FOLLOWERS

Friday 17 July 2009

KEMATIAN SETPOL PR : PR MULA AMBIL KESEMPATAN !





Penghuni Gua : PG pun memang sedih dengan kematian SETPOL ini. Selain itu PG sendiri sebelum ini sudah menulis dan mempersoalkan beberapa perkara berkaitan kelemahan SPRM berkaitan isu ini juga memukul saksi sebelum ini.( KLIK )

2. Tetapi bila membaca berita di atas dan bila melihat si samseng Ronnie dan pemimpin serta penyokong PR mengadakan tunjuk perasaan hari ini bersangkutan isu ini , PG amat membantah dan mengecam tindakan bodoh dan hipokrit ini.

3. Perkara ini adalah kes polis dan masih dalam siasatan. Mengapa perlu berdemo? Adakah DSAI nak alihkan isunya yang sedang dituduh meliwat Saiful ? Selesaikah isu ini dengan hanya berdemo?

4. Pihak polis masih menunggu lapuran patologist bagi menentukan sebab kematian simati samada bunuh diri atau dibunuh atau adakah tanda dan kesan penderaan semasa soalsiasat / semasa rakaman percakapan di ambil? Mengapa perlu berdemo. Selesaikah siasatan dengan hanya berdemo? Banyak kaedah lain lagi untuk melahirkan bantahan dan dan rasa tidak puas hati. Berbagai saluran dan platform boleh digunakan.

5. SUHAKAM ada, lapuran polis boleh di buat, hantar memorandum, emailkan kepada peihak berkenaan. Jadi apa masalahnya. Terpekik terlolong macam spesis di zoo. Mengapa dalam kes seorang saksi di dakwa dipukul oleh pegawai SPRM semalam ( lihat Harian Metro ) ( KLIK ) , PR dan pemimpinnya tidak pun mengadakan tunjuk perasaan sepertimana demo yang dibuat hari ini atas kematian SETPOL tersebut.

6. Jika atas dasar pembelaan dan hak asasi , mengapa tidak dibuat bantahan yang sama terhadap kes ini? Ada double standard atau lelaki melayu yang dipukul itu tidak memerlukan pembelaan dari PR?

7. Dengan lain perkataan : Janganlah nak temberang dan mengambil kesempatan berdemo untuk mengelirukan rakyat dari masalah dalaman parti dan peribadi pemimpin PR. Sudah hipokrit dalam hal ini.

8. Menyampah dan meluat melihatnya. Macam lalat tahi / Langau berkerumun dan menjerit merata tempat. Kemudian bila diarahkan bersurai oleh polis mereka enggan. Bila polis suraikan dengan kekerasan perhimpunan haram ini , dikatakan dan ditunjukkanlah bahawa polis bertindak kasar. Siapa yang kasar. Dan siapa yang meminta kekasaran dilakukan oleh PDRM. Polis sudah memberi amaran : " Bersurai atau disuraikan dengan kekerasan".

9. Pilihan telah diberi oleh pihak berkuasa. Pilihan ditangan anda. Jadi jangan salahkan orang lain.
10. Bodohkan diri sendiri cukup. Jangan nak bodohkan orang lain.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR