Kuliah4
Tamadun Islam.
Nota : Ini adalah ringkasan nota-nota kuliah-kuliah lama Subjek Tamaddun Islam yang dihasilkan oleh rakan Che Zaimani semasa kami semua belajar pada 1990an. Mungkin berguna kepada kita semua dan pelajar yang masih menuntut. Ini hanya ringkasan dari kuliah. Pembacaan tambahan perlu.
Perlantikan khalifah Imam Ali Bin Abi Talib.
Orang islam yang dari kanak-kanak telah memeluk agama islam. Sanggup tidur di atas katil Rasullah semasa kafir Qurish ingin membunuh nabi. Semasa peperangan telah banyak membunuh pahlawan Arab yang menentang Islam. Selepas khalifah Uthman dibunuh beberapa sahabat Mujahirin dan Ansar bertemu dengan Ali untuk melantiknya sebagai khalifah. Ali menjawab
` saya tidak berhajat untuk mengurus urusan kamu`. Mereka kemaudian datang lagi dan bertekad untuk melantik Ali dan Ali berkata `baiklah ,pergi ke Masjid`.
Di masjid Talhah Bin Ubadillah telah Ba`yah kepada Ali dan di ikuti oleh orang lain. Walaupun begitu ramai juga yang tidak Ba`yah Ali oleh kerana tidak hadir ke masid atau sebab lain.
Mereka yang tidak Ba`yah Ali adalah Muhamad Bin Maslamab,Hassan Bin Thabit, Abdullah bin Salam, Abdullah bin Omar,Ussamah, Saad dan Kaab. Imam Ali meminta mereka Ba`yahnya pada kesempatan lain.
Imam Ghazali berkata ` Sekiranya perlantikan Abu Bakar tidak di Ba`yah oleh orang ramai, atau Umar sahaja yang buat Ba`yah kepadanya, manakala yang lain menentang atau sama banyak antara menentang dan menyokong, maka khalifah tidak terbentuk dengan sah`.
Ada kejadian bila penama Abdullah Bin Umar diminta Ba`yah Ali, Abdullah menjawab dia bersedia Ba`yah Ali sekiranya semua orang ramai menyatakan Ba`yahnya. Sikap ini menyebabkan rakan Ali bernama Ashtar naik marah dan berkata ` pedangku sudah lama menganggur.Biar ku penggal lehernya`. Ali menjawad ` aku tidak ingin menyatakan Ba`yah secara terpaksa.Biarkanlah.
Salama 8 hari perlantikan Khalifah tidak dilantik. Bani Umayyah secara diam telah menabur fitnah bahawa Ali yang membunuh Othaman atau melindungi kaum pemberontak. Tindakan ini untuk menghilang penyokong Ali.
Dari kesimpulan di atas perlantikan khalifah boleh disimpulkan seperti berikut :
i. Peringkat perncalonan iaitu dicalon oleh khalifah sebelumnya seperti Abu Bakar mencalonkan Umar atau beberapa calon dikemukakan oleh khalifah seperti Umar mencalonkan 6 orang dan pencalonan oleh ahli mesyuarat seperti Abu Bakar mencalonkan Umar atau Abu Ubaidah dibalai perhimpunan Saqifah.
ii. Peringkat pemilihan atau penerimaan calon. Ahli mesyuarat mempersetujui calon atau memilih seorang dari beberapa yang dicalon.
iii. Peringkat Ba`yah oleh orang ramai.
Proses pemilihan khalifah membabitkan 3 golongan.
i. Calon-calon khalifah.
ii. Golongan ahli syura yang mengemuka dan memilih calon.
iii. Golongan orang ramai yang membuat pilihan bebas (Ba`yah).
Syarat golongan Syura yang membuat pemilihan:
i. Adil.
ii. Mempunyai ilmu dan kebolehan mengenal calon khalifah.
iii. Mempunyai pandang jauh dan berhemah tinggi.
Bilangan ahli syura diperlukan masih terdapat perbezaaan pendapat. Ada yang menyatakan tidak ada bilangan tertentu,ada yang menyatakan 5 orang dan ada pula menyatakan 40 orang.
Tugas ahli Syura atau dipanggil Ahlul Halli Wal Aqdi.
Menilai syarat-syarat khalifah yang dicalon dan memilih calon yang terbaik di mana dijangka dapat menerima sokongan orang ramai serta merta. Calon yang dipilih kemudian diberitahu dan jika calon bersetuju maka ahli syura akan Ba`yah terlebih dulu dan dikuti oleh orang ramai. Jika terdapat calon yang sama layak,maka umur diberi keutamaan dan jika seorang lebih berani dan seorang lebih alim maka akan ditentukan mengikut keadaan pada masa itu. Contohnya jika perang berlaku maka yang lebih berani akan dipilih.
Peranan orang awam.
Pemilihan khalifah tidak sempurna tanpa persetujuan kaum muslimin dan memperakui pilihan yang dibuat oleh ahli syura samada secara jelas dan tidak membantah.
Syarat-syarat calon khalifah.
Pada peringkat awal calon khalifah dipilih berdasarkan keperibadian calon iaitu samada dia disanjung kerana kedudukan orang pertama memeluk agama islam, Sahabat Rasullah dan yang lebih dulu menghadapi getir menyebarkan dakwah islam. Setelah itu jawatan tersebut telah diperinchi seperti berikut :
i. Tidak cacat.
ii. Boleh menjalankan tugas pengurusan dan mempunyai syarat umum :
a) Islam
b) Merdeka dari hamba.
c) Lelaki.
d) Baligh.
e) Berakal.
iii. Mempunyai pengetahuan hukum syarak.
iv. Bersifat adil, berakhlak, benar, amanah, bermaruah, dapat mengawal diri dan menjauhi perkara haram.
v. Berani, tegas dan bijaksana supaya dapat menjalankan hukum hudud,menentang musuh dan menghadapi liku politik.
Benih-benih peperangan saudara.
Semasa Imam Ali memerintah dia telah mengarahkan harta rampasan perang yang dinamakan Ghanimah dibahagikan samarata iaitu 3 Dinar. Sebelum pada ini pembahagian yang dibuat oleh Khalifah Abu Bakar adalah berdasarkan siapa yang dulu masuk islam.Akibat dari ini timbul rasa tidak puas hati. Kejadian berlaku selepas sembahyang subuh Al- Walid bin Uqbah mendekati Ali dan berkata
` Hati kami semua pernah anda sakiti, ayah aku telah ditewaskan dalam peperangan Badar,begitu juga bapa Said,Marwan anda hina ayahnya diepan khalifah Uthman. Mereka adalah kaum kerabat anda sendiri. Sekarang kami telah Ba`yah anda dan mengajukan syarat supaya jumlah ghanimah yang sama diberikan oleh Khalifah Umar kepada mereka. Ketahuilah, jika kami merasa takut kepada anda, tentukan kami sudah tinggalkan anda dan menyertai Muawiyah di Syam Iman Ali menjawab ` Tentang tindakan-tindakan yang kalian sebut menyakiti hati kalian, sebenarnya kebenaran Allah yang menyakiti hati kalian. Tentang pembahagian harta yang salama ini kalian terima dari Uthman, ku tegaskan bahawa aku tidak akan mengurangi atau menambah hak yang telah ditetapkan Allah bagi kalian dan bagi orang lain. Ada pun keinginan kalian supaya menjatuhkan hukuman mati kepada orang yang membunuh Uthman, jika aku memang wajib membunuhnya, tentu sudah ku bunuh sejak kelmarin-kelmarin. (nota perkataan yang dikeluarkan adalah jika aku wajib membunuhnya).
Ammar Bin Yasir berkata ` mereka tidak suka Imam Ali kerana pembahagian harta ghanimah mengikut contoh Rasullah . Mereka merasa kehilangan sesuatu yang selama ini enak dan menguntungkan (maksudnya apa yang diterima semasa Uthman adalah enak dari semasa Rasullah yang dicontohi oleh Ali ). Pada saat Iman Ali meperakui mereka sama dengan orang lain, mereka menentang, kemudian mereka mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Iman Ali secara terang-terangan dan memuji-muji musuh. Mereka juga terikut menuntut balas kematian Uthaman yang tidak dapat diselesaikan oleh Ali.
Cara Ali mengembalikan sistem pembahagian harta sama seperti zaman Rasullah dan Abu Bakar adalah sama ertikan menghapuskan sistem yang dibuat oleh khalifah Umar dan Uthman.Perubahan yang dibuat adalah selepas 22 tahun dan perubahan drastik ini banyak menyakitkan hati orang yang menerima harta tersebut.Perselisihan ini telah berkembangkan pertentangan politik yang di ketuai oleh Muawiyah Bin Abu Sufyan dari Sham. Muawiyah juga berjaya mengalihkan persoalan harta menjadi perkara berkait menuntut balas atas kematian khalifah Uthman yang dikatakan dilindungi oleh Ali.
Khalifah Ali yang membuat penyiasatan pembunuhan Uthman telah dihalang oleh kumpulan pemberontak yang pada masa itu menguasai Madinah. Oleh itu dia telah menangguhkan urusan tersebut sehingga keadaan menjadi amam. Tetapi tindakan ini telah dijadikan alasan bahawa Ali cuba melindungi pembunuh Uthman.
Ali juga telah memecat penguasa daerah dan gabenor yang dikatakan menyalah guna harta rampasan perang dan memotong harta tersebut. Mereka yang dipecat adalah peguasa Daerah Syam iaitu Muawiyah Abi Sufyan, penguasa daerah Mesir Abdullah Bin Abi Sarah dan Marwan Bin al-Hakam pembantu khalifah.
Ali tidak mendengar nasihat rakan untuk menangguh tindakannya, tetapi tidak diendahkan dengan alasan tindakannya betul dan ingin mengembalikan pemerintahan Umar yang berani, tegas dan keras. Tetapi beliau lupa, perlantikan Umar di Ba`yah oleh semua orang dan semuanya satu pasukan, tidak ada pengaruh kebendaan dan duniawi.
Muawiyah telah melancarkan muslihat politik bersama rakannya yang terkenal dengan tipu daya, Amr Bin Al-As untuk menjatuhkan Ali kerana beliau pecaya benar Ali tidak akan memberi peluang kepadanya berkuasa di daerah syam.
Muawiyah telah sengaja mempamirkan jubah Uthman berlumuran darah di dalam masjid Damsyik bersama dengan jari Nailah (isteri kepada Uthman yang dipotong jari semasa Uthman dibunuh) . Beliau cuba menunjukan pembunuhan tersebut begitu mengerikan dan jari adalah saksi bisu. Tujuan perkara ini dibuat untuk membangkitkan kebencian kepada Ali yang tidak dapat menyelesaikan kes pembunuhan yang mengerikan itu. Beliau juga telah membelanjakan wang yang banyak untuk mendapat sokongan penduduk Syam dan membentuk satu pasukan tentera untuk menentang Ali. Beliau juga telah menghantar harta dan janji kepada penduduk muslimin di Basrah, Kufah dan Madinah.
Salah seorang yang tidak Ba`yah Ali adalah Ubaydillah Bin Umar. Akibatnya Ali telah memarahinya dan ingin menyiasat kembali kesnya membunuh Harmuzan, Jufaynah dan anak perempuan Abu Luluh yang telahpun di selesaikan oleh Uthman dengan membayar diyat dari hartanya sendiri. Ubaydillah telah lari ke Syam dari Madinah dan bercampur dengan Muawiyah. Ubaydillah elah dilantik menjadi ketua pasukan tentera bersedia memerangi Ali.
Ali setelah mengetahui fitnah yang dibuat telah mengumpul orang-orang Mujahirin dan Ansar. Dua orang terkemuka hadir iaitu Talhah dan Zubir bin Al-Awwam. Gagasan dikemukakan untuk menghapuskan fitnah tetapi kedua-dua mereka menolak dengan alasan untuk ke Mekah bagi mengerjakan Umrah.
Peperangan Jamal (unta).
Nama peperangan ini bersempena unta yang ditunggang oleh Aishah iaitu salah seorang isteri nabi Muhamad. Punca peperangan ini tercetus adalah seperti berikut :
Aisah tidak puas hati perlantikan khalifah Ali. Talhah didengar oleh Aishah di Ba`yah sebagai khalifah selepas Uthman dibunuh oleh pemberontak. Pada masa itu beliau dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah. Setelah mengetahui beliau terus pulang dan dalam perjalanan balik dia mendengar bahawa Ali telah di Ba`yah dan terus berkata `Ini tidak mungkin, Uthman dibunuh dengan zalim dan aku akan tuntut bela atas kematianya` (perkataan ini tidak mungkin telah menunjukkan dia tidak bersetuju). Aishah, Talhah dibantu oleh Zubair.
Di Mekah pada masa itu adalah tempat berkumpul orang yang dipecat oleh Ali. Kumpulan ini adalah di bawah Aisah untuk menuntut kematian Uthman. Talhah dan Zubair menjalankan kempen supaya tidak Ba`yah Ali. Dengan kehadiran ramai Qurish yang telah dibunuh oleh Ali kumpulan ini telah berjaya mengujudkan pasukan bersenjata seramai 3000 orang. Terdapat 3 kelompok kumpulan pada masa ini (40 Hijiriah).
i. Kelompok Madinah di pimpin oleh Ali.
ii. Kelompok Damsyik yang dipimpin oleh Muawiyah Bin Abi Sufyan.
iii. Kelompok Mekkah yang dipimpin oleh Talhah, Zubair dan Aishah.
Kumpulan Damsyik menyokong kumpulan Mekah. Muawiyah telah menulis surat kepada Zubair ` Penduduk Syam telah aku ajak Memba`yah anda. Mereka semua menyambut baik dan taat. Begitu taat seperti binatang ternak. Sekarang hanya tinggal kawasan Kufah dan Basrah yang belum anda dapatkan. Jangan sampai Ali mendahuluinya. Sesudah kedua-dua kota itu berada dalam tangan anda, Ali tidak mempunyai apa-apa lagi. Aku juga telah memba`yah Talhah sebagai pengganti anda dikemudian hari. Oleh itu hendaklah anda menuntut balas atas kematian Uthman dengan lebih agresif secara terang-terangan dan kerahlah semua orang kearah itu. Kalian hendaklah sungguh-sungguh giat dan cepat bergerak. Allah akan menangkan kalian dan tidak akan membantu musuh-musuh kalian.
Sebab mendorong Aisah melancarkan peperangan dengan Ali.
Hubungan yang kurang baik Ali dan Aishah. Peristiwa berlaku apabila Aishah dikatakan berlaku curang terhadap Rasullulah. Sahabat Rasul Ussamah Bin Zaid lansung atas desas desus yang timbul. Tetapi Ali berkata kepada Rasul masih banyak wanita lain yang bermaksud jika dikata curang, ceraikan saja dan cari yang lain. Ucapan tersebut telah membuat Aishah begitu marah dan tidak bersetuju perlantikan Ali sebagai khalifah.
Ali tidak menyatakan Ba`yah kepada Abu Bakar buat beberapa waktu.
Dorongan Abdullah Bin Zubair iaitu anak saudara dan anak didik Aishah. Abdullah tersangat inginkan jawatan khalifah tetapi kehadiran Ali menghalang cita-citanya. Beliau juga mendorong bapanya membuat perkara yang sama apabila peristiwa Abdulah berbisik kepada bapanya takut bendera Ali dan bapanya seorang pengecut. Perkara ini jelas apabila Abdullah pernah mengistiharkan dirinya adalah khalifah selepas kematian Hussain pada masa pemerintahan Yazid Bin Muawiyah.
Peperangan berlaku dengan Ali membawa tentera yang besar. Ali cuba memujuk Aishah dan hampir berjaya, tetapi penyokong Aishah merasa mereka terancam dan tidak selamat sekiranya perundingan berjaya. Mereka bertekad untuk perang dan peperangan sahaja akan menyelamatkan mereka dari hukuman. Peperangan berlaku dengan dahsyat. Zubir lari dari medan peperangan kerana tidak pasti berada dipihak yang benar. Tetapi dibunuh semasa berihat di bawah pokok oleh Jarmuz Zubair. Sebenarnya Jarmuz Zubair yang menyebabkan dua bala tentera berperang.Kemenangan peperangan di pihak Ali.
No comments:
Post a Comment