Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kena dengar ini baik-baik.Ini bukan
suara orang luar tetapi ahli PKR sendiri yang tidak puashati dengan 'penafian
kosong' terhadap pelbagai dakwaan terhadapnya termasuk seorang dayus.[LIHAT VIDEO DI RUANGAN VIDEO
AGENDADAILY]
Agak mengejutkan kerana ini pertama kali seorang yang berjawatan dalam parti
itu tampil menerusi satu sidang akhbar di Kuala Lumpur Rabu bersama beberapa
orang ahli parti mahu Azmin membuat penafian yang lebih meyakinkan lagi.
Ketua Penerangan PKR Bahagian Ampang,Selangor, Mohd Isa Mohd Saidi berkata
langkah ini wajid diambil Azmin agar benar-benar bersihkan dirinya,keluarganya
dan menjaga nama baik parti.Beliau bimbang orangramai tidak akan menyokong PKR dalam pilihanraya umum
akan datang selagi isu ini tidak selesai secara konkrit.
Katanya beliau amat meragui pada taktik dan strategi PKR dalam menghadapi
serangan bertubi-tubi mengenai isu ini.Beliau menegaskan ini kerana pimpinan PKR membisu seribu bahasa atau
menimbulkan isu-isu lain yang tidak ada kaitan dengan pelbagai dakwaan itu.Mohd Isa merujuk kepada dakwaan yang dibuat oleh Datuk Dr Hasan Ali terhadap
Azmin seperti yang disebut dalam laporan akhbar Utusan 27 Mac
lalu.
Beliau juga mahu Azmin menyahut cabaran blogger-blogger supaya
membuat ujian DNA bagi menentukan kesahihan bioloji seorang anaknya (yang
didakwa hasil hubungan sulit isterinya Shamsidar Taharin dengan Datuk Seri Anwar
Ibrahim).Selain itu,Mohd Isa juga mahu Azmin menyaman Datuk S Nallakarupan kerana
memberi tanggapan beliau seorang dayus.
Menurut beliau semua pihak kini tertunggu-tunggu untuk mendapat satu
kepastian.
"Demi kepentingan parti Azmin Ali kena tampil ke hadapan menafikan semua
isu-isu serta mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka-mereka yang
membuat tuduhan,"katanya.Beliau mengingatkan Azmin bila saja ada tuduhan beliau kena jawab agar ahli
yakin beliau tidak terlibat.
"Bila tidak dijawab ini bermakna ada sesuatu yang tidak jelas,"katanya.
Kepada satu soalan Mohd Isa berkata sekiranya Azmin tidak boleh jawab
sepatutnya para pemimpin PKR lain termasuk Ketua Wanita PKR Pusat tolong jawab.-
OLEH MOHAMED HIEKAL - 4/4/2012
Penghuni Gua : Kah kah kah kah kah !!! Bab saham bagaimana? Gaji RM 2k aje. Tapi boleh beli saham 2 juta . !!!! Jawab le ???? Puak pekencing Rakyat pun boleh jawab. Tidaknya merekalah dakwa itu ini. Kini jawab le !!!! kah kah kah kah !!!! Bontot YB Zuraida pun panans. BUkan apa.... ini kerana Pemuda Amnpang yang desak Azmin jawab. Itu yang Zuraida pun panas bontot dan geli geleman. Maknanya .. Ampang tak sekapal dengan YBnya. Kah kah kah !!!!