FOLLOWERS

Friday 10 July 2009

TAYAR ANTARA PUNCA KEMALANGAN : DATUK SURET SINGH JKJR !





Penghuni Gua : Menarik juga kalau dengar pandangan Ketua Pengarah JKJR ini. Katanya tayar diantara punca dikenalpasti penyebab kemalangan.

2. Tayar-tayar juga. Berapa peratus disebabkan oleh tayar dan berapa peratus di sebabkan jalan berlubang, selekoh tajam, tanda amaran kurang, penguatkuasaan terhadap peraturan yang ada, sikap pemandu, dan sebagainya.

3. Pada PG, kemalangan kerana tayar tak ada tanda SIRIM ini mungkin tak sampai 00000.00001 % aje. Cukuplah nak menyusahkan rakyat miskin. Yang bertanda SIRIM ini mahal. Orang kampung tak mampu membelinya. Kalau dah Datuk Suret rajin sangat, minta persatuan pengilang tayar ini turunkan sikit harganya.

4. Bas-bas, lori perdagangan 99 % pakai tayar celup. Mana lebih baik tayar celup ke tayar asli tapi tak ada lambang SIRIM.

5. Janganlah membuat peraturan yang boleh menimbulkan prasangka buruk orang ramai / rakyat kepada yang mencadangkan peraturannya. Dah ramai dah yang kaya kerana lampu amaran kenderaan perdagangan, kotak hitam, jalur kuning di topi keledar dan berbagai lagilah. Berapa ramai ketua Pengarah jabatan terlibat dahulu yang sudah kaya raya kerana memaksa peraturan tersebut. Semua orang tahu. Pencen sahaj jadi lembaga pengarah syarikat yang mendapat tender barang diatas.

6. Kepada Datuk Suret : Pendidikan itu yang mustahak. Ini yang patut JKJR utamakan. Berapa banyak sekolah dan murid sekolah yang sudah JKJR berikan pendidikan. Juga gubal semula modul latihan sekolah memandu. Bukan sekadar memandu kereta, brek kecemasan, masuk parking dan taktik suruh pelajar sekolah memandu berhenti di depan pili bomba.

7. Sukatan ini dah lapuk. datuk Suret patut memikirkan dan berkerjasama dengan JPJ untuk melahirkan pemandu yang ada skil memandu. Ini yang mustahak. Bukan tayarnya. Bukannya kami bodoh sangat Datuk.

8. Sudah-sudah lah Datuk. Kuatkuasakan juga semua peraturan yang ada. Itu pun tak terbuat. Sakit mata kita semuanya memandang. Akhirnya kerajaan yang dipersalahkan kerana kedangkalan pentadbir-pentadbir seperti ini. Lihat le secara holistik sikit.

2 comments:

  1. Kempen Keselamatan Tayar yang bsedang berjalan mesasarkan untuk menangani masalah kegunaan tayar toreh bagi kenderaan persendirian ia itu tayar yang di toreh semula selepas botak.JKJR telah menjelaskan bahawa tayar celup tidak ada isu keselamatan atau dalam ertikata lain ianya selamat di gunakan bahkan ada piawaian Sirim bagi tayar celup .Sebagai centuh 80% daripada industri penerbangan gunakan tayar celup dan tidak ada isu keselamatan.
    Satu lagi aspek yang di sasarkan ialah msaalah kegunaan tayar yang biasa di gunakan semasa musim salji di negara barat dan di tukar kepada tayar biasa selepas musim salji di bawa seludup ke Malaysia dan di gunakan ilih kenderaan barangan.Amalan ini mengundang risiko meletup dalam perjalanan kerana tidak tidak tahan cuaca panas di Malaysia terutama semasa perjalanan jauh.
    Keempat-empat Persatuan Tayar terlibat bersama untuk menjayakan kempen ini.Semua Syarikat tayar,pengedar tayar,NGO dan agensi Kerajaan yang relevan telah beri kerjasama dan turut bersama menjayakan kempen ini.Impak kempen in akan di nilai olih Miros
    Keadaan tayar yang tidak berkualiti menyumbang pada hampir 10 hingga 15% peratus daripada kemalangan di jalan raya dan bukan 0.01% seperti di dakwa.
    Kempen ini di jalankan atas permintaan Kementrian Pengangkutan dan tidak ada niat selain daripada sasaran kempen yang di nyatakan di atas.Suret.JKJR

    ReplyDelete
  2. Y. Bhg. Datuk Suret Singh,

    Bila Jabatan Datuk lancar kempen pakai tali pinggang keledar belakang, saya menyokong kuat dan telah memaklumkan kepada anak-anak bila setiap kali masuk ke kereta. Malahan saya hampir bergaduh dengan beberapa rakan dan ahli keluarga kerana mereka mengatakan Datuk keterlaluan dengan kempen tersebut yang saya sifatkan sebenarnya mereka yang kurang faham dengan resam Datuk sebagai seorang penjawat awam yang menjalankan tugas. Sebagai Ketua Pengarah JKJR kalau diam shj dikata tak buat kerja pula, bila buat kempen dah orang pertikai. Susah kan?

    Akan tetapi, dalam kempen tayar JKJR ni saya agak kurang setuju dengan kenyataan yang Datuk buat di akhbar dan laman web JKJR. MAlahan saya sifatkan tindakan untuk menyaman pemandu yang menggunakan tayar celup, merekah atau botak selepas Julai 2009 memang keterlaluan dan tak lebih dari pendekatan menghukum dan tidak mendidik.

    Maksud saya Datuk, kenapa nak salahkan pengguna tayar celup kalau penjualannya tidak dibendung?

    Saya setuju dengan PG, harga tayar baru terlalu mahal. Siapa nak memperjudikan nasib guna tayar celup, atau tayar second hand kalau boleh gunakan tayar yang baru dan berkualiti?

    Soalnya, harga tayar baru mahal dan saban hari semakin mahal. Mungkin Datuk sebagai penjawat awam kategori JUSA tak merasai pengalaman pergi tukar tayar kerana disediakan kenderaan Perdana V6.

    Bagaimana dengan kami rakyat biasa ini?

    Apatah lagi bila kenderaan yang kita guna kuat "makan tayar"! Kenderaan saya (kenderaan nasional) dibeli baru dan tayar hanya bertahan 6 bulan Datuk!

    6 bulan sekali nak tukar tayar, mana mampu? Sebiji sudah RM200, itu pon tayar jenama biasa atau cap ayam, kalau nak yokohama, michelin, goodyear dll memang tak dapat. Datuk kalikan dengan 4, sudah berapa?

    Oleh itu, saya setuju sekali lagi dengan PG, pendidikan penting Datuk, jangan kempen kita sekadar dipenuhi aspek menghukum. Saya sebagai penjawat awam tak suka imej perkhidmatan awam kita tercalar bila orang maki semua kempen yang bersifat menghukum ni!

    PEndidikan harus bermula dari awal dan dari segala sudut. Datuk bawalah berbincang dengan syarikat pengeluar kereta supaya memainkan tanggungjawab korporat sosial (CSR) mereka dengan membekalkan kenderaan baru dengan tayar yang berkualiti. Bukan hanya mementingkan keuntungan. Kerana pomen di pusat servis saya kata, kenderaan jenama seperti saya yang dibuat secara mass production, kilang hanya beli tayar yang gred rendah untuk cut down the cost. Memang tayar tu tak kualiti katanya, dan mereka nasihatkan saya tukarlah tayar yang lebih berkualiti bila dah botak (pastinya, harga mahal!)

    Kepada syarikat pengeluar tayar, Datuk perlu bermesyuarat dengan mereka supaya keluarkan tayar dengan kandungan getah yang lebih tahan lasak. Kan Malaysia negara yang mengeluarkan getah. Tambahan pula getah sekarang dah murah, bantulah peladang getah kita stabilkan semula harga pasaran getah. Tayar di MAlaysia harus murah, tapi tahan lasak, mungkin perlukan tayar yang keras sebab permukaan jalan kita panas atau faktor cuaca.

    CAdangan akhir saya, Datuk bermesyuarat dengan kementerian YB Datul ISmail Sabri supaya kedai-kedai tayar tak jual lagi tayar celup dan tayar second hand. Dengan cara ni, harga tayar baru boleh diturunkan sebab pengguna tiada pilihan selain membeli tayar baru tetapi pada harga yang lebih rendah. Pengeluar dan penjual tayar boleh jual tayar pada harga rendah sebab volume akan bertambah. Kan mudah bunyinya tu?

    Saya seorang rakyat Malaysia yang setia pada agama, bangsa dan negara. Lebih dari itu, saya seorang penjawat awam yang cintakan keamanan dan percaya kepada keefisienan sistem penyampaian. Harap Datuk Suret terimalah cadangan saya. Mungkin saya akan tulis dengan lebih detail dalam blog saya sikit masa lagi.

    Buat PG, syabas dan tahniah. Apa yang ada dalam minda kita seakan sama. Tuan telah jimatkan masa saya untuk mengulas isu ini kerana saya pada awalnya bercadang nak menulis tentang perkara ini di blog saya.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR