FOLLOWERS

Sunday 24 February 2013

MAHFUZ MENGIDAM JADI MB KEDAH ? KAH KAH KAH KAH !!!!


Dipetik dari Blog Jering.com


Mahfudz Omar Enggan Mengaku Jadi Dalang Desakan Agar Azizan Berundur

JERING Daily | 16:30 | 0 comments
mahfuz_omar-dalang-azizan-undur

Ramai yang tidak tahu bahawa di kala Phahrolrazi sedang mengasak Azizan dari kiri, kanan, atas dan bawah, Mahfudz Omar rupanya sedang berkempen secara halus untuk meletakkan dirinya di kerusi Menteri Besar Kedah.  Mahfudz difahamkan ‘berkongsi’ dengan Phahrolrazi untuk menggerakkan 11 DUN di Kedah mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri sekali gus.

Phahrolrazi bagaimanapun menafikan penglibatannya dan meminta agar mereka yang tidak berpuas hati menggunakan saluran yang betul.   Mungkin beliau terlupa bahawa beliau juga yang memberikan contoh tauladan untuk menggunakan cara biadap dan tidak betul sebelum ini apabila mendesak Azizan berundur. Oleh itu, penafian Phahrolrazi tidak membawa apa-apa makna kerana permusuhan, dendam dan kebenciannya pada Azizan begitu terserlah.   Pendek kata, siapa yang tidak tahu yang Phahrolrazi gila kuasa ingin merampas jawatan Azizan sehingga tak tertahan-tahan.

Kegilaan Phahrolrazi ini dilihat sebagai ‘peluang’ bagi Mahfudz untuk menampilkan diri sebagai calon terbaik.   Rakyat pasti tidak suka melihat orang yang gila kuasa seperti Phahrolrazi dan rakyat juga sudah ‘serik’ dengan Azizan yang tidak tahu apa-apa.

Apa yang menariknya dalam krisis PAS Kedah ini ialah, desakan agar Azizan berundur oleh 11 DUN itu bukan kerana beliau gagal menangani pembalakan haram, bukan kerana beliau gagal membawa masuk pelaburan, bukan kerana beliau gagal mengawal pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan, bukan kerana gagal menangani masalah KUIN, bukan kerana projek-projek yang tidak masuk akal dan kerugian, bukan kerana anak-anak syarikat kerajaan lingkup dikerjakan kroni-kroni pegawai yang dilantiknya, bukan juga kerana beliau menyebabkan hutang Kedah meningkat sehingga 50% sejak mengambil-alih negeri.

Malah, PAS membela Azizan dalam semua isu-isu di atas sehinggakan sanggup melakukan perhimpunan besar-besaran di Pedu bagi menafikan kritikan serta menunjukkan sokongan terhadap pembalakan haram.

Semua masalah negeri dan rakyat ini bukanlah isu besar bagi PAS.  Yang menjadi masalah bagi PAS dan menyebabkan mereka mendesaknya berundur ialah sikap Azizan yang ‘mesra’ UMNO/BN.

Azizan telah lama dipandang serong oleh puak-puak PAS di Kedah kerana menurut mereka, beliau lebih UMNO dari UMNO.   Beliau dikritik kerana tidak memakai kopiah putih, tetapi songkok.  Beliau juga tidak memakai jubah, tetapi berkot.  Selain itu, semua orang Kedah tahu bahawa ahli keluarga beliau dan isteri beliau majoritinya adalah orang-orang UMNO, malah mempunyai pertalian darah dengan bekas Menteri Besar Kedah, Dato’ Osman Aroff.  Sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan Kedah sejak zaman UMNO lagi merupakan sanak saudara Azizan atau isterinya.

Pendekatan Azizan yang terbuka dengan UMNO, sehinggakan sanggup memakai baju IM4U yang membawa lambang 1Malaysia yang menjadi slogan kerajaan BN benar-benar menyakitkan hati PAS Kedah.

Akibatnya, beliau dikritik hebat oleh PAS dan disindir agar menyertai UMNO saja.   Dari situlah penentangan terhadap Azizan semakin memuncak dan digunakan sepenuhnya oleh pihak yang menginginkan jawatannya untuk mengasak Azizan agar berundur.

Hakikatnya, kesebelas DUN PAS yang mendesak Azizan berundur itu langsung tidak pernah fikirkan mengenai keadaan  negeri Kedah yang telah hancur.  Yang mereka tahu ialah mereka inginkan Menteri Besar yang berimej PAS tulin, itu saja.

Dengan masalah negeri yang begitu kronik iaitu ketiadaan sumber pendapatan serta perbelanjaan dan kerugian yang terus meningkat dari hari ke sehari, sesiapa sahaja yang ingin merampas jawatan Azizan seharusnya mampu membentangkan jalan penyelesaian bagi semua permasalahan ini.

Setakat ini Phahrolrazi hanya tahu mengugut Pulau Pinang untuk membayar caj bekalan air mentah yang mana langsung tidak dilayan oleh negeri itu.  Lebih dari itu, beliau sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan negeri Kedah.

Mahfudz pula, mengeja perkataan ‘ekonomi’ pun belum tentu lagi mampu.  Justeru, apa yang nak diharapkan darinya untuk merancang ekonomi negeri.   Setakat mengutuk BN ke hulu ke hilir bolehlah dia, sekadar untuk membuat orang tuanya bangga melihat anak mereka berjaya walaupun tidak lulus periksa.

Membayangkan Mahfudz yang mengganti Azizan, samalah saja seperti menyerahkan jawatan itu kepada kambing atau lembu.   Di tangan Azizan, Kedah sudah pun hancur lebur.  Jika diserahkan kepada Mahfudz, maka Kedah yang telah hancur itu akan dikunyah sehingga lunyai, dihadamkan dan akhirnya menjadi bahan buangan.

Justeru, kita tidak nampak masa depan negeri Kedah di bawah PAS, tak kira siapapun Menteri Besarnya.  Antara Azizan, Phahrolrazi, Mahfudz dan Lembu, semuanya sama saja. 
Category
Penghuni Gua : Jahanam kedah. MB tak ada kelulusan. Maki orang ke hulu kehilir bolehlah !!!!! Amat tepat seperti kata blog Jering ni. Kah kah kah kah !!!!!!

2 comments:

  1. budak bodo ada ati nak jadi mb..

    ReplyDelete
  2. Tuan admin, jgn buat gila. Tak pernah dibuat dek org, org takder srp dpt jadi mb

    ReplyDelete

PETA PELAYAR