Nota : Ini adalah nota-nota kuliah-kuliah lama Subjek Tamaddun Islam yang dihasilkan oleh rakan Che Zaimani semasa kami semua belajar pada 1990an. Mungkin berguna kepada kita semua dan pelajar yang masih menuntut. Ini hanya ringkasan dari kuliah. Pembacaan tambahan perlu.
Kuliah 3
Tamadun Islam.
Keadaan selepas nabi wafat.
Selepas kemangkatan nabi banyak yang telah jadi murtad oleh kerana mereka memeluk agama islam bukan kerana keimanan yang kukuh. Mereka memeluk islam kerana takut,mahukan rampasan perang, pangkat dan kemegahan.Ada yang menjadi berpuak-puak dan ada juga mendakwa menjadi nabi. Muncul juga golongan yang mencabar al-quran dan tidak mahu membayar zakat.
Ini adalah perkara yang dihadapi khalifah Abu Bakar memerintah salaam 2 tahun.
Perlantikan khalifah Umar Bin Al-khattab.
Apabila Abu Bakar hampir meninggal dunia beliau telah berbincang beberapa orang sahabat dan menulis surat untuk di baca kepada orang ramai yang berbunyi seperti berikut
“Sesungguhnya saya ingin mengambil Umar sebagai pengganti saya memimpin kalian, yang sama mahu adalah kebaikan…..Adakah kalian tidak meredai orang yang mengganti saya memimpin kalian. Sesungguhnya saya tidak mahu pengganti saya dari kerabat saya dan sesungguhnya saya mahu Umar memimpin kalian, maka dengar dan patuhilah arahannya”
Kesimpulan dari surat ini Abu Bakar tidak menggunakan paksaan orang ramai menerima pilihannya. Beliau mencadangkan calon dan terpulang kepada orang ramai bersetuju dan termasuklah Umar sendiri.
Umar adalah orang yang memusnahkan kerajaan Parsi dan timbulah dendam untuk membunuhnya. Pakatan jahat di rancang oleh Abu Luluh, Harmuzan dan Jufanah. Umar berjaya dibunuh dengan ditikam beberapa kali dengan pisau lawi diperut semasa hendak sembahyang subuh. Pembunuh dapat ditangkap, tetapi Abu Luloh telah membunuh diri.
3 hari sebelum kejadian seorang Abdul Rahman telah menceritakan ketiga-tiga mereka telah berbisik-bisik dan terkejut apabila melibat Abdul Rahman dan terjatuh sebilah pisau lawi yang sama digunakan untuk membunuh Umar. Oleh sebab itu anak kepada Umar bernama Ibn Umar telah mengambil tindakan membunuh Harmuzan , Jufanah dan anak perempuan Abu Laloh.
Perlantikan khalifah Othman Bin Affan.
Selang tidak lama Umar ditikam sahabat telah menghampiri Umar dan meminta penganti dan Umar berkata
“ Jika saya mengemukakan pengganti saya,maka ia adalah lebih baik dari saya, dan saya tinggalkan kepimpinan kaum Muslimin kepada orang yang lebih baik dari saya dan Allah tidak akan melenyapkan ugamanya”.
Sahabatnya beredar dan datang sekali lagi bertanya Umar. Bolehkah kamu memberi wasiat. Umar menjawab
“saya tidak mahu bertangggugjawab samada hidup ataupun mati”. Katanya lagi “ kamu pilihlah salah seorang yang dikhabarkan gembira sebagai ahli syurga oleh Rasullulah”.
Mereka yang dimaksudkan adalah seramai 6 orang iaitu Ali, Uthman, Abdul Rahman, Saad ,Zubir dan Talhah. Anaknya Ibn Umar dimasukkan untuk memberi pendapat semasa pemilihan dan bukan untuk di pilih.
Setelah Umar meninggal Al-Miqdad telah mengumpul sahabat dirumah Sayyidah Aisah untuk berbincang perlantikan khalifah. Abdul Rahman berkata sesiapa yang menarik diri,dialah orang yang mengurus perlantikan.Tidak siapa yang sanggup dan Abdul Rahman menarik diri untuk membuat urusan perlantikan.
Tiga hari tiga malam Abdul Rahman berjumpa sahabat Nabi, Pemimpin tentera, pembesar kaum dan orang disegani oleh masyarakat di sekitar Madinah untuk mendapat pendapat. Hari ketiga beliau tidak tidur sehingga ke subuh dan pada paginya beliau terus mengumpul golongan Mujahirin, Ansar,pembesar kaum dan ketua tentera dan berucap
“ Wahai kaum Muslimin berilah pandangan kamu kepada saya”
Ammar Bin Yaser menjawab
“jika kamu tidak mahu melihat kaum Muslimin berselisih maka Ba`yahlah Ali”
Ibn Abi Sarah pula mencadangkan
“ Jika kamu tidak mahu melihat orang-orang Qurash berselisih, maka Ba`yahlah Uthman”.
Kedua-dua cadangan di sokong. Kemudian orang ramai telah berbantah-bantah.
Abdul Rahman kemudian berkata
“ sesungguhnya saya telah banyak berbincang dan bermesyuarat…..” lalu memanggil Ali dan bertanya
“ Wajib ke atas kamu menyempurnakan amanat Allah bagi menjalankan kitab Allah dan sunnah rasul dan mengikuti langkah-langkah yang dijalankan oleh dua khalifah selepas baginda s.a.w”.
Ali menjawab
“ saya harap dapat lakukannya sedaya upaya saya ,sekadar maklumat dan kemampuan saya” (nota : kenyataan tidak menyakinkan ).
Abdul Rahman kemudian bertanya perkara sama kepada Uthman dan beliau menjawab
“ Ya saya akan lakukan”.
Abdul Rahman kemudian mendongak ke bumbung masjid sambil memegang tangan Uthman dan berkata “ Wahai Tuhan dengarlah dan saksikanlah bahawa aku lepaskan tanggungjawab pada bahuku ini kepada bahu Uthman”. Orang ramai kemudian Ba`yah kepada Uthman.
Kesimpulan cara perlantikan ini adalah Umar hanya memilih 6 orang sebagai calon dan terserah kepada orang ramai untuk memilihnya. Perbincangn telah dibuat dengan pembesar,ketua kaum dan tentera sebelum pemilihan dibuat.
Semasa mengambil tampok pemerintahan pada 24 H beliau menghadapi masalah dalaman seperti penyiasatan pembunuhan Umar dan pembunuhan yang dibuat oleh anak Umar iaitu Ubaidillah Bin Umar yang membunuh Harmizun,Jufanah dan anak perempuan Abu Luloh. Beliau menjadi delimma untuk membunuh Ubaidillah dan mengambil keputusan membayar diyat (ganti-rugi ) dengan mengeluarkan hartanya sendiri kepada mangsa. Tindakan ini telah tidak di senangi oleh banyak sahabat nabi kerana bercanggah dengan ajaran islam.
Cara pemerintahan Uthman adalah banyak berlembut dan bertolak ansur berbeza dengan Umar yang tegas,adil dan berani. Uthman melantik sepupunya Marwan Bin al-Hakam mengurus jabatan khalifah yang banyak penyelewangan kuasa. Fitnah tersebar apabila beliau melantik kalangan kerabatnya menjadi pegawai kerajaan dan gabenor di Mesir, Kufah, Baghdad dan Damsyiq. Beliau juga tidak membuat pengawasan yang menyebabkan banyak pegawainya bertindak zalim. Uthman dinasihatkan membuang kerja pegawai ini, tetapi tidak diindahkan nasihat sebaliknya beliau terus melantik kerabatnya menduduki institusi kerajaan.
Beberapa sahabat Nabi seperti Ahul Halli, Abu Zar, Abddullah, Ammar dan ketua tentera menggesa Uthman di pecat.
Musuh Islam mengambil peluang dari keadaan yang ujud. Antara mereka adalah Abdullah Bin Saba (seorang berbangsa Yahudi yang memeluk islam bagi menentang islam dari dalam akibat kekalahan di Parsi) . Fitnah tersebar di Kufah ,Basrah dan Mesir. Dari sini tercetuslah pemberontakan di mana rumah Uthaman dikepong dan Uthaman dibunuh semasa membaca quran dan tanpa dikesan pembunuhnya.
No comments:
Post a Comment