FOLLOWERS

Thursday 16 July 2009

CARA SOALSIASAT SPRM : DAH BANYAK KALI AKU DENGAR !



Penghuni Gua : PG dah banyak kali mendengar kejadian dan cara soalsiasat cara seperti binatang ini dilakukan oleh agensi ini. Sudah banyak repot polis dibuat. PG bukan apa, cuma mengalahkan cara soalsiasat pihak polis dalam kes bunuh dan kes-kes mengedar dadah.

2. Cara soal siasat ini sesuai di Timur Timor sahaja. Mungkin SPRM belajar cara soal siasat di negara berkenaan kot. Yang kerap berlaku ialah pegawai atasan nya kerap menafikan sebelum siasatan dibuat.

3. Kepada mangsa ini ( saksi sahaja / kadangkala kes RM 200 pun disoalsiasat seperti pejara Abu Gharaib atau Kem Guantanamo) buat aduan juga kepada SUHAKAM. Biar satu enquiry terbuka diadakan. Segelintir mereka ini Sedang mabuk kuasa kot SPRM ini. Mereka ini awam. Mungkin tak pernah dapat kuasa sebegitu banyak, jadi mabuk sikit.

4. Kepada pihak mangsa ini lapur juga kepada SUHAKAM bagi diadakan siasatan awam biar penjenayah ( pemukul bodoh ) ini dikenakan tindakan yang berat termasuk penjara. Tindakan bodoh segelintir mereka ini akan merosakkan imej kerajaan dan SPRM yang begitu gigih dalam membenteras gejala rasuah di negara ini.

5. Tindakan bodoh segelintir pegawai yang bertindak seperti penjenayah ini akan meletakkan SPRM dala keadaan yang amat sukar di masa depan.

6. Kepada pihak polis, ambil tindakan segera kepada penjenayah terhormat ini jika terdapat bukti mereka ini melakukan jenayah sedemikian. Beri isyarat yang betul kepada mereka ini. Nama baik Suruhanjaya ini dan kerajaan harus dijaga, bukan penjenayah terhormat ini.


7. Hentikan kegiatan penjenayah berlesen ini................

8. Jangan anda jadi penguatkuasa, pendakwa dan hakim sekali gus. Gunakan jaringan maklumat / inteligen dan juga bantuan teknik yang bersepah dipasaran. Inilah profesional: setaraf dengan nama Suruhanjaya. Bukan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR