FOLLOWERS

Saturday 18 July 2009

TPM TIMBANG BADAN BEBAS : TIDAK PERLU !





Penghuni Gua : Kepada TPM : PG berpandangan siasatan bebas atau satu badan bebas tidak perlu untuk menyiasat kematian SETPOL ini. Negara ini memang bebas. Cukuplah mempertikaikan kredibiliti agensi yang berkaitan dengan siasatan.

2. Dengan ditubuhkan badan ini, ia dilihat cuba merendahkan dan mempertikaikan kredibiliti agensi yang berkaitan dengan siasatan ini. jangka masa panjang , ia akan memberi kesan buruk kepada agensi yang berkaitan dan akhirnya kerajaan juga yang mnerima kesan buruknya..

3. Apa perlu lagi badan bebas. Semalam PG sudah mengulas isu ini. ( KLIK ). Jadi apa perlunya. Agensi yang ada adalah yang terbaik dalam siasatan dan kerap diminta oleh negara luar untuk membantu mereka. Kita sendiri pula tidak mempercayainya.

4. Tidak perlunya badan bebas ini kerana siasatan ini bukan hanya melibatkan polis. Polis akan menjalankan siasatan. Menentukan sebab kematian adalah Patologist. Kemudian setelah selesai siasatan kertas siasatan akan diserahkan kepada peguam negara untuk tindakan lanjut. Sekiranya PeguamNegara mendapati siasatan polis telah selesai, kertas siasatan ini akan dihantar ke mahkamah untuk Inkues. Pihak Coroner akan dilantik untuk mengesahkan samada sesuatu kematian mengejut itu sah atau ada kesalahan jenayah atau ada keraguan tentang sebab kematiannya.


5. Jadi apa perlu lagi satu badan bebas untuk menangani masalah ini? Tidak cukupkan dengan isnstrumen yang sedia ada?

6. Adakah Coroner bukan satu pihak yang bebas? Adakah Patologist bukan satu pihak yang bebas? Jangan dan cukuplah melayan permintaan dan desakan politik ini. Letih dibuatnya. Jangan nanti kerajaan dilihat lemah oleh semua kakitangan awam.

7. Cukup dan cukuplah.

Nota : Lapuran Patologist setakat ini tiada mengesan sebarang unsur jenayah berkaitan kematian SETPOL tersebut. ( Sila baca : KLIK )

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR