
KLANG: Sebuah surau di Taman Menara Maju di Kampung Jawa, di sini, rosak selepas seorang lelaki tidak dikenali membaling bata ke arah pintu cermin surau berkenaan ketika bilalnya membuat persiapan untuk solat Subuh, semalam. Malah, difahamkan, lelaki itu turut kencing di pekarangan surau itu sebelum melarikan diri. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Siapa pula angkaranya? Cuba tanya PAS dan PKR. Mereka tahu kot. Ramai pakar dalam penyiasatan dalam kedua parti ini.
2. PG nak tanya PAS dan PKR yang CPUnya bermasalah dan rosak! Adakah ini perbuatan UMNO juga seperti fitnah bodoh anda sebelum ini?
3. Sebab itu PG katakan , berbagai kemungkinan pihak ketiga mengambil kesempatan. Kalau ikut PAS , PKR tak ada lain lah. Cepat betul siasatan mereka dalam kes bakar gereja. Terus aje di tuduh UMNO sebagai dalangnya. Kepada PAS, baik kamu siasat kes kamu sendiri yang masih belum selesai itu kes Dr Hassan Ali yang dah masuk 5 bulan. Kes tatatertib parti pun kamu tak boleh selesaikan . Jadi jangan cuba menjadi penyiasat dungu untuk menuduh dan membuat kesimpulan UMNO terlibat. Tumpukan otak anda semua dan nasihatkan Tuan Ibrahim Tuan Man tu, bagaimana nak cepatkan siasatan dalam kes yang begitu mudah.
4. Kepada semua rakyat Malaysia : Bertenang. Jangan menuding jari antara kita.
5. Nak sentuh juga bab Malaysiakini.com. Ini lanjutan dari komen yang dibuat oleh Dr Siddiq Azani semalam ( KLIK ) . PG pun perhatikan sejak semalam , Malaysiakini kosong beritanya. Mereka cuba cuci tangan setelah menyiarkan berita yang berapi-rapi sebelum ini. Semalam beritanya kosong. Tiada berita. Hanya satu lapuran iaitu mengenai titah DYMM Agung agar rakyat Malaysia bertenang. Takut kot. Atau cuci tangan setelah kecoh gereja di bakar. Itulah Malaysiakini. Cuci tangan secara berhemah setelah terjadi perkara begini. Hari ini hanya berita biasa dan dibiasakan sahaja. Pandailah kamu semua. Inilah portal berita dan wartawan yang tiada etika dan tiada tanggungjawab. Hanya untuk menjahanamkan negara sahaja. Tak lebih dari itu.
6. Kepada rakyat Malaysia : BERTENANG.
