FOLLOWERS

Saturday 25 July 2009

BIDANG KUASA INKUES LEBIHLUAS : PROF EMERITUS DATO SHAD SALEEM FARUQI




Bidang kuasa inkues lebih luas
Oleh Ifwan Tun Tuah dan Mohamed Farid Nohmailto:Nohbhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan mengadakan inkues bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock disifatkan pakar undang-undang sebagai tepat berikutan kesesuaian kes itu yang didakwa mempunyai unsur jenayah.

Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara, Profesor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi, berkata kesan dan kuasa siasatan inkues juga lebih luas berbanding Suruhanjaya Siasatan Diraja. “Orang awam kurang memahami, banyak perkara dapat dilakukan dalam prosiding inkues berbanding Suruhanjaya Siasatan Diraja dan antara kelebihan inkues ialah segala bukti dan saksi boleh digunakan dalam perbicaraan mahkamah untuk pendakwaan.

“Berbeza dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja, hasilnya tidak boleh digunakan di mahkamah termasuk semua bukti dan saksi yang dikemukakan ketika siasatan,” katanya sambil menambah Suruhanjaya Diraja tidak sesuai untuk menyiasat punca kematian.

Beliau berkata, sesetengah pihak mempertikaikan keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja dan mengadakan inkues kerana persepsi mereka bahawa suruhanjaya mempunyai lebih kuasa untuk menyiasat punca kematian.

“Persepsi ini wujud disebabkan Suruhanjaya Siasatan Diraja diketuai oleh seorang atau lebih pesuruhjaya yang diberi tauliah oleh Yang di-Pertuan Agong manakala inkues hanya diketuai seorang majistret atau hakim mahkamah sesyen,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Sementara itu, peguam dan bekas Ketua Unit Kes Terkelas di Jabatan Peguam Negara, Datuk Salehuddin Saidin, menyifatkan keputusan kerajaan mengadakan inkues dan mewujudkan Suruhanjaya Diraja sebagai langkah yang telus.

“Ketidakfahaman terhadap pelaksanaan undang-undang negara menyebabkan wujud kekeliruan banyak pihak mengenai inkues dan Suruhanjaya Siasatan Diraja walaupun kedua-duanya mempunyai fungsi berbeza.

“Inkues yang dikendalikan majistret (koroner) boleh mencadangkan jika ada pihak boleh dikenakan tindakan sekiranya mereka menjadi penyebab kematian si mati. “Suruhanjaya Diraja pula boleh mengesan perubahan polisi atau prosedur yang salah dan boleh mencadangkan mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menggubal undang-undang penyiasatan baru,” katanya.

Salehuddin berkata, inkues terikat dengan Akta Keterangan kerana hanya ia tidak mengambil kira keterangan berbentuk khabar angin atau dengar cakap, manakala suruhanjaya tidak terikat dengan akta itu dan boleh mengambil kira khabar angin.

Penghuni Gua : Untuk dan kepada semua loyar burok di luar sana. Jangan jadi hakim dan menjatuhkan hukuman kepada koroner lebih awal sebelum inkues bermula.

7 comments:

  1. Biar siapa pun mereka tak perlulah sampai buat keputusan sendiri untuk membunuh. Lagumana nak g-jawab di Mahkamah Alah Rabul Jalil nanti..??
    Kita sebagai rakyat biasa memang mudah melihat kesilapan ini dari kaca mata yg mudah. Samada pro atau kontra. Kenapa harus dibunuh mangsa tersebut????

    ReplyDelete
  2. apa kamu mengarut ni. tak ada otak ke. mana boleh belumapa-apa dah jatuh hukum kena bunuh. Pata=ologist dah sahkan tiada kekasaran terhadap sebab kematian. patologist yang menentukan sebab kematian. kamu faham ke kaedah ini. kalau tak faham butir isu jangan cakap. jadi fitnah. tentang anak haram yang PG tulis tu aku setuju. itu sah anak haram. apa nak berdalih lagi.kau yang akan ke neraka kerana asyik memfitnah adan menjatuh hukum mendahului koroner

    ReplyDelete
  3. OOhh..maafkan aku sekiranya keluhan aku dalam komen diatas telah menaikkan darah sesiapa pun!!! Aku rasa tak memfitnahkan sesiapa dalam hal ini. Kenapa harus melenting? Cara , tempat dan gaya matinya tu yg menjadi persoalan seolah-olah dibunuh. Itu sahaja. Aku tak faham laa kenapa dia /mangsa tu harus mati lagu tu.?. Lompat ? Terjun ? Bunuh diri? Kenapa tak ada report polis serta merta dari pihak yg terlibat ? Itulah tanggapan / persoalan rakyat . Tak kan nak melenting kot? Relax laa brother!!!
    Moga keRedhaan Tuhan bersama kita semua.

    ReplyDelete
  4. TQ ANOY. MEMANG LANABULU TAK FAHAM. ORANG BINCANG HAL LAIN DIA BINCANG BAB LAIN. DIA TAK DAPAT BEZAKAN FITNAH DAN FAKTA. BIARLAH DIA DENGAN KEBODOHANNYA.MALAM NANTI PG AKAN BERI BUKTI MENGAPA TEO DIKAATAN BUNUH DIRI. DAH DIA NAK TAHU SANGAT. KITA ANALISI FAKTA YANG DIBERI MALAM NANTI. KEPADA ANOY. TAK PERLU BERDEBAT DENGAN MEREKA INI. DIA PAKAI KAKI KITA PAKAI OTAK. TAK NGAM. TG MALAM .TQ.

    ReplyDelete
  5. Saudaraku Arif Omar dan yg lain2 pun..aku minta maaf for everything !!! Aku terima fakta " kebodohan" yg kau cakap kat aku tu.. sebab aku mmg sekadar baca sikit2 je post yg kau pamerkan tu..Anyway TQ dan aku maafkan kamu semua.

    ReplyDelete
  6. bagaimana hendak paham, penyokong pembangkangtelah di "brain wash" oleh pemimpin mereka cukup2. Sehinggakan SPRM & Polis yang mahu membongkarkan konspirasi DAP pun dianggap sbg benar.

    _______________________
    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete

PETA PELAYAR