pemerintah.“Kata Ibnu Abbas lagi, Nabi mengajar kamu, pegang tangan pemerintah, bersendirianlah dengannya dan sampaikan apa yang ingin kamu sampaikan.
Sekiranya dia terima, itu perkara baik dan jika dia tidak terima, kamu telah menunaikan tanggungjawab,” katanya.Ramai yang berpendapat, kenyataan Nooh Gadut itu merujuk kepada beberapa tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sering mengkritik kerajaan melalui laman media sosial seperti Twitter dan Facebook.
Malah minggu lalu, Asri melalui laman facebook rasminya dilihat telah mengeluarkan sekeping gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang dikatakan sebagai jet baru milik kerajaan. Namun apabila diselidik ternyata gambar tersebut palsu, yang boleh diperoleh melalui enjin carian Google.
Disebabkan itu, Asri telah diserang kerana dilihat cuba menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rentetan daripada itu juga, pihak admin beliau terpaksa mengaku telah melakukan kesilapan dan menarik kembali gambar tersebut yang disusuli dengan kenyataan maaf secara terbuka.
Ceramah yang diadakan itu adalah merupakan program anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bersempena dengan Sambutan Majlis Maulidur Rasul dengan tema “Malam Cinta Rasul”.
PENGHUNI GUA : NAKBTAMBAHVAPA YG NOH GADUT TU KOMEN!!!!!! AKU PUN NAIK MELUAT DGN BEKAS MUFTI YG DIULAS OLEH NOH NI. SEOLAH DIA JELAH YG PANDAI SEGALANYA!!!!!!EGO DAN AKHIRNYA MALU SENDIRI TTG GAMBAR BODOH YG DIA PAPARKAN TU !!!!!!!
Macam mana dengan PM kangkung kita.....Noh Gadut ni tak payah pakai lah.....Mufti Kangkung di Johor
ReplyDeleteBila org memberi peringatan secara berhemah dan mengikut syariah tu, dengar dan fahamkanlah. Tak perlu tunjuk perangai keldai. Yg ditegur tak masuk telinga, mulut sibuk nak mencerca. Padahal kat atas baru je mufti bagi petunjuk, macamana adab menegur.
Deletesetakat noh gadut tak payah nk dengar lah...mufti kangkong...kau mana tau...
DeleteIbnu Abbas tu mufti kangkung ke bro? Tak betul ke Ibnu Abbas cakap tu? Ke camne?
DeleteTak semesti nya manusia yang mendapat gelaran dunia , sarjana atau phd pandai dan amat memahami isi kandungan islam dan quran lebih baik berbanding dengan sesetengah manusia seperti tok kenali atau pewaisnya atau lain lain alim ulama yang tidak memiliki sarjana atau phd
ReplyDeleteuntung ada dr asri berani hentam@tegur kerajaan yang menyeleweng nak harap nuh gadot dengan geng2 mufti lain jangan harap la..tak ada seorang pun nak bela rakyat..jawab korang nanti depan Allah..
ReplyDeleteKita tengok sapa yg sebenarnya kena jawab besok. Bila didatangkan peringatan masih engkar. Nauzubillah.
DeleteBile kene tang batang hidung pemimpim UMNgOk... semua salah DrMAZA.
ReplyDeleteBile Tok Peti Harussanasini bagi fatwa BaNgang... sume betol...
Sian Melayu UMNgOk ni... BaNgang dan Bongoknya dulu, kini dan selamanya!
hek eleh...sedapnya mulut!!...banganglah!!!!.....bongoklah!!!...kau tu yang sama bangang dan bongok dengan bekas mufti meroyan nak nama....satu malaysia dah tau dia tu WAHABI...dulu pernah terperangkap dengan fahaman SYIAH... sebab tu la menolak fahaman ahli sunah...jangan-jangan kau pun wahabi, tak?????
Delete