FOLLOWERS

Showing posts with label AGAMA / POLITIK / ARQAM. Show all posts
Showing posts with label AGAMA / POLITIK / ARQAM. Show all posts

Friday, 21 May 2010

MAKHLUK PEROSAK MASYARAKAT ! PUN MASIH MEROSAKKAN !

( Contoh selipar bagi mendapat keberkatan )




Hatijah beritahu Abuya minta direlakan ‘pemergian’

KUALA LUMPUR: Hatijah Aam, isteri kedua Asaari Muhammad mendakwa mendengar suara suaminya meminta supaya merelakan pemergiannya secara fizikal bagi membolehkan rohnya bangkit memimpin umat Islam ketika terlantar sakit di sebuah hospital di Ipoh, baru-baru ini.

Hatijah Amm berkata, tugasan penting Asaari adalah untuk pergi dan kemudian kembali semula untuk bersama pengikutnya. “Suara itu menyebut “kamu nak suruh orang tua yang tidak ada gigi yang kerepot ini bangun buat apa? Kenapa tidak fikir yang akan bangun nanti bukan yang ini,” katanya ketika ditemui di Bandar Country Homes Rawang, baru-baru ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Masa hidup merosak akidah masyarakat , sesudah kematiannya masih begitu. Semuanya kerana ketaksuban atas personaliti tertentu tanpa had. Otak dibekukan dan mata hati juga dibutakan.

2. Pengikutnya pun masih terus dipergunakan untuk kepentingan mereka. Semua bertopengkan agama. Agama diperdagangkan.

3. Fikirkanlah. Setengahnya tu pun ,selipar pun diambil untuk mendapat keberkatan. Apa ceritanya? Bukan orang lain yang dedahkan, tuan punya badan sendiri tersalah dedah kerana ketakburanya. Fikirkanlah!!!!

PETA PELAYAR