FOLLOWERS

Friday 17 July 2009

ISA : PAK LAH , PAK LAH ! CUKUP-CUKUPLAH !





Penghuni Gua : Pak lah, Pak lah. Cukup-cukuplah nak beri pandangan kalau pandangan yang diberikan hanya sekadar cadang nak mansuh. Apa justifikasinya.

2. Baik Pak lah diam . Lebih afdal. Buat suka dik orang aje. Jadi apa-apa nanti kepada negara jika tiada ISA, Pak lah masih boleh tidor dan lena. Tapi yang dibawah ni tak tidor malam lintang pukang rakyat.

3. Ada fakta dan cadangan yang bernas baru bercakaplah. Kerana anda, PM sekarang separuh nyawa berjuang dan bekerja nak membetulkan semula haluan kapal parti dan kerajaan yang telah jauh terpesong yang mana telah dipesongkan haluannnya oleh anda.

4. Masyarakat kita majmuk dalam segala segi. ISA inilah ubatnya. Jangan hanya untuk menjual dan berniaga barang yang bernama demokrasi, negara hancur. Cukuplah mengulang apa yang penasihat anda Si Zaid Ibrahim tu cakap mengenai ISA. Dia pun dah cuci tangan dan lari dari tanggungjawab.

5. Jom kita semua tidor dulu. Esok baru baca posting ini. Jom!

3 comments:

  1. Salam,

    ISA lah yang menjamin keamanan negara, menyelamatkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera dari dicabar............

    Pak Lah perlu ingat, mengapa puak-puak tak mengenang budi ini berani mencabar kerajaan sekarang ?

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..PAK LAH KENA LA FHM DIA BKN LG PM. TAK PATUT DIA KACAU TUGAS2 DS NAJIB LG. IANYA TAK MEMBANTU LANGSUNG. HARAP PAK LAH PHM KEADAAN SKRG DGN LEBIH JELAS

    ReplyDelete
  3. alahai! jangan lah marah kat pak lah tu. dia tengah mengigau tu. lama sangat tidur.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR