Penghuni Gua : Lihat. Ini bukti bahawa ISA wajib dikekalkan dalam keadaan asal di Malaysia. Perkara yang serupa tidak mustahil akan berlaku di Malaysia. Gerakan bodoh di Malaysia yang begitu bersungguh untuk menghapuskan ISA ini ( GMI ) wajib mengambil ikhtibar dari kejadian di Indonesia ini.
2. Adakah mereka masih mahu mengadakan perhimpunan memansuhkan ISA di Ibu negara pada 1 ogos 2009 ini. Terlalu bodoh dan daifkah mereka ini.
3. PG pernah menghadiri satu seminar di Kuala Lumpur pada jun 2008 berkaitan keselamatan yang mana pengucap utamanya ialah bekas Ketua Polis Indonesia yang kini menjadi Duta Indonesia di Malaysia. dalam ucapannya Dia Bachtiar telah berkali-kali menyeru kepada semua pihak yang terlibat terutama pemimpin politik di Malaysia, agar jangan sesekali menghapurkan atau meminda ISA. Beliau menyeru kita menjaga ISA ini dengan baik jika tidak mahu menyesal.
4. Indonesia katanya amat malang dan tidak mempunyai ISA. Lebih malang lagi kerana mempunyai ahli politik yang begitu bodoh untuk memikirkan bagi digubal satu akta mengenai ISA hanya atas nama memperjuangkan Hak asasi. Beliau katakan bahawa ISA ini adalah bagi menjamin hak asasi awam. Bukan menjaga hak asasi individu.
5. Di akhir ucapannya , dengan menahan sebak, beliau menyeru sekali lagi agar Malaysia menjaga dan memelihara ISA nya dengan baik dan jangan sesekali meminda apatah lagi menghapuskannya. Ia mengimbas tentang kematian yang sia-sia dan kematian yang dapat dihalang sekiranya pemimpin-pemimpin politik Indonesia secerdik pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia.
6. Adakah pemimpin GMI dan PR cerdik seperti pemimpin Malaysia atau sebodoh pemimpin Indonesia seperti kata Duta Indonesia Dai Bachtiar?
7. Fikirkanlah.
Salam,
ReplyDeleteISA perlu dipertahankan oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan negara. Hanya PAS, DAP dan PKR sahaja yang takut dengan ISA kerana puak-puak ini suka menghasut rakyat untuk kepentingan politik mereka.
khilafah akan tegak dan semua umat islam akan bersatu.....tiada lagi kezalim dari hukum-hukum sekular..dan hukum ALLAH akan tegak kembali...
ReplyDelete