[1995] 1 MLJ 115
Loo Cheng Suan Sabrina v Khoo Oon Jin Eugene
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CIVIL SUIT
NO 338–83
Judges VINCENT NG J
Date 26 AUGUST 1994
Citation
[1995] 1 MLJ 115
Catchwords:
Family Law — Matrimonial property — Property
registered in wife’s name — Presumption of advancement — Purchase moneys
provided by husband — Whether outright gift — Whether wife held property
on resulting trust for husband — Wife not living on property — Whether
husband occupying property required to pay rent
Trusts and Trustees — Resulting trust — Purchase of house in
wife’s name — Presumption of advancement — Whether presumption rebuttable
Limitation — Trusts — Resulting trust — Property purchased
by husband but registered in wife’s name — Husband claiming beneficial interest
— Whether 12-year limitation applicable — Limitation Act 1953 s 22(1)(b)
Bahasa Malaysia Summary:
Plaintif adalah tuan punya berdaftar No 60 Jalan Sungai
Kelian, Hillside, Tanjong Bungah, Penang (‘harta itu’) yang telah dibeli oleh
defendan di dalam nama plaintif pada tahun 1971. Plaintif mengatakan bahawa
harta itu adalah sebuah hadiah daripada defendan kerana beliau inginkan
plaintif menjadi perempuan simpanannya oleh sebab beliau pada masa itu telahpun
berkahwin. Defendan telah membayar harga belian penuh harta itu dan pada tahun
1972, apabila perkahwinannya gagal, beliau telah menduduki harta itu bersama
plaintif dan bayi perempuan mereka. Defendan mengata bahawa plaintif dan beliau
telah berkahwin mengikut upacara Cina pada tahun 1973 tetapi ini telah
dinafikan oleh plaintif. Plaintif dan defendan tidak tinggal bersama dari April
1975 apabila plaintif telah meninggalkan harta itu. Plaintif menuntut milikan
kosong, sewa dan kos dan bergantung pada anggapan pendahuluan. Defendan
menuntut balas untuk, antara lain, suatu deklarasi bahawa plaintif memegang
harta itu atas suatu amanah berbangkit untuk beliau dan mengata bahawa harta
itu tidak dimaksudkan sebagai suatu hadiah untuk plaintif. Plaintif menegaskan
bahawa tuntutan balas pindaan defendan yang telah di failkan pada 15 Januari
1993, dihalang oleh had masa.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak tuntutan plaintif dan membenarkan
sebahagian daripada tuntutan balas defendan:
(1) Atas imbangan kebarangkalian, defendan telah membeli
harta itu dengan niat menggunakannya sebagai sebuah kediaman suami isteri di
dalam mana kedua-dua beliau dan plaintif mempunyai bahagian tidak dibahagi yang
sama dan bukan sebagai suatu hadiah tanpa syarat kepada plaintif. Keterangan
menunjukkan bahawa pada masa pendaftaran harta itu di dalam nama plaintif,
kedua-dua pihak itu mempunyai persefahaman bahawa harta itu akan menjadi kediaman
suami isteri di mana mereka akan menjadi pemunya bersama.
(2) Walaupun anggapan pendahuluan timbul kerana defendan,
sebagai suami plaintif, telah menyediakan wang untuk membeli harta itu dan
telah mendaftarkannya di dalam nama plaintif, defendan telah berjaya mematahkan
anggapan itu kerana, antara lain, pada setiap masa yang penting beliau telah
mengendalikan harta itu sesuka hati beliau dengan persetujuan plaintif.
(3) Oleh kerana ini merupakan suatu tindakan oleh seorang
benefisiari untuk mendapatkan balik harta amanah daripada seorang pemegang
amanah, mengikut s 22(1)(b) Akta Had Masa 1953, apa-apa had masa yang
ditentukan oleh Akta itu tidak terpakai.
(4) Di mana perhubungan yang menyerupai perhubungan suami
isteri gagal dan satu pihak tidak dibenarkan masuk ke dalam kediaman suami
isteri oleh pihak yang lain, seorang penyewa sesama tidak mempunyai liabiliti
untuk membayar sewa penghunian hanya semata-matanya kerana beliau adalah
penghuni tunggal tetapi mahkamah boleh memerintahkan pihak yang menghuni itu
supaya membayar suatu sewa penghunian kepada pihak yang dihalang itu jika ianya
berekuiti. Bagaimanapun, di mana suami/isteri itu (sah ataupun de facto), yang
menjadi penyewa sesama atau pemunya bersama sesuatu kediaman suami isteri dapat
menggunakan haknya untuk menduduki kediaman itu tetapi dengan sukarela memilih
untuk tidak berbuat demikian, jadi pihak yang lain yang menghuni kediaman itu
berhak berbuat demikian tanpa membayar sewa penghunian. Di dalam kes ini,
plaintif telah meninggalkan harta itu dengan sukarela dan adalah sangat tidak
berekuiti untuk memerintahkan supaya defendan keluar daripada kediaman itu
dan/atau membayar sewa penghunian kecuali dan sehingga perkahwinan mereka itu
dibatalkan di sisi undang-undang.
(5) Plaintif diperintahkan supaya memindahmilik setengah
daripada sebahagian tidak dibahagi harta itu kepada defendan dalam masa 14 hari
daripada tarikh penghakiman, jika tidak, penolong pendaftar kanan Mahkamah
Tinggi Pulau Pinang dikehendaki menyempurnakan pendahmilik itu bagi pihak
plaintif. Setiap pihak diperintahkan menanggung kosnya sendiri.
Obiter:
Sebelum 1 Mac 1982, tidak terdapat sebarang peruntukan di
dalam Enakmen Perkahwinan Kristian (FMS Bab 109) yang melucutkan hak seseorang
lelaki Cina yang berkahwin di bawahnya untuk menggunakan haknya di bawah
undang-undang peribadi untuk mengahwini seorang perempuan lain secara poligami
semasa isteri monogaminya masih hidup. Atas imbangan kebarangkalian, plaintif
dan defendan telah berkahwin mengikut adat Cina dan pada setiap masa yang
penting, dianggap sebagai telah berkahwin di sisi undang-undang.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq
No comments:
Post a Comment