FOLLOWERS

Monday 27 July 2009

KEMELUT DAP SELANGOR : KONSPIRASI PM KATA DAP !






Penghuni Gua : Kelab Penyokong kerajaan Selangor mengatakan semua kemelut dan jenayah rasuah dan semuanyalah yang berlaku kepada mereka adalah konspirasi PM hendak tumbangkan kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh PR.

2. Sebelum mereka ini bercakap panjang dan bercakap bab konspirasi, baik mereka faham dulu apa itu konspirasi mengikut undang-undang. PG ada menulis berkenaan konspirasi mengikut undang-undang dan kes berkaitan dengannnya. Sila KLIK. Jangan main sedap cakap dan menggunakan hujah konspirasi kalau dah kita bodoh dan bebal mengenainya.

3. Kes lembu MB, Kes Papa Ronnie dituduh dimahkamah kerana halang penjawat awam, Skandal telanjang Eli, kematian SETPOL, pembaikan kenderaan oleh MB, penyelewengan peruntukkan oleh exco DAP Selangor semuanya dikatakan konspirasi PM dan UMNO.

4. Bebal sangatkan mereka ini ? Ini bukan konspirasi. Ini memang kerja anda semua yang melakukan kesalahan jenayah hasil dari kebebalan anda semua yang tidak mahu mendengar nasihat dan pandangan orang lain. Anda semua begitu riak dan takbur dan memandang orang lain sebelah mata sahaja.

5. Kes terbaru, penyelewengan ( bukti telah dipaparkan diblog T4TBH ) juga adalah jenayah rasuah dan penyelewengan dari segi pemberian kontrak kepada hanya beberapa orang dan sumbangan kewangan kepada tabung DAP bagi setiap invois yang keluar / pembayaran atas kerja.

6. Itu rasuah dan ini bukan konspirasi. Jangan hendak menutup salah sendiri dengan menuding jari kepada orang lain.

7. Kes Ronnie Liu yang dituduh penghalang penjawat awam / penguatkuasa MPPJ semasa serbuan ke pusat hiburan dan sarang pelacuran adalah kes sebelum YB Papa Ronnie Liu menjadi YB lagi. Dia pun tak tahu akan jadi YB atau exco. DAP pun tak tahu latar belakang tak baik papa Ronnie ini. Jadi apa cerita bab konspirasi ini. Polis nak tuduh papa Ronnie tak perlu meminta kebenaran Ronnie. Jika siasatan selesai dan mendapat kebenaran AG maka tuduhan akan dibuat. Jadi apanya kena mengenai dengan konspirasi.

8. Kesimpulannya : semua kemelut yang berlaku di Selangor ini adalah kebodohan pimpinan DAP ( mungkin gambaran keseluruhannnya kot ) dalam hal pentadbiran negeri / negara. Jika kita semua tersalah pilih kerajaan sebegini untuk memerintah negara, alamatnya jahanam lah negara. inilah barangkali sedikit petunjuk yang Allah hendak tunjukkan kepada kita semua orang islam jika kita mahu berfikir. Setiap kejadian ada hikmah dan petunjuknya.

9. Dalam bab kemelut DAP di Selangor ini, PG lihat PAS Selangor diam membisu aje. Apa sebabnya wahai Dato Dr Hassan. Dan di Gam atau di gam atau dah memang tahu kebenaran tentang kejahatan exco-exco ini? Jika anda mengetahuinya adalah menjadi kewajipan anda sebagai pemimpin islam agar berani mengakui dan mendedahkan kebenaran. Jika tidak nerakalah menanti anda.

10. Bercakaplah.

2 comments:

  1. Salam,

    Kalau ia pun itu konspirasi BN, iannya berpandu kepada fakta yang nyata. Bagaimana pula dengan pakatan rompak merancang konspirasi menjatuhkan kerajaan BN ? dengan hasutan dan taburan fitnah yang sedikit demi sedikit telah membuka tembelang sendiri.....

    ReplyDelete
  2. mereka ini konspirasi / pakatan jahat mereka sendiri. kah kah kah.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR