FOLLOWERS

Tuesday 20 October 2009

UNTUK PROF AZIZ BARI : PAS MENGATAKAN ANDA HANYA PROF TEPI JALAN AJE !





Saya hormat beliau sebagai seorang yang hebat dalam bidang perundangan. Beliau yang hanya sebagai ahli akademik tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. Melabelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat.

Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09). Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang Umno datang maka orang ini dianggap pro Umno.

Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik. Perlu diingat PAS sebagai sebuah parti yang besar dan matang dalam sepak terajang politik, pernah berada di dalam Kerajaan Persekutuan (BN) dan pernah hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihan raya umum.

.....................................................................................................................................................................

Bukan senang hendak menyuruh ahli PAS memangkah DAP, kerana selama ini kita telah diajar tidak boleh menyokong calon bukan Islam. Orang yang membuat kertas kerja tahalluf ini ialah Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang dan dibawa ke dalam Majlis Syura Ulama dan diluluskan.

Begitu juga ketika PRK Bukit Selambau Kedah kerana sudah ada di kalangan mereka yang tidak mahu membantu calon PKR dalam pilhan raya kecil tersebut kerana beliau ialah calon bukan Islam. Tuan Guru Presiden terpaksa dua kali buat perjumpaan dengan petugas di PRK Bukit Selambau..........................................................................................................................................................
Kita tidak perlulah memberi tahu kepada Prof apa yang kita buat. Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan, jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata. Kita tidak menggunakan media Umno, untuk menyelesaikan masalah parti dan Pakatan Rakyat. Bila musuh pernah ehsan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kenapa hendak mendedahkan hal keluarga dalam media.

.....................................Sebagai seorang profesor dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof.

Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul.
................................................................................................

Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihan raya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan PAS dan dan ahli Umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah.
..........................................................

Penulis adalah Ketua Penerangan PAS _

Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kesian PAS. Baru mereka tahu siapa dia Prof ini. Kalau dulunya bukan main lagi PAS menyanjung prof ini. Prof ini terbatuk pun, diberi tafsiran macam-macam. Lebih kurang macam ( macam aje ) hadith kalau tak wahyu pun.

2. Habis semua blog-blog pendokong PAS akan rujuk komen daan pandangan prof ini dalam apa perkara sekalipun ( semuanya BN dan kerajaan yang salah le bagi prof ini ).

3. Kesian kepada PAS. PG sudah meluat lama pun dengan Prof ini. Banyak kali sudah PG sentuh bab Prof ini. Cakapnya tak ada lain. Semua yang kerajaan buat salah, tidak berpelembagaan, ujud tangan-tangan ghaib, ada hidden agenda, YAA Hakim berat sebelah, YAA Hakim khilaf dan berbagai lagilah. Semua salahlah kalau menyentuh bab kerajaan dan keputusan YAA Hakim jika menyebelahi kerajaan. Lihat aje le dalam krisi di Perak. Berjela le Prof ini memberi berbagai komen dan menjadi ahli panel dalam majlis-majlis forum PAS dan PR.

4. Inilah jenis Prof nya. Kesian sekali lagi pada PAS baru tahu taraf Prof ini. PG dan tahu lama dah. Kadangkala dan kebiasaannya ulasan dan pandangannya pun lebih kepada hanya dengar dan dari makluman sesorang terus buat kesimpulan. Bila diasak dengan pertanyaan dan kita minta bukti maka angin beliau mula naik. Cakap mula nak marah. Tuduh orang yang mengasaknya sebagai tidak faham , tidak tahu dan sebagainya. Itulah dia Prof ini.

5. Kepada Prof Aziz Bari : PG kesian juga kepada anda. Tetapi itulah . PAS puntak lebih dari parti dalam PR yang lain. Mereka hanya dan kudakan anda. Jika memuji mereka maka andalah juara tempat rujukan mereka. Jika anda kritik mereka maka inilah contohnya layanan mereka kepada anda Prof. Mereka hanya nak eksploitasi ototorti gelaran Prof untuk kepentingan mereka aje. Nasib anda lah Prof.

6. Tetapi PG setuju seratus 100% hentaman PAS terhadap Prof ini. Bahkan lebih dari itu lagi. Bahkan PG lihat tak ada pun blog PAS yang menyiarkan komen Prof ini di blog masing-masing.

7. Mengapa mereka kemetot semuanya. Macam PG katakan tadilah. Dulu jika Prof ini batuk dan semasa batuk terkeluar perkataan UMNO dan kerajaan dari mulut Prof ini. Ini pun akan diulas oleh PAS dan bloggersnya.

8. Nak baca komen Prof Aziz Bari yang menghentam TGHH baca di SINI

1 comment:

PETA PELAYAR