FOLLOWERS

Friday 17 July 2009

SUDAH, SUDAHLAH TUBUH SURUHANJAYA BEBAS !


Penghuni Gua : Ekoran kematian SETPOL Exco PR Selangor hari ini, ramai pihak mencadangkan kepada kerajaan agar ditubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat punca/sebab kematian si mati.

2. Pada pandangan PG, cukuplah . Tak perlu pun ditubuhkan suruhanjaya ke, suruhanjaya bebas ke, badan siasatan bebas ke dan sebagainya yang serupa dengan suruhanjaya. Membazir sahaja. Lihat tulisan PG sebelum ini. KLIK

3. Era pemerintahan sebelum ini hampir atau 6 suruhanjaya dibentuk oleh kerajaan. Suruhanjaya penambahbaikan dan perjalanan PDRM, Suruhanjaya kes Vedeo Linggam, Suruhanjaya menyiasat kes rakyat China dibogelkan di lokap IPD Brieckfield, dan 2-3 lagi suruhanjaya yang serupa.

5. Dengan penubuhan suruhanjaya ini , ada suara-suara nakal yang menggelarkan era pemerintahan Tun Abdullah Badawi sebagai Bapa Suruhanjaya. Ini sahaja legasi yang ditinggal oleh Pak Lah.

6. Lihat, apa jadi dengan Suruhanjaya ini. Pembangkang memang suka dengan penubuhan suruhanjaya-suruhjaya ini. Ini kerana mereka akan menelanjangkan semua keburukan walaupun tak ada kaitan dengan kerajaan dan kadangkala hanya " hearsay evidence". Ramai pihak dimalukan. PDRM di malukan. Apa hasilnya suruhaanjaya ditubuhkan untuk PDRM. Hanya merosakkan PDRM. Agensi payung utama negara dibogelkan. Ramailah pengkianat suka dan bertepuk sorak. Hasilnya, sehingga sekarang, suruhanjaya ke mana, apa kemana. Kemenagannya, nama baik PDRM hancur berkecai, dan yang menubuhkan suruhanjaya meletak jawatan, hasil cadangan suruhanjaya, hanya berada dalam tong sampah.

7. Suruhanjaya rakyat China dibogelkan, pun hanya menampakkan kebodohan kita. Sehingga hantar menteri untuk meminta maaf kepada negara China. Akhirnya, yang dibogelkan adalah rakyat Malaysia. Tindakan lanjut , tak ada. Kesannya, memperbodohkan diri sendiri dan negara diketawakan.

8. Suruhanjaya Vedeo Linggam. Ke mana dan sejauh mana berkesannya dapatan dan cadangan suruhanjaya ini. Yang ada kesannya ialah nama baik Tun Mahathir di perlekehkan ketahap paling bawah. Hakim-hakim diperlekehkan. Tak ada satu pun dapatan suruhanjaya tak adapat dibawa kepengadilan . Tun Mahathir yang teruk menerima kesannya yang tak sepatutnya beliau terima. Untungnya, pembangkang. Seolah dapatan suruhanjaya itu betul. Dijaja ke serata negara Malaysia untuk burukkan TUN Mahathir. Yang untung juga, Gwe Boon saksi yang merakam Linggam bercakap mencapai tujuan menjadi popular dan mempromosi diri sendiri. Akhirnya menjadi calun dan Yb sekarang. Tougeh mentah ini telah menjadi YB dalam usia bawah 30 tahun. Nak mengurus diri sendiri pun tak tahu.


9. Itulah hasil pemikiran bijak Pak Lah yang mengikut rentak pembangkang. Pembangkang telah mendapat hasil dan untung besar atas desakan mereka. Inilah pun tujuan mereka. BUkan pun mereka mementingkan keadilan dan ketelusan. Hanya untuk kepentingan politik.

10. Jadi pada PG, tak perlulah diadakan suruhanjaya bebas atau badan bebas untuk menyiasat kes ini. Ia tak begitu rumit. Pihak PDRM mampu untuk selesaikan teka teki ini. Bab kecuaian dan kelemahan SPDRM dalam mengalikasikan prosedur yang baik dan profesional dalam siasatan boleh diperbaiki hanya dengan lembaga suruhanjaya yang telah dilantik oleh DYMM Agung untuk membuat cadangan dan usul bagi memperbaiki prosedur dan apa-apa kekurangan yang berkaitan dengan siasatan, tahanan, soal siasat, dan sebagainya.

11. kesimpulannya, jangan sesekali melayan cadangan bodoh tersebut. Jangan sesekali kerajaan sekarang melakukan kesilapan seperti sebelumnya. Juga jangan lagi menghina jabatan lain yang sudah sedia ada dan teruji kemampuannya dalam menjalankan siasatan yang telah diakui dunia.

12. Cukup, cukuplah.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR