FOLLOWERS

Friday 31 July 2009

TAMADDUN ISLAM 9




Nota : Ini adalah ringkasan nota-nota kuliah-kuliah lama Subjek Tamaddun Islam yang dihasilkan oleh rakan Che Zaimani semasa kami semua belajar pada 1990an. Mungkin berguna kepada kita semua dan pelajar yang masih menuntut. Ini hanya ringkasan dari kuliah. Pembacaan tambahan perlu.


Kuliah9
Tamadun Islam
Bayt Al-Mal
.


Ringkasan

Bayt Al- Mal bermaksud rumah harta. Sama dengan perbendaharaan negara atau kementerian kewangan. Pada masa awal penubuhannya ia adalah tempat singgahan harta sebelum di agihkan. Pada zaman Rasullah kewujudannya adalah ringkas dan seorang bernama Hanzanlah dilantik sebagai setiausaha dan diminta memberi laporan terperinci dalam masa tiga hari setiap kali terdapat keluar masuk harta.

Sejarah terkumpul wang bermula pada 2 hijrah apabila berlaku perang di satu tempat bernama Nahlah. Harta dari rampasan perang ini dimasukkan ke dalam Bayt Al –Mal. Selepas itu berlaku pula peperangan Badar dalam bulan puasa dan hartanya juga dimasukkan ke dalam Bayt Al-Mal. Kemudiannya di ikuti beberapa peperangan.

Peranan utama pada masa itu adalah untuk mengatasi keperluan asasi umat Islam dan tidak digunakan untuk bayaran gaji atau pembangunan seperti zakat. Asasi bermaksud perkara-perkara asas yang diperlukan dalam kehidupan. Harta Bayt Al Mal tidak di campur dengan harta zakat.

Harta zakat seperti dalam Quran hendaklah diberi kepada mereka berikut :

i. Fakir
ii. Miskin.
iii. Orang yang dijinakkan hatinya ( Mualaf).
iv. Orang bekerja memungut zakat ( Amir).
v. Orang yang bergelumang dengan hutang.
vi. Orang hendak dibebaskan dari hamba.
vii. Orang yang mengembara untuk tujuan agama.
viii. Sesuatu perbuatan untuk jalan Allah.

Perkataan dijinakkan hatinya bukan bermaksud bukan Islam masuk Islam dan ia meliputi semua orang yang dijinakkan hatinya.

Pada masa pemerintahan Umar bayaran zakat kepada Mualaf telah dihentikan dengan alasan Islam pada masa itu sudah kuat. Pada masa zamannya baki Bayt Al- Mal hanyalah satu dinar. Tetapi ini tidak menghairankan kerana pada masa itu polisinya hendaklah di agihkan serta merta.

Pada masa Saidina Umar peperangan hebat telah berlaku dan banyak harta rampasan perang dimasukkan ke dalam Bayt Al –Mal. Pengurusan baru di bentuk bernama Adawawain berasal dari perkataan Parsi yang bermaksud pejabat-pejabat. Umar juga membuka cawangan Bayt Al-Mal dengan arahan dari Bayt Al-Mal pusat. Keadaan Bayt Mal ini lebih penting apabila ianya lebih besar dari perbelanjaan yang diperlukan.

Pada zaman Umar harta dari Bayt Al-Mal di bahagikan mengikut keutamaan. Contohnya siapa dulu yang memeluk Islam. Perkara ini tidak dilakukan pada zaman Abu Bakat dan Rasullah. Pada zaman Othaman ianya masih diteruskan sehinggalah pada zaman Ali amalan begini dihentikan. Umar juga telah membahagikan 100 dirham kepada anak yang baru dilahirkan.

Masjid menjadi tempat harta disimpan dan dibahagikan.

Cukai kepala juga yang di nama Jiziat dimasukkan ke dalam Bayt Al- Mal. Cukai kepala hanya dikenakan kepada mereka bukan beragama Islam. Cukai ini dikenakan kerana mereka tidak perlu membayar zakat dan juga tidak perlu berperang untuk mempertahankan agama Islam. Orang-orang lemah,wanita, kanak-kanak dikecualikan cukai kepala.

Harta rampasan perang seperti dinyatakan dalam Quran hendaklah dibahagikan seperti berikut :

i. 4/5 kepada askar ( askar pada masa itu tidak mempunyai gaji),
ii. 1/5 untuk Rasul dan sahabatnya, anak yatim, orang miskin dan ibu sabi (pengembara).

Sumber utama pada masa itu adalah dari :

i. Rampasan perang.
ii. Cukai kepala.
iii. Sedekah Jariah.

Pada masa Umar bin Abdul Aziz beberapa perubahan dilakukan. Dia tidak mengambil harta Bayt Al-Mal dengan alasan dia sudah cukup harta. Dia juga menggesa isterinya menyerahkan barang kemas kepada Bayt Al Mal.

Tujuan Bayt Al Mal:

Maslahah umum kepada mereka berikut :

i. Anak Yatim.
ii. Bantuan rumah kebajikan –anak yatim,orang tua, buta,pekak,cacat dan lain-lain difikirkan perlu.
iii. Bantuan bencana alam seperti banjir, gempa bumi,kebakaran.
iv. Lain-lain yang tidak bercanggah dengan Islam.

Sejarah penubuhan Bayt- Al-Mal.

Pada 622 Masihi semasa pimpinan Rasullah di Madinah. Ia boleh disamakan dengan perbendaharaan Negara atau kementerian Kewangan. Pada awalnya ia adalah tempat singgahan harta sebelum diagihkan. Pada masa itu kewujudannya adalah simple sesuai dengan keadaan pada masa itu. Seorang bernama Hanzalah telah dilantik mengurus dan cop mohor di ujudkan. Sejarah pengumpulan harta bermula pada perang Sariyah di tempat bernama Nakhlah pada tahun kedua Hijrah. Dalam peperangan ini Abdullah Bin Jahash mendapat kemenangan dimasukkan ke dalam Bayt Al_mal termasuklah binatang ternakan.

Selepas itu dikuti dengan peperangan Badar dan beberapa siri peperangan lain sehingga mengatasi keperluan asasi umat Islam.

Setelah peperangan dikenali sebagai Ghazwah Bani Nadir Rasullah telah bercadang membahagikan harta tersebut kepada penduduk Ansar dan Muhajirin tanpa mengambil kira kepada mereka yang memerlukan saja. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh Saad Bin Ubadah. Pegawai-pegawai tambahan kemudian dilantik antaranya Muaiqib Al –Dusi bagi menyimpan rekod keluar masuk harta dengan terperinci.

Bayt Al-Mal di zaman Abu Bakar.

Mengikut jejak Rasullah. Abu Ubaidah Amir al-Jarrah mempelawa untuk mengurus Bayt Al-Mal dan diterima. Pejabat dibuka di rumahnya dan urusan dikemas kini.

Bayt Al Mal di zaman Umar Al-Khattab

Semasa mengambil jawatan khalifah Bayt Al –Mal hanya 1 dinar dan ini kerana mungkin polisi masa itu yang hendaklah dibahagikan serta merta. Beliau telah menyusun setragis baru bagi menambah harta Bayt Al-Mal. Di zamannya peperangan menentang musuh berlaku dengan hebat bermula dari laut merah menuju ke Afrika. Di saat ini pula seorang bernama Abdul Rahman Bin Sakhar telah datang menyerah sejumlah harta perang berjumlah lima ratus ribu dirham. Dengan pertambahan pesat ini Umar telah menubuhkan Al- Dawawain iaitu satu kementerian khusus. Pegawai baru dilantik iaitu Uqail Bin Abi Talib, Mukramah Bin Nufal, Jabir Bin Mut`im dan lain-lain.

Oleh kerana umat islam merata-rata maka cawangan Bayt-Al-Mal ditubuhkan dengan arahan dari pusat.

Bayt Al-Mal menjadi lebih penting apabila kemasukan mengatasi perbelanjaan. Ia tidak lagi menjadi tempat singgahan harta dan tidak boleh dihabiskan dalam masa 3 hari seperti zaman Rasullah. Dengan keadaan ini harta telah dibahagikan mengikut keutamaan iaitu siapa yang terlebih dulu masuk islam, berjihad dengan rasullah menentang musuh, memeluk islam tetapi terlebih dulu menentangnya, ada yang kaya dan ada yang miskin. Masing-masing akan menerima mengikut kadar yang ditentukan.

Umar juga telah memperuntukkan 100 dirham kepada bayi yang baru dilahirkan.

Sejarah sebenarnya penubuhan Bayt Al – Mal Boleh lah disimpulkan pada masa selepas peperangan Badar. Di samping harta Bayt Al- Mal ada juga hasil dari zakat tetapi ianya tidak dicampurkan dengan Bayt Al – Mal. Cukai kepala( Jizyah) juga dimasukkan ke dalam Bayt Al-Mal. 4/5 harta Bayt Al-Mal adalah kepada askar dan 1/5 kepada mereka yang disebut dalam Quran. Sumber kewangan pada zaman Rasullah adalah dari harta rampasan perang, cukai kepala dan sedekah. Nabi Muhamad sendiri telah mengasingkan harta Bayt Al-Mal dengan harta sendiri.

Bayt Al-Mal pada zaman Umar Abdul Aziz.

Salah seorang yang mengambil berat tentang Bayt Al-Mal. Beliau memecat menteri dilantik oleh khalifah terdahulu kerana tidak adil kepada rakyat seperti Uthman Ibn Zaid di Mesir, Yazid Al Mahlab di Khurasan, malah menteri yang dilantik olehnya sendiri kerana tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Umar tidak mementingkan hak milik sendiri dan hak milik keluarga atau milik orang perseorangan tetapi sebaliknya harta milik umum. Tidak mementingkan Maslahah khas tetapi Maslahah umum. Beliau pernah berkata kepada isterinya sendiri Fatimah Abd Malik ` jika kamu mahu bersamaku hendaklah kamu serahkan harta barang kemas kepada Bayt Al-Mal kerana sebab itu semua bagi mereka`

Umar tidak mengambil sedikit pun harta Bayt Al-Mal sebagai mana Umar Al –Khattab mengambil 2 dirham setiap hari. Apabila ditanya umar menjawah, Umar tidak mempunyai harta sedangkan aku mempunyai cukup harta.

Beliau juga menghapuskan penambahan cukai. Beliau berkata pungutan cukai dilakukan masa perlu dan tidak mahu membebankan orang ramai. Beliau pernah berkata `Sesungguhnya Nabi Muhamad di utuskan untuk menjadi petunjuk bukan untuk memungut cukai.

Sumber Bayt Al-Mal.

1. Cukai tanah.
2. Cukai Eksport/Import.
3. Hasil dari milik umum seperti galian logam
4. Harta pusaka yang tidak ada waris dan harta tanpa pemilik.
5. Rampasan kerana tidak membayar zakat.
6. Cukai kepala.
7. Cukai-cukai lain yang dikenakan bila perlu.
8. Tebusan `Al-Fay`.
9. Denda-denda.
10. Sumbangan negara tertentu.
11. 1/5 hasil rampasan perang.

Rampasan lain adalah :

1. Rampasan harta riba.
2. Rampasan harta penyanyi,penari,pelacur yang didapati secara haram.
3. Rampasan harta kelab perjudian,kelab malam.
4. Rampasan orang yang murtad.
5. Rampasan dari hasil sumber tidak sihat seperti penjualan majalah lucah.
6. Rampasan harta orang politik dipercayai diperoleh dengan jalan tidak sihat.

Penggunaan Bayt Al-Mal.

Membayar gaji pegawai dan pekerja yang menjamin kepentingan umum.
Perkara yang diperlukan oleh masyarakat umum:

i. Untuk mengukuhkan ekonomi Islam.
ii. Membuka tanah dan mengeluarkan bahan mentah dari bumi.
iii. Keperluan asas seperti jalan raya,pengangkutan,elektrik,bekalan air,perumahan dan sebagainya.

Dengan syarat seperti berikut :

i. Memenuhi kehendak Islam atau sekurang-kurangnya diharuskan oleh Islam.
ii. Rancangan hendaklah benar-benar mendatangkan faedah kepada masyarakat dan ini merupakan syarat tetap dalam semua pentadbiran agama Islam.
iii. Perbelanjaan untuk rancangan tersebut hanyalah sekadar yang diperlukan sahaja.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR