FOLLOWERS

Wednesday 29 July 2009

INKUES SETPOL : DNA SIAPA LE DI TALI PINGGANG TU !





Penghuni Gua : Menarik juga inkues kematian TBH hari pertama ini. Pertamanya bab 2 kesan DNA tu. DNA di bahagian belakang pakaian tu PG tak nak pandang sangat. Tetapi bab DNA di tali pinggang TBH tu yang amat menarik perhatian.

2. kalau lah DNA di tali pinggang tu , pemiliknya pegawai SPRM , sakit le SPRM. Mungkin boleh dibuat anggapan menasabah juga ada permainan acah-acah di tingkap bangunan tu............kalau sah begitu nampaknya sek 304 kk kot. Sek 302 kk tidak le.

3. Kemudian PG melihat beribu kali gambar si mati di tempat kejadian. PG besarkan. Tangan kanan TBH tu dilihat menggenggam sesuatu. Pelik juga. Genggaman erat tu. Juga di mana pengunci tingkap dijumpai? di tangan atau di sekitar mayat?

4. Kalau betul , TBH menggenggam kunci , bungkus pegawai SPRM . Sek 304 kk juga le .

5. Apa pun keputusan inkues, kerajaan tidak patut dipersalahkan. Ia adalah di bawah bidang kuasa SPRM. Merekalah yang bertanggungjawab.

6. Melihat inkues yang berjalan, PG dapat merasakan , tidak ada apa yang perlu dirisaukan oleh semua pihak tentang keadilan, ketelusan dan kebijaksanaan mereka yang terlibat dalam inkues untuk menentukan sebab sebenar kematian TBH. Tidak perlu Suruhajaya bebas. Inkues adalah satu kaedah yang digunapakai oleh semua negara komenwel dan tidak ada apa yang perlu dipertikaikan.

7. Tidak perlu bimbang, inkues akan menjawab pemilik DNA tersebut. Sabar semua. Sabar.

Nota : sekadar analisis ringan : Simati jatuh dalam keadaan kaki dahulu. Hentakan pertama adalah pada kaki kanan ( kelihatan dalam gambar di atas kaki kanan patah ). Kemudian impak kedua ialah punggung terhentak ke tebing ( ada sedikit bendul konkrit di tempat si mati jatuh ). Jadi sebab itu seluar terkoyak. Kemudian baru lah si mati bergolek mengiring ke kiri. Sebab itu kesan darah kurang kerana impak jatuh bukan hahagian kepala dahulu. Analisis ini pun sekadar analisis dari gambar sahaja. Sekadar makluman / pendapat.

2 comments:

  1. Bro nak tambah lagi hang kena musykil ialah kenapa 2 orang lelaki ini iaitu Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing takut hendak memberi sampel DNA mereka untuk membantu siasatan polis sedangkan ramai lagi pegawai SPRM sanggup menjalani ujian DNA untuk membantu siasatan polis

    Tan berkata, seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.

    "Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.

    "Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka," mstar.com.my

    ReplyDelete
  2. saya setuju pejuang bangsa. siapa pemilik dna tu setelah diketahui , sesak lah nafasnya. termasuhk tan boon hwa dan lee wye wing. dicampur pulak pendedahan TBH di laman blog T4TBH. memang bungkus puak dap ini. Cuma nak ditekankan inkues adalah lebih dari cukup dan itu adalah instrumen yang amat baik untuk mengetahui sebab kematian TBH. Suruhanjaya tak perlu.Kumpulan PR yang melalak tu, nak alih perhatian aje. dan mereka yang lebih takut . itu yang masing-masing nak suruhanjaya tu

    ReplyDelete

PETA PELAYAR