Penghuni Gua : Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dipengerusi Sivakumar tidak lagi sah. Penggal dah berakhir. Mahkamah pun sudah buat keputusan.
2. Siva! Siva. Berhenti, dan cukup-cukuplah dengan meroyan anda tu. Baca le undang-undang lebih sikit. Betul seperti kata SU Dewan " ini kerana keahlian jawatankuasa itu adalah sah untuk satu penggal saja dan keahlian jawatankuasa berkenaan gugur dengan sendirinya apabila DUN memasuki penggal berikutnya. Oleh kerana Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan yang bersidang pada 7 Mei lalu sudahpun membuat pelantikan baru bagi jawatankuasa itu, maka keahlian jawatankuasa yang dipengerusikan Sivakumar mulai Penggal Pertama Dewan sudah tidak lagi sah," .
3. Juga lihat dan bacalah komen di KLIK untuk maklumat lanjut mengapa sidang jawatan kuasa ini sudah tidak relevan. Cukup, cukuplah. Kepada peguam-peguam anda tu : nasihatkanlah anak guam anda.
4. Buat gelak dik orang aje.
Hantar je si siva ni ke Tanjung Rambutan. habis cer....
ReplyDeleteApakah kini giliran Sivakumar pula yang dirujukkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana antara lainnya telah menggunakan kepala surat DUN? Apapun, dalam merujukkan mana-mana exco DUN hendaklah suatu usul dibuat diDUN dengan sokongan majoriti bagi tujuan merujukkan mana-mana exco DUN kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. apapun keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan hendaklah dirujuk semula kepada DUN untuk diendoskan - baharulah prosedurnya betul dimana DUNlah yang teratas bukannya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
ReplyDeleteDr Abdul Rani Bin Kamarudin