Pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang". Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Ini satu lagi aduan dan tindakan bodoh dan berotak sempit. Bodoh dan sempit samada pengadunya, arahan mengurangkan bunyi azan dan tindakan mengurungkan bunyi azan.
2. Semua bertindak bodoh . Pengadunya bodoh dan berotak sempit. PG berpendapat, ada baiknya pengadu ini buat rumahnya di sebuah pulau yang berasingan. Pengadu ini jenis manusia yang tidak berpijak di bumi nyata. Kalau nak mengadu bunyi bising ini, di Kuala Lumpur atau di mana-mana bandar besar pun, mana ada yang diam dan sunyi? Takkan pulak lepas ini, Menteri akan memberi arahan agar semua pemamndu jangan lagi membunyikan hon kenderaan dan ada pulak arahan nanti, semua hon kenderaan harus dicabut dari semua kenderaan. Alasannya ada aduan dari yang merasakan mereka terganggu dengan bunyi hon berkenaan.
3. Lagi bodohnya, kerana ada pulak pegawai kerajaan atau menteri yang mengarahkannya berbuat demikian. Ini yang menyebabkan mereka yang seperti ini semakin besar kepala.
4. Kepada Menteri atau pembesar yang memberi arahan supaya azan di kg Kerinchi di perlahankan, PG hanya nak sampaikan satu pesanan aje : dengan analogi yang begitu mudah sekali..................Boleh ke selepas ini, bunyi loceng gereja juga dikurangkan bunyi dan bilangan bunyinya / ketukannya? Boleh ke, selepas ini kita semua mengadu untuk mengurangkan bunyi bising gendang dan tarian semasa perarakan Thaipusam? Boleh ke selepas ini , kita semua buat aduan untuk mengurangkan bunyi bising bunyi wayang cina semasa bulan hantu nyang mereka adakan dan juga bunyi bising gendang tarian singa setiap kali Perayaan Tahun Baru Cina yang menaiki lori dari lorong ke lorong dan dari taman ke taman?
5. Boleh menteri, pembesar atau mereka yang memberi arahan bodoh kepada masjid Kg Kerinchi berkenaan?
6. Ini semua adalah kerja dan arahan bodoh dari seorang pentadbir yang melayan semua perkara dengan berdasarkan pertimbangan politik.
7. Inilah tindakan-tindakan yang akan membuatkan negara akan kacau bilau. Setiap manusia dengan agama yang berbeza akan terus membuat aduan dan kita pula melayan kerenah ini. Bukan salah pengadu ini pun.Tetapi salahnya kerana pentadbir yang melayan aduan bodoh ini.
8. Isu ini akan terus berangkai. Islam akan mengadu hal agama lain, Hindu akan mengadu dan kompleh agama lain , kristian akan mengadu hal agama lain dan begitulah sebaliknya. Hal bangsa juga , masing-masing mengadu halbangsa lain. Bila ianya akan berkesudahan?
9. Pihak yang melayan aduan bodoh ini sepatutnya jangan melayan semua ini, baik untuk mengurangkan bunyi azan , muzik tarian agam hindu, Buddha, atau loceng kristian. Sepatutnya pihak ini memberi penerangan dan kefahaman mengapa agama yang berlainan ini, berbuat sedemikian. Bukan dengan melayan aduan bodoh ini.
10. Sekiranya pihak yang melayan aduan bodoh ini, maka, pasti terjadi selepas ini, pihak lain dari agama yang lain pula akan membuat aduan terhadap bunyi bising dari agama lain. nak ke jadi sedemikian? Ia akan terjadi sedemikian kerana kerana kita telah membuka ruang untuk mereka berbuat demikian. Contoh di atas adalah alasan mereka.
11. Penyudahnya , negara yang hancur. Untungnya sekejap , hanya dapat menyedapkan hati dan mengambil hati untuk meraih undi politik, tetapi jangka panjang akan meruntuhkan negara.
12. Kesimpulannya, tindakan mengurangkan bunyi azan di Kg Kerinchi tersebut , adalah satu tindakan paling bodoh yang PG pernah lihat sejak lahir ke bumi ini? Dan memang bodoh pun mereka ini. Entah apa yang ada dalam otak pihak berkenaan !!!!!!!

