Oleh Shamrahayu A
Aziz
bhnews@bharian.com.my
2012/02/21
Perubahan beri
kebaikan kepada reputasi kebebasan badan kehakiman
KETIKA di bangku
sekolah rendah lagi, saya sering dipilih untuk mewakili sekolah dalam
pertandingan pidato atau syarahan. Kenangan berkaitan masih mekar dalam ingatan.
Bukan pengalaman menyertai pertandingan itu yang ingin saya kongsi.
Ia berkenaan kata-kata aluan, pembuka kata, yang sering diucap bagi
menghormati hakim. Biasanya kami mulakan dengan ‘para hakim yang arif lagi
bijaksana’. Setulusnya, ketika melafazkan ungkapan berkenaan, saya tidak dapat
menjiwai sifat hakim yang mengadili pertandingan itu.
Maklum sajalah, sebagai pelajar sekolah rendah pemahaman saya berkaitan
frasa ‘adil dan bijaksana’ itu tidaklah menyeluruh. Saya juga tidak begitu
mengerti aspek yang perlu diberi perhatian dalam menentukan kriteria hakim yang
‘arif dan bijaksana’ itu.
Ironinya, walaupun dalam pertandingan syarahan
pada peringkat sekolah rendah kita memerlukan hakim yang arif dan bijaksana,
tentulah juga kita memerlukan hakim yang arif dan bijaksana dalam mahkamah.
Kedudukan penting badan kehakiman dalam sistem pentadbiran keadilan
negara memang tidak dapat kita nafikan. Semua kita mahukan hakim adil, arif dan
bijaksana.
Mahkamah, seperti mana pembaca ketahui adalah tempat untuk
setiap warga mendapatkan keadilan sekiranya berlaku pertelingkahan, sama ada
berkaitan hal sivil atau jenayah. Maka sudah tentulah kriteria hakim yang adil
dan bijaksana itu perlu wujud.
Dalam konteks ini, kriteria arif dan
bijaksana itu bukan hanya membabitkan ilmu pengetahuan hakim mengenai hal
perundangan, iaitu undang-undang yang diterima pakai. Lebih luas lagi, hakim
hendaklah arif dan bijaksana dalam mengendalikan kes atau menepis campur tangan
pihak tidak berkaitan. Maka dengan itu wujudlah pelbagai etika berkaitan tingkah
laku hakim.
Selain etika tertentu, dalam membantu hakim mencapai tahap
‘arif dan bijaksana’ yang luas ini, sudah tentu hakim harus dibekalkan dengan
prasarana undang-undang. Ini bagi membolehkan mereka membuat keputusan berkaitan
hal perundangan tanpa diperalat oleh institusi lain. Dalam kata lain, kita
memerlukan undang-undang jelas mengenai kuasa hakim secara spesifik atau kuasa
badan kehakiman secara umum.
Dalam sebuah negara demokrasi yang
mengamalkan pengasingan kuasa (sama ada secara penuh atau pun tidak), kebebasan
badan kehakiman adalah kriteria utama.
Pengasingan kuasa secara ringkas
bermaksud tiga institusi kerajaan (dikenali juga sebagai organ kerajaan), iaitu
badan pentadbiran (seperti jemaah menteri), badan perundangan (iaitu Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri) dan badan kehakiman (mahkamah) mempunyai kuasa dan
sekatan kuasa yang tertentu. Hal ini kebiasaannya dimaktubkan di dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Setiap satu institusi melaksanakan tugas
masing-masing dan institusi terbabit boleh menyemak dan mengimbangi tindakan
institusi lain. Tujuan utama pengasingan kuasa ialah untuk menggalakkan semak
dan imbang supaya kuasa institusi tidak disalah guna.
Kebebasan
kehakiman pula secara umum memberi erti hakim hendaklah bebas daripada pihak
pentadbiran dan juga pihak perundangan. Dalam konsep semak dan imbang ini, bagi
memastikan kebebasan badan kehakiman, semakan dan imbangan terhadap badan
kehakiman adalah pada paras minimum.
Sebagai contoh, pihak perundangan
tidak boleh secara melulu membincangkan tingkah laku hakim dalam perdebatan
Parlimen. Begitu juga dengan gaji hakim.
Parlimen umumnya tidak boleh
meminda gaji hakim sehingga menyebabkan kerugian kepada hakim. Prinsip ini
dibolehkan bagi memberikan kebebasan kepada hakim untuk menjalankan tugas mereka
tanpa takut.
Dalam aspek lain, kuasa kehakiman hendaklah diletak hak
kepada badan kehakiman. Institusi lain tidak boleh menjalankan kuasa kehakiman.
Sebelum Jun 1988, kita mempunyai peruntukan khusus yang meletak hak kuasa
kehakiman kepada mahkamah (Perkara 121(1)).
Perkara berkenaan
bagaimanapun sudah dipinda. Kita sudah tidak mempunyai peruntukan khusus
mengenai letak hak kuasa kehakiman. Pindaan 1988 mengundang banyak spekulasi.
Mutakhir, hal ini disebut oleh seorang bekas Ketua Hakim Negara dan saya
terpanggil untuk berkongsi pendapat di sini.
Kita harus tahu bahawa ada
keputusan kes yang menegaskan mengenai pengekalan kuasa kehakiman kepada
mahkamah walaupun perkara berkaitan dimansuhkan. Namun, satu keputusan kes lain
memberi gambaran bahawa kuasa kehakiman boleh dilaksanakan oleh pihak lain.
Ada juga satu keputusan lain yang menggambarkan kemungkinan negatif
hasil ketiadaan peruntukan khusus di dalam Perlembagaan mengenai letak hak kuasa
kehakiman.
Jika diteliti keputusan mahkamah dan perdebatan akademik,
pindaan 1988 yang memansuhkan letak hak kuasa kehakiman memberi implikasi
negatif kepada badan kehakiman. Mungkin cadangan untuk mengembalikan peruntukan
asal Perkara 121(1) ke dalam Perlembagaan Persekutuan adalah perubahan yang
dialu-alukan oleh banyak pihak dan boleh mendatangkan kebaikan kepada reputasi
kebebasan badan kehakiman.
Walaupun mengembalikan kuasa kehakiman ini
tidak dapat menutup mulut mereka yang tidak berpuas hati, prinsip kebebasan
badan kehakiman perlu diberi perhatian sewajarnya. Namun, kuasa kehakiman
mahkamah syariah dan mahkamah anak negeri tidak boleh diabaikan.
Penulis ialah Prof Madya di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
MCM MNA LA NK ADIL KLU KEPUTUSAN TAK MEMIHAK FUCKATAN. KLU DIORANG X NK TERIMA KEPUTUSAN MAHKAMAH BEK JGN JADI MANUSIA. JD BEROK DOK UTAN. HAAA KT UTAN XDE UNDANG2 KEHKEHKEHKEH
ReplyDeleteUntuk makluman Ass-so-shit Pro-PISS-Her Shame-ar-you, yang telah mengambil kuasa2 hakim dan memusnahkan integriti kehakiman Msia adalah PM MahaFiraun yg UMNgOk Be-eNd dan Arif Hindu anak Omar ni agung2kan dulu.
ReplyDeleteKuasa Raja2 pun lagi kan ditarik ini kan pulak sistem kehakiman... Pi tanya kat MahaFiraun, sape punye angkara!
kesian ko langsi.kkau tak faham apa yang ditulis dan iosunya, kesian. kah kah kah
ReplyDelete