FOLLOWERS

Saturday 25 July 2009

MULUT BUSUK ULAMA HADI : SARAWAK MARAH PASAL CAWAT HADI!

Utusan Malaysia
25 jul 2009



KUCHING 24 Julai - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ceramahnya semasa kempen parti itu pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan, 11 Julai lalu telah menyinggung perasaan masyarakat kaum Iban di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kenyataan yang dibuat Abdul Hadi itu telah 'merendah-rendahkan' masyarakat Iban khususnya di Lubok Antu.

Menurutnya, Abdul Hadi sebagai seorang yang bijak seharusnya meminta maaf di atas kenyataannya itu yang dibuat berdasarkan fakta yang tidak benar.

''Beliau mungkin berpandangan jauh dan cuba membuat kesimpulan berdasarkan imaginasinya tanpa berdasarkan fakta yang benar.

''Kenyataan beliau itu telah menyinggung komuniti Iban terutamanya di Lubok Antu dan setiap orang yang berfikiran waras seharusnya memohon maaf atas kenyataan mereka itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan rakyat Batang Air tidak tahu mengundi kerana mereka masih pakai cawat lagi.

Dalam ceramah itu, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata; "Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas," katanya.

Jabu menjelaskan, masyarakat Batang Air masih berpakaian normal dan tidak memakai cawat sebagaimana dakwa Abdul Hadi.Menurutnya, masyarakat Iban hanya memakai pakaian tradisi sekiranya menari tarian tradisional mereka.

Beliau menarik perhatian Sarawak merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan orang yang mengundi parti itu merupakan orang yang mempunyai fikiran yang waras dan wajar sahaja.

''Walaupun beliau berhak untuk membuat komen, tetapi kenyataannya itu tidak benar kerana hanya orang yang yang berfikiran waras sahaja yang mengundi untuk BN," tegas beliau


Penghuni Gua : PG telah lama membangkitkan isu ini. Rasanya bloggers pertama membangkitkannya.


2. Inilah contoh mulut busuk dan kurang ajar mereka yang bertaraf tok guru dan ulama dan berserban, berjubah ke hulu ke hilir. Mulut lebih teruk dari mulut pelacur yang menjual tubuh di Chow Kit. Inikah contoh mulut yang akan mendekatkan orang kafir kepada islam?


3. Inikah cara dakwah yang dicontohi oleh PAS?


4.Berapa ramai sudah PAS berjaya mengislamkan orang dengan cara ini.


5. Memang telah dijanjikan oleh Allah, bahawa penghuni neraka kebanyakkannya adalah mereka yang bertaraf ulama dan mereka yang alim. Mungkin ini contohnya. Sejahat-jahat PM Malaysia yang sekarang dan yang lepas-lepas , walaupun mereka ini dikatakan oleh PAS tidak islam dan bukan mereka yang beriman, PM-PM ini yang PG dengar, tak sekalipun memaki hamun dan mengejek serta mencerca orang lain.


6. Inilah contoh ulama pelacur yang terus merosakkan nama islam dan islam di mata orang bukan islam. Kepada Pemimpin Sarawak : Tentukan TGHH ini dilarang masuk ke sana dan letakkan dibawa senarai Imigresen Sarawak sebagai " orang yang tidak dihendakki oleh Sarawak".

3 comments:

  1. terus terang saya katakan, saya cukup tersinggung dgn kenyataan orang tua bodoh nak mampus tu. hadi awang ni bukan ulamak, tapi pukimak! kalau nak berpolitik, berpolitiklah, tak payah nak kait kaitkan pasal suku etnik! memang sial orang tua ni. kalau berani sangat orang tua ni cuba la datang batang ai.

    ReplyDelete
  2. kenyataan datuk hadi awang memang menyakitkan terutamanya bagi masyarakat bukan melayu sarawak. kalau nakjadi pemimpin tu biarlah bijak dan serba tahu. macam mana nak jadi pemimpin kalau dah memang bodoh. orang sama negara negara dengannya pun dia tidak tahu. huh bodoh. zaman sekarang mana ada orang pakai cawat. ada hati nak memimpin sarawak, kawasannya sendiri pun belum maju. kami orang sarawak walaupun asal usul pakai cawat tapi kami tak mundur. kami masih lagi mampu hidup berdikari tanpa bantuan. tak ramai pun orang sarawak yang masuk rancangan bersamamu. walaupun barang kat sarawak mahal, kami tak bising. masa election orang sarawak tak merusuh macam pengikut pas yang macam orang utan yang kelaparan nak makan kawan. kat sarawak mana ada kami buat hal masa pilihan raya. ini adalah kerana kami yang asal usul pakai cawat lebih maju, matang, siuman, dan bertolak ansur. kami hadi awang umpama orang hutan yang baru keluar dari gua yang tak tahu perkembangan semasa. yang kamu tahu cuma nak tipu orang aja.

    ReplyDelete
  3. Sedikit sebnyak kenyataan itu telah merencatkan usaha PKR di Swak. Kenyataan itu amat2 melukakan Hati Masy Dayak, Iban khusunya. Sekian lama isu2 spt ini melukakan hati kami rakyat Bumi Kenyalang. X cukup dgn cerita kami tinggal di pokok. ini timbul isu cawat. Menarik benang jgn putus, tepung jgn berselerak. skrang benang hmpir putus dan tepung terkena ke muka Awg Hadi. Sbg pemimpin seharusnya berfikir ttg sensitiviti kaum sebelum mengeluarkan kenyataan. Situasi politik Swak berbeza dgn Kelantan dan jgn di samakan. Dan jgn lupa hasil2 bumi dr Swak dan nenek moyang kami yg bercawat itulah membentuk Malaysia dan ekonominya. Krn perjuangan org2 bercawat itulah Swak ada spt skrang ini. PM harus mengambil berat itu ini. ini bkn sj merencatkan PKR lahan BN juga. bertambah2lah Sentimen kedaerahan org2 Swak. Sori 2 say klate pun ada apa? ckp pakai kepala lutut… kechek mung bior molek!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR