FOLLOWERS

Friday 17 July 2009

KEMATIAN MENGEJUT SETAKAT INI : KATA POLIS !


Utusan Malaysia
17 jul 2009

SHAH ALAM 16 Julai - Polis sehingga malam ini mengklasifikasikan kematian Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui di atas koridor di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini petang ini sebagai kematian mengejut (SDR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan empat pakar patologi daripada tiga buah hospital untuk mengetahui punca kematian.

Katanya, empat pakar itu iaitu dua pakar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), seorang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seorang lagi dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi kerana siasatan akan dijalankan secara adil dan menyeluruh.

Beliau juga enggan mengulas lanjut sama ada hasil siasatan awal pihaknya mendapati wujud perkara meragukan sebaliknya bertegas mahu menunggu laporan Unit Patologi.

"Kita akan menunggu laporan Unit Patologi mengenai punca kematian selain jika wujud perkara-perkara yang meragukan.

"Kita juga membenarkan keluarga mangsa menyediakan pakar patologi sendiri supaya tidak timbul kecurigaan pada masa hadapan, namun mereka gagal setelah diberi masa sejak pukul 6 petang," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, polis juga masih tidak dapat memastikan bagaimana keadaan dan lokasi sebenar mangsa terjatuh.

"Mangsa ditemui oleh seorang tukang cuci bangunan itu kira-kira pukul 1.30 petang dan pihak polis kemudian bergegas ke tempat kejadian bersama Unit Forensik setelah dilaporkan oleh Bilik Gerakan Polis.

"Setelah Unit Forensik menjalankan siasatan selama lima jam mulai pukul 4 petang, mayatnya kemudian dihantar ke HTAR untuk bedah siasat selepas keluarga mangsa diberi peluang melihat mendiang," jelas beliau.

Dalam pada itu Khalid berkata, polis sudah mengambil keterangan lebih lima kakitangan dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuhan Malaysia (SPRM) Selangor bagi membantu siasatan kes kematian tersebut.

Penghuni Gua : Sama-sama kita tunggu lapuran Patologist untuk penentuan sebab kematian. Relax Mr Ronnie : jangan kecoh-kecoh dan kepoh-kepoh. Jaga hal ehwal anda dan jaga kes anda sudah le. Underworld / underground aktiviti anda oun sedang disiasat SPRM dan Polis. Yang terdahulu pun tak selesai lagi bicaranya.

2. Hilang le tempat bergantung .........................................
3. Walau bagaimana pun, SPRM dalam satu perkara perlu meneliti semula kaedah soalsiasat dan mentaliti pegawainya. Banyak sudah lapuran pegawai SPRM mengasari saspek dan saksi. SPRM bukan menyiasat kes bunuh atau kes sek 39 B ( mengedar dadah ) yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati. Semalam pun dalam Akhbar Harian Metro pun ada lapuran saksi dipukul hingga lebam tuduh badan dan tapak kaki.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR