FOLLOWERS

Sunday 19 July 2009

DAP SAMAN SPRM : SETUJU !





Penghuni Gua : Bab ini PG setuju. Apa nak gaduh-gaduh berdemo sana, tendang pintu SPRM dan sebagainya.

2. Jadi dengan tindakan ini , PG setuju. Saman SPRM jalan terbaik. Tak puashati , saman. Itu dibenarkan undang-undang. Jadi inilah baru PG lihat DAP cerdik sedikit dari biasa.

3. Apa nak melalak sana sini. Sistem dan saluran ada. Kalau saman SPRM , memang pada pandangan PG, DAP akan menang. Betul pandangan DAP, ini kawasan keselamatan, SPRM bertanggungjawab sepenuhnya.

4. Memang, tidak sepatutnya seorang saksi dan orang awam dibiarkan bebas di kawasan pejabat yang mempunyai fail berperingkat. Inikan pula saksi boleh tidor. Bodoh sangat ke SPRM boleh benarkan saksi tidor dalam kawasan keselamatan?

5. PG rasakan soal siasat memang belum selesai. Kenyataan SPRM bahawa jam 3.45 pagi soal siasat telah selesai dan saksi tidor tidak menasabah. Ini adalah alasan untuk melindungi pegawai tersebut.

6. Apa pun, PG hanya persoalkan prosedur dan kawasan keselamatan dan kenyataan bahawa jam 3.45 saksi dibenarkan tidor.

7. Berbalik kepada SETPOL tersebut : simati pada pandangan PG telah bunuh diri. Itu sahaja. DAP hanya boleh saman SPRM dari segi peraturan dan prosedur. Itu sahaja. lapuran awal patologist pun mengesahkan kematian adalah disebabkan terjunan. Tiada kesan lebam / tanda-tanda didera.

8. Jadi sebab kematian tetap bunuh diri. Janganlah PR nak mengambil kesempatan politik dalam hal ini. Jika silap diawasi kes ini, ia akan menjadi isu perkauman. Kerajaan sepetutnya bertegas. Ambil tindakan undang-undang kepada semua yang bertanggungjawab mencetuskan keadaan tidak selesa ini sebelum keadaan keadaan menjadi tidak terkawal.

1 comment:

PETA PELAYAR