FOLLOWERS

Monday 20 July 2009

BOLA SEPAK MALAYSIA VS MU PUNYA HAL : SEKADAR SUKA-SUKA !





Penghuni Gua : Machester United punya hal. Suami ditikam kerana lewat pulang semalam selepas menonton perlawanan MU dengan Malaysia ( Malaysia kalah 2-3 ).

2. Mak oi. Mampuih PG kalau kena isteri macam ni. Mak datuk garangnya. Baru lepas makan daging ular tedung kot. Mungkin juga suami ini dah banyak repot kesalahan lalu kot. Mungkin senarai kesalahan lampau tu panjangnya seperti watikah yang dibacakan oleh pembesar istana dulu-dulu kot. Mencecah lantai panjangnya. Mau tak mengamuk si isteri.

3. Tapi difikir-fikir, jalan sesak mana boleh sempat sampai jam 12 malam. Dah tak tahan sangat dah kot sampai tak boleh fikir lagi hal kesesakan kot. Kesalahan lalu banyak sangat ni "bang".

4. Ampun, ampun, ampun mak. Tak mahu kahwin kalau begini. Kalau kahwin juga mak kena sediakan liang awal-awal lagi. ...........wassalam.

>Nota : Kepada sang suami pun, nak nakal tu, kena le cerdik sikit. Pandai le sikit cari makan. dah lewat ( memang betul lewat dah sesak ) bawa le balik mee mamak tu sebungkus untuk isteri. Ambil le ikhtibar dari kisah ini. Bukan salah isteri pun dalam hal ini. Hanya salah faham. he he he he................Seriau juga PG nak pulang malam ni. Ni sedang dalam perjalanan ke Melaka. .......eeeeeee. Amin.

>Penting : kepada si suami dalam hal ini, maaf kanlah isteri tu. Cemburu punya hal lah. Dia bukan sedar pun yang dia tikam tu.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR