FOLLOWERS

Saturday 17 October 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL / SKJ : KES ASAS HUKUMAN RAKAN SEJENAYAH !


[1992] 1 MLJ 561
Mahrus v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CRIMINAL APPEAL NO KG13 OF
1990

Judges CHONG SIEW FAI J
Date 17 JUNE 1991
Citation [1992] 1 MLJ 561



Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah dituduh atas tiga tuduhan perompakan bersekumpulan. Dia dikatakan telah melakukan kesalahan itu pada tiga hari yang berlainan bersama dengan lima orang yang lain. Telah dikatakan juga bahawa suatu senjata yang boleh menyebabkan kematian, yakni, sebilah pisau telah digunakan. Perayu telah mengaku salah terhadap ketiga-tiga tuduhan itu yang boleh dihukum di bawah ss 395 dan 397 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45).

Mahkamah sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara ke atas perayu selama lapan tahun untuk setiap tuduhan dan empat pukulan rotan. Hukuman pemenjaraan itu adalah dikehendaki dijalankan bersama. Hakim mahkamah sesyen telah memutuskan bahawa hukuman sebat adalah mandatori di dalam kes ini. Perayu telah merayu kepada Mahkamah Tinggi. Fakta-fakta kes ini yang telah diakui oleh perayu tidak membuktikan bahawa si perayu sendiri yang telah menggunakan pisau tersebut.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan sebahagian rayuan itu:

(1) Perkataan-perkataan yang didapati di dalam ss 395 dan 397 dengan jelasnya memberikan budi bicara ke atas mahkamah untuk menambahkan hukuman sebat.

(2) Seksyen 397 juga dengan jelasnya menunjukkan bahawa sungguhseseorang itu boleh menjadi ahli kumpulan yang melakukan perompakan bersekumpulan, peruntukan itu hanya boleh digunaterhadapnya jika beliau bersenjatakan dengan atau mengsuatu senjata yang boleh menyebabkan kematian atau menyebabkan cedera parah kepada sesiapapun. Dalam kes ini, oleh kerana fakta tidak membuktikan bahawa perayu telah menggunakan pisau tersebut, hukuman sebat itu telah diketepikan. Hukuman penjara, akan tetapi, diesahkan.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari keputusan dan alasan YAA Hakim dari kes ini.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR