FOLLOWERS

Wednesday 29 July 2009

TAYAR : KOMEN PELAYAR UNTUK YBHG DATUK SURET SINGH JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA ( JKJR )


Nota : Disini PG siarkan semula respon dari seorang pelayar Rough Easy yang melawat blog PG pada hari ini 29 jul 2009. Ia berkaitan posting PG 10 jul 2009 ( KLIK ) dan respon YBhg Datuk Suret Singh Ketua Pengarah JKJR pada 27 jul 2009 ( KLIK ) berkaitan perkara yang sama. Semuga mendapat respon dari pihak JKJR atau YBhg Datuk Suret Singh. Semuga pandangan-pandangan ini semua akan menjadikan jalanraya adalah tempat yang paling selamat untuk semua penggunanya. Kitalah yang bertanggungjawab terhadapnya sebagai pengguna akhir.

Rough Easy said...


Y. Bhg. Datuk Suret Singh, Bila Jabatan Datuk lancar kempen pakai tali pinggang keledar belakang, saya menyokong kuat dan telah memaklumkan kepada anak-anak bila setiap kali masuk ke kereta.

Malahan saya hampir bergaduh dengan beberapa rakan dan ahli keluarga kerana mereka mengatakan Datuk keterlaluan dengan kempen tersebut yang saya sifatkan sebenarnya mereka yang kurang faham dengan resam Datuk sebagai seorang penjawat awam yang menjalankan tugas.

Sebagai Ketua Pengarah JKJR kalau diam shj dikata tak buat kerja pula, bila buat kempen dah orang pertikai. Susah kan?Akan tetapi, dalam kempen tayar JKJR ni saya agak kurang setuju dengan kenyataan yang Datuk buat di akhbar dan laman web JKJR. MAlahan saya sifatkan tindakan untuk menyaman pemandu yang menggunakan tayar celup, merekah atau botak selepas Julai 2009 memang keterlaluan dan tak lebih dari pendekatan menghukum dan tidak mendidik.

Maksud saya Datuk, kenapa nak salahkan pengguna tayar celup kalau penjualannya tidak dibendung?Saya setuju dengan PG, harga tayar baru terlalu mahal. Siapa nak memperjudikan nasib guna tayar celup, atau tayar second hand kalau boleh gunakan tayar yang baru dan berkualiti?Soalnya, harga tayar baru mahal dan saban hari semakin mahal.

Mungkin Datuk sebagai penjawat awam kategori JUSA tak merasai pengalaman pergi tukar tayar kerana disediakan kenderaan Perdana V6.Bagaimana dengan kami rakyat biasa ini?Apatah lagi bila kenderaan yang kita guna kuat "makan tayar"!

Kenderaan saya (kenderaan nasional) dibeli baru dan tayar hanya bertahan 6 bulan Datuk!6 bulan sekali nak tukar tayar, mana mampu? Sebiji sudah RM200, itu pon tayar jenama biasa atau cap ayam, kalau nak yokohama, michelin, goodyear dll memang tak dapat. Datuk kalikan dengan 4, sudah berapa?

Oleh itu, saya setuju sekali lagi dengan PG, pendidikan penting Datuk, jangan kempen kita sekadar dipenuhi aspek menghukum. Saya sebagai penjawat awam tak suka imej perkhidmatan awam kita tercalar bila orang maki semua kempen yang bersifat menghukum ni!PEndidikan harus bermula dari awal dan dari segala sudut. Datuk bawalah berbincang dengan syarikat pengeluar kereta supaya memainkan tanggungjawab korporat sosial (CSR) mereka dengan membekalkan kenderaan baru dengan tayar yang berkualiti.

Bukan hanya mementingkan keuntungan. Kerana pomen di pusat servis saya kata, kenderaan jenama seperti saya yang dibuat secara mass production, kilang hanya beli tayar yang gred rendah untuk cut down the cost. Memang tayar tu tak kualiti katanya, dan mereka nasihatkan saya tukarlah tayar yang lebih berkualiti bila dah botak (pastinya, harga mahal!)Kepada syarikat pengeluar tayar, Datuk perlu bermesyuarat dengan mereka supaya keluarkan tayar dengan kandungan getah yang lebih tahan lasak.

Kan Malaysia negara yang mengeluarkan getah. Tambahan pula getah sekarang dah murah, bantulah peladang getah kita stabilkan semula harga pasaran getah. Tayar di MAlaysia harus murah, tapi tahan lasak, mungkin perlukan tayar yang keras sebab permukaan jalan kita panas atau faktor cuaca.

CAdangan akhir saya, Datuk bermesyuarat dengan kementerian YB Datul ISmail Sabri supaya kedai-kedai tayar tak jual lagi tayar celup dan tayar second hand. Dengan cara ni, harga tayar baru boleh diturunkan sebab pengguna tiada pilihan selain membeli tayar baru tetapi pada harga yang lebih rendah.

Pengeluar dan penjual tayar boleh jual tayar pada harga rendah sebab volume akan bertambah. Kan mudah bunyinya tu?Saya seorang rakyat Malaysia yang setia pada agama, bangsa dan negara. Lebih dari itu, saya seorang penjawat awam yang cintakan keamanan dan percaya kepada keefisienan sistem penyampaian.

Harap Datuk Suret terimalah cadangan saya. Mungkin saya akan tulis dengan lebih detail dalam blog saya sikit masa lagi.Buat PG, syabas dan tahniah. Apa yang ada dalam minda kita seakan sama. Tuan telah jimatkan masa saya untuk mengulas isu ini kerana saya pada awalnya bercadang nak menulis tentang perkara ini di blog saya.


29 July 2009 21:49


Penghuni Gua : Rough Easy : Terima kaseh atas respon anda. Pandangan anda amat baik dan dengan yang demikian PG siarkan sepenuhnya di paparan utama blog PG. Terima kaseh sekali lagi.

1 comment:

  1. Nama je negara pengeluar getah terbesar.... harga tayar berhantu mahalnya!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR