Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri
Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan
maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall
Street Journal pada Januari lalu.
Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’
PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street
Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.
Majlis Syura Ulama’ juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara
salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil
tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan
nama.
Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan
Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah
menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.
Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS
sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak
mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan
rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri
Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.
Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel
merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam,
malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa
Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk
kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan
negara Israel yang haram.
Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf
negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana
itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama
Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam
menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada
cengkaman Israel yang zalim itu.
Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa
bentuk hubungan sekalipun.
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala
Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari
2012.
Penghuni Gua : Jelas dari kenyataan di atas, Pok Nik sakit mulut untuk menyatakan dann mengulas kenyataan lelaki Y mengenai Israel. Berlapik aje bercakap. Mengapa tak kecam lelaki Y ini. kalau pihak kerajaan keluarkan kenyataan seperti lelaki Y tu, siaplah dibantainya. Silap haribulan dituduhnya kerajaan kafir.
2. Tetapi kerana lelaki y yang semborkan kenyataan tu, Pok Nik dan PAS dan mula sakit multu. Eh eh eh eh !!!! Bukan sakit mulut tetapi mulut Pok Nik dan PAS dan " BIRAT / RABIK". Kah kah kah kah !!!!
nik aziz bkn sakit mulut tpt dah nyanuk tahap babi .
ReplyDelete