FOLLOWERS

Showing posts with label UNDANG-UNDANG / ISA. Show all posts
Showing posts with label UNDANG-UNDANG / ISA. Show all posts

Thursday, 30 July 2009

ISA : BETUL KE ,TAHANANTANPA BICARA ?






Siapa bilang ISA tahanan tanpa bicara
Oleh MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ

AMAT mengejutkan apabila kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Undang-undang Tindakan Siswa Bersatu Universiti Kebangsaan Malaysia (TSB) pada 2001 ke atas 100 orang mahasiswa UKM yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menunjukkan kesemua mereka tidak pernah melihat, memegang dan menyelak sehelai demi sehelai Akta 82 tersebut yang keseluruhannya mengandungi 85 Seksyen, 4 Bahagian, 12 Bab dan 3 Jadual.

Saya tidak menyalahkan mereka dan ratusan ribu lagi rakyat Malaysia yang menentang ISA ini kerana jelas mereka menentang akta tersebut semata-mata kerana emosi dan sentimen. Membaca helaian demi helaian akta Parlimen juga bukanlah hobi yang menyeronokkan. Sebab itulah wujud jawatan peguam yang di bayar oleh anak guamnya supaya membaca dan memahami akta Parlimen mengikut selera pembayar upah professional peguam tersebut.

Daripada satu sudut, jelas juga kepada kita bahawa kempen pakatan pembangkang dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berjaya meresap masuk ke dalam pemikiran kesemua ribuan penentang dengan momokan “ISA Zalim” dan “ISA Tahanan Tanpa Bicara”.


Pemikiran songsang ini melewati empat generasi kerana selalunya, bayi-bayi yang masih menyusu badan juga diusung menyertai demonstrasi anti ISA.


Tahniah juga kepada GMI kerana tanpa perlu berkempen menggunakan modal yang besar dan tanpa perlu ayat panjang berjela, beribu-ribu orang rakyat marhaen bersedia turun ke jalan raya menentang suatu akta yang mereka sendiri tak tahu hujung pangkalnya.


Jika tiada aral melintang, akan berlaku pertembungan unik dua kelompok penunjuk perasaan “pro dan anti” ISA pada 1 Ogos ini. Genap 37 tahun selepas kali terakhir semakan semula ISA dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.


Demonstrasi 1 Ogos ini tidak sewajarnya berlaku. Penentangan terhadap ISA jika hanya bersandarkan alasan “Zalim dan Tanpa Bicara” sahaja tidak berbaloi dengan kerosakan harta benda yang bakal berlaku.


Ramai orang yang emosi menentang ISA. Hujah emosi juga boleh digunakan untuk menerangkan bahawa ISA perlu dipertahankan. Namun kali ini, dengan setitis ilmu dari lautan perundangan yang saya pelajari, saya akan berhujah dengan fakta.


Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) diluluskan oleh Parlimen pada 1960 dan disemak semula pada 1 Ogos 1972. ISA telah dipinda beberapa kali bermula dari 1962 dan kali terakhir dipinda pada 24 Ogos 1989.


Sebagai pengenalan kepada kononnya “Akta Zalim” ini, di muka surat 9 akta tersebut di nyatakan:


“Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif, penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya.”
[Semenanjung Malaysia-1 Ogos 1960, Akta 18 tahun 1960; Sabah, Sarawak - 16 September 1963, L.N. 232/1963]


BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:


(1) Untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap orang dan harta; dan
(2) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut undang-undang;


DAN BAHAWASANYA tindakan yang diambil dan ancaman yang dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;


DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat perlu dihentikan atau dicegah tindakan itu;
Oleh hal yang demikian MENURUT Perkara 149 Perlembagaan MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya


Perkara 149 Perlembagaan menyatakan bahawa:


PART XI - KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT


Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.


(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan:
(a) Untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) Untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) Untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undangundang; atau
(e) Yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) Yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,


Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.


(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), 163 jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.


Jelas kepada kita bahawa Perlembagaan Persekutuan selaku Undang-undang tertinggi Negara menghalalkan Parlimen meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri, melebihi hak-hak asasi individu seperti yang terkandung dalam Fasal 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan.


Adakah benar tuduhan yang menyatakan bahawa Perdana Menteri boleh sesuka hati menahan sesiapa sahaja musuh politik beliau menggunakan akta ini?


Sebenarnya, bukanlah Perdana Menteri yang mula-mula mencadangkan “sipolan atau sipolan” ditahan di bawah ISA. Kenyataan ini ada benarnya kerana Perdana Menteri mempunyai jadual harian yang ketat dengan acara rasmi kerajaan. Kita sering membaca biografi bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang tidak mempunyai masa yang cukup waima bersama keluarga sendiri. Di mana lagi masa 24 jam sehari mahu diperuntukkan oleh Perdana Menteri untuk menyiasat dan membuat risikan keselamatan sendiri.


Sebenarnya, ada pihak lain yang memang tugas bergajinya untuk menyiasat dan merisik berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Sememangnya, salah satu tugas utama anggota polis adalah menangkap penjenayah. Jelas bahawa kuasa polis menangkap penjenayah boleh berlaku dengan menggunakan Kanun Prosedur Jenayah (CPC), Kanun Keseksaan (PC) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


CPC dan PC prosedur tangkapan adalah sama. Secara gambaran asasnya, di bawah CPC dan PC, anggota polis meronda dan melihat seseorang di hadapan bank dalam keadaan “mencurigakan”. Percaya dengan naluri kepolisannya, maka polis itu akan mendekati suspek. Suspek kemudian memecut laju. Polis tersebut mengejar dan berlaku adegan tembak-menembak. Kereta suspek terbabas lalu polis menahan suspek.


Dalam masa 24 jam yang pertama, suspek boleh ditahan di dalam lokap polis untuk membantu siasatan. Selepas 24 jam, polis tidak lagi berhak menahan suspek tanpa izin tahanan reman daripada majistret.


Kebenaran tahanan reman ke atas suspek boleh diberikan oleh majistret kepada polis untuk tempoh maksimum 14 hari bagi menyambung soal siasat jika 24 jam yang pertama, polis gagal melengkapkan siasatan. Selepas tempoh maksimum 14 hari, suspek akan dituduh di mahkamah selepas polis mendapat izin untuk mendakwa daripada Peguam Negara atau suspek akan dibebaskan jika tiada izin mendakwa daripada Peguam Negara.


Di atas adalah gambaran situasi tahanan reman di bawah CPC dan PC. Terdapat banyak persamaan dan sedikit perbezaan apabila polis menahan seseorang di bawah ISA. Perbezaan hanyalah dari sudut tempoh masa tahanan, proses soal siasat dan watak-watak yang terlibat dengan proses siasatan sahaja. Kuasa polis untuk menahan seseorang di bawah ISA di nyatakan dalam seksyen 73 iaitu:


Kuasa untuk menahan orang yang disyaki


73.
(1) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap, dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai


(a) Bahawa ada alasan yang akan mewajarkan penahanannya di bawah seksyen 8; dan
(b) Bahawa dia telah bertindak atau hampir bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.


(2) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang selepas disoal oleh pegawai itu gagal untuk memuaskan hati pegawai itu tentang identitinya atau tentang maksud yang baginya dia berada di tempat dia ditemui dan yang disyaki oleh pegawai itu telah bertindak atau hampir bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian di dalamnya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.


(3) Mana-mana orang yang ditangkap di bawah seksyen ini boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8:


Dengan syarat bahawa:


(a) Dia tidak boleh ditahan lebih daripada dua puluh empat jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor;
(b) dia tidak boleh ditahan lebih daripada empat puluh lapan jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Penolong Penguasa; dan
(c) dia tidak boleh ditahan lebih daripada tiga puluh hari melainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Timbalan Penguasa telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua Polis atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis bagi maksud itu, yang dengan serta-merta hendaklah melaporkan perkara yang sama kepada Menteri.


(4)-(5) (Dipotong oleh Akta A61).


(6) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) dan (2) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, mana-mana orang yang melaksanakan tugas sebagai pengawal atau jaga di dalam suatu tempat terkawal dan oleh mana-mana orang lain yang pada amnya diberi kuasa bagi maksud itu oleh seorang Ketua Pegawai Polis.


(7) Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai berada dalam jagaan yang sah, dan boleh ditahan di mana-mana penjara, atau di mana-mana balai polis, atau di mana-mana tempat lain yang serupa yang dibenarkan secara am atau khas oleh Menteri.


Hanya selepas 48 jam seseorang itu di tahan polis kerana "disyaki oleh polis" sebagai seorang yang boleh "mengancam keselamatan negara", barulah maklumat berkenaan penahanan tersebut di laporkan kepada menteri bertanggungjawab oleh Ketua Polis yang bertanggungjawab.


Jelas kepada kita bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan polis menangkap sesiapa di bawah ISA. Sekiranya di buktikan wujud arahan Perdana Menteri kepada polis untuk menangkap musuh politiknya di bawah ISA, ternyata Perdana Menteri berkenaan telah melakukan kesalahan penyalahgunaan kuasa yang amat serius.


Kes duluan yang boleh dijadikan panduan yang keputusannya di kekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2003 adalah kes Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu yang didapati bersalah di bawah Ordinan Darurat kerana memberi arahan kepada polis supaya mengugut saksi kes liwatnya adalah satu contoh arahan yang tidak boleh diberi oleh mana-mana menteri atau Perdana Menteri Malaysia kepada polis.


Seseorang yang ditahan untuk proses soal siasat oleh polis mengikut ISA di atas boleh ditahan untuk membantu siasatan untuk tempoh maksimum 60 hari. Hanya selepas tempoh maksimum berkenaan, hasil siasatan polis akan dipersembahkan kepada menteri dan terpulanglah pula kepada menteri berkenaan sama ada untuk terus menahan suspek pengancam keselamatan negara itu atau tidak.


Beza watak dalam CPC dan ISA adalah majistret atau pegawai polis, Peguam Negara atau menteri dan perbezaan masa maksimum tahanan sama ada 14 hari atau 60 hari. Proses yang lain adalah sama.


Kita lihat peruntukan Seksyen 8 ISA yang memberikan kuasa kepada menteri untuk mengizinkan polis menahan seseorang di bawah ISA selama tempoh maksimum 2 tahun yang menyatakan bahawa:


Kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan orang


8 (1) Jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.


CATATAN: Lihat Nota Pesuruhjaya di muka surat 83.


Nota Pesuruhjaya di muka surat 83 menyatakan bahawa:


Nota Pesuruhjaya


PENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITI


“5. (1) Jika sesuatu perintah tahanan telah dibuat di bawah sub seksyen 8(1) Akta ibu terhadap mana-mana orang semasa tempoh antara tarikh mula berkuat kuasanya akta ibu dan tarikh mula berkuat kuasanya akta ini (kemudian daripada ini disebut "tempoh peralihan"), maka perintah tahanan itu dan penahanan yang dibuat menurutnya semasa tempoh peralihan itu, dan penerusannya selepas itu, jika ada, adalah dengan ini diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang, dan hendaklah disifatkan sebagai, dan sentiasa dan pada setiap masa menjadi sah dan menurut undang-undang, walaupun pada bila-bila masa semasa jangka masa perintah tahanan itu dia telah ditahan di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut dalam sub seksyen 8(3) Akta ibu, atau terus ditahan di tempat yang dia telah ditahan di bawah seksyen 73 Akta ibu selepas tempoh maksimum yang diperuntukkan baginya di bawah subseksyen 73(3) Akta ibu tamat, atau telah berada dalam perjalanan dalam jagaan polis atau dalam apa-apa jagaan lain ke tempat tahanan seperti yang disebut terdahulu, atau terdapat apa-apa kelengahan dalam menyampaikan perintah tahanan itu kepadanya, atau perintah tahanan itu telah disampaikan kepadanya di mana-mana tempat selain tempat tahanan itu, atau terdapat apa-apa kecacatan yang berhubungan dengan penyampaian perintah tahanan itu kepadanya.


Menteri Dalam Negeri menurut Seksyen 8 secara perundangannya memiliki dua jenis kuasa iaitu kuasa mengeluarkan Perintah Tahanan dan Perintah Sekatan. Seiring dengan istilahnya, satu perintah menghalalkan penahanan manakala satu perintah lagi mengharamkan penahanan, semata-mata menyekat sahaja. Di atas adalah peruntukan berkenaan Perintah Tahanan manakala Seksyen 8(5) menjelaskan pula tentang Perintah Sekatan iaitu :-


(5) Jika menteri berpuas hati bahawa bagi mana-mana maksud yang disebut dalam sub sekyen (1) perlu supaya pengawalan dan pengawasan diadakan ke atas mana-mana orang atau supaya sekatan dan syarat dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktiviti, kebebasan bergerak atau tempat kediaman atau pekerjaannya, tetapi bahawa bagi maksud itu tidak perlu untuk menahannya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut "perintah sekatan") yang mengenakan ke atas orang itu semua atau mana-mana sekatan dan syarat yang berikut:


(a) Bagi mengenakan ke atas orang itu apa-apa sekatan yang dinyatakan dalam perintah itu berkenaan dengan aktivitinya dan tempat kediaman dan pekerjaannya;
(b) Bagi melarangkan daripada berada di luar rumah antara apa-apa waktu yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali di bawah kuasa suatu permit bertulis yang diberikan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan sedemikian;
(c) Bagi menghendakinya memberitahu pergerakannya mengikut apa-apa cara pada bila-bila masa dan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu;
(d) Bagi melarangnya daripada berucap di perjumpaan awam atau daripada memegang jawatan dalam, atau mengambil bahagian dalam aktiviti atau bertindak sebagai penasihat kepada, mana-mana organisasi atau persatuan atau daripada mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti politik; dan
(e) Bagi melarangnya daripada membuat perjalanan di luar sempadan Malaysia atau mana-mana bahagiannya yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali mengikut kebenaran yang diberikan kepadanya oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu.


Hasil daripada gabungan frasa perundangan yang memeningkan kepala pembaca seperti ayat-ayat di atas bermaksud Perdana Menteri tidaklah berkuasa menahan musuh politik beliau secara semberono kerana yang sebenarnya berkuasa membuat perintah penahanan adalah Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Keselamatan Dalam Negeri.


Hanya jika Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, maka barulah benar sebahagian tuduhan rambang berkenaan. Itupun selepas beliau menandatangani Perintah Tahanan tersebut atas kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dan bukannya sebagai Perdana Menteri. Jika berlaku salah disignasi jawatan ketika menandatangani Perintah Tahanan berkenaan maka akan menjadi satu sebab teknikal mengapa Perintah Tahanan tersebut menjadi tidak sah.


Adakah benar tuduhan yang menyatakan bahawa Menteri boleh menahan seseorang di bawah ISA selama mana yang Menteri itu suka?


Juga satu kenyataan yang tidak tepat. Menurut Seksyen 13 ISA yang menyatakan bahawa:
Kajian semula


13. *(1) Tiap-tiap perintah atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 8(1), (5) atau (7) atau di bawah seksyen 10 hendaklah, selagi ia masih berkuat kuasa, dikaji semula tidak kurang daripada sekali dalam tiap-tiap enam bulan oleh suatu Lembaga Penasihat:


Dengan syarat bahawa dalam hal sesuatu perintah tahanan yang terhadapnya representasi telah dibuat, kajian semula yang pertama, sama ada mengenai sesuatu perintah tahanan yang dibuat di bawah sub seksyen 8(1) atau mengenai sesuatu perintah tahanan yang dilanjutkan di bawah sub seksyen 8(7) yang baginya proviso kepada sub seksyen yang akhir disebut itu terpakai, hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas selesainya pendengaran representasi itu oleh Lembaga Penasihat yang kepadanya representasi itu telah dibuat.


(2) Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai tiap-tiap kajian semula di bawah sub seksyen (1), dengan serta-merta menyerahkan kepada Menteri suatu laporan bertulis mengenai tiap-tiap kajian semula itu, dan boleh membuat dalamnya apa-apa syor yang difikirkannya patut.


*CATATAN: Sub seksyen ini telah dimasukkan oleh Akta A61 dan mula berkuat kuasa pada 01-09-1972 dan sebelum tarikh itu peruntukan berikut yang dimasukkan oleh Ordinan No. 4 tahun 1969 (P.U. (A) 186/1969) terpakai:


"(1) Tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan 8(1)(a) boleh, selagi ia berkuat kuasa, dikaji semula dari semasa ke semasa oleh suatu Lembaga Penasihat mengikut budi bicara Pengerusinya".


Seksyen 13 ISA ini menjelaskan kepada kita bahawa Menteri hanya berkuasa membenarkan tahanan untuk tempoh maksimum 2 tahun yang pertama. Tempoh yang asalnya di "arahkan" oleh Menteri itu pun bukan bersifat "mutlak" kerana Pengerusi Lembaga Penasihat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agung boleh mengenepikan tempoh maksimum tersebut mengikut budi bicara beliau. Kelihatan Pengerusi Lembaga Penasihat mempunyai kuasa yang lebih besar daripada menteri.


Bagaimanakah prosedur siasatan Lembaga Penasihat ISA ini?


Seksyen 14,15 dan 16 ISA menceritakan bahawa:


Kuasa untuk memanggil saksi


14. Tiap-tiap Lembaga Penasihat hendaklah, bagi maksud akta ini tertakluk kepada Seksyen 16, mempunyai segala kuasa mahkamah bagi memanggil dan memeriksa saksi, mengendalikan sumpah atau ikrar, dan bagi memaksa dokumen dikemukakan.


Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai pekhidmat awam 15. Tiap-tiap anggota sesuatu Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574], dan hendaklah mempunyai, jika apa-apa tindakan atau guaman dibawa terhadapnya bagi apa-apa tindakan yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan dalam pelaksanaan tugasnya di bawah Bab ini, perlindungan dan keistimewaan yang sama sebagaimana yang diberikan oleh undangundang kepada seorang Hakim dalam pelaksanaan jawatannya.


Pendedahan maklumat


16. Tiada apa-apa jua dalam Bab ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki Menteri atau mana-mana anggota Lembaga Penasihat atau mana-mana pekhidmat awam untuk mendedahkan fakta atau mengemukakan dokumen yang difikirkannya sebagai bertentangan dengan kepentingan negara jika didedahkan atau dikemukakan.
Adakah benar tuduhan yang menyatakan "ISA tahanan tanpa bicara?"


Tuduhan ini amatlah tidak bertanggungjawab. Mungkin pemfitnah membuat tuduhan tersebut bersandarkan kepada satu-satunya peruntukan berikut :-


Nota Pesuruhjaya


PENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITI


Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pindaan) 1988, [Akta A705] melalui seksyen 5 telah meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (kemudian daripada ini disebut "Akta ibu") yang hendaklah dibaca bersama peruntukan baru yang berikut mulai dari 15 Julai 1988:


(2) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan, atau apa-apa jua pun prosiding undang-undang lain daripada apa-apa perihalan atau dalam apa-apa bentuk, boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan selepas mula berkuat kuasanya akta ini, atau, jika dibawa atau dimulakan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, terus dikekalkan, bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa jua yang dilakukan dengan sahnya berhubung dengan perintah tahanan atau penahanan yang diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang di bawah sub seksyen (1), kecuali bahawa peruntukan sub seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa prosiding undang-undang sedemikian yang telah selesai dan keputusan muktamad mahkamah telah diberikan berkenaan dengannya sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini atau bagi apa-apa rayuan berkenaan dengan keputusan muktamad itu."


Sedangkan pemfitnah berkenaan membutakan mata mentulikan telinga terhadap 6 lagi seksyen dalam ISA yang membuka ruang seluas-luasnya untuk seseorang itu mencabar keputusan Menteri .


6 seksyen tersebut adalah Seksyen 79 dan 80 ISA yang menyatakan bahawa :-


Bidang kuasa mahkamah


79. Tanpa menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, selain suatu kesalahan yang boleh dihukum mati, dan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang ditetapkan baginya tidak melebihi denda sebanyak lima ribu ringgit atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.


Sekatan ke atas pendakwaan


80. Sesuatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tujuh tahun atau tidak boleh dimulakan kecuali dengan keizinan Pendakwa Raya:


Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah


(a) seseorang yang dipertuduhkan dengan suatu kesalahan sedemikian boleh ditangkap, atau suatu waran penangkapannya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang sedemikian boleh direman dalam jagaan atau atas jaminan, walaupun keizinan Pendakwa Raya mengenai permulaan pendakwaan bagi kesalahan itu belum lagi diperoleh, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga keizinan itu diperoleh; dan
(b) jika seseorang dibawa ke hadapan suatu mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya memberikan keizinannya kepada pendakwaan itu, pertuduhan itu hendaklah dijelaskan kepadanya tetapi dia tidak boleh dipanggil untuk membuat pli dan peruntukan undang-undang itu hendaklah diubahsuaikan dengan sewajarnya.


Sekyen 8B ISA pula menyatakan bahawa:


Kajian semula kehakiman tindakan atau keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Menteri


8B. (1) Tidaklah boleh diadakan apa-apa kajian semula kehakiman di dalam mana-mana mahkamah, dan tiada mahkamah boleh mempunyai atau menjalankan apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri pada menjalankan kuasa budi bicara mereka mengikut Akta ini, kecuali mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam Akta ini yang mentadbir tindakan atau keputusan itu.


(2) Kecualian mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam sub seksyen (1) tidaklah terpakai jika alasan seperti yang diperihalkan dalam seksyen 8A.


Apakah pula maksud "kajian semula kehakiman”?


Seksyen 8C selanjutnya menyatakan bahawa:


Tafsiran "kajian semula kehakiman"


8C. Dalam Akta ini, "kajian semula kehakiman" termasuklah prosiding yang dimulakan dengan cara:


(a) Permohonan untuk mendapatkan mana-mana perintah prerogatif mandamus, larangan dan certiorari;
(b) Permohonan untuk mendapatkan deklarasi atau injunksi;
(c) Writ habeas corpus; dan
(d) Apa-apa guaman lain, tindakan atau prosiding undang-undang lain yang berhubungan dengan atau berbangkit daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri mengikut Akta ini.


Mengapakah tiba-tiba tertulis kuasa Yang di-Pertuan Agong selain kuasa Menteri dalam kedua-dua seksyen di atas? Bukankah di canangkan se-Malaya bahawa semata-mata Perdana Menteri yang berkuasa penuh? Ternyata fitnah telah tersebar luas.


Seorang yang di tahan di bawah Sekyen 8 ISA boleh mempertikaikan perintah tahanan oleh Menteri tersebut kepada sebuah Lembaga Penasihat yang di lantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 151(2) Perlembagaan Persekutuan.


Anda mula terkejut? Seksyen 11 dan 12 ISA selanjutnya menyatakan bahawa:


Representasi terhadap perintah tahanan


11. (1) Suatu salinan tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah sub seksyen 8(1) hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas dibuat disampaikan kepada orang yang dimaksudkan olehnya, dan tiap-tiap orang itu berhak untuk membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.


(2) Bagi maksud membolehkan seseorang untuk membuat representasi di bawah sub seksyen (1) dia hendaklah, pada masa perintah itu disampaikan kepadanya:


(a) Diberitahu mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat di bawah subseksyen (1); dan


(b) Diberikan oleh Menteri suatu pernyataan bertulis-


(i) Mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat;
(ii) Mengenai pernyataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan; dan
(iii) Mengenai apa-apa butir lain, jika ada, yang pada pendapat Menteri mungkin semunasabahnya dikehendaki olehnya supaya dapat dia membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.


(3) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah tentang cara bagaimana representasi boleh dibuat di bawah seksyen ini dan bagi mengawal selia tatacara Lembaga Penasihat.


Laporan Lembaga Penasihat


12. (1) Bilamana mana-mana orang telah membuat apa-apa representasi di bawah subseksyen 11(1) kepada suatu Lembaga Penasihat, Lembaga Penasihat itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh rayuan itu diterima olehnya, atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, menimbangkan representasi itu dan membuat syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong.


(2) Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi Menteri apa-apa arahan, jika ada, yang difikirkannya patut mengenai perintah yang dibuat oleh Menteri itu; dan tiap-tiap keputusan Yang di- Pertuan Agong mengenainya, tertakluk kepada seksyen 13, muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.


Keenam-enam seksyen di atas seharusnya mengubah terus persepsi kita terhadap momokan pihak-pihak tertentu yang mereka sendiri keliru dengan tuntutan perjuangan mereka. Jelas kepada kita bahawa kuasa Lembaga Penasihat dan Baginda Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong melalui kedua-dua seksyen di atas rupanya "Puasnya hati Baginda" adalah jauh lebih penting daripada "Puasnya hati" seorang Menteri Dalam Negeri.


Seperkara yang menarik untuk anda tahu iaitu tahukah anda bahawa anda boleh menjadi "jutawan segera" jika anda menang kes di mahkamah kerana di tahan di bawah ISA? Pada 18 Oktober 2007, seorang bekas tahanan ISA daripada parti PAS bernama Malik Hussin telah di perintahkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar kerajaan Malaysia membayar gantirugi sebanyak RM 2.5 juta kepada beliau atas alasan penahanan beliau di bawah Seksyen 8 ISA oleh Menteri telah di buat secara salah di sisi undang-undang dan berniat jahat "mala fide". Aktivis PAS telah menjadi jutawan kerana menang bicara terhadap "Akta Tanpa Bicara". Pelik kan?


Selain daripada mencabar keputusan Menteri yang "telah puas hatinya" itu, seseorang tahanan ISA juga boleh menjadikan aspek prosedur penahanan polis untuk tempoh tahanan 48 jam yang pertama sahaja, sama ada manual (Standard Operation Prosedur) penahanan telah di patuhi sebaiknya atau tidak. Alasan teknikal seperti ini amat popular dihujahkan oleh peguam yang tiada modal sangat untuk mencabar dari aspek "Perintah Tahanan oleh Menteri". Selain daripada seksyen 73 ISA yang telah dihuraikan pada bahagian awal penulisan ini terdapat 3 lagi seksyen yang menerangkan tentang prosedur penahanan :-


Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan


74. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain maka sahlah bagi mana-mana pegawai polis untuk:


(a) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditahan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 8;
(b) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen 73(1) atau (2);
(c) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang dia mempunyai, dalam segala hal keadaan hal itu, alasan yang munasabah bagi mengesyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini atau terhadap mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini dinyatakan dalam Jadual Pertama;
(d) Mengatasi tentangan yang menggunakan kekerasan yang diberikan oleh mana-mana orang yang hendak ditangkap itu; atau
(e) Mengelakkan pelarian daripada tangkapan atau penyelamatan mana-mana orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu, dalam hal keadaan hal itu, dan kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut.


(2) Tiap-tiap orang yang ditangkap kerana apa-apa kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penangkapannya diberikan amaran dengan jelasnya mengenai kemungkinan dia ditembak jika dia berusaha untuk melarikan diri daripada jagaan.
(3) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, dan oleh mana-mana orang yang melaksanakan tugas pengawal atau jaga di dalam sesuatu tempat terkawal, dan oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara am bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis.
(4) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan hak pertahanan persendirian yang terkandung dalam seksyen 96 hingga 106 Kanun Keseksaan.
Penerimaan pernyataan sebagai keterangan


75. (1) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan suatu penyiasatan polis atau tidak dan sama ada atau tidak keseluruhan atau sebahagiannya adalah jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran mana-mana pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai polis lain atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak, dalam penangkapan itu, walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, boleh diterima sebagai keterangan di perbicaraannya dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya:


Dengan syarat bahawa:


(a) Tiada pernyataan sedemikian boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang disebut terdahulu:


(i) Jika ternyata pada mahkamah bahawa pernyataan itu dibuat oleh sebab apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkenaan dengan pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan, pada pendapat mahkamah mencukupi, untuk memberi orang itu alasan yang didapati munasabah oleh orang itu untuk menganggap bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau dia boleh mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau
(ii) Dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberikan amaran dengan perkataan yang berikut yang bermaksud sedemikian:


“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu nyatakan sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan"; dan
(b) Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana dia tidak diberikan amaran jika dia diberikan amaran dengan seberapa segera yang mungkin.
(2) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan hal itu selepas apa-apa amaran sebagaimana yang disebut terdahulu telah diberikan kepadanya.
(3) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan manamana orang yang dibicarakan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, sama ada atau tidak prosiding terhadap orang itu telah dimulakan dan sama ada atau tidak pernyataan yang berkaitan telah dibuat sebelum permulaan kuat kuasa itu.


Publisiti perintah


81. (1) Apabila apa-apa perintah atau peraturan dibuat atau arahan atau suruhan diberikan di bawah Akta ini, Menteri atau pihak berkuasa yang lain yang membuat perintah atau peraturan itu atau memberikan arahan atau suruhan itu hendaklah menyebabkan notis mengenai kuat kuasanya diberikan dengan seberapa segera yang mungkin dengan apa-apa cara yang difikirkannya perlu bagi membawanya kepada pengetahuan semua orang yang pada pendapatnya patut tahu mengenainya, dan perintah, peraturan, arahan atau suruhan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis yang disebut terdahulu telah diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta.


(2) Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan khas yang terkandung dalam Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, suatu notis yang hendaklah disampaikan kepada mana-mana orang bagi maksud mana-mana seksyen boleh disampaikan dengan meninggalkannya, atau dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu surat yang dialamat kepada orang itu, di tempat kediaman atau tempat perniagaannya yang akhir atau biasa.


(3) Mana-mana perintah atau peraturan yang dibuat atau apa-apa arahan atau suruhan yang diberikan di bawah Akta ini boleh pada bila-bila masa semasa penerusannya dikensel oleh orang yang diberikan kuasa untuk membuat perintah atau peraturan itu atau untuk memberikan arahan atau suruhan itu, tetapi tanpa menyentuh kesahannya sebelum itu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kepada kuasa orang itu untuk membuat suatu perintah atau peraturan baru atau untuk memberikan suatu arahan atau suruhan baru di bawah peruntukan itu.


Kepada anda yang biasa mengikuti perbicaraan di mahkamah, anda mungkin biasa melihat, hanya kerana sedikit ketidakpatuhan elemen kepada perkataan "dan", "atau", "hendaklah", "bolehlah" dan sebagainya yang di ulang beberapa kali dalam susunan ayat-ayat dalam mana-mana Akta Parlimen pun, hal sekecil itu pun boleh menyebabkan seorang peguam berhujah tanpa henti selama 2 minggu dan kes ditangguhkan selama 6 bulan semata-mata untuk menunjukkan bahawa anak guamnya teraniaya.


Siapa pula Ahli Lembaga Penasihat?


Lembaga Penasihat di tubuhkan di bawah Fasal 151(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu :-


(2) Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud Perkara ini hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.


Jadi jelas kepada kita bahawa bukan calang-calang individu yang layak menganggotai Lembaga Penasihat ini dan kuasa mereka jika tidak pun sama adalah melebihi kuasa Menteri Dalam Negeri. Ahli Lembaga ini juga bukanlah "orang politik" . Oleh itu tindakan mereka haruslah di buat tanpa rasa takut dan pilih kasih demi memikul amanah Allah di muka bumi ini.


Cadangan pindaan ISA


Hanya undang-undang tuhan yang sempurna. Undang-undang ciptaan manusia tetap memiliki kelemahan. Namun sesuai dengan kepimpinan YAB Dato Seri Najib yang kelihatan mahu meminda ISA, saya mengemukakan beberapa cadangan berikut :-


1. Mungkin kita dapat mengesan satu frasa yang di gunakan dalam seksyen 8 ISA yang mungkin kelihatan agak "diktator" dan "gila kuasa" iaitu frasa "Jika Menteri berpuas hati…". Dicadangkan sedikit pindaan terhadap frasa ayat tersebut kepada "Jika Menteri, selepas meneliti laporan siasatan polis...”. Mungkin struktur baru ayat ini boleh mengelakkan seseorang berdosa kerana memfitnah.


2. Kuasa polis untuk menahan suspek pengganas selama tempoh maksimum 60 hari wajar di pinda kepada 30 hari sahaja.


3. Penahanan suspek pengganas melebihi 48 jam menurut seksyen 73(3)(b) ISA dengan kebenaran Pegawai Polis berpangkat lebih tinggi dari Penolong Penguasa wajar di pinda kepada "dengan kebenaran Majistret" demi untuk mengelakkan salahguna kuasa di pihak polis.


4. Seksyen 5(2) Nota Pesuruhjaya yang di baca bersama seksyen 8 (1) ISA yang di jadikan satu-satunya hujah "tanpa bicara" wajar dimansuhkan atas alasan "kerana mengelirukan" .


5. Seksyen 16 ISA yang tidak mewajibkan Menteri atau Lembaga Penasihat daripada mendedahkan fakta yang difikirkan bertentangan dengan kepentingan Negara memerlukan sedikit pindaan. Pendedahan tersebut perlu dijadikan mandatori dan maklumat berkenaan perlu juga di kawal oleh Akta Rahsia Rasmi.


Kesimpulan


Saya berharap agar tulisan ini dapat membuka pintu hati manusia agar berfikiran rasional dalam tindakan. Fikirkan semula, sama ada berbaloi atau tidak anda turun ke jalan raya pada 1 Ogos 2009 nanti?. Adakah betul persepsi negatif anda terhadap ISA? Adakah anda dihukumkan wajib untuk hanya mempercayai kata-kata retorik segolongan ahli politik yang sedang rakus berkehendakkan kuasa? Adakah anda percaya bulat-bulat pidato berapi seorang yang kempunan menjadi Perdana Menteri? Adakah anda percaya kepada hujah-hujah ratusan barisan peguam yang menentang ISA kerana mereka ini tidak lebih umpama askar upahan professional yang dibayar secara "cash or kind"?


Sedarkah anda bahawa dengan tindakan anda menentang ISA, anda bermaksud menentang kuasa Yang Di Pertuan Agong kerana Baginda lebih berkuasa daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri. Ingat, polis yang menangkap, Menteri yang mengeluarkan Perintah Tahanan manakala Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkuasa membebaskan tahanan Kemunting lebih awal dari masanya.


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan telah menyeru kepada kumpulan Penentang ISA agar jangan berdemonstrasi pada 1 Ogos nanti. Jika demonstrasi diteruskan, maka Ibrahim yang telah dua kali ditahan ISA akan turut turun ke jalan raya menyokong ISA. Kata dua daripada Presiden Perkasa ini perlu di beri perhatian. Jika GMI membatalkan hasrat mereka, kumpulan Tok Him juga akan membatalkan hasrat berdemonstrasi pada hari yang sama.


Sememangnya boleh di hujah dari kaca mata hak asasi manusia, sejuta rakyat untuk berhimpun. Namun hak sejuta rakyat tersebut tidak akan melebihi hak asasi seorang anak kecil untuk bermain-main di taman KLCC selepas seminggu ibu dan bapanya sibuk bekerja.


MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ

Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).

Beliau boleh dihubungi melalui emel: azamaziznco@gmail.com


Penghuni Gua : Tulisan-tulisan yang berkaitan ISA dan juga Habeas Corpus boleh dibaca gi blog PG yang telah dipaparkan sebelum ini. KLIK , dan KLIK. Semua ini ada kaitan dengan ISA. Memang, sesiapa yang ISA tiada perbicaraan adalah mereka yang tak membaca. Hanya mendengar suara ditepi jalan. Satu contoh sahaja :Habeas Corpus bukankah ini juga hak untuk tahanan membuat representasi untuk membela dan membebaskan diri. Lembaga Penasihat pun ada. Prosesnya sama seperti mahkamah . Bukan sesenang cakap nak menahan seseorang pengacau dibawah ISA.

Sunday, 19 July 2009

ISA : PANDANGAN DR ABDUL RANI BIN KAMARUDDIN PENSYARAH UNDANG-UNDANG UIAM


Falsafah ISA – cukuplah, jangan ada lagi pemimpin yang cuba nak “korner baring”


1. ISA adalah bagi menjaga kedualatan dan keselamatan negara dari diceroboh oleh mana-mana orang atau kumpulan dan terpakai terhadap semua orang di Malaysia (warganegara atau bukan) jika maklumat (melalui perisikan atau sebaliknya) menunjukkan kedaulatan dan keselamatan Negara akan digugat, atau tergugat dan diganggu-gugat oleh mana-mana orang atau kumpulan.

2. Maka itu, saya menyanjungi dan bersetuju ketegasan dan keberanian kepimpinan Yang Amat Berbahagia Mantan Perdana Malaysia yang kita kasihi, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dimana beliau telah menggunakan ISA (Ops-Lalang) bagi mengawal keadaan demi menjaga ketenteraman dan keselamatan negara.

3. Dato Seri Anwar Bin Ibrahim (semasa TPM) dan Pak Lah (semasa PM) juga akur kepada ISA dan tidak menghapuskan ISA? Kini mereka sudah “corner baring”, tidak pasti kini, apa muslihatnya mendesakan ISA ini dihapuskan? Apakah kerana kepentingan peribadi? Kepentingan politiknya? atau kepentingan Negara?

4. Dalam hal ISA ini, orang politik pun tidak boleh dikecualikan kerana acapkali merekalah yang menghuru-harakan keadaan dengan agenda politik mereka dan kadang kala merekalah yang menjadi punca menghuru-harakan pemikiran rakyat.

5. Apakah mereka ini tak patut dimasuk juga dalam ISA? Perlu faham falsafah bahawa negara tidak menjawab kepada orang politik, sebaliknya orang politiklah dikehendaki menjawab kepada negara bahawa tindak tanduk mereka tidak mengancam keselamatan negara.

6. Sukacitanya saya memetik sedikit apa yang saya baca didalam majalah Milenia [muslim], edaran Julai 2009 (bilangan 83), bahagian `bicara mufti’ ditulis oleh Salawati Haris, “Ulama Berani Demi Kebenaran” muka surat 20 – 23, dimuka surat 21, dimana Dato’ Haji Abdul Rahman Haji Osman, mufti Pahang, antara lainnya dengan tepat mengatakan;

7. “Disetiap negeri ketua agamanya ialah Sultan. Maknanya, ada lagi ketua yang lebih tinggi. Dari segi hukum, sebagai mufti saya boleh bercakap tetapi daripada segi perlaksanaannya, sultan dan majlis Raja-Raja yang akan putuskan.

8. Jika mengikut peraturan, mufti perlu merujuk kepada Sultan. Begitu juga dengan tindakan politik yang juga terbatas. Walau apa pun kata orang politik, kita tetap kembali merujuk kepada Sultan, sekiranya Tuanku berkenan barulah ia dilaksanakan, Politik lain, katakanlah satu peraturan yang mewajibkan pasangan pengantin yang hendak berkahwin mesti mengadakan pemeriksaan ujian HIV.

9. Walaupun ia arahan dari mana-mana pemimpin politik, jabatan agama mesti mendapatkan kebenaran daripda sultan terlebih dahulu. Maknanya, ada kuasa yang mengatasi kuasa politik.”

10.Sememangnya ISA adalah undang2 sah yang berkesan mengekang apa jua tindakan covert atau overt terhadap keselamatan negara. Maka mana-mana orang yang “corner baring” menghuruharakan keadaan, ISA (bukannya mahkamah) adalah sebaik-baik kaedah mengekang perbuatan mereka. Perlu faham juga bahawa ISA adalah Undang2 Tuanku bukan UMNO punya ataupun mana mana parti politik lain baik BN mahupun Pembangkang (Pakatan).

11. Maka orang politik tidak kira UMNO atau pembangkang sama-sama terikat dengan ISA – maka jangan ada sesiapa, ada mana-mana golongan cuba-cuba nak “corner baring” menggunakan kedudukan mereka sehingga menyebabkan Tuanku-tuanku Persekutuan Malaysia melenting melihat Negara huru hara hanya kerana hendak mendesak Kerajaan Persekutuan Malaysia menghapuskan ISA?

12. Perlu faham bahawa fahaman sosialisme, republik dan komunisme sebenarnya bertentangan dengan konsep Raja-Raja Berpelembagaan yang diamalkan diMalaysia.


13. Apa yang saya nampak, pemansuhan ISA yang diwar warkan lebih bersifat kepentingan politik bukannya bersifat kepentingan negara. Yang perlu dipertekankan sepatutnya adalah keharmonian, kesejahteraan, kestabilan dan pembangunan insani dan berbudi perketi. Masaalah rumah2 terbengkalai dan pemaju-pemaju yang banyak melakukan penipuan terhadap pembeli2 – apakah mahkamah dan kerajaan telah dapat membendung penyangak-penyangak tersebut dengan Akta Perumahan?

14. Kanun Keseksaan ataupun Undang2 Rasuah? Ini baru hal kesejahteraan rakyat hak mereka ditipu terang-terangan dan terpaksa menghabiskan wang dan masa ke mahkamah dan si penganyak2 itu tadi terus bebas? Belum lagi isu keselamatan negara! Seorang pemimpin masyarakat mestilah memiliki tanggungjawab sosial dan berjiwa murni dan menjaga kepentingan rakyat dan Negara.


15. Orang-orang yang menyalahgunakan ISA yang perlu diambil tindakan bukannya undang2 itu. Mereka-mereka yang tidak menggunakan ISA dalam keadaan sepatutnya juga sebenarnya telah juga bertindak mengancam keselamatan negara dan perlu diambil tindakan.

16. Apakah kerana kemalangan jalanraya yang membabitkan kenderaan2, maka dihapuskan kenderaan2 dijalanraya atau pemandunya yang diambil tindakan kerana cuai atau memandu dengan melulu?

17. Ramai tentera dan polis perisik mati tanpa anak-isterinya dibela dan terbiar dalam usaha mereka merisik demi keselamatan negara.

18. Perbuatan-perbuatan underworld, mafia dan kumpulan kongsi gelap yang melacurkan perempuan-perempuan, pengedaran dadah, peras ugut, ahlong dan perbuatan maksiat-maksiat yang lain, pengganas-pengganas yang kita ketahui dan tidak diketahui, apakah kamu bersedia menjadi saksi terhadap mereka itu dimahkamah?

19. Apakah kamu bersedia menjadi perisik (dengan berpura-pura menjadi kawan baik mereka) terhadap perbuatan penyangak2 tersebut? Pernahkah dan beranikah kamu melaporkan kegiatan-kegiatan penyangak-penyangak tersebut kepada pihak polis?

20. Mereka-mereka berjuang dan bergadai nyawa dengan penyangak-penyangak agar rakyat dapat hidup dan tidur dengan aman dan damai tanpa digangu gugat oleh penyangak-penyangak ini. Apakah mekanisme dan cara negara merisik tindakan overt dan covert musuhnya perlu didedahkan?

21. Dalam rumahtangga pun ada rahsia, dalam perniagaan pun ada rahsia, dalam jabatan dan kulliyah pun ada rahsia, inikan pula negara. Kami minta Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Dalam Negeri memahami dan menghayati falsafah ISA itu sendiri dan kerana apa ISA itu tetap releven? Apapun jangan disalahgunakannya, tetapi bilaman perlu hendaklah digunakannya dan tegas menggunakkannya tanpa mengundur setapak kemudiannya.


22. Fikir masak2 dan jangan terlalu mengikut perasaan.


Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Pensyarah Undang-Undang

UIAM

Saturday, 18 July 2009

ISA : KHAIRY KATA JANGAN MANSUH !



Penghuni Gua : Bab ini PG setuju penuh dengan YB Khairy. Bab ini sahaja. Tak lebih dari itu.

2. Kepada kerajaan : Ingat dan lihat apa yang terjadi di Indonesia . 9 Nyawa tak berdosa melayang begitu sahaja. Ini kerana salah satunya mereka tak ada akta seperti ISA. Semua nak di bawa ke mahkamah.

3. Mahkamah proses nya lambat. Lihat kes Liwat DSAI. Diputar segala sudut. Kesnya masih ditakuk lama. Pengganas tidak akan menunggu dengan proses mahkamah untuk melakukan lagi dan lagi pengeboman ini.


4. Sekiranya kita ingin menentang penjenayah , otak dan pemikiran kita mistilah seperti pengganas atau jauh lebih ganas ke hadapan dari mereka. Jika tidak ! Terjadilah sepertimana di Indonesia semalam. 9 terbunuh dan 50 orang atau lebih yang cedera dan cedara parah.

5. Adakah kita ingin melihat perkara sedemikian berlaku di negara ini? Jika berlaku: pejuang-pejuang untuk memansuhkan ISA ini akan bertepuk tangan dan terus menyalahkan kerajaan. Itulah pun kerja mereka dan kepandaian mereka.

6. Fikirlah. Bagus YB Khairy.

Friday, 17 July 2009

ISA : TAK SEMUDAH CAKAP UNTUK DI SALAHGUNA !


Nota : PG siarkan semula artikal ini yang dikirimkan oleh seorang kawan kepada PG mengenai ISA dan telah dipaparkan diblog ini sebelum ini. Disebabkan isu ISA ini masih berterusan dan pada 1 ogos ini GMI akan adakan demontarasi haram bagi menmansuhkan ISA maka disiarkan semula artikal ini untuk difikirkan bersama.

Paparan ini juga disebakan kejadian penggeboman 2 buah hotel di Indonesia pagi ini yang telah mengorbankan 8 nyawa dan berpuluh lagi cedera oleh kumpulan pengganas JI , maka pada pandangan PG artikal ini wajar dihayati oleh kita semua.

Hak asasi terdapat 2 bahagian. Hak asasi awam dan hak asasi individu. Dalam hal pertembungan kedua ini, maka hak asasi awam adalah mengatsi hak asasi Individu.

ISA adalah undang-undang khas dan istemewa. Jadi penggunaan juga adalah dalam keadaan istimewa. Sebab itu jangan sesekali penguatkuasa begitu mudah menangkap dan kemudian membebaskan begitu sahaja. Pembebasan juga mistilah dalam keadaan khas dan istimewa. Jika tidak ISA tidak membawa sebarang makna.

ISA adalah undang-undang yang sah yang diluluskan mengikut perlembagaan dan dibenarkan oleh perlembagaan. Ia digubal dan diluluskan oleh parlimen secara sah. Jadi tiada pertikaian tentang keabsahannya. Percakapan bodoh yang mengatakan ia akan dan mudah di salah gunakan oleh kerajaan sebenarnya tidak semudah seperti mana mereka cakapkan. Berbagai peraturan dan prosedur diikuti dan ia nya masih berpelembagaan dan tidak melanggar hak asasi awam.

Persetankan dengan hak asasi individu.

KEPADA KERAJAAN : KEKALKAN ISA DAN GUNKANYA JIKA PERLU. JANGAN LAYAN DESAKAN DARI OTAK MEREKA YANG MEMENTINGKAN DIRI DAN POLITK MEREKA DAN OTAK MEREKA YANG BODOH INI.


PENDAHULUAN

Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960) atau I.S.A , adalah satu-satunya undang-undang Negara ini yang paling unik kerana ia digubal sedemikian rupa sehinggakan ia dipersepsikan menceroboh jaminan ke atas hak-hak asasi manusia sebagaimana yang temaktub di dalam Perlembagaan MALAYSIA. Sebenarnya ISA , yang digubal pada 1 OGOS 1960 , adalah undang-undang yang lahir seiring dengan peruntukan Perkara 149 Perlembagaan itu sendiri.Justeru itu , soal kesahihannya di sudut undang-undang tidak timbul.Tambahan pula , MALAYSIA bukanlah Negara “signatory” kepada Universal Declaration Of Human Right , 1948 , yang cenderung dijadikan pengukur oleh Negara-negara Barat untuk menilai tahap hak asasi di sesebuah nagara lain

2. Oleh hal demikain , mengapakah ia terus di kecam sebegitu hebat oleh pelbagai pihak baik dari dalam dan luar Negara. Adakah penggubalannya oleh parlimen bermotifkan untuk mengekangkan kebebasan individu atau menzalimi rakyat Negara ini? Benarkan dakwaan-dakwaan pihak luar yang menuduh ISA itu sentiada diperalatkan oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan tampuk kekuasaannya? Atau benarkah ia sudah lapuk dan tidak releven lagi di masa kini serta perlukah ia dipinda bagi memberikannya “nilai-nilai kemanusiaan” sebagaimana yang dianjurkan sesetengah pihak yang lain?

3. Sesungguhnya segala persoalan ini telahpun terjawab dipelbagai forum termasuk dipersidangan Parlimen itu sendiri. Namun demikian usaha mengecam undang-undang ini nampaknya tidak juga luntur dan sebaliknya terus dilihat bertambah giat lagi. Kerajaan terpaksa bertindak defensive.

4. Saya mengambil kesempatan di forum ini untuk menjelaskan kedudukan sebenar di samping berusaha member gambaran dan pemahaman kepada pembaca semua berdasar kajian saya dengan matlamat untuk menangkis segala fitnah dan tomahan yang dilemparkan oleh pihak yang berkepentingan kepada pihak kerajaan dan agensi penguatkuasa yang berkaitan dengan proses ISA ini . Ke arah ini penjelasan terperinci akan dibentangkan mencakupi setiap sudut bagi menjustifikasikan pendaulatan ISA di negara ini. Di sini kami tidak bercadang untuk mendirikan hujah politik mahupun menghentam pendirian tidak konsisten sesetengah negara Barat dalam isu hak asasi manusia. Walaubagaimana pun , kami tidak dapat mengelak dari menggunakan contoh-contoh yang membabitkan insiden-insiden tertentu negara luar.

SEJARAH PENGGUBALAN ISA.

5. ISA adalah kesinambungan kepada Emergency Regulation Ordinance No. 10, 1948 (ERO, 1948) yang telah digubal ketika Negara diancam oleh pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM). Rekabentuk ordinan ini adalah bermatlmat mengekang dan menangani ancaman PKM. Dengan kuasa-kuasa , tangkapan serta tahanan pencegahan yang termaktub dalam undang-undang ini , penjajah Inggeris telah berjaya mematahkan pemberontkan ini dan pada tahun 1960 kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru merdeka telah mengisytiharkan tamatnya darurat.

6. Menyedari tentang keberkesanan ERO ,1948 , maka pada 1 OGOS 1960 Parlimen telah menggantikannya dengan meluluskan Internal Security Act, 1960 yang mana telah diperkukuhkan dengan 3 peruntukan asas yakni kuasa-kuasa tahanan pencegahan ; pencegahan tindakan subversive dan pencegahan serta penghapusan keganasan terancang serta lain-lain kuasa bagi menjamin keselamatan rakyat serta hartabenda mereka. Tiada apa-apa kandungan di dalam akta baru ini sebarang perkataan yang merujuk kepada PKM.

7. Penggubalan undang-undang baru ini dibuat dengan mengambil kira persekitaran politik , social dan ekonomi negara ketika ini. Parlimen sedar bahawa dengan struktur social yang begitu rapuh serta usia yang begitu muda , maka ia merasakan pihak eksekutif perlu dibekalkan dengan satu bentuk kuasa mutlak semata-mata bagi digunakan untuk mempertahankan institusi demokrasi itu sendiri bagi jangka masa panjang.

8. Kebijaksanaa parlimen ini terbukti bermanfaat berikutan dengan kebangkitan semula PKM , serta ancaman Operasi Ganyang Malaysia oleh Presiden Sukarno pada tahun 1965. Keberkesanan ISA telah memaksa PKM berundur ke Selatan Thailand dengan hanya meninggalkan unit-unit kecil untuk bergerak tindak di Pahang , Selangor , Perak ,Kelantan , Kedah dan Negeri Sembilan. Mereka akhirnya terpaksa menyerah kalah pada Disember 1989.
9. Dalam pada itu, pengwujudan Malaysia pada 16 SEP 63 menyaksikan ISA diluaskan guna-pakainya ke Sabah dan Sarawak.

Sekali lagi undang-undang ini dikuatkuasakan dengan efektif bagi mematahkan ancaman North Kalimantan Communist Party (NKCP). Ia terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan pihak berkuasa pada 17 OKT 1990.STRUKTUR ISA.

10. ISA yang termaktub pada ketika ini sebenarnya telah melalui beberapa siri modifikasi dan pindaan. Semenjak penggubalannya ia telah menjalani proses kemaskini dan pengukuhan sebanyak 20 kali. Kali terakhir ialah pada tahun 1989 di man parlimen memutuskan ISA tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah semata-mata atas sebab kepincangan atau kelemahan pada alasan-alasan yang digunakan bagi menahan seseorang di bawah Seksyen 8. Semakan Undang-Undang (“Judicial Review”) hanya boleh dibuat oleh mahkamah atas alasan pelanggaran prosedur oleh pihak berkuasa.

11. Selain itu dua pindaan terdahulu iaitu pada tahun 1971 telah memberikan ISA “sweeping powers”. Pertama, perluasan alasan bagi menahan seseorang di bawah Sek. 8 dan Sek. 73 yang mana meliputi sebarang tindakan yang dianggap prejudis kepada penyenggaran perkhidmatan-perkhidmatan perlu dan kehidupan ekonomi Malaysia, Kedua, pelanjutan tempoh tahanan maksimum dari 30 hari sebelumnya kepada 60 hari kini.

12. Sebagaimana yang dihujahkan terdahulu, ISA digubalkan di parlimen melalui proses yang penuh demokratik. Para penggubalnya telah menggariskan beberapa “checks and balances” agar ia tidak disalah guna atau diselewengkan. ISA sebenarnya lahir dengan “restu” Perkara 149 Perlembagaan Malaysia untuk “menceroboh” jaminan-jaminan hak individu sebagaimana yang termaktub di bawah Perkara 5, 9, 10 dan 13 atas alasan untuk menjamin keselamatan negara.13. Apa yang dimaksudkan dengan “checks and balances” adalah peruntukan Perkara 151 yang menghendaki ISA dibekalkan dengan beberapa proviso bersabit penahanan seseorang itu.

Proviso yang dimaksudkan termasuklah hak seseorang tahanan untuk dimaklumkan tentang alasan atau sebab penahanannya dibuat sebagaimana yang diperuntukkan oleh Sek.11. Seseorang tahanan itu juga diberikan hak untuk merayu di hadapan Lembaga Penasihat , yang dipengerusikan oleh seorang hakim atau seseorang yang setaraf dengan jawatan tersebut, serta dua orang anggota lain yang kesemuanya dilantik oleh YDP Agong.

14. Lembaga Penasihat pula dikehendaki oleh Sek. 12 untuk menimbangkan dalam masa 3 bulan representasi atau rayuan seseorang itu sebelum membuat perakuan kepada YDP Agong. Keputusan YDP Agong mengenainya adalah muktamad. Seterusnya Sek. 13 pula , mengehendaki Lembaga Penasihat mengulangkaji kes seseorang tahanan sekali setiap 6 bulan. Peruntukan ini menjamin hak seseorang tahanan untuk terus membuat rayuan.

15. Perlu juga diingatkan bahawa hak seseorang tahanan untuk mengadu kepada mahkamah tinggi atau mana-mana hakim mengenai kesilapan pihak berkuasa menangkap dan menahannya tidak digugat oleh ISA. Hak memfailkan notis “habeas corpus” sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 5 (2) Perlembagaan tetap utuh.PENGUATKUASA ISA.

16. Semenjak ia digubal pada tahun 1960 banyak tangkapan telah dibuat di bawah undang-undang ini. Sebahagiannya telah dikenakan Perintah Tahanan, ada yang dikenakan Perintah Sekatan , sebahagian lagi telah dibebaskan sebelum berakhir tempoh tahanan 60 hari. Kini masih ada lagi tahanan ISA yang sedang menjalani Perintah Tahanan atas alasan memudaratkan kehidupan ekonomi Malaysia di bebarapa Pusat Tahanan di seluruh Negara.

.17. Wajar diingatkan bahawa sebahagian besar tahanan ISA, khususnya di tahun-tahun 60an hingga 80an , adalah merupakan ahli dan penyokong Parti Komunis Malaya (PKM yang terdiri dari ahli Kesatuan Sekerja , pelajar university dan ahli parti pembangkang berhaluan kiri. Pada tahun 1970an juga , ISA digunakan bagi menghentikan mogok dan tunjuk perasaan berikutan isu “kelaparan Baling”. Operasi Lalang pada tahun 80an menyaksikan ramai pemimpin politik pembangkang ditangkap bagi mencegah berulangnya pergaduhan kaum.

18. Pada tahun 1990an, ISA dikuatkuasakan dengan efektif bagi mengekang pergerakan Al-Arqam , kumpulan Syiah dan gerakan Reformasi. Dalam millennium baru ini, ISA terus digunakan bagi menumpaskan kumpulan Al-Maunah, sindiket pemalsuan wang dan dokumen serta sindiket penyeludupan manusia. Ancaman dari Kumpulan Militan Malaysia dan Jemaah Islamiah memaksa pihak berkuasa menggunkan ISA secara berterusan bagi menghindar petaka yang dibawa oleh mereka.

KUMPULAN PENGKRITIK ISA

19. Semenjak sekian lama , ISA telah dikritik oleh pelbagai pihak dari segenap sudut. Selain dari negara-negara Barat , termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Denmark, Kesatuan Eropah, terdapat juga kritikan cari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) antarabangsa seperti Amnesty International dan Human Rights Watch.

20. Sekarang kutukan-kutukan dari “human rights champions” ini didapati mulai luntur akibat dari perkembangan selepas peristiwa 911 namun demikian kritikan kumpulan dari dalam negara ini sendiri dilihat terus bertenaga.

21. Di Malaysia kegiatan anti-ISA telah dipelopori oleh pihak parti-parti tertentu, orang persaorangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Usaha penentangan ISA menjadi bertambah rancak pada tahun 1998 berikutan perbicaraan yang melibatkan seorang pemimpin atasan Negara dan seterusnya menerajui penentangan terhadap ISA maka pada 30 APR 2001 terbentuklah pakatan Gerakan Memansuhkan ISA (GMI), yang menggabungkan kedua-dua kumpulan parti politik pembangkang dan NGO tersebut.

MEDIA KRITIKAN.

22. Parti-parti politik pembangkang dan NGO menggunakan pelbagai kaedah atau forum bagi mengutarakan bantahan samada melalui majlis-majlis ceramah politik, laman-laman web , media cetak dan elektronik dan seterusnya menganjurkan beberapa siri demonstrasi.

23. Tidak cukup dengan usaha meraih simpati dan sokongan pihak luar turut dijalankan di forum dan seminar anjuran NGO di luar negara. Bagi menjamin usaha penentangan ini sentiasa berada “at the limelight” maka sessi parlimen digunakan oleh pembangkang bagi mengajukan soalan-soalan yang menjurus kepada kritikan terhadap ISA.

ASAS ASAS KRITIKAN

24. ISA keseluruhannya mengandungi 85 seksyen (Sek. 84 telah dimansuhkan) yang dibahagikan kepada 3 bahagian. Hanya peruntukan Sek. 73 dan Sek. 8 sahaja yang memberikan kuasa khas tangkapan kepada pihak polis dan kuasa tahanan pencegahan kepada menteri. Kedua-dua seksyen inilah yang menjadi focus kepada kritikan. Lain-lain bentuk kesalahan yang termaktub di dalam undang-undang ini adalah tertakluk kepada perbicaraan mahkamah terbuka.

25. Rata-rata kritikan terhadap ISA terbahagi kepada 2 aspek, pertama percanggahan undang-undang tersebut dengan prinsip hak kemanusiaan sejagat dan kedua, aspek tatacara perlaksanaannya.

a. Penentangan Dengan Prinsip Hak Asasi.

I. Pengkritik berhujah bahawa Sek. 73 dan Sek. 8 yang memberi kuasa kepada pihak polis dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk menangkap dan menahan seseorang tanpa dibicarakan adalah jenis bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat. Kritikan dari aspek ini jelas dihuraikan menerusi petisyen 46 orang Ahli Parlimen Denmark kepada kerajaan Malaysia pada 23 MEI 2003 yang berbunyi “we are concerned that the ISA violates fundamental human rights as set out in Universal Declaration Of Human Rights, including the rights not to be subjected to torture or other cruel, inhuman and degrading treatment, the right to a fair and public trial and the right to be presumed innocent until proven guilty”II. Kritikan dari elemen luar negara ini senada denan momokan pemimpin politik pembangkang tempatan.

Di antaranya Ahli Parlimen Permatang Pauh, sewaktu berhujah pada sessi parlimen 20 MAC 2003, di antara lain telah mendesak “ supaya mereka yang ditahan di bawah ISA segera dibebaskan. Atau kalau mereka ini benar-benar telah melakukan kesalahan dakwa dan bicarakanlah mereka di mahkamah terbuka agar keluarga dan rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku. Hentikan tangkapan dan penahanan tanpa bicara. Penahanan Dato’Sri Anwar Ibrahim mestilah atas dasar hukum dan bukan atas dasar politik”.

b) Penyelewengan Tatacara Perlaksanaannya.

Fokus pengkritik ini kemudiannya dihalakan kepada perlaksanaan proviso-proviso Sek. 73 dan Sek. 8 oleh pihak berkuasa yang didakwa terdedah kepada penyelewengan dan manipulasi. Kritikan mereka dapat dihuraikan menerusi satu kenyataan akhbar Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) yang telah disiarkan pada 10 FEB 2004 yang menegaskan bahawa “tahanan tanpa bicara bukan sahaja tidak adil serta berperikemanusiaan kepada seseorang itu malahan menjadi penyumbang utama kepada rasuah dan penyelewengan oleh pihak berkuasa.

GMI akur terhadap tanggungjawab kerajaan menangani ancaman pengganas namun terdapat undang-undang seperti KanunProsedur Jenayah dan Kanun Kesiksaan yang dikira memadai tanpa perlu melanggar hak asasi seseorang menerusi penggunaan ISA”.26. Mereka berhujah bahawa alasan-alasan yang digunakan bagi penangkapan dan penahanan sesetengah individu itu tidak memenuhi kriteria “mengancam keselamatan negara” sebagaimana yang telah disyaratkan oleh Sek. 8.

Bagi menguatkan hujah mereka keputusan kes rayuan Mohamad Ezam Mohd. Nor vs IGP and Others, telah dijadikan bukti penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis. Di dalam kes ini, hakim telah memutuskan bahawa sesetengah aktivis Reformasi telah ditangkap dan ditahan semata-mata bagi membolehkan pihak polis mengutip maklumat yang mana pada keseluruhannya tiada kaitan dengan keselamatan negara. Pengkritik membangkitkan dakwaan berlakunya insiden di mana orang tahanan disiksa, dihina dan dilayani tanpa perikemanusiaan.

27. Pada 1 JUN 2003 , sewaktu mengetuai delegasi, seorang pemimpin sebuah parti pembangkang menyerahkan memorandum bantahan di Kem Tahanan Kemunting (KEMTA), disamping mengedarkan kenyataan yang di antara lain berbunyi “MALAYSIA akan menjadi sebuah negara paria di dalam masyarakat antarabangsa sekiranya ISA terus digunakan untuk menekankan hak demokratik rakyat Malaysia”.

28. AMNESTY INTERNATIONAL , yang berpejabat di London, pula terus mencemuh kerajaan Malaysia menerusi laporan-laporan tahunannya di atas apa yang didakwa “the use of ISA to suppress peaceful political, academic and social activities and legitimate constructive cristicism by NGO’s and other social pressure groups.”

29. Dalam pada itu usaha pihak pengkritik seolah-olah mendapat nafas baru berikutan dengan pendirian SUHAKAM yang mengesyorkan agar kerajaan mengkaji semula ISA.

JUSTIFIKASI MENDAULATKAN ISA.

30. Pada pandangan saya ISA perlu dipertahankan demi keselamatan negara. Keberkesanannya dalam menangani pelbagai ancaman terhadap keselamatan negara di masa lalu tidak dapat disangkal lagi. Ia menjadi semakin relevan berikutan dengan perkembangan keselamatan diseluruh dunia. Berlakunya “state-sponsored terrorism” oleh negara-negara tertentu serta reaksi ganas dari kumpulan yang teraniaya di era globalisasi ini turut mendedahkan Malaysia kepada bahaya ancamannya.

31. Pandangan saya adalah berteraskan kepada factor-faktor berikut:-

a) Mengutamakan Keselamatan Negara

I. Penggubal ISA begitu bijak menggariskan kriteria atau pra –syarat yang mewajibkan seseorang itu ditangkap serta ditahan. Keselamatan negara dijadikan paksi dalam setiap pertuduhan. Penggunaan kriteria ini sebenarnya dibuat berlandaskan latar belakang struktur sosial dan politik negara yang penuh kepelbagaian dan begitu rapuh sekali. Amat sukar mewujudkan perpaduan dan harmoni di kalangan masyarakat yang berbeza kaum, agama dan budaya.

II. Alasan penahanan yang digariskan oleh Sek. 8 iaitu , bagi mencegah seseorang dar bertindak dengan apa cara yang boleh menimbulkan mudarat kepada keselamatan, atau kepada penyenggaraan perkhidmatan-perkhidmatan perlu, atau terhadap kehidupan ekonomi Malaysia, membuktikan bahawa ISA itu sendiri digubal bertujuan semata-mata atas keperluan keselamatan.

III. Di sebalik wujudnya ISA, yang dipersepsikan sebagai “draconian” lagi kejam, masih terdapat sesetengah pihak yang secara berterusan memainkan sentiment perbedaan ini demi meraih sokongan. Parti politik, kumpulan pendesak dan pihak media kerap kali terbawa-bawa dengan emosi masing-masing untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama. Operasi Lallang pada tahun 1987 yang menyaksikan penangkapan beramai-ramai 106 orang di bawah undang-undang ini telah Berjaya menghindar tercetusnya pergaduhan kaum.

b) Bersifat Mencegah

I. Semangat di sebalik penggubalan ISA adalah berasaskan kepada prinsip “prevention is better than cure”. Apatah lagi sekiranya ancaman yang timbul datangnya dari kumpulan yang bergiat secara sulit dan bermatlamat mencetuskan keganasan secara terancang. Dalam menghadapi situasi begini ketangkasan bertindak amatlah penting “to nip the threat in bud”. Contoh paling drastic bagi penyokong berhujah ini ialah penangkapan ahli-ahli Kumpulan Militan Malaysia (KMM) berikutan insiden rompakan Southern Bank, Petaling Jaya , pada tahun 2001.

II. Menerusi kerja keras dan professional yang dijalankan oleh pihak berkuasa, pihak polis telah berjaya merungkal struktur organisasi KMM serta menggagalkan lain-lain misi ganas yang telah dirancang oleh kumpulan ini.

III. Tindakan pantas pihak polis seterusnya telah berhasil membongkarkan kegiatan kumpulan Jemaah Islamiah yang jauh lebih berbahaya dan sofistikated. Kumpulan yang bermatlamat mewujudkan sebuah negara Islam yang menggabungkan Selatan Thailand, Malaysia , Indonesia , Singapura dan Selatan Filipina ini, telah menghalalkan kaedah militan bagi mencapai objektif tersebut.

IV. Fakta bahawa ISA ini sebagai senjata paling berperikemanusiaan bagi menentang mereka yang tidak menghormati peradaban manusia telah diakui oleh banyak pihak, termasuklah dari luar negara. Ia pernah disuarakan oleh pemimpin dari Thailand yang begitu terkilan kerana mereka tidak mempunyai undang-undang seperti ISA untuk menentang militant di Negara mereka. Rintihan yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Indonesia . Di mana pemimpin – pemimpin ini yakin sekiranya undang-undang yang sama beroperasi di Thailand dan Indonesia , nescaya insiden-insiden ganas yang berleluasa berlaku di wilayah selatan negara dan Jakarta itu dapat dielak atau dihentikan dengan serta merta.

V. Terdapat banyak lagi contoh-contoh nyata yang memantapkan hujah ini. Kita dapat lihat keadaan huru hara di Filipina, Thailand dan Indonesia, yang selama ini berbangga dengan amalan “idela democratic practices” mereka yang kononnya menjamin hak rakyat telah gagal mengawal keselamatan negara masing-masing.

VI. Wajar juga diingatkan di sini betapa Malaysia , pada pertengahan 2001, dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa termasuk Amerika Syarikat sendiri apabila pihak polis menggunakan ISA bagi menahan ahli KMM dan Jemaah Islamiah ketika itu. Peristiwa 911 membuka mata dunia terhadap rasional yang digunakan Malaysia bagi menguatkuasakan ISA.

c) Berorientasikan Pemulihan

I. Tahanan pencegahan ISA memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan usaha pemulihan ke atas mereka yang tersasar dari sudut ideology dan agama serta bagi mereka yang berpendirian pelampau dan militan. Sek. 8(4) memberikan kuasa kepada Menteri untuk mengenakan peraturan tertentu bagi mendisiplinkan orang tahanan.

II. Selaras peruntukkan ini pihak berkuasa telah menggariskan program kaunseling serta kuliah agama kepada orang tahanan.

d) Isu Orang Tahanan Tidak Dibicarakan

I. Kepada pengamal undang-undang memang sukar bagi mereka menerima fakta perlunya dalam kes-kes tertentu seseorang itu tidak dibicarakan secara terbuka. Mereka tetap berpendirian bahawa terdapat banyak undang-undang lain yang boleh diguna bagi mengekalkan hak seseorang untuk diadili secara umum.

II. Hakikatnya kes-kes yang bersangkut-paut dengan keselamatan amat sukar dibicarakan. Sebagai contoh kita ambil kes Asmar Latin Sani, pengebom berani mati dalam insiden pengeboman Hotel J.W Marriot, Jakarta. Pihak berkuasa Indonesia, sebelum itu tidak berupaya dari segi undang-undang untuk menangkap dan mendakwanya di mahkamah atas tuduhan “bercita-cita untuk mati syahid”. Undang-Undang Kasus Tindak Pidana Terrorisme 2002 tidak memperuntukkan kuasa penahanan pencegahan. Akhirnya kita sama-sama termaklum apa akibatnya.

III. Begitu juga keadaan yang Malaysia bakal hadapi seandainya salah seorang ahli JI Johor yang telah direkrut sebagai pengebom mati syahid oleh Dr. Azhari Hussein tidak ditangkap serta ditahan dibawah ISA. Berapa ramaikah orang yang tidak berdosa akan terkorban sekiranya pihak polis gagal membongkar rancangan mereka.

IV. Dari sudut lain pula kes-kes keselamatan juga tidak wajar dibicarakan secara terbuka kerana proses tersebut akan mengkompromi sumber risikan. Lagipun dalam sesetengah kes amat sukar mendapatkan bukti-bukti kukuh. Lihat sahaja kesukaran yang dihadapi oleh pihak Berkuasa Indonesia dalam kes Abu Bakar Baasyir , Amir Jemaah Islamiah , yang diketahui telah merestui misi pengeboman Bali pada 12 OKT 2002. BEgitu juga persamaannya dengan kes ahli-ahli KMM yang diketahui bertanggungjawab menembak mati orang kenamaan. Wajarkah mereka dibebaskan begitu sahaja semata-mata kerana mahkamah memutuskan bukti-bukti “hearsay” dan “circumstantial” tidak cukup untuk mensabitkan kesalahan mereka?

e) Efektif Bagi Menangani Ancaman Keganasan Global

I. Di saat dunia dilanda kebimbangan ekoran ancaman keganasan berskala global yang dibawa oleh kumpulan-kumpulan tertentu, Malaysia amat bertuah kerana ia berada “a step ahead” di kalangan negara-negara lain yang turut menjadi sasaran

II. Perlu diingat bahawa trend dan strategi kegiatan kumpulan pengganas kini telah menjadi begitu sofistikated dan kompleks serta licik dalam tindak tanduk mereka. Oleh kerana sifatnya yang “unconventional” ini maka “ senjata “ yang diperlukan oleh pihak polis mengekang ancaman ini juga semestinya berbentuk luar biasa. Dalam konteks ini ISA dikira dapat memenuhi keperluan tersebut.

III. Di peringkat awal kita dapat melihat betapa sesetengah negara yang terjejas terkial-kial mencari “senjata” masing-masing. Amerika Syarikat akhirnya terpaksa meluluskan The Patriot Act, 2001; United Kingdom pula dengan The Anti-Terrorism, Crime And Security Act, 2001 ; Anti- Terrorism Act, 2001 di Kanada; dan , Prevention Of Terrorism Ordinance, 2001 di India.
PENUTUP

32. Soal keselamatan adalah menjadi tanggungjawab mutlak mana-mana kerajaan di dunia ini. Bebanan berat ini terpaksa dipikul dengan penuh hati-hati. Undang-undang yang digubal semestinya mengambil kira kepentingan setiap warga agar tidak berlaku sebarang penganiayaan. Kerajaan Sepanyol pimpinan Jose Maria Aznar, tumbang akibat peristiwa pengeboman keretapi di Madrid pada 11 MAC 2004. Wajarkah hak segelintir orang yang tidak berperikemanusiaan dibela hingga terpaksa menggadaikan hak majority untuk bebas tanpa sebarang ancaman. Kami yakin jawapan yang tepat kepada soalan ini boleh diperolehi dari mangsa-mangsa insiden pengeboman bangunan Kedutaan Besar Australia di Jakarta pada 9 SEP 2004

33. Sebenarnya, kepada pihak pengkritik, tidak ada kompromi dalam soal hak-hak asasi. Sesungguhnya apa jua kebimbangan yang dilahirkan oleh para pengkritik ISA telah pun mendapat perhatian pihak eksekutif. Atas fakta lain inilah penggubal Perlembagaan Malaysia serta ISA itu telah memasukkan proviso-proviso “checks and balances” sejajar dengan nilai peradaban rakyat negara ini. Tidak wajar bagi kita meniru nilai-nilai Barat dengan membuta tuli. Kita akur dengan kata-kata hikmah YAB. Tun Dr. Mahathir Mohamad , yang berbunyi “do not be hoodwinked with the norms set by West because they are indeed the worst violators of human rights”. Peperangan Iraq menyokong ketepatan penyataan ini.

35. Di Malaysia hari ini hak-hak asasi rakyatnya lebih terbela sekiranya dibandingkan dengan banyak negara pengamal demokrasi yang lain. Sekurang-kurangnya hak rakyat bagi mendpatkan keperluan asas kehidupan dari aspek “material and spiritual “ lebih terjamin. Bukanlah nikmat kehidupan aman, selesa dan harmoni itu suatu hak yang asasi bagi setiap warga di dunia ini? Kami yakin serta pasti bahawa rakyat Amerika sendiri mencemburui kejayaan Malaysia dalam menjamin agar majority rakyatnya hidup dalam suasana bebas lagi aman.

36. Berbalik kepada soal hak orang tahanan ISA saya senada dalam menghujahkan bahawa nasib mereka jauh lebih baik dari apa yang terpaksa diharungi oleh rakan-rakan semilitan mereka di Guantanamo Bay. Sekurang-kurangnya mereka di sini terus diberikan perlindungan serta harapan untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

Nota : Lihat Berita di bawah :

PUTRAJAYA: Lima pemimpin Hindraf kekal dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak usul untuk menyemak keputusan panel terdahulu yang menafikan kebebasan mereka.

Mereka membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan sebagai usaha terakhir selepas gagal mendapatkan panel dari mahkamah sama untuk melepaskan mereka. Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman yang bersidang bersama Hakim Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan bahawa usul yang dikemukakan oleh lima pemimpin itu tidak layak untuk semakan.

Nik Hashim berkata keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini adalah berdasarkan dua kes Mohamad Ezam Mohd Nor dan Tan Sri Raja Khalid. “Sama ada keputusan itu betul atau salah...ia bukan untuk mahkamah ini menentukan. Jika kita melakukan percubaan untuk berbuat demikian maka ia akan mendorong kepada satu lagi rayuan dan kami tidak bersedia untuk melakukannya. Oleh itu, kami menolak usul ini untuk semakan,” katanya

Penghuni Gua : Jangan kita menyesal seperti Indonesia . kebodohan pimimpinmereka telah menyebabkan kematian yang tidak sedikit. Jika ISA Indonesia miliki, kemungkinan besar tragedi hari ini tak berulang lagi.

Wednesday, 17 June 2009

PANDANGAN CERDIK PANDAI ISLAM MENGENAI AKTA SEPERTI ISA

1. Scan copy ini dari buku yang dihantar oleh Prof Dr Abdul Rani Kamaruddin UIAM bagi menunjukkan Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah sah dan dibenarkan oleh Agama Islam.

2. Menurut Prof Dr Abdul Rani Kamaruddin UIAM ; " ISA is a qualified necessity to preserve and promote humaninterest" . " Yang tulis buku ini pun orang yang tahu hal Islam - itu yang penting"

Ia juga ada kaitan dengan tulisan di dalam blog ini sebelumnya mengenai ISA iaitu : 1. KLIK 2. KLIK
Penghuni Gua : PG menyeru dan mengharapkan ISA terus dikekalkan seperti seadanya. Jangan dipinda lagi kecuali dari segi prosedur tahanan dan perkara-perkara kecil yang lain.











Tuesday, 16 June 2009

ISA : PANDANGAN PROF DR ABD RANI KAMARUDDIN


Dipaparkan pandangan Prof Dr Abd Rani Kamaruddin yang dihantar ke Bloh Penghuni Gua. Disiarkan dimuka utama bagi faedah kita bersama. Semuga semua mendapat faedah. Kepada Ketua Pemuda PAS dan Gerakan Pemansuhan ISA juga NGOs yang berhajat nak berdemontrasi esok ( 17 jun 2009 ) di parlimen : berfikirlah semula secara waras . Jangan diperalat dan memperalatkan orang lain.
JUga lihat tulisan PG sebelum ini mengenai mengapa masih mempertikai ISA. Ia adalah satu kertas kerja. ...di : KLIK


Inilah kesudahannya bila kebebasan menjadi-jadi.

Prof Dr Abdul Rani Kamarudin
UIAM


1. Inilah kesudahannya bila kebebasan menjadi-jadi. Ramai tidak pandai membezakan diantara kerelevanan ISA dengan layanan semasa tahanan. Layanan dan tahanan isu yang berbeza walaupun keduanya berkait.

2. Sememangya, ada perkara-perkara yang membabitkan keselamatan negara dan kesejahteraan awam dimana saksi-saksi merupakan informer (perisik)yang mana butir-butir mereka terpaksa dirahsiakan dan mereka dilindungi - jika tidak siapa yang sanggup mati katak kerana sebagai saksi-saki terbuka mereka dengan mudah diburu oleh penyangak-penyangak bawah tanah, mafia dan sebagainya. perisik-perisik ini menggadai nyawa untuk mengcungkil maklumat demi negara.

3. Walaupun akan diwujudkan Witness Protection Act, tak semua hal dapat diselesaikan dengan cara itu.Saksi boleh diugut atau diberikan wang dan sebagainya. Saya nak tanya, beranikah seseorang memberikan keterangan terhadap seorang OKT yang merupakan pembiaya dan Kepala pengedar dadah. Mungkin dia berani, keselamatan anak-isterinya bagaimana bila ditinggalkan kerana bertugas atau semasa dia tidur - siapa akan melindunginya pula
? Ramai menggangap seolah dia tahu semua perkara.

4. Kita terpaksa akur bahawa ISA, LLPK, POPOC banyak membantu menjaga kesejahteraan awam/ Keselamatan negara walaupun modus operandinya bergerak secara sulit. Ada sesetengah perkara adalah lebih baik tidak diberitahu kepada rakyat untuk kebaikan rakyat. Dalam keluarga pun ada rahsia. malahan dalam Akta Keteranganpun ada marital pivilege.

5. Kebebasan menjadi-jadi (bukan tidak ada piiihanraya) seperti di Filipina, Indonesia, Thailand, baik atau buruk?

6. Pada saya diBurma, walaupun tidak ada demokrasi, tetapi keamanan tetap ada. Apa guna demokrasi atau pilihanraya jika akhirnya rakyat berpecahbelah dan berkelahi sesama sendiri. Inikan pula Malaysia yang berbilang kaum.

7. Negara Cina kini maju kerana kebebsan yang diberi dipantau betul2. Pendekatanyang sama juga halnya dengan Singapura.

8. Bagi mereka yang anti undang-undang pencegahan, ulama2 telah merungkaikan bagaimana mengimbangi pertembungan antara kebaikan dengan keburukkan seperti berikut;

(i) Menghindari keburukkan diutamakan berbanding memperolehi kebaikan;
(ii) Faedah yang sedikit dilucutkan berbanding faedah yang lebih;
(iii) Kepentingan ramai diutamakan atas kepentingan individu atau kelompok kecil;
(iv) Kebrukkan besar boleh di hapuskan melalui keburukan kecil;
(v) keburukkan tidak boleh dihapuskan dengan keburukkan yang sikit lebih kurang;
(vi)Keburukkan terhadap individu boleh diterima(tolerate) bagi menghindari keburukkan kepada lebih ramai atau kelonpok majoriti;
(vii) Darurat membolehkan yang haram;
(vii)Darurat hendalah diukur dan ditangani dengan apa yang memadai dengan keaddan itu.

(Imam al-Shatibi, Theory of the Higher Objectives and Intents of Islamic Law, dimuka surat 261, the International Institute of Islamic Thoughts, Islamic Book Trust (Kuala Lumpur 2006)

Dr Abdul Rani Kamarudin
UIAM
Nota : Terima kaseh Prof atas pandangan ini.

PETA PELAYAR