Berita jan 6 TV1 pagi tadi PG ada mendengar berita bahawa Dato Noh Omar , Menteri Pertanian, mengatakan bahawa elaun sara hidup petani dan nelayan hanya akan dibayar di pejabat ahli parlimen sahaja secara tunai. Sekiranya tidak datang mengambil ssendiri , nelayan dan petani tidak akan mendapatkannya. Ia tidak lagi akan dibayar secara elektronik.
2. Kepada Dato Noh: salah tu Dato. Atas apa alasan pun salah. Dalam masa 1 hari Dato dah lakukan 2 kesalahan. Semalam juga Dato sudah keluarkan arahan melarang pegawai jabatan pertanian ke negeri yang diperintah pembangkang.
3. Kerajaan sudah keluarkan dan meluluskan peruntukkan elaun sara hidup ini kepada mereka yang berhak. Mengapa perlu banyak sangat birokkrasi. Tambahan pula kepada gulungan yang amat memerlukan ini. Peraturan ini amat menyusahkan dan membebankan petani. Berulang alik setiap bulan meninggalkan kerja mereka untuk mendpatkan wang sara hidup ini dari ahli parlimen. Itu belum dikira dari segi masa yang terbuang begitu sahaja.
4. Apa tujuannya perlu ke pejabat ahli parlimen? Untuk para petani menyembah ahli parlimen untuk mendapatkannya? Ini bukan India atau di Mumbai di mana ahli parlimen seperti raja. Sampai kepala sendiri pun ada tukang urutnya.
5. Kemudahan perbankan elektronik yang telah dipraktiskan sebelum ini untuk pembayarannya sudah baik. Mudah, tidak membuang masa. Mengapa perlu diubah?
6. Inilah diantara perkara yang amat memualkan kami semua apatah lagi mereka ini. Perkara amat mudah. Daftar dan bayar secara elektronik. Sekali sahaja para nelayan dan petani ini pergi ke pejabat untuk pendaftaran.
7. Jika diteruskan hasrat ini, hasrat kerajaan meluluskan peruntukkan untuk gulungan ini tidak akan tercapai. Inilah kadang kala kami diluar ini naik menyampah dan meluat kepada kerajaan. Sebenarnya bukan kerajaan yang salah, tetapi pentadbir-pentadbir dan menteri-menteri tertentu ini yang terlalu singkat pemikiran untuk berfikir bagaimana sesuatu itu dapat dipermudahkan sistem penyampaiannya kepada rakyat.
8. Berbuih sudah mulut PM dari sejak zaman Tun Mahathir hinggalah ke zaman Dato Sri najib yang bercakap agar semua kementerian memperbaiki sistem penyampaian di kementerian masing-masing.
9. Dato. Sudah-sudah lah . Buatlah anjakan paradigma sikit dalam pengurusan kementerian dan lihat sesuatu perkara itu secara holistik. Jangan semua perkara dilihat dari sudut politik. kami blogger ni pun dah letih untuk membela kerajaan , jika inilah cara seseorang menteri berfikir.
10. Kepada Blogger-blogger UMNO / BN yang dekat dengan Dato Noh tersebut, sampaikanlah perkara dan isu ini. Nampak remeh. Tetapi impaknya amat besar kepada kerajaan dan parti dalam jangka panjang.
11. 1Malaysia. Hayatinya. ( Zaman cyber ini semua urusan di hujung jari ).
betui la
ReplyDeletezaman ni,zaman elektronik
e banking dah laaa
dia ingat apa<
nak buang masa pi pejabat ahli parlimen, yg belum tentu ada di pjbt.
SLM BRO..NAMPAK GAYA KERAJAAN NAK MASUK GEAR REVERSE PULAK!..ADOIYAIII..PONING KEPALO DEN
ReplyDeletekao bayar 3X ganda tape juga. Tapi klo nak paksa sign MOT tanah susah skit!. Nak tak ada anak dara kot!
ReplyDelete