FOLLOWERS

Wednesday 29 July 2009

INKUES SETPOL : 19 PEGUAM UNTUK SETPOL !






Penghuni Gua : Inkues Kematian Setpol bermula hari ini. Kebenaran akan terserlah. Kita semua harus sabar menunggu.


2. PG juga melihat dan ada membaca blog peguam Gobind Singh Deo semalam. Belum apa-apa nak minta penangguhan dulu atas sebab teknikal. Hai, dulu kata nak cepat sangat. Demo sana, demo sini, maki sana, maki sini kata kerajaan nak sorok kes. Ini, belum apa-apa nak minta tangguh.


3. Kes boleh dijalankan dahulu sekiranya lapuran DNA dan lapuran patologi belum diterima. Panggil saksi-saksi lain dahulu. Apa yang susah sangat. Ini belum apa-apa nak minta penangguhan. PG pun hampir 20 tahun berurusan dengan mahkamah ini. Tak ada yang pelik jalankan dulu kes ini. Panggil saksi dari keluarganya dahulu. Kemudian baru yang lain-lain.


4. Keduanya, PG perhatikan terdapat 19 peguam yang akan membela dan menjadi pemerhati bagi pihaknya secara langsung dan tidak langsung. Di antaranya : Gobind Singh Deo, Malik Sarwar, Presiden Majlis Peguam K.Ragunath hadir bersama 12 peguam pemerhati untuk Majlis Peguam, Majlis Peguam Selangor di wakili peguam Salim Bashir dan Rajpal Singh, S. Nair hadir sebagai peguam pemerhati pihak keluarga mendiang Teoh Beng Hock, peguam Hisyham Teh Poh Teik sebagai peguam pemerhati untuk Majlis Peguam Malaysia.


5. Kepada pemimpin PR, cukuplah berpolitik dan mempolitikkan isu ini. Keadilan akan hadir. Percayalah. PG pun ada melihat dari sudut-sudut tertentu yang man kematian ini wajar di buat inkues serta merta bagi beberapa penjelasan dan keraguan hasil dari tragedi ini. PG nak tahu juga.


6. 19 peguam. PG berpendapat cukup dan lebih dari cukup untuk mencari keadilan untuk TBH. Peguam negara hanya diwakili oleh seorang Tim. Pendakwa bagi mewakili kerajaan/ SPRM. Jadi fikirlah sendiri. Tak ada apa pun yang kerajaan nak sembunyikan. Di dalam inkues / mahkamah sesiapa yang cuba nak buka rentak silat akan kenalah bahananya oleh Koroner. Cubalah kalau tak percaya. Sesiapa yang berbohong akan terperangkap.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR