FOLLOWERS

Saturday, 11 February 2012

LAWAK ADA MAKNA DARI ZAID !!!!


Dalam satu pusingan pilihan raya, Datuk Zaid Ibrahim beranjak daripada seorang menteri Umno untuk menjadi anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR dan kemudiannya menjadi presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Namun begitu, Zaid bangga kerana meletakkan jawatan dalam kerajaan sebagai membantah penahanan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; penulis blog Raja Petra Kamaruddin serta wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Apabila ditanya tentang kekesalannya, Zaid dalam satu wawancara dengan Malaysiakini di kediamannya semalam berkata ia satu kesilapan mencabar Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bagi jawatan nombor dua itu sewaktu beliau berada dalam PKR.

"Kekesalan yang saya fikir adalah ... mencabar Azmin bagi jawatan timbalan (presiden) PKR, kerana saya tidak tahu parti itu.

"Parti itu belum bersedia untuk pemilihan secara langsung; ia kucar-kacir... bila direnung semula, ia bukan satu keputusan yang betul (untuk mencabar Azmin).

"Kesilapan saya ialah... saya mempunyai banyak sokongan dalam parti, saya fikir saya boleh melakukan sesuatu yang berbeza untuk menukar PKR. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Lawak. Dan terus melawak. Yang betulnya Zaid ni cakap aje lebih. Bebas sana, hak asasi sana, hak asasi sini, ketelusan dan sebagainya. Tapi bila ahli parti mengkritknya sendiri , terus disingkirkannya.
2. Jadi senang cerita , puak ini cakap aje lebih. Modal air liur aje. Tetapi amalannya habok pun tak ada.
3. Sama jugalah dengan DAP , PAS dan PKR tu. Ahli dan pemimpin parti mengkritik kepimpinan mereka aje terus disingkirkan. Lihat aje apa yang Ramasamy dibantai oleh Karpal, Hasan Ali dibuang oleh PAS, dan banyak lagilah. Tapi kalau cakap bab kebebasan bersuara dan hak asasi mereka lah juaranya. Cakap ajelah.
4. Akhirnya habok pun tak ada dan amalanya hampeh. Itu yang PG sesalu katakan.... kalau lah puak parti ini memerintah negara............1000 kali mereka lebih kejam dan kita akan diikat mulut serta kaki. ISA pun mereka akan perketatkan. Habis semua sistem kehakiman mereka jahanamkan. Kalau tengok dan kaji dari cara mereka bertindak sekarang............itulah yang kan terjadi.
5. Kepada Zaid.............. sudahlah.............Cakap aje banyak. Baik basuh najis sendirilah.............Gali kubor sendiri dan tanamkan jenazah sendiri...............Ada juga faedahnya....................
Nota : Sebab itu PG selalu katakan..........mereka yang sedap dan pandai bercakap dan dok kritik semua orang tak betulini....hanya pandai cakap. Buat kerjanya hampeh.Lihat ajelah di pejabat pun... perkara yang sama berlaku. Yang pandai bercakap ini tahu kritik orang dan bos aje. Dari pagi hingga habis waktu pejabat. Itulah kerjanya. Buat kerja tak ada . Dok ponteng aje dan berjalan dari meja ke meja orang lain. Dia aje yang betul.

2 comments:

  1. AAHH ZAID MMG MANGKOK. MASUK PARTI TU CKP LAIN. TUBUH PARTI SENDIRI CKP LAIN. MEMANG DIA DH GALI LUBANG KUBO SENDIRI KEHKEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Orang macam ni lah Pak Lah ambik jadi menteri kabinet dulu.....!!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR