FOLLOWERS

Tuesday 21 July 2009

ISA : DEMO SOKONG , DEMO MANSUH BERTEMBUNG 1 OGOS 2009 !



Penghuni Gua : Dua-dua pihak nak mencari sokongan dan tunjuk kekuatan pada 1 ogos 2009 di Kuala Lumpur.


2. Kepada pihak PDRM, jangan sesekali berkompromi dan bertindak lemah dalam menangani dua kumpulan ini. Ambil tindakan tegas terhadap dua demo haram ini tanpa sebarang tolak ansur. Sudah banyak kali perhimpunan haram ini , telah menyusah dan menganggu banyak pihak.

3. Sekiranya pihak polis lemah dalam mengambil tindakan keras terhadap kedua kumpulan ini maka isyarat salah telah dihantar kepada mereka ini bahawa perhimpunan haram seperti ini sesuatu yang dibolehkan dan pihak berkuasa tidak berani mengganggu mereka.

4. Jika perlu ISA kan pemimpin mereka ini. Cukuplah kami diganggu dengan berbagai kerenah dari mereka ini di bandaraya Kuala Lumpur. Kepada PDRM dan pegawai serta anggotanya, jangan takut dengan mata juling SUHAKAM dalam usaha anda untuk mengekalkan keamanan negara. Mereka ini hanya pandai mengkritik tetapi mereka tidak tahu betapa sukarnya tugas anda. Biarkan. Berjuta lagi rakyat negara ini yang menyokong secara senyap kepada PDRM.

5. Setakat ini , tidak ada satu pun , SUHAKAM berjaya untuk mencadangkan sebarang pendakwaan terhadap kekasaran yang dikatakan dilakukan oleh pegawai dan anggota anda semasa menyuraikan perhimpunan haram ini. Undang-undang melindungi anda.

5. Ambil tindakan yang menasabah atau reasonable force ( bukan minimum force ) terhadap mereka ini hatta hingga ketitik terakhir sekiranya peserta perhimpuanan ini meneruskan tindakan haram mereka ini.

6. Hak asasi awam kamilah yang sepatutnya diutamakan. Bukan hak asasi pelacur kebebasan ini.

2 comments:

  1. tuan join kah?

    ReplyDelete
  2. saya berjuang melalui pena aje dr. Letih aje bab demo ni. Tak bawa ke mana pun. kena maki hamun dari orang ramai ade le. habis jalan sesak dan mengganggu orang. biarlah tulisan tak berapa bagus. tulis tetap tulis. Email juga senjata yang baik. kemana pun saya emailkan selagi boleh. mudah2an berjaya. dr bagaimana?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR