FOLLOWERS

Sunday 19 July 2009

ISA : PANDANGAN DR ABDUL RANI BIN KAMARUDDIN PENSYARAH UNDANG-UNDANG UIAM


Falsafah ISA – cukuplah, jangan ada lagi pemimpin yang cuba nak “korner baring”


1. ISA adalah bagi menjaga kedualatan dan keselamatan negara dari diceroboh oleh mana-mana orang atau kumpulan dan terpakai terhadap semua orang di Malaysia (warganegara atau bukan) jika maklumat (melalui perisikan atau sebaliknya) menunjukkan kedaulatan dan keselamatan Negara akan digugat, atau tergugat dan diganggu-gugat oleh mana-mana orang atau kumpulan.

2. Maka itu, saya menyanjungi dan bersetuju ketegasan dan keberanian kepimpinan Yang Amat Berbahagia Mantan Perdana Malaysia yang kita kasihi, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dimana beliau telah menggunakan ISA (Ops-Lalang) bagi mengawal keadaan demi menjaga ketenteraman dan keselamatan negara.

3. Dato Seri Anwar Bin Ibrahim (semasa TPM) dan Pak Lah (semasa PM) juga akur kepada ISA dan tidak menghapuskan ISA? Kini mereka sudah “corner baring”, tidak pasti kini, apa muslihatnya mendesakan ISA ini dihapuskan? Apakah kerana kepentingan peribadi? Kepentingan politiknya? atau kepentingan Negara?

4. Dalam hal ISA ini, orang politik pun tidak boleh dikecualikan kerana acapkali merekalah yang menghuru-harakan keadaan dengan agenda politik mereka dan kadang kala merekalah yang menjadi punca menghuru-harakan pemikiran rakyat.

5. Apakah mereka ini tak patut dimasuk juga dalam ISA? Perlu faham falsafah bahawa negara tidak menjawab kepada orang politik, sebaliknya orang politiklah dikehendaki menjawab kepada negara bahawa tindak tanduk mereka tidak mengancam keselamatan negara.

6. Sukacitanya saya memetik sedikit apa yang saya baca didalam majalah Milenia [muslim], edaran Julai 2009 (bilangan 83), bahagian `bicara mufti’ ditulis oleh Salawati Haris, “Ulama Berani Demi Kebenaran” muka surat 20 – 23, dimuka surat 21, dimana Dato’ Haji Abdul Rahman Haji Osman, mufti Pahang, antara lainnya dengan tepat mengatakan;

7. “Disetiap negeri ketua agamanya ialah Sultan. Maknanya, ada lagi ketua yang lebih tinggi. Dari segi hukum, sebagai mufti saya boleh bercakap tetapi daripada segi perlaksanaannya, sultan dan majlis Raja-Raja yang akan putuskan.

8. Jika mengikut peraturan, mufti perlu merujuk kepada Sultan. Begitu juga dengan tindakan politik yang juga terbatas. Walau apa pun kata orang politik, kita tetap kembali merujuk kepada Sultan, sekiranya Tuanku berkenan barulah ia dilaksanakan, Politik lain, katakanlah satu peraturan yang mewajibkan pasangan pengantin yang hendak berkahwin mesti mengadakan pemeriksaan ujian HIV.

9. Walaupun ia arahan dari mana-mana pemimpin politik, jabatan agama mesti mendapatkan kebenaran daripda sultan terlebih dahulu. Maknanya, ada kuasa yang mengatasi kuasa politik.”

10.Sememangnya ISA adalah undang2 sah yang berkesan mengekang apa jua tindakan covert atau overt terhadap keselamatan negara. Maka mana-mana orang yang “corner baring” menghuruharakan keadaan, ISA (bukannya mahkamah) adalah sebaik-baik kaedah mengekang perbuatan mereka. Perlu faham juga bahawa ISA adalah Undang2 Tuanku bukan UMNO punya ataupun mana mana parti politik lain baik BN mahupun Pembangkang (Pakatan).

11. Maka orang politik tidak kira UMNO atau pembangkang sama-sama terikat dengan ISA – maka jangan ada sesiapa, ada mana-mana golongan cuba-cuba nak “corner baring” menggunakan kedudukan mereka sehingga menyebabkan Tuanku-tuanku Persekutuan Malaysia melenting melihat Negara huru hara hanya kerana hendak mendesak Kerajaan Persekutuan Malaysia menghapuskan ISA?

12. Perlu faham bahawa fahaman sosialisme, republik dan komunisme sebenarnya bertentangan dengan konsep Raja-Raja Berpelembagaan yang diamalkan diMalaysia.


13. Apa yang saya nampak, pemansuhan ISA yang diwar warkan lebih bersifat kepentingan politik bukannya bersifat kepentingan negara. Yang perlu dipertekankan sepatutnya adalah keharmonian, kesejahteraan, kestabilan dan pembangunan insani dan berbudi perketi. Masaalah rumah2 terbengkalai dan pemaju-pemaju yang banyak melakukan penipuan terhadap pembeli2 – apakah mahkamah dan kerajaan telah dapat membendung penyangak-penyangak tersebut dengan Akta Perumahan?

14. Kanun Keseksaan ataupun Undang2 Rasuah? Ini baru hal kesejahteraan rakyat hak mereka ditipu terang-terangan dan terpaksa menghabiskan wang dan masa ke mahkamah dan si penganyak2 itu tadi terus bebas? Belum lagi isu keselamatan negara! Seorang pemimpin masyarakat mestilah memiliki tanggungjawab sosial dan berjiwa murni dan menjaga kepentingan rakyat dan Negara.


15. Orang-orang yang menyalahgunakan ISA yang perlu diambil tindakan bukannya undang2 itu. Mereka-mereka yang tidak menggunakan ISA dalam keadaan sepatutnya juga sebenarnya telah juga bertindak mengancam keselamatan negara dan perlu diambil tindakan.

16. Apakah kerana kemalangan jalanraya yang membabitkan kenderaan2, maka dihapuskan kenderaan2 dijalanraya atau pemandunya yang diambil tindakan kerana cuai atau memandu dengan melulu?

17. Ramai tentera dan polis perisik mati tanpa anak-isterinya dibela dan terbiar dalam usaha mereka merisik demi keselamatan negara.

18. Perbuatan-perbuatan underworld, mafia dan kumpulan kongsi gelap yang melacurkan perempuan-perempuan, pengedaran dadah, peras ugut, ahlong dan perbuatan maksiat-maksiat yang lain, pengganas-pengganas yang kita ketahui dan tidak diketahui, apakah kamu bersedia menjadi saksi terhadap mereka itu dimahkamah?

19. Apakah kamu bersedia menjadi perisik (dengan berpura-pura menjadi kawan baik mereka) terhadap perbuatan penyangak2 tersebut? Pernahkah dan beranikah kamu melaporkan kegiatan-kegiatan penyangak-penyangak tersebut kepada pihak polis?

20. Mereka-mereka berjuang dan bergadai nyawa dengan penyangak-penyangak agar rakyat dapat hidup dan tidur dengan aman dan damai tanpa digangu gugat oleh penyangak-penyangak ini. Apakah mekanisme dan cara negara merisik tindakan overt dan covert musuhnya perlu didedahkan?

21. Dalam rumahtangga pun ada rahsia, dalam perniagaan pun ada rahsia, dalam jabatan dan kulliyah pun ada rahsia, inikan pula negara. Kami minta Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Dalam Negeri memahami dan menghayati falsafah ISA itu sendiri dan kerana apa ISA itu tetap releven? Apapun jangan disalahgunakannya, tetapi bilaman perlu hendaklah digunakannya dan tegas menggunakkannya tanpa mengundur setapak kemudiannya.


22. Fikir masak2 dan jangan terlalu mengikut perasaan.


Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Pensyarah Undang-Undang

UIAM

6 comments:

  1. Sdr Dr Abdul Rani.

    Saya amat-amat bersetuju akan pandangan Dr dalam hal ISA ini. Saya sependapat dengan Dr, bukan sahaja di Malaysia perlu ada AKTA KHAS seperti, malah di USA, Russia, England , French dan lain2 lagi apatah lagi Israel!.Mereka semua mempunyai undang-undang KHAS sebegina. AKTA ini amat perlu ada bagi menjamin keteguhan Negara dan kestabilan Negara dari musuh-musuh samada dari dalam mahupun dari luar.

    Tanpa adanya undang-undang KHAS ini, sesuatu musibah yang ingin menggoncang dan mengkacau-bilaukan Negara TIDAK dapat ditangani dengan berkesan. Oleh itu, ISA masih perlu dan masih relevan sampai bila-bila pun, jika mahu melihat MALAYSIA ini aman dan sejahtera.

    Pembangkang hanya mahu memainkan isu ini untuk kepentingan mileage politiknya. Saya yakin mereka juga akan mengaktakan undang-undang yang sama jika mereka dapat memerintah dan mungkin lebih teruk lagi yang seperti negera KOMUNIS CHINA. Itu, saya sudah yakin dan pasti. Lihat saja apa yang mereka lakukan selama 11 bulan di Negeri Perak.

    Untuk itu, saya secara peribadi menyokong ulasan/pandangan Dr dalam hal ISA ini, cuma apa yang perlu ia perlu dikawalselia dan ditambahbaikkan agar ia merangkumi satu undang-undang yang lebih berkesan dan adil.

    Sekian. Ikhlas dari.
    Azhari Hj Abu
    Tim. YDP, Kesatuan Anak-ANak Muda Islam Perak- KAMI.

    ReplyDelete
  2. ISA masih di perlukan..
    saya sokong 100%..

    ReplyDelete
  3. asharidan anoy . tq atas respon. saya sependapat dengan anda

    ReplyDelete
  4. ISA MASIH RELEVAN. ISA MASIH DIPERLUKAN UNTUK MENGEKALKAN TAHAP KEAMANAN DI MALAYSIA.

    KITA KHUATIR TANPA ISA..AKAN BERJAYALAH PUAK YG BERNIAT MEMECAH BELAHKAN DAN MENGANGGU GUGAT KEAMANAN.

    ReplyDelete
  5. ISA masih RELEVAN.Sesiapa yg menolak dia adalah pengkhianat bangsa dan negara.Buat masa ini negara kita berada ddlm keadaan aman dan damai.Ada duit mudah berbelanja.Tak ada kuasa, gila kuasa .Ini yg banyak kat negara kita.Payah,payah.Lu fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  6. Negara negara lain pun ada ISA tapi bunyinya lain sikit mengikut bahasa di orang , tapi kat Malaysia ini ada orang tak geti bahasa Malaysia , tu yang susah . Mungkin dia orang hanya lulus bahasa Malaysia atau gagal dalam SPM , tu yang tak faham faham Bahasa Malaysia , Rakyat Malaysia perlukan ISA lagi demi menjamin keselamatan diri , anak dan cucu .

    ReplyDelete

PETA PELAYAR